Selasa, Mac 06, 2012

Boeing rai pesawat 777 ke-1,000, HEBAT UAE??? MALAYSIA JUGA KAYA, TAK MAMPU BELI KA?

SUMBER


PEKERJA-PEKERJA Boeing berkumpul meraikan siapnya pembinaan pesawat 777 ke-1,000 yang akan diserahkan kepada Emirates Airline. - AP


KUALA LUMPUR 4 Mac - Boeing dan lebih 5,000 kakitangan, pembekal, pelanggan dan pegawai kerajaan meraikan pesawat 777 yang ke-1000 dalam satu acara khas pada Jumaat lalu.
Pesawat 777 ke-1,000 itu akan diserahkan kepada Emirates yang berpangkalan di Dubai lewat bulan ini, kata pengeluar pesawat itu dalam satu kenyataan dari Everett.
"Sebagai pelanggan terbesar 777, amat wajar Emirates mendapat penghargaan menerima pesawat 777 ke-1000 kami," kata Jim Albaugh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Boeing Commercial Airplanes.
"Emirates meletakkan paras standard yang tinggi dalam industri dalam menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan kami berbangga pesawat 777 merupakan tumpuan utama dalam usahanya untuk menjadi peneraju syarikat penerbangan global," katanya.
Tahun lepas merupakan tahun terbaik bagi jualan 777 dengan 200 tempahan daripada 22 pelanggan - mengatasi rekod sebelumnya sebanyak 154 set pada 2005.
Pengeluaran berada di paras paling tinggi bagi program itu dan kenaikan kadar 20 peratus bermula pada musim luruh ini iaitu daripada tujuh kepada 8.3 pesawat sebulan.
Program itu akan mula membina 100 pesawat setahun bermula pada 2013. Emirates adalah pelanggan terbesar program 777 dengan 102 pesawat sekarang dalam armadanya dan 84 pesawat penumpang dan sembilan pesawat pengangkut dalam tempahan. - BERNAMA

Tiada ulasan: