Sabtu, Februari 28, 2009

Emm.. Allah Dah Lama Tahu Isu Malaysia

Allah tahu apa yang berlaku di Malaysia. Dia mencipta kita, dia mengurus kita dan dia tahu apa yang kita akan lakukan. Allah tahu bahawa apa yang datang darinya adalah benar. Sebab itu, diletak lafaz 'taatlah kamu' di hadapan lafaz ' Allah' dalam Al-Quran. Allah tahu bahawa apa yang datang dari RasulNya adalah benar. Sebab itu diletak lafaz ' taatlah kamu' di hadapan lafaz 'Rasul' dalam al-Quran. Allah juga tahu bahawa apa yang datang dari wakil-wakil rakyat/pemimpin rakyat/pemerintah ada yang benar dan ada yang palsu. Sebab itu, ada hikmah tidak diletak lafaz 'taatlah kamu' di hadapan lafaz 'uulil amri'(pemimpin) dalam Al-Quran. Kerana manusia hanya perlu taat kepada wakil-wakil rakyat/pemimpin rakyat/pemerintah yang menjalankan 'ketaatan' kepada Allah iaitu melaksanakan apa yang datang dari Allah dan Rasulnya. Inilah sebenar ketaatan manusia. Dalam situasi di Malaysia, gunalah ilmu dengan aqal waras yang Allah berikan, taat hanya kepada pemimpin yang taat kepada arahan Allah.

Kalau pemimpin meluluskan kedai arak, arahan Allah kah meluluskan arak?
kalau pemimpin meluluskan kedai judi, nombor ekor, loteri.. arahan Allah kah meluluskan hal tersebut?

Oleh itu, pemimpin tersebut wajib dijauhi dan tidak wajib ditaati sebagaimana arahan Allah dalam Al-Quran. Bukan arahan saya yang menulis blog.

Segala yang Allah sebutkan dalam ayat Al-Quran mudah difahami walaupun kajian terhadapnya memakan masa ribuan tahun untuk membuktikannya.

Apa lagi ALASAN yang menyebabkan umat manusia khasnya yang beragama Islam susah untuk memilih gerakan Islam yang benar-benar mahu memperjuangkan arahan Allah? Kita menolong dan menyokong gerakan Islam tersebut kerana DASARNYA untuk MENEGAKKAN AGAMA ALLAH! Inilah sebenar tujuan kita dijadikan, iaitu menegakkan agama Allah dalam diri, masyarakat dan negara Malaysia khasnya. Takbeer!

Tiada ulasan: