Ahad, Mac 11, 2012

PEWARIS GOMANTONG SOKONG 123 BANGKIT >> BILA PEWARIS GUA BANGKIT???

SUMBER PDF Print E-mail
Written by Admin   
Sunday, 11 March 2012 13:02
Share
Saudara Pengarang,
SAYA, Asbal Bin Asik, pewaris Gua Gumantong dengan ini menyokong penuh himpunan '123 BANGKIT' yang akan diadakan di Wisma Innoprise esok kerana menyedari kerajaan masa kini banyak menyalahgunakan kuasa dengan monopoli segala hak rakyat untuk kepentingan diri sendiri mereka.
Wahai rakyat Sabah, sedarlah apa yang telah berlaku dan kesannya kepada rakyat Sabah terutama hak rakyat asal, khususnya suku kaum Sungei di Kinabatangan.
Sarang Burung Gua Gumantong di daerah ini sudah ujud beratus tahun lamanya diterajui oleh nenek moyang tetapi gua tradisi ini telah diambil alih oleh kerajaan setelah tampuk kepimpinan di Sabah ini diterajui oleh UMNO. Adakah parti UMNO yang mencipta Gua Gomantong yang selama ini dimiliki secara mutlak oleh kaum Sungei?
Kenapa Gua ini diambil alih oleh kerajaan lalu tender dibuka dan membolehkan sesiapa saja dapat bertapak dan berkuasa di situ?
Menyahut seruan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, maka ada di antara suku kaum Sungei, pribumi Kinabatangan telah bersusah payah untuk memenuhi syarat kerajaan menyertai tender, tapi penghujungnya, Jabatan Hidupan Liar tidak mengumumkan sebarang keputusan tender.
Mengikut prosedur, keputusan tender hak memungut sarang di Gua Gomantong diumumkan pada penghujung Disember tahun lalu (2011); sebaliknya penender yang telah tamat tempoh dibenarkan untuk meneruskan pemungutan dalam jangka masa 12 bulan lagi tanpa notis bertulis.

Apakah Jabatan Hidupan Liar telah menerima rasuah daripada penender lama? Sebagai pewaris, saya menggesa agar pihak SPRM meneliti kes ini dan membuat tindakan yang sewajarnya. Jika tiada juga tindakan dibuat terhadap Jabatan Hidupan Liar, bermakna SPRM turut sama bersubahat menerima rasuah.
Oleh itu, siapakah dan di manakah tempat kami mengadu untuk menyelesaikan masalah ini dan mempertahankan hak-hak kami? Buat masa ini, hanya 123 Bangkit sahaja wadah yang tersedia untuk menyuarakan hak kami kerana wakil rakyat kami semua mabuk rasuah dan mengabaikan tanggung jawab mereka membela kami.
Sekian hormat,
ASBAL BIN ASIK
(NOTA: Surat ini adalah pandangan peribadi penulis dan bukan pandangan Sabahkini.Net jika anda tidak puas hati sila hubungi beliau di talian 0178343877 untuk mendapatkan penjelasan).

Tiada ulasan: