Sabtu, Mac 28, 2009

KETUA NEGARA ISLAM - SELEPAS NABI MUHAMMAD S.A.W


Sejarah : Bagaimana Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan
Saidina Ali Dilantik Menjadi Saidina Khalifah Islam
Selepas Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w?


1.Pelantikan Khalifah Abu Bakar – Khalifah Islam Pertama

Rasulullah saw tidak menetapkan pengganti selepasnya. Maka, berlaku perselisihan pendapat untuk mencari pengganti. Selepas Nabi saw wafat (meninggal dunia), orang-orang Ansar berkumpul di Saqifah Bani Saidah dan mencadangkan Saad Bin Abi Ubadah (dari Madinah) sebagai khalifah.

Abu Bakar dan Umar pergi ke tempat itu mendengar berita itu. Abu Bakar mencadangkan supaya dilantik Saidina Umar dan Abu Ubaidah. Kedua-duanya membantah dan Saidina Umar terus berjabat tangan dengan Abu Bakar dan memberi bai’ah. Orang Islam pun ikut memberi bai’ah tanda setuju Abu Bakar menjadi khalifah.


2.Pelantikan Khalifah Umar Al-Khattab – Khalifah Islam Kedua

Apabila Abu Bakar jatuh sakit dan rasa ajalnya sudah dekat, maka beliau bercadang untuk melantik pengganti selepasnya bagi mengelak berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam. Beliau mencadangkan Umar dan meminta pandangan daripada para sahabat.
Para sahabat bersetuju dengan cadangan tersebut dan Saidina Usman Bin Affan menulis wasiat pelantikan. Wasiat dibaca dahulu di depan Abu Bakar dan kemudian diperdengarkan kepada orang ramai dan orang ramai bersetuju dengan pelantikan tersebut.


3. Pelantikan Khalifah Usman Bin Affan – Khalifah Islam Ketiga

Ketika Umar dirawat kerana ditikam oleh Abu Lukluah (beragama Majusi), para sahabat datang berjumpa Umar dan meminta Umar melantik pengganti selepasnya. Pada mulanya ia menolak tetapi akhirnya bersetuju dan mencadangkan enam orang iaitu Usman B Affan, Ali B Abi Talib, Talhah Bin Ubaidah, Az-Zubair Bin Al-Awwam, Sa’ad Bin Abi Waqas dan Abdurrahman Bin Auf.
Selepas Umar wafat, mesyuarat berjalan untuk melantik khalifah. Tiga orang menarik diri iaitu Talhah Bin Ubaidah, Az-Zubair Bin Al-Awwam dan Sa’ad Bin Abi Waqas. Abdurrahman Bin Auf juga memohon untuk menarik diri tetapi ingin menjadi pemegang amanah pelantikan khalifah.
Abdurrahman Bin Auf bertanya para sahabat, orang ramai dan kaum wanita tentang dua orang calon iaitu Usman Bin Affan dan Ali Bin Abi Talib yang manakah layak menjadi khalifah. Abdurrahman Bin Auf juga menemui kedua calon dan bertanya tentang kesediaan mereka untuk menjadi khalifah. Selepas itu Abdurrahman Bin Auf mengumumkan bahawa Usman Bin Affan dilantik menjadi khalifah. Para sahabat memberi bai’ah dan diikuti oleh orang ramai.


4. Pelantikan Khalifah Ali Bin Abi Talib – Khalifah Islam Keempat


Negara menjadi huru hara selepas pembunuhan Usman Bin Affan. Maka, puak-puak pemberontak meminta Ali Bin Abi Talib mengambil alih jawatan khalifah yang ditinggalkan. Pada awalnya Ali Bin Abi Talib enggan tetapi akhirnya menerima permintaan tersebut apabila memikirkan tentang kepentingan Islam dan Umat Islam. Orang ramai memberi bai’ah kepadanya kecuali beberapa puak seperti Keluarga Umaiyyah.
* Khalifah = gelaran bagi jawatan pemerintah Umat Islam dan Kerajaan Islam
* baiáh = janji setia
(Olahan Dari Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 4)

Kesimpulan:
Semua pelantikan khalifah melalui dua cara iaitu: (1)Majlis Syura (2) Wasiat dan kemudian dipersetujui oleh Majlis Syura

Kepimpinan Khulafak Ar-Rasyidin

Semua khalifah mendapat didikan daripada Rasulullah saw. Mereka mempunyai akhlak yang mulia.Mereka dapat menyelesaikan masalah pada zaman mereka. Seperti Abu bakar yang berjaya menghapuskan masalah ‘murtad’. Mereka merupakan pemimpin dan pejuang yang amanah, berani dan bertanggungjawab. Seperti Ali B Abi Talib yang sanggup tidur di tempat Nabi saw dalam peristiwa Hijrah. Mereka bersifat merendah diri dan berjiwa sederhana. Rakyat berpeluang memberikan pendapat dan pandangan secara terbuka kepada khalifah. Ketegasan khalifah dalam memimpin negara dapat dilihat seperti Khalifah abu Bakar yang memerangi golongan murtad, Khalifah Umar yang memecat pegawai yang kurang cekap, Khalifah Usman yang tidak menurut kehendak pemberontak untuk meletakkan jawatan dan Khalifah Ali yang meneruskan Majlis Tahkim.


Dasar pentadbiran dan Pembaharuan di Zaman Khulafak Ar-Rasyidin

Di antara dasar pentadbiran Khulafak Ar-Rasyidin ialah:-

Undang2 negara mengikut Al-Quran dan Al-Hadis
Khalifah berkuasa membuat keputusan berdasar keputusan majlis syura.
Khalifah adalah ketua negara.
Rakyat wajib taat kepada pemerintah yang taat kepada perintah Allah.
Rakyat berkuasa memberi pandangan secara terbuka mengikut saluran tertentu.


Beberapa pembaharuan dibuat berdasarkan dasar tersebut antaranya:-
Menubuhkan majlis syura. Ahli majlis syura dikenali sebagai ahlul hilli wal ‘aqad. Beberapa perkara baru timbul di zaman khulafak yang memerlukan kepada perbincangan dan keputusan suara majoriti. Maka majlis perbincangan diwujudkan. Zaman Umar, majlis syura ditubuhkan bertujuan melantik khalifah.


Pentadbiran wilayah:-

Negara Islam tidak begitu luas pada zaman Nabi saw dan Abu Bakar. Ia berubah pada zaman Umar. Untuk melicinkan pentadbiran wilayah2 baru, khalifah mewujudkan jawatan baru iaitu wali dan gabenor.Beberapa jawatan baru lain diwujudkan seperti ketua setiausaha, setiausaha, pegawai pemungut cukai, pegawai polis, pengurus perbendaharaan negara dan ketua hakim. Semua pegawai yang dilantik diberi surat perintah yang mengandungi kuasa dan tugas mereka. Harta2 mereka diperiksa sebelum bertugas dan setiap tahun pada musim haji, mereka dikehendaki datang ke Mekah untuk membentangkan laporan tugas masing2.
Penubuhan jabatan (ad-diwan). Dua jabatan ditubuhkan iaitu:-
Diwan al-jundi = jabatan ketenteraan [ menguruskan latihan, gaji, kebajikan tentera dan data tentera]
Diwan al-kharaj = jabatan hasil [ mengurus hal pemungutan cukai, pegawai memungut cukai di kawasan pedalaman]

Polisi pentadbiran Khulafak Ar-Rasyidin
Polisi pentadbiran di antara khalifah berbeza disebabkan latar belakang dan suasana negara.

Polisi Abu Bakar As-Siddiq
Memerangi golongan murtad, nabi2 palsu dan enggan membayar zakat.
Menggerakkan semula tentera Usamah B Zaid
Melantik khalifah selepasnya untuk kepentingan umat Islam

Polisi Umar
Menyusun semua pentadbiran tanah. Tanah rampasan perang(al-ghanimah) tidak dibahagikan bahkan dikira sebagai harta negara.
Para sahabat tidak dibenarkan meninggalkan Kota Madinah.

Polisi Usman.
Memberi peluang terbuka buat sahabat untuk menyebarkan dakwah Islam.
Para sahabat tidak dilarang untuk tinggalkan Madinah.
Melonggarkan syarat penggunaan harta Baitul mal.
Al-Quran dibaca menggunakan Lahjah Quraish.(dialek Quraish)
Ramai gabenor dilantik dari kalangan Bani Uamiyyah berdasarkan kelayakan.

Polisi Ali
i. Menukarkan pegawai2 berketurunan Umaiyyah dengan pegawai2 baru
ii. Meneruskan majlis tahkim.

Jasa dan Sumbangan Khulafak
1.Abu bakar-
i. Memerangi golongan murtad, nabi2 palsu dan enggan membayar zakat
ii. Bebaskan negeri2 di bawah kuasa Parsi dan Rom
Mengumpul tulisan2 Al-Quran
2. Umar
i. Menyusun semula sistem majlis syura
ii. Menubuhkan jabatan al-jundi dan al-kharaj
Menyusun undang2 tanah negara
Memulakan kalendar Islam –hijrah
Menubuhkan pasukan polis dan tentera laut.
3. Usman
Sumbangkan harta untuk pertahanan negara
Kumpul dan bukukan Al-Quran
Kuatkan angkatan tentera darat dan laut
Ali
Menerima jawatan ‘khalifah’ ketika negara haru biru


Kemajuan Sosial Era Khulafak Ar-Rasyidin
1.Penduduk
Masyarakat terbahagi kepada 3 kelompok iaitu:-
Masyarakat Islam di semenanjung tanah Arab (Islam pada zaman Nabi saw.)
Masyarakat Islam di luar tanah Arab seperti di Iraq, Syam dan Mesir.
Bukan Islam yang mendapat perlindungan (kafir zimmi).
2. Pendidikan:-
Masjid merupakan institusi pendidikan penting. ‘Kutab’ iaitu tempat belajar dibina dekat masjid. Masyarakat mesti memberikan pendidikan kepada kanak2 di tempat mereka. Guru2 yang alim dalam bidang syair, sirah, matematik dan lain2 dipilih untuk mengajar kanak2 di kutab. Khulafak sendiri merupakan mereka yang alim dalam pelbagai ilmu.
3. Kebajikan:-
Kebajikan umat islam dan bukan Islam dijaga. Rakyat dilayan sama rata tanpa mengira umur, pangkat dan darjat. Khalifah Umar menghapuskan cukai kepala (jizyah) kepada orang tua berbangsa Yahudi kerana miskin.
4. Keadilan:-
Khalifah Umar terkenal dengan keadilan di mana beliau tidak membezakan sesiapa ketika menjatuhkan hukuman atau undang2. beliau pernah menarik balik tanah2 milik para sahabat mengikut kanun tanah negara.
5. Kemudahan Awam
Baitul Mal (Bank Negara) diwujudkan untuk menyimpan harta kerajaan. Harta ini kemudian diberikan kepada mereka yang layak seperti orang fakir dan miskin. Bandar2 baru diwujudkan seperti Kufah, Fustat dan Mosul. Empangan dan tali air dibina untuk kemudahan pertanian.


Kemajuan Ekonomi Era Khulafak Ar-Rasyidin
Pada zaman Abu Bakar, ekonomi negara tidak stabil kerana berhadapan dengan pemberontak2 dari kalangan murtad, nabi2 palsu2 dan enggan membayar zakat. Perubahan berlaku pada zaman Umar hingga awal pemerintahan Usman kesan peluasan kawasan pembukaan dan peluasan kuasa. Negara mempunyai banyak kawasan pertanian dan pertambahan harta daripada zakat, jizyah, ghanimah, fai, ‘usyur dan lain2.

Peluasan Kawasan
Islam tersebar di kalangan kabilah2 Arab pada zaman Abu Bakar. Saidina Umar membebaskan negeri2 di Iraq, baitul Muqaddis, Palestine dan Mesir. Bandar2 baru dibuka seperti Mosul, Fustat dan Kufah.Pada zaman Usman, Wilayah Islam berkembang ke Afrika Utara seperti Libya, Timur seprti Turkistan, beberapa kawasan di India dan Pulau Cyprus. Manakala pada zaman Ali, peluasan kawasan terhenti disebabkan suasana negara yang tidak aman dan kacau bilau.


Di antara kesan baik atau positif kepimpinan Khulafak Ar-Rasyidin
ialah corak kepimpinan, sifat pimpinan, pertahanan, ekonomi dan sosial. Pengajaran atau iktibar pemerintahan Khulafak Ar-Rasyidin dilihat dari aspek aqidah, syariat (undang2), akhlak, dakwah, ilmu, ekonomi, politik dan sosial.

Tiada ulasan: