Selasa, April 07, 2009

MATI ITU TERLALU SAKIT... TAPI BERAPA RAMAI YANG AMBIL BERAT?



MATI ITU PASTI ...

Kerap kali kita mendengar dan melihat. Betapa ramai daripada anak-anak kecil tersayang pulang menemui Ilahi sebelum disusuli ibubapa dan datuk nenek tercinta. Betapa banyak bunga-bunga pohonan gugur layu menyembah bumi sebelum sempat dipetik. Betapa banyak pula keratan kayu-kayu kecil yang hangus terbakar sebelum terbakarnya kayu-kayu api yang besar.

Betapa banyak pula bunga ros idaman dipetik disunting meskipun belum jaga dari persada kelopaknya. Betapa ramai dari kalangan remaja pulang menemui Ilahi sedangkan mereka asyik mencintai nikmat dunia dan sibuk mencari kepuasan yang wujud. Dan betapa ramai daripada kalangan kita begitu nyenyak tidur di perbaringan dan apabila dijagakan nescaya mereka tidak mampu bergerak lagi kerana roh sudah berpisah daripada temannya badan. Begitulah hidup. Masihkah kita menanti bunga kematian???

Firman Allah s.w.t. dalam ayat 8 Surah Al Jumuah yang bermaksud:"Katakan kematian yang kamu larikan diri daripadanya, sesungguhnya ia akan menemui kamu" Bagi mereka yang telah menyiapkan bekalan, nescaya perjalanan tanpa keraguan dan kebimbangan tetepi bagi mereka yang tidak terfikir dan asyik leka dengan hal dunia. Nescaya perjalanannya kelak akan menjemput 1001 musibah.

Firman Allah s.w.t. dalam ayat 35 Surah Al Anbiya' yang bermaksud:" Setiap jiwa akan merasai kematian" Shekh Abdul Majid Az Azzandani telah berkata dalam bukunya 'At Tauhid':" Aku hairan bagi siapa yang tidak yakin dengan mati sedangkan dia melihat kematian"

Semua makhluk akan mati, akan tetapi ramai manusia yang menghalang dirinya sendri daripada memikirkan tentang mati dan persediaan menghadapinya serta perkara yang akan ditempuhi bermula di alam barzakh. Apabila ditanya kepada beliau lagi (Abdul Majid Az Azzandani). Bagaimana hukum seseorang yang ingin bertaubat pada masa akan datang??? Jawab beliau: "Adakah kita mengadakan perjanjian dengan mati bahawa kita akan mati kecuali selepas bertaubat???"

Bolehkah seseorang di atas muka bumi ini percaya dia akan hidup esok? Dalam satu sesi ceramah, Dr. Haron Din (salah seorang Ulamak di Malaysia) mengatakan:" Siapa yang mengatakan malam ini dia takkan mati, maka ia kufur!! Benarkah ia kufur? Cuba renungi firman Allah dalam ayat 34 Surah Luqman yang bermaksud:" Dan setiap jiwa tidak mengetahui di tanah(di tempat) mana ia akan mati"

Kepada yang berakal: Segeralah beramal salih sebelum tibanya mati!!!



Tiada ulasan: