Selasa, Mac 06, 2012

SUSULAN ISU ADIK BERADIK DALAM PAS KEDAH!!!

 

Perspektif pemimpin PAS dalam perbedaan pendapat

05 Mac 2012
Kolum Kesatuan Fikrah adalah wadah untuk rakyat memperlihatkan kepelbagaian idea daripada lapisan-lapisan pemimpin PAS, dari yang veteran ke pemuda dalam isu-isu hangat yang membelungi negara kini.
Mewakili PAS Pusat ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, suara ulama diwakili oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Ustaz Nik Muhammad Zawawi bin Hj Salleh manakala suara pemuda diwakili Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi. Minggu ini Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut bersama untuk menyumbangkan idea dan pendapat beliau di ruang maya ini.

Jika anda mempunyai sebarang soalan yang ingin ditanyakan kepada Abang Mat, Ustaz Tuan, Datuk Mahfuz, Ustaz Nik Zawawi dan Ustaz Nasrudin, sila email kepada hdaily.kesatuan.fikrah@gmail.com

Minggu ini, mereka berlima berbicara dengan soalan berikut:

Apakah faktor utama ramai manusia yang gagal memanfaatkan perbezaan pendapat sebagai satu benda yang positif?
Apakah yang PAS perlu buat dalam menguruskan perbedaan pendapat dalam parti supaya tidak diambil kesempatan oleh musuh untuk melaga-lagakan ahli, pemimpin dan memecahbelahkan parti?



Abang Mat




Kalau tiada perbezaan pendapat, maka masyarakat akan dipimpin oleh diktator. Itu sebabnya perbedaan pendapat ini penting.

Sebagai contoh, ketika menentukan tempat peperangan dalam perang Badar dan Uhud pun, para sahabat berbeza pendapat. Namun apabila keputusan dicapai, mereka bersatu dan mendokongnya.

Begitu juga PAS sebagai jamaah Islam, apabila sesuatu keputusan dicapai, semua ahli dan pimpinan harus mengikut keputusan tersebut walaupun hati kita kadang-kala tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.





Perbezaan pendapat adah perkara lumrah dalam kehidupan, bahkan dua insan suami isteri pun sering bercanggah pandangan. Namun perbezaan pendapat adalah rahmat, bukan sesuatui yang negatif selama mana ianya diurus dengan penuh berhemah dan mengikut adab-adab ikhtilaf, yakni berbeza pendapat.

Antara adab yang perlu dijaga ialah menghargai perbezaan pendapat kerana ianya sememang bermanfaat untuk membuka ruang lebih luas dan mendedah kepada banyak pilihan.

Kedua, kita harus berlapang dada dengan perbezaan pandangan.

Ketiga, kita harus sentiasa baik sangka dengan cadangan yang berbeza.

Keempat, ianya bukan perkara prinsip, kerana apa yang menjadi pertikaian hanyalah perkara ranting, bukannya prinsip.

Kelima, berlapang dada apabila berdepan dengan hujah lebih kukuh dan kuat.

Keenam, kita harus bersyukur apabila pandangan ditolak kerana kita tidak lagi menanggung dosa seandainya cadangan tersebut menjadi perkara yg tidak baik.

Ketujuh, kita tidak boleh memaksa orang lain menerima pandangan kita, bahkan istiqfar andainya cadangan diterima.

Kelapan, kita mesti senantiasa mengharapkan keredhaan Allah kerana bilamana perbedaan pendapat tidak dijaga dg baik, ia akan berlaku salah faham, perbalahan, perpecahan dan lebih teruk lagi kehancuran.

Dalam PAS, selain mengingatkan ahli dan pimpinan kepada adab ikhtilaf, maka mereka mesti memahami bahawa seandainya bukan dasar parti, boleh berbeza pandangan.

Kalau arahan dan keputusan sudah dibuat, maka hendaklah diterima walau tak bersetuju sekalipun. Konsep wala' pada pimpinan adalah asas berjamaah. Setiap ahli kena patuh pada keputusan, dan sentiasa mengadakan perbincangan, mesyuarat dan pertemuan kerana ia adalah jalan kepada penyatuan fikrah jamaah.
Ustaz Tuan





Datuk Mahfuz

Perbedaan pendapat ialah sesuatu yang diiktiraf Islam. Ia sebenarnya adalah satu rahmat yang bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan daya fikir manusia, mencari penemuan, idea-idea yang baik yang menjurus kepada keharmonian kehidupan.

Namun begitu, soal emosi mesti diketepikan dalam soal memberi pendapat. Perbedaan pendapat sama sekali tidak boleh bertolak dari sudut emosi kerana ia akan mengabaikan soal hujah dan kebenaran semata-mata untuk menolak hujah lawan.

Dalam perbedaan pendapat, penghujahan mestilah berdasarkan kajian mendalam dan daya intelektual dan bukannya untuk tujuan perbalahan dan perkelahian .

Akan tetapi, luahan perbedaan pendapat mestilah juga bertempat pada ruang lingkup yang tertentu, dan ia seharusnya mengelak daripada menimbulkan kekecohan dan kekacauan dalam organisasi.

Selain itu, faktor keperluan dan masa dan juga topik juga memainkan peranan penting dalam perbedaan pendapat. Perbedaan pendapat yang tiada keperluan pada sesuatu masa tidak seharusnya ditimbulkan sehingga mengakibatkan sesuatu organisasi mengabaikan keperluan semasa yang lebih penting.

Luahan perbedaan pendapat di luar ruang lingkup sesuatu organisasi, terutamanya untuk parti politik, yang melibatkan emosi tanpa daya fikir yang tinggi haruslah dielakkan.

Dalam menangani hal perbedaan pendapat, semua yang memberikan pendapat mesti menerima hakikat yang apa yang dihujahkan tidak semestinya betul dan baik. Kita kena terima bahawa ada orang yang lebih baik, dan kita tidak boleh memaksa orang lain untuk menerima pandangan kita.

Merendahkan ego dalam hal perbedaan pendapat juga penting, dan semua yang memberi pendapat harus mempunyai sifat tersebut.





Perbezaan pendapat adalah suatu yang rutin di kalangan manusia. Faktor mudah ialah kerana perbezaan latar belakang pengajian,  ilmu, pengalaman, usia dan sebagainya.

Persoalan di sini ialah bagaimana kita mengurus perbezaan pandangan atau pendapat. Justeru kita sekali-kali tidak boleh mengelak daripada menghadapi situasi pendapat yang berbeza dalam sesuatu perkara.

Asas yang mesti dimiliki oleh semua dalam mengurus perbezaan pendapat ini ialah :

a. Lapang dada dan tenang aqal.
b. Jangan angkuh dan ego
c. Rasa hormat pada orang lain
d. Idea berasaskan hujah bukan sentimen

Tanpa 4 asas ini, perbedaan akan dibaca sebagai pertelingkahan dan permusuhan, jika tidak diselia akan menelurkan kebencian yang sukar dirawat.

PAS mempunyai mesyuarat di segenap lapisan organ parti sebagai satu mekanisme untuk menyelaraskan kepelbagaian pandangan dan pendapat.

Saluran ini wajib dimanafaatkan untuk melontar dan mencerna pendapat tersebut terutama pada pendapat yang tidak boleh mewakili peribadi seperti pendapat yang berkait polisi dan prinsip parti.

Perbezaan masih boleh diurus, diseragam dan diselaraskan agar tidak runcing dan melagakan antara satu sama lain. Sebagai sebuah Jamaah Islam, semua anggotanya samaada pimpinan atau ahli biasa telah diajar disiplin membuat keputusan. Antaranya Firman Allah swt yang bermaksud :

"Urusan mereka adalah mesyuarat dikalangan mereka."

Apa yang sering berlaku ialah masaalah sikap bukan masalah mekanisme. Saya berpendapat sikap yang perlu milik dan sikap yang perlu ubah mesti dikenal pasti terlebih dahulu untuk menghadapi perbedaan pendapat dengan lebih matang.

Ustaz Nasrudin




Ustaz Nik Zawawi

Ramai yang gagal dalam perkara ini disebabkan ceteknya ilmu dan tidak mengikuti percaturan politik semasa. PAS sentiasa mentarbiah ahli dengan ilmu agama dan ilmu politik islam di mana perbedaan pendapat boleh diterima dengan hati terbuka sebagai satu benda yang lumrah dan baik untuk jamaah.

PAS juga perlu mendidik ahli agar memahami mana tempat yang boleh Khilaf dan mana yang tak boleh untuk mengurangkan konflik hanya kerana perbezaan pendapat, yang sepatutnya digunakan untuk menguatkan jamaah dan bukan sebaliknya.

Tiada ulasan: