PPD TAWAU ALAT UMNO/BN? | ![]() | ![]() | ![]() |
Written by Admin |
Saturday, 10 March 2012 10:50 |
Share BERDASARKAN surat PPD Daerah Tawau dari Unit Pengurusan Sekolah yang bertarikh 01 Mac 2012 mendedahkan bahawa pejabat berkenaan telah menjadi agen Umno/BN. Surat berkenaan telah menyatakan arahan kepada semua Pengetua dan Guru Besar di daerah Tawau supaya mengenalpasti kakitangan sekolah mengikut kategori seperti berikut : (Rujuk Surat yang dilampirkan) 1. Putih 2. Kelabu 3. Hitam PAS Tawau hairan kenapa pejabat PPD boleh menjadi alat kepada Umno/BN sehingga terpaksa mengeluarkan surat secara rasmi kepada Pengetua dan Guru Besar bagi mengenalpasti pegangan politik para guru sedangkan hak untuk menyokong dan menjadi ahli mana-mana parti politik sekalipun dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Sepatutnya pihak pengurusan PPD Tawau perlu bertindak lebih profesional bagi menangani permasalahan pendidikan di Tawau bukannya mencampuri urusan politik. ![]() Terlalu banyak persoalan pendidikan yang perlu diteroka dan diteliti oleh PPD Tawau. Kesangsian masyarakat terhadap pengurusan PPD mutakhir ini akan tercalar jika sekiranya PPD Tawau terus menjadi alat Umno/BN. Perkara ini diharap akan mendapat penjelasan daripada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Salam Hormat, MOHAMAD HUSAIN Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau. Showing 14 comments
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan