Sabtu, Mei 30, 2009

APABILA ORANG ALIM DIANGGAP TUHAN?SYIRIK?

TAFSIR AT-TAUBAH: AYAT 30-31 TUAN GURU MB KELANTAN

Kelemahan ahli kitab (yahudi dan nasrani) ialah anggap nabi Uzair dan Nabi Isa putera Allah. Lepas tu bertambah bodoh mereka apabila mereka angkat rahib-ulamak nasrani (kristian) dan ahbar(ulamak yahudi) sebagai tuhan selain Allah.

Ulamak/tok guru/ pemimpin agama yahudi dan nasrani ini jelas menyelewengkan isi kandungan sebenar 2 kitab Allah iaitu Injil (diturunkan kepada nabi Isa) dan Taurat(diturunkan kepada Nabi Musa). Orang yahudi dan nasrani percayakan pemimpin agama mereka lantas anggap sebagai Tuhan.

Adi Bin Hatim pernah ditegur oleh Nabi saw bahawa :" memang kamu anggap rahib/ahbar kamu sebagai tok guru sahaja TETAPI bila kamu setuju tanpa membantah APA YANG ALLAH HARAM, MEREKA HALALKAN. APA YANG ALLAH HALAL, MEREKA HARAMKAN> jadinya kamu telah jelas mencabar Allah.. dan jelas SYIRIK KEPADA ALLAH...

Apa yang terjadi pada masa tersebut, boleh digunakan pada masa sekarang. Sebahagian umat Islam beranggapan syirik hanya menyembah pokok, tok kong atau pokok kayu. SEBENARNYA SYIRIK JUGA IALAH BERPEGANG/TAAT/PATUH KEPADA PEMERINTAH YANG MENGHALALKAN APA YANG DIHARAMKAN ALLAH, DAN MENGHARAMKAN APA YANG DIHALALKAN ALLAH...

ORANG YANG SOKONG PEMIMPIN UMNO/BN BOLEH DIANGGAP SYIRIK, KERANA BANYAK BENDA DI DALAM NEGARA YANG JELAS HARAM, DIHALALKAN MEREKA. YANG JELAS HALAL,DIHARAMKAN MEREKA. TAUBATLAH TUAN/PUAN...

Tiada ulasan: