Sabtu, Mac 17, 2012

Malaysiakini: Bancian kecenderungan politik guru juga di KL???

SUMBER : Malaysiakini: Bancian kecenderungan politik guru juga di KL
Posted on Thursday, March 15 @ 16:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Berita Oleh: amkns

"Mac 15, 2012 - Surat pekeliling yang didakwa dikeluarkan kepada guru besar supaya merekodkan kecenderungan politik guru-guru di Tawau dipercayai juga diedarkan kepada sekolah di Kuala Lumpur.

Malaysiakini dimaklumkan bahawa guru di sebuah sekolah rendah diminta melabelkan diri mereka sebagai hitam, kelabu atau putih mengikut kecenderungan politik mereka, sama seperti yang dilakukan di Tawau.

Menurut seorang guru, yang enggan mendedahkan identitinya, tinjauan berkenaan dijalankan bulan lalu.

"Ya, kajian itu sama dengan apa yang dilakukan di Tawau. Borang itu mempunyai dua ruang, pertama senarai nama guru dan kedua untuk ditandakan sama ada putih sebagai menyokong kerajaan, hitam bagi yang memihak kepada pembangkang dan kelabu bagi mereka yang tidak pasti, "kata guru itu.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada jika kajian itu diarahkan oleh kementerian atau pegawai pendidikan, tetapi percaya tinjauan berkenaan dijalankan di sekolahnya kerana ia terletak di kerusi yang dipegang oleh pembangkang.

Namun tinjauan rambang di beberapa buah sekolah lain di kawasan yang dimenangi oleh pembangkang, mendapati tidak ada guru lain yang diberi kertas kajian seumpama itu.

Ketika dihubungi, seorang pegawai Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan berkata bahawa beliau tahu terdapat pekeliling atau arahan seumpama itu yang dihantar ke sekolah-sekolah. Beliau menasihatkan Malaysiakini untuk menghubungi semula minggu depan untuk jawapan rasmi.

"Pengarah di luar kawasan," katanya.

Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi, juga berkata bahawa tidak ada arahan seumpama itu dikeluarkan oleh kementerian.

"Tidak ada arahan. Kementerian tidak terlibat, saya sudah semak," katanya.

Sumber: malaysiakini.com"

Tiada ulasan: