Sabtu, Mac 31, 2012

Peneroka berarak di Putrajaya, bantah penyenaraian???

Peneroka berarak di Putrajaya, bantah penyenaraian

Harakahdaily, Foto SK, 30 Mac 2012

PUTARAJAYA, 30 Mac: Hampir 200 peneroka hari ini berarak ke Pejabat Perdana Menteri di Putajaya bagi menyerahkan memorandum membantah hasrat kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVHB) di Bursa Malaysia.

Himpunan yang bermula selepas solat Jumaat dari Masjid Putera itu diketuai bersama Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said dan juga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Mereka berarak sambil memegang kain rentang sepanjang 100 meter yang dipenuhi tandangan peneroka seluruh negara yang turut membantah penyenaraian.

Selain itu belbagai poster bantahan turut dibawa termasuk yang bertulis “Kami tolak FGHV”, “Selamatkan Felda”.

Ada juga yang membawa kain rentang bantahan yang mewakili gugusan felda masing-masing.

Sepanjang perarakan itu juga mereka melaungkan slogan “Reformasi”, “Turun Isa Samad” dan “Isa Samad tipu peneroka” sebagai bantahan terhadap Tan Sri Isa Samad selaku pengerusi Felda.

Mereka pada mulanya gagal memasuki pintu pagar utama ke pejabat Perdana Menteri ekoran kawalan ketat pasukan keselamatan.

Bagaimanapun selepas berunding, lima daripada mereka dibenar masuk menyerahkan memorandum tersebut melalui pintu pengawal.

Mereka yang dibenar masuk adalah A Samad, Mazlan, Suhaimi dan Pengerusi JINGGA 13 Fariz Musa.

Memorandum bagaimanapun hanya diterima wakil Perdana Menteri ekoran Datuk Seri Najib Razak menghadiri majlis pemakaman anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah yang mangkat pagi tadi.

Sabtu, Mac 24, 2012

MUSLIM CARE MALAYSIA & MUSLIM CARE SABAH DI PULAU MABUL SABAH

 KETUA PEMUDA PAS SABAH JUGA ORANG KANAN MUSLIM CARE SABAH BERSAMA SDR DARAMANSAH B LAMASA SERTA MAMAI (ADIK SDR DARAMANSAH) SEDANG BERBUAL SEBELUM BERTOLAK KE LAPANGAN TERBANG TAWAU UNTUK MENYAMBUT KETIBAAN MUSLIM CARE MALAYSIA...



KENANGAN MUSLIM CARA SABAH DAN MUSLIM CARE MALAYSIA DI LAPANGAN TERBANG TAWAU

ENGLISH IN CAMP 2012 DI SMK UMAS-UMAS TAWAU MULAI 23 MAC HINGGA 25 MAC 2012





46 PELAJAR TERLIBAT... 32 PEREMPUAN DAN 14 LELAKI.. 15 GURU PENGIRING TERLIBAT... ACARA BANYAK DISEDIAKAN PADA 24 MAC 2012...

Hutang negara: Dapat dari mana, ke mana dibelanja?>> KURANG 2% SAHAJA DI BAWAH TAHAP DIBENARKAN KDNK??

SUMBER

Harakahdaily, 24 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 24 Mac: Teras Pengupayaan Melayau (Teras) berpendirian pengumuman Timbalan Menteri Kewangan, Datuk  Awang Adek Hussain bahawa hutang kerajaan masih tidak kritikal kerana kurang 2 peratus di bawah had 55 peratus dari KDNK dan tidak membimbangkan, adalah sangat tidak bertanggungjawab.


“Pertanyaan yang tidak dijawab ialah ke manakah wang yang diperolehi dengan berhutang itu dibelanjakan dan siapa yang menentukan perbelanjaan tersebut?” tanya Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Sepatutnya, kata beliau pihak perbendaharaan negara memastikan ia dibelanjakan mengikut peruntukan undang-undang.

Menurutnya, dengan hanya selisih 2% dari tahap kritkal 55% KDNK menunjukkan perbendaharaan negara cuai dengan kedudukan hutang negara.

“Itupun Teras mempersoalkan atas kriteria apa 55% itu ditentukan?” soalnya lagi.

Beliau berkata, persoalan yang lebih kritikal ialah apakah kerajaan berbelanja  berdasarkan bajet yang diluluskan atau sebaliknya (on budget atau off budget).

Katanya, pihak perbendaharaan negara yang kini dibawah kuasa PM kerana beliau adalah juga Menteri Kewangan jelas telah membiarkan hutang bertambah bila defisit dicampur dengan berbelanja lebih dari yang dibenarkan.

Kini, ujarnya apa yang menjadi tanda tanya ketika kerajaan berbelanja lebih dari yang dibenarkan siapakah yang memberi kebenaran untuk berbuat demikian.

“Inilah sebabnya Teras melihat bahawa dalam isu hutang kerajaan yang kini hanya berada 2% di bawah had yang dibenarkan, ternyata tidak ada semak dan imbang (check and balance) lagi,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, kini rakyat berhak untuk tahu bagaimana wang negara yang diperolehi dari hutang dan dibelanja sebabnya rakyatlah yang akan menanggung hutang tersebut.

“Inilah yang disebut sebagai pembiayaan hutang (debt financing) yang akan terbeban kepada setiap orang rakyat sesebuah negara,” ujarnya.

Untuk membayar hutang, tambahnya perbelanjaaan tambahan perlu dikeluarkan dan rakyatlah yang akan menerima beban hutang yang diambil oleh kerajaan.

Katanya, ketika mana hutang kerajaan bertambah bermakna wang rakyat akan diguna untuk membiaya hutang tersebut.

Di Amerika, ujarnya ada maklumat setiap hari yang disebut “U.S. NATIONAL DEBT CLOCK”.

Menurutnya, pada 23hb Mac 2012 jam 10.30.06 petang GMT hutang awam ialah USD15,589,100,336.066.82, juga mencatat populasi Amerika sekarang ialah 312,453,854, maka setiap warga Amerika menanggung hutang tersebut sebanyak USD49,892.19 pada hari tersebut.

Jelasnya, hutang Kerajaan Amerika terus meningkat secara purata USD4.02 billion sehari sejak 28 September 2007.

Ujarnya, setidak-tidaknya warga Amerika mempunyai maklumat mengenai hutang kerajaan setiap hari dan apa implikasinya terhadap setiap individu warganya.

“Di Malaysia maklumat ini bukan sahaja sukar untuk dioperolehi, malah dimanipulasi seolah-olah semuanya dalam kedaan terkawal,” ujarnya.

Justeru, ujarnya Teras menggesa agar rakyat perlu menzahirkan keprihatinan mereka mengenai kepincangan perbelanjaan yang akan menjejaskan kedudukan kewangan negara sekaligus kesejahteraan rakyat.

“Jika rakyat membisu dan tidak peka dengan uruskelola kewangan negara, masa depan rakyat bakal menghadapi keadaan yang tidak menentu, jangan membayangkan situasi seperti Greece tidak akan berlaku di Malaysia,” katanya.

PM nafi campur kes Felda di mahkamah ??? >> YB MACHANG MESTI AKAN DEDAHKAN BUKTI TUU...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bahawa kerajaan cuba mempengaruhi hakim yang membicarakan kes membabitkan Felda, antaranya berkaitan kadar perahan minyak.

Katanya, pihaknya akan menjawab dakwaan tersebut di parlimen minggu depan.

"Kita akan menjawabnya di parlimen minggu depan... It was completely distortion of fact (Ia memang fakta yang benar-benar diputarbelitkan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi.

Najib berkata perkara tersebut akan dijawab oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan di Dewan Rakyat minggu depan.

Katanya, Ahmad - yang juga ketua penerangan Umno bertanggungjawab mengenai Felda - mempunyai semua faktanya.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution sebelum ini dilapor mendakwa, campur tangan itu dikesan berasaskan minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan Najib di bangunan parlimen pada 27 tahun lalu.

Dalam sidang medianya di Parlimen, Saifuddin menunjukkan salinan minit mesyuarat itu kepada wartawan perenggan yang mengaitkan dakwaan yang menimbulkan kontroversi itu.

Sementara itu, Najib yang juga presiden Umno berkata kerajaan juga cuba untuk menyekat usaha "membocorkan maklumat kerajaan".

"Tetapi kadang-kadang kita tidak dapat (mengetahui) puncanya sebab dalam dunia sekarang ini, amat sukar kita nak menyekat kebocoran.

"Di Amerika Syarikat, Jabatan Negaranya (pun) sudah bocor," katanya.

KONTROVERSI!!! Perniagaan: PAS hanya kecam Zionis??? yahudi boleh berurusan.. aqidah zionis bahaya!!!

sumber

Harakahdaily, 24 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Isu perniagaan dengan orang Yahudi yang diketengahkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bukan perkara yang sukar difahami oleh umat Islam, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Dalam satu kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa Abdul Hadi hanya menjelaskan fakta sejarah dari perspektif sirah Rasullullah di mana baginda menjalankan muamalah urusniaga dengan orang Yahudi di Madinah kerana perkara ini jelas disebut dalam banyak buku-buku sirah.

“PAS dukacita dengan pelbagai kenyataan yang dikeluarkan pelbagai pihak yang menganggap kenyataan Presiden PAS bermotif politik kerana beliau menjelaskan dari sudut ilmiah perbezaan antara bangsa Yahudi dan gerakan Zionis, yang telah merampas tanah umat Islam di Palestin dan sentiasa memberi amaran kepada umat Islam,” kata beliau.

Dalam satu makan malam minggu lalu, Abdul Hadi berkata, aktiviti urusniaga dengan Yahudi dibenarkan, tetapi bukan dengan Zionis kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin PAS anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Kenyataan Abdul Hadi telah diserang oleh pemimpin Umno dan para mufti yang pro-kerajaan sebagai kenyataan politik semata-mata.

PAS Murshidul Am Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan timbalan presiden Mohamad Sabu turut menyokong kenyataan Abdul Hadi dengan menyatakan bahawa Yahudi merupakan bangsa seperti bangsa-bangsa lain di dunia sedangkan Zionis sebagai ‘parti’ dalam Yahudi itu sendiri.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, hakikatnya menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi.

"Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi? Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka. Demikian juga dengan mereka yang mengaku Muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan.

"Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi," katanya lagi.

Sementara itu, Mohd Sabu pula berkata umat Islam boleh bermuamalah dengan Yahudi, tapi menegaskan bahawa urusniaga dengan Yahudi Israel tidak boleh sama sekali kerana mereka jelas berfahaman Zionis.

Menurut Tuan Ibrahim pula, Yahudi adalah bangsa yang disebut dalam al-Quran. Al Quran banyak menyatakan kecaman dan juga pujian kepada Bani Israel.

“Bangsa adalah ketentuan Allah. Manakala yang kita tentang ialah gerakan Zionis yang sentiasa mewujudkan tindakan huru-hara dalam dunia, khususnya tindakan ganas mereka terhadap umat Islam di Palestin.

Lantaran itu, PAS mengecam tindakan kerajaan berurus niaga dengan negara Israel kerana tindakan itu nyata bercanggah dengan dasar dan polisi negara yang tidak mengiktiraf tanah rampasan Zionis yang dijadikan negara Israel,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

SESI DIALOG BERSAMA PENEROKA FELDA SABAH & TANAH ADAT ORANG ASAL DI TAWAU!!!!!

SESI DIALOG BERSAMA PENEROKA FELDA SABAH & TANAH ADAT ORANG ASAL & ISU SEMASA JUGA DISELITKAN!

PENCERAMAH DARIPADA PIMPINAN PR TEMPATAN & PKR PUSAT :- 
1) TN HJ SUHAIMI B SAID (LAWYER & MERANGKAP PENGERUSI MFDOA) 
2) YB MP AMPANG ZURAIDAH KAMARUDDIN (KETUA WANITA KEADILAN MALAYSIA) dan 
3) SDR SAMSUL ISKANDAR (KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA)

‎25 MAC 2012 (AHAD) BERMULA JAM 1 PETANG DI PASTI MEROTAI BESAR,TAWAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!

KENANGAN TEAM SMK UMAS-UMAS, TAWAU KE KEJOHANAN BOLASEPAK MSSD TAWAU 2012

UMAS-UMAS UNDER 18- PADANG SM VOKASIONAL- VS MRSM (SARINGAN)


  

 UMAS-UMAS UNDER 15 VS SM ST PATRICK (SARINGAN)-PDG SMK KUHARA
UMAS-UMAS UNDER 15 VS SM ST PATRICK (SARINGAN)-PADANG SMK KUHARA


UMAS-UMAS UNDER 18 VS SMK JALAN APAS (SARINGAN)



 SMK UMAS-UMAS UNDER 15 VS SMK ABAKA  (SARINGAN)
  

SMK UMAS UNDER 15 VS SMK KUHARA (SEMI)


SMK UMAS UNDER 15 VS SMK KUHARA -SEMI FINAL- PADANG SMK KUHARA



SMK UMAS-UMAS UNDER 18 LAST GAME SARINGAN VS SMK JAMBATAN PUTIH

Sabtu, Mac 17, 2012

MB KELANTAN DI TAWAU PETANG INI!!!!!!!!!!!!


TUAN GURU NIK AZIZ MB KELANTAN DI TAWAU PETANG INI HINGGA ESOK PAGI!!
KULIAH MAGHRIB DI MASJID TAMAN WAWASAN MALAM INI 17HB 3

Malaysiakini: Bancian kecenderungan politik guru juga di KL???

SUMBER : Malaysiakini: Bancian kecenderungan politik guru juga di KL
Posted on Thursday, March 15 @ 16:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Berita Oleh: amkns

"Mac 15, 2012 - Surat pekeliling yang didakwa dikeluarkan kepada guru besar supaya merekodkan kecenderungan politik guru-guru di Tawau dipercayai juga diedarkan kepada sekolah di Kuala Lumpur.

Malaysiakini dimaklumkan bahawa guru di sebuah sekolah rendah diminta melabelkan diri mereka sebagai hitam, kelabu atau putih mengikut kecenderungan politik mereka, sama seperti yang dilakukan di Tawau.

Menurut seorang guru, yang enggan mendedahkan identitinya, tinjauan berkenaan dijalankan bulan lalu.

"Ya, kajian itu sama dengan apa yang dilakukan di Tawau. Borang itu mempunyai dua ruang, pertama senarai nama guru dan kedua untuk ditandakan sama ada putih sebagai menyokong kerajaan, hitam bagi yang memihak kepada pembangkang dan kelabu bagi mereka yang tidak pasti, "kata guru itu.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada jika kajian itu diarahkan oleh kementerian atau pegawai pendidikan, tetapi percaya tinjauan berkenaan dijalankan di sekolahnya kerana ia terletak di kerusi yang dipegang oleh pembangkang.

Namun tinjauan rambang di beberapa buah sekolah lain di kawasan yang dimenangi oleh pembangkang, mendapati tidak ada guru lain yang diberi kertas kajian seumpama itu.

Ketika dihubungi, seorang pegawai Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan berkata bahawa beliau tahu terdapat pekeliling atau arahan seumpama itu yang dihantar ke sekolah-sekolah. Beliau menasihatkan Malaysiakini untuk menghubungi semula minggu depan untuk jawapan rasmi.

"Pengarah di luar kawasan," katanya.

Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi, juga berkata bahawa tidak ada arahan seumpama itu dikeluarkan oleh kementerian.

"Tidak ada arahan. Kementerian tidak terlibat, saya sudah semak," katanya.

Sumber: malaysiakini.com"

Ketua Wanita MCA P Pinang kena panggil 'ayam tua'?? > program TEGANGG!!

Pemimpin BN yang berucap  di sebuah forum anjuran akhbar berbahasa Cina - Kwong Wah Jit Poh dan Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang - dilaporkan diganggu oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Ketua Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang berkata beliau kesal kerana penyokong Pakatan bertindak "membuat bising dan bersikap membuli" di forum malam tadi, serta melemparkan kata-kata kesat terhadapnya dan pemimpin BN yang lain.

NONETan (kiri) berkata penyokong Pakatan tidak dapat berdepan dengan kebenaran apabila beliau menyampaikan ucapannya yang menyentuh tentang "kenyataan seksis menyerang beberapa wanita" oleh pemimpin mereka, termasuk pemimpin DAP Hiew Kuan Yew dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Air: Selangor perkenal program 'Lapor dan Dapat' >> KREATIF...

SUMBER

SHAH ALAM, 16 Mac: Penduduk pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter pukal hanya perlu melaporkan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) mereka bilangan kediaman yang berpenghuni di pembangunan mereka untuk mendapat air percuma.

Demikian kata, Iskandar bin Abdul Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Negeri Selangor dalam kenyataannya.

Apabila mendapat laporan itu, katanya, kerajaan negeri kemudian akan menyampaikan maklumat itu kepada SYABAS yang akan membuat potongan pada bil meter pukal.

Ahad, Mac 11, 2012

Bantuan sekolah: Kenapa Felda beri runding terus?

Written by Harakahdaily  
Sabtu, 10 Mac 2012 17:05
KUALA LUMPUR, 10 Mac: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendakwa berlaku penyelewengan oleh Felda berhubung pembekalan kelengkapan sekolah kepada anak peneroka yang dibuat secara runding terus.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, ianya membabitkan bantuan kelengkapan dengan nilai RM185 bagi setiap murid yang berlumlah 15,000 orang.

Bantuan tersebut terdiri daripada 2 pasang pakaian seragam sekolah, beg sekolah dan sepasang kasut bagi setiap pelajar.

"Nilai keseluruhan kalau kita kira lebih kurang RM2.775 juta. Kita dapat maklumat ianya diberi secara runding terus tanpa ditender, kenapa runding terus, itu yang kita persoalkan," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Sambil mendedahkan dokumen yang didakwa bukti penyelewengan itu, Mazlan mendakwa pegawai yang berkait dengan projek itu adalah Pegawai Khas kepada Pengerusi Felda iaitu Muhammad Zahid Md. Arip.

Mazlan turut mempersoal bagaimana pemilihan pelajar yang layak menerima bantuan itu dibuat di peringkat tanah-tanah rancangan.

"Kita buat survey, banyak Felda tak mengagihkan kelengkapan ini. Kita kira-kira sekurangnya mereka boleh buat untung RM1 juta untuk projek ini," kata Mazlan.

Sehubungan itu beliau menuntut Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad serta Pengerusi Yayasan Felda membuat penjelasan.

Konvensyen Kebangsaan

Pada sidang media sama, Mazlan turut memaklumkan pihaknya akan mengadakan konvensyen kebangsaan membincangkan masa depan dan hala tuju Felda.

Konvensyen itu akan diadakan pada 22 April ini dan bakal menampilkan tokoh-tokoh berkaitan Felda bagi berkongsi pandangan.

Ianya termasuk bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, dan juga bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Raja Alias Raja Ali yang terkenal dengan jolokan arkitek Felda.

Konvensyen itu menurut Mazlan, turut akan membincangkan pro dan kontra penyenaraian Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Untuk tujuan itu katanya, konvemsyen tersebut akan menjemput kedua-dua wakil iaitu yang menyokong dan yang membantah penyenaraian itu untuk membentangkan kertas kerja.

Selain mereka, semua 222 ahli parlimen pembangkang dan kerajaan turut akan dijemput ke program tersebut.

PEWARIS GOMANTONG SOKONG 123 BANGKIT >> BILA PEWARIS GUA BANGKIT???

SUMBER PDF Print E-mail
Written by Admin   
Sunday, 11 March 2012 13:02
Share
Saudara Pengarang,
SAYA, Asbal Bin Asik, pewaris Gua Gumantong dengan ini menyokong penuh himpunan '123 BANGKIT' yang akan diadakan di Wisma Innoprise esok kerana menyedari kerajaan masa kini banyak menyalahgunakan kuasa dengan monopoli segala hak rakyat untuk kepentingan diri sendiri mereka.
Wahai rakyat Sabah, sedarlah apa yang telah berlaku dan kesannya kepada rakyat Sabah terutama hak rakyat asal, khususnya suku kaum Sungei di Kinabatangan.
Sarang Burung Gua Gumantong di daerah ini sudah ujud beratus tahun lamanya diterajui oleh nenek moyang tetapi gua tradisi ini telah diambil alih oleh kerajaan setelah tampuk kepimpinan di Sabah ini diterajui oleh UMNO. Adakah parti UMNO yang mencipta Gua Gomantong yang selama ini dimiliki secara mutlak oleh kaum Sungei?
Kenapa Gua ini diambil alih oleh kerajaan lalu tender dibuka dan membolehkan sesiapa saja dapat bertapak dan berkuasa di situ?
Menyahut seruan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, maka ada di antara suku kaum Sungei, pribumi Kinabatangan telah bersusah payah untuk memenuhi syarat kerajaan menyertai tender, tapi penghujungnya, Jabatan Hidupan Liar tidak mengumumkan sebarang keputusan tender.
Mengikut prosedur, keputusan tender hak memungut sarang di Gua Gomantong diumumkan pada penghujung Disember tahun lalu (2011); sebaliknya penender yang telah tamat tempoh dibenarkan untuk meneruskan pemungutan dalam jangka masa 12 bulan lagi tanpa notis bertulis.

Apakah Jabatan Hidupan Liar telah menerima rasuah daripada penender lama? Sebagai pewaris, saya menggesa agar pihak SPRM meneliti kes ini dan membuat tindakan yang sewajarnya. Jika tiada juga tindakan dibuat terhadap Jabatan Hidupan Liar, bermakna SPRM turut sama bersubahat menerima rasuah.
Oleh itu, siapakah dan di manakah tempat kami mengadu untuk menyelesaikan masalah ini dan mempertahankan hak-hak kami? Buat masa ini, hanya 123 Bangkit sahaja wadah yang tersedia untuk menyuarakan hak kami kerana wakil rakyat kami semua mabuk rasuah dan mengabaikan tanggung jawab mereka membela kami.
Sekian hormat,
ASBAL BIN ASIK
(NOTA: Surat ini adalah pandangan peribadi penulis dan bukan pandangan Sabahkini.Net jika anda tidak puas hati sila hubungi beliau di talian 0178343877 untuk mendapatkan penjelasan).

Wartawan kecam 'kebiadaban' MB Pahang ??? MB PAHANG BODOH?

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini mengutuk keras kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kerana menggelar petugas media sebagai "bodoh" ekoran laporan tentang isu Lynas Advanced Materials Plant (Lamp).

nuj journalist forum 050907 chin sung chewPresiden NUJ Chin Sung Chew berkata, pihaknya amat terkejut dengan reaksi Adnan itu kerana sebagai menteri besar dan ahli politik, beliau patut memahami bahawa wartawan hanya menjalankan tugas.

"Tindakan menteri besar Pahang itu menghina maruah wartawan.

SHAHRIZAT LETAK JAWATAN HARI INI? > BENARLAH BAGAI DIKATA..

SHAHRIZAT LETAK JAWATAN HARI INI? PDF Print E-mail
Written by Admin   
Sunday, 11 March 2012 13:35
Share
Oleh : SHANNON TEOH
DATUK Seri Shahrizat Abdul Jalil akan mengumumkan perletakan jawatan beliau untuk semua jawatan hari ini.
The Malaysian Insider difahamkan beliau akan membuat pengumuman secara rasmi berkenaan perletakan jawatan itu dalam sidang media petang ini.
Pembantu Ketua Wanita Umno ini yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, Shahrizat akan membuat pengumuman tersebut kepada media di Desa Waterpark jam 3 petang ini.
“Saya tidak boleh bercakap dengan lebih lanjut, datang ke sidang media tersebut jam 3 petang ini dan anda akan tahu,” katanya.
Akhbar harian berbahasa Inggeris, The New Straits Times pagi ini melaporkan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) akan meletak jawatan untuk setiap jawatan yang dipegang beliau dalam beberapa hari lagi.
Akhbar berkenaan berkata, menurut satu sumber, Shahrizat telah memaklumkan pegawai terdekatnya Jumaat lalu bahawa beliau akan melepaskan jawatan menteri dan juga Ketua Wanita Umno.
“Shahrizat telah memberitahu kami beliau ingin melepaskan kedua-dua jawatan. Beliau tidak setuju dengan cadangan beliau letak jawatan sebagai menteri tetapi kekal sebagai Ketua Wanita Umno sehingga pilihan raya depan.
“Beliau telah buat keputusan untuk melepaskan kedua-dua jawatan tersebut,” jelas Ketua Wanita Umno negeri.
Seorang lagi pemimpin kanan Wanita memberitahu akhbar berkenaan bahawa seorang pembantu Shahrizat telah memaklumkan beliau akan meletak jawatan semalam.
“Namun perkara itu tidak berlaku. Kami masih lagi berteka teki kerana pegawainya yakin pengumuman akan dibuat semalam. Mungkin beliau menantikan masa yang sesuaI,” kata sumber tersebut.
The Malaysian Insider turut difahamkan Shahrizat akan membuat pengumuman rasmi malam tadi, tetapi beliau masih lagi belum berbuat sedemikian.
The New Straits Times turut melaporkan berdasarkan sumber peringkat tertinggi bahawa mereka yakin Shahrizat tidak akan bertanding untuk pilihan raya akan datang.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata pengumuman terhadap perletakan jawatan Shahrizat akan dibuat kemudian.
“Terdapat banyak sangat khabar angin. Tapi kita akan membuat pengumuman dalam keadaan yang lebih teratur,” kata Presiden Umno itu di Johor.
Spekulasi nasib Shahrizat telah menjadi bualan hangat sepanjang minggu ini, dengan berbulan dakwaan bahawa beliau dan keluarganya telah menyalahgunakan dana awam bernilai RM250 juta untuk projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) bagi kegunaan peribadi.
Skandal NFC menjadi perhatian umum setelah dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 projek ternakan lembu di Gemas itu gagal menepati sasaran.
Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai ini telah menerima desakan meletak jawatan daripada pembangkang termasuk pemimpin veteran Umno, dengan menegaskan beliau hanyalah isteri kepada Salleh dan tiada kena mengena dengan projek tersebut.
Pihak polis bulan lalu telah mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah, namun beliau meminta agar pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci berhubung perkara itu.

ANAK akan saman tiga bekas MB??? PENEROKA MEREMPAT??

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan memfailkan saman terhadap bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad kerana didakwa gagal memastikan pampasan diberi kepada peneroka Felda sehingga mereka kini didakwa hidup terbiar.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, saman tersebut akan mewakili peneroka Felda Cahaya Baru (Johor), Sungai Buaya (Selangor), LB Johnson dan Sendayan (Negeri Sembilan).

"Mereka (peneroka Felda) kini kalau nak guna bahasa kasarnya, hidup merempat. Mereka tidak mendapat pampasan yang sepatutnya. Jadi kami akan lantik panel guaman untuk kemukakan saman (menuntut) gantirugi atas kerugian peneroka Felda," katanya dalam sidang media di ibupejabat PAS hari ini.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat mendakwa, ketiga-tiga bekas menteri besar tersebut bersalah kerana memberi kebenaran kepada kontraktor kerajaan negeri bagi menjalankan projek di atas sebuah tanah GSA dan rizab Melayu itu.

Selain itu, Mazlan mendakwa, mereka juga menaburkan janji kepada peneroka yang mereka akan mendapat durian runtuh.

Bagaimanapun, setelah projek dibuat, dakwa Mazlan, duit yang dijanjikan itu tidak diberi.

"Jadi apa yang kita nak persoalkan ialah kenapa exco dan menteri besar meluluskan projek ini? Mereka semua ini telah mungkir janji," katanya.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, ANAK turut akan memfailkan injunksi terhadap Felda Plantation bagi menghalang 360,000 hektar tanah milik peneroka diserahkan kepada Felda Global Venture Holding (FGVH).

Menurut Mazlan, pemberian tanah kepada FGVH merupakan satu kesalahan mengikut akta GSA 1960.


"Kami bersama peguam akan memohon kepada mahkamah untuk membatalkan pemberian tanah itu dan memohon agar tanah itu dapat diberi kembali kepada rakyat. Walau apa pun, perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan injunksi juga akan dilakukan dalam waktu terdekat," katanya.

Sementara itu, Mazlan turut mempertikaikan projek 'Ceria ke sekolah'- satu projek yang memberi barangan keperluan ke sekolah kepada seramai 15,000 murid tahun satu anak peneroka Felda.

Mazlan berkata, keseluruhan projek itu bernilai RM2.775 juta kerana setiap seorang murid akan diberi pakej bernilai RM185, merangkumi baju sekolah, kasut dan beg sekolah.


Beliau bertanya kenapa projek tersebut diberi secara rundingan terus dan bukan melalui tender terbuka.

"Saya juga ingin mempersoalkan, bagaimana pemilihan 15,000 murid itu dibuat? Kerana hasil kajian kami, banyak Felda yang masih tidak mengagihkan pakej keperluan ini.

"Jadi saya minta penjelasan daripada Isa Samad selaku pengerusi Felda," katanya.

Himpunan generasi kedua Felda April depan?? BANGKITLAH GEN 2

SUMBER

Written by Muhammad Faizal  
Ahad, 11 Mac 2012 14:25
KUALA LUMPUR, 11 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menyatakan satu himpunan besar-besaran generasi kedua Felda akan diadakan pada April nanti.

Himpunan ini adalah sebagai pendirian mereka dalam menyokong penuh kepada kebangkitan generasi kedua Felda.

Jelas Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan kepada Harakahdaily, tindakan itu adalah dalam memperjuangkan hak mereka yang bakal terancam ekoran daripada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

"Kita menyokong penuh kebangkitan generasi kedua Felda dan sudah pasti penyenaraian ini memberi kesan secara langsung terhadap masa depan peneroka Felda.

"Malah tanah milik mereka sudah tentu akan turut terjejas apatah lagi kepada generasi kedua sudah pasti lebih teruk akan mereka alami," jelasnya.

Menurutnya lagi, generasi kedua memerlukan jaminan terhadap masa depan mereka berhubung hak mereka terhadap Felda, tindakan penyenaraian ini sudah semestinya akan menyebab masa depan generasi tersebut tidak terjamin.

"Kita menuntut semua rakyat sama-sama hadir pada perhimpunan besar-besaran itu nanti bagi menyatakan bantahan penyenaraian serta sokongan terhadap mereka.

"DPPM merasakan langkah penyenaraian Felda ini adalah langkah mengugat dan mengancam masa depan generasi kedua Felda," sambungnya lagi.

Nasruddin menyatakan DPPM akan bersama-sama dengan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang diketuai Pengerusinya, Mazlan Aliman dalam menjayakan himpunan tersebut.

PAS Tawau kesal surat arahan PPD

sumber


 PAS kawasan Tawau melahirkan rasa hairan kenapa pejabat Pejabat Pelajaran Daerah itu boleh menjadi alat kepada Umno/BN sehingga terpaksa mengeluarkan surat secara rasmi kepada Pengetua dan Guru Besar bagi mengenalpasti pegangan politik para guru mereka.
Sedangkan hak untuk menyokong dan menjadi ahli mana-mana parti politik sekalipun dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
PAS Kawasan Tawau dalam kenyataan mereka berkata, sepatutnya pihak pengurusan PPD Tawau perlu bertindak lebih profesional bagi menangani permasalahan pendidikan di Tawau bukannya mencampuri urusan politik.
Mereka sepatutnya mengkaji dan meneliti prestasi dan mutu pendidikan di Tawau.
Sekolah yang bermasalah dari segi prestasinya dan komitmen para guru yang tidak berada pada tahap yang memuaskan dari segi pengajaran dan pembelajarannya perlulah dikaji dan diselidiki, katanya.
Menurut beliau, terlalu banyak persoalan pendidikan yang perlu diteroka dan diteliti oleh PPD Tawau.
Kesangsian masyarakat terhadap pengurusan PPD mutakhir ini akan tercalar jika sekiranya PPD Tawau terus menjadi alat Umno/BN.
"Perkara ini diharap akan mendapat penjelasan daripada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Semalam, laman web Merdeka Review melaporkan, menjelang pilihan raya umum yang akan datang, bukan sahaja kawasan parlimen yang bakal dikategorikan dengan warna "putih", "kelabu" dan "hitam", malah guru juga dikategorikan sebegitu mengikut kecenderungan politik masing-masing.
Dalam sepucuk surat rasmi dari Pejabat Pelajaran Daerah Tawau pada 1 Mac 2012 (gambar kanan), pengetua dan guru besar sekolah di daerah tersebut diarahkan untuk mengkategorikan kakitangan di bawah jagaannya mengikut kecenderungan politik dengan tafsiran warna seperti berikut.
Mereka yang jatuh ke kategori putih memiliki ciri-ciri seperti akur akan dasar-dasar kerajaan, kritis terhadap dasar kerajaan secara positif dan membina, bersyukur akan kelebihan yang diberikan kepada kakitangan kerajaan.

Sementara mereka yang disenaraikan di bawah warna kelabu, menunjukkan sifat "mula mengkritik secara negatif dan terbuka akan dasar-dasar kerajaan, mula berjinak-jinak dengan parti pembangkang".

Malah mereka yang jatuh dalam warna hitam pula, adalah "ahli berdaftar dan memegang jawatan dalam parti pembangkang, bergiat cergas dalam aktiviti berkempen menentang kerajaan, dan ada percubaan mempengaruhi rakan sejawat yang lain supaya turut serta dalam sebarang aktiviti untuk membenci kerajaan".

Malah, pegawai pelajaran daerah Tawau yang mengeluarkan surat rasmi ini, Darman Shah bin Haji Asakil menambah, "Oleh kerana maklumat sedemikian boleh menjejaskan mana-mana pihak yang terbabit, saya memohon agar borang ini diisi oleh tuan/puan/cik sendiri agar kerahsiaannya terkawal di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan".
Surat ini disebarkan di laman sosial Facebook baru-baru ini, dan MerdekaReview telah berjaya menghubungi Darman Shah untuk mendapatkan respon beliau.
Darman menafikan bahawa surat ini adalah arahan daripada kementerian pelajaran mahupun jabatan pelajaran, malah mengakui bahawa "Ini satu kesilapan.  Surat telah dibatalkan".
Dalam surat tersebut, Darman mendakwa dirinya diarah untuk mendapatkan maklumat berkenaan daripada semua ketua sekolah di daerah Tawau, merujuk kepada Mesyuarat Khas Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bertarikh 29 Februari 2012.
Bagaimanapun, Darman berkata kepada wartawan bahawa mesyuarat tersebut tidak berlangsung, malah mengulangi bahawa surat ini adalah satu kesilapan, dan pihaknya bakal mengutus surat kepada jabatan, kementerian dan sekolah untuk memaklumkan bahawa surat ini telah dibatalkan.
--------------------------------------------------------------------
*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

PPD TAWAU ALAT UMNO/BN?

PPD TAWAU ALAT UMNO/BN? PDF Print E-mail
Written by Admin   
Saturday, 10 March 2012 10:50
Share
Saudara Pengarang,
BERDASARKAN surat PPD Daerah Tawau dari Unit Pengurusan Sekolah yang bertarikh 01 Mac 2012 mendedahkan bahawa pejabat berkenaan telah menjadi agen Umno/BN.
Surat berkenaan telah menyatakan arahan kepada semua Pengetua dan Guru Besar di daerah Tawau supaya mengenalpasti kakitangan sekolah mengikut kategori seperti berikut : (Rujuk Surat yang dilampirkan)
1. Putih
2. Kelabu
3. Hitam
PAS Tawau hairan kenapa pejabat PPD boleh menjadi alat kepada Umno/BN sehingga terpaksa mengeluarkan surat secara rasmi kepada Pengetua dan Guru Besar bagi mengenalpasti pegangan politik para guru sedangkan hak untuk menyokong dan menjadi ahli mana-mana parti politik sekalipun dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
Sepatutnya pihak pengurusan PPD Tawau perlu bertindak lebih profesional bagi menangani permasalahan pendidikan di Tawau bukannya mencampuri urusan politik.
Mereka sepatutnya mengkaji dan meneliti prestasi dan mutu pendidikan di Tawau. Sekolah yang bermasalah dari segi prestasinya dan komitmen para guru yang tidak berada pada tahap yang memuaskan dari segi pengajaran dan pembelajarannya perlulah dikaji dan diselidiki.
Terlalu banyak persoalan pendidikan yang perlu diteroka dan diteliti oleh PPD Tawau. Kesangsian masyarakat terhadap pengurusan PPD mutakhir ini akan tercalar jika sekiranya PPD Tawau terus menjadi alat Umno/BN. Perkara ini diharap akan mendapat penjelasan daripada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah.
Salam Hormat,
MOHAMAD HUSAIN
Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau.

Add New Comment

Showing 14 comments

  • SiGaman
    Penyelia-penyelia di PPD Semporna itu perlu di tukar sebagai penolong-penolong kanan di SMK-SMK..sebab tidak guna lama bertugas di PPD Semporna..juga salah satu punca kelembapan pengurusan pendidikan di daerah itu....

  • SiGaman
    Di harap NGo..dan mana-mana persatuan dan kerajaan negeri juga hendaklah masuk campur..untuk membantu memperkasakan pendidikan daerah itu dengan mengeluarkan guru-guru besar yang tidak pernah bertugas di luar daerah itu..lembab itu..seperti katak di bawah tempurung sudah..itu..di harap Datuk shafie afdal..Hj.Nasir ...ambil perhatian...jangan bikin malu sahaja daerah itu..yangv apabila di bentang..uncit sahaja daerah itu...

  • SiGaman
    Guru-Guru Besar Daerah Senporna hendaklah di ubah suai / di tukar..untuk memperkasakan Pendidikan di Daerah itu...mana-mana yang tidak pernah bertugas di luar daerah itu hendaklah di keluarkan dan dan yang di luar daerah hendaklah di masukkan ke dalam daerah...atas arahan kementerian dan JPN..

  • SiGaman
    Di Semporna adalah antara dan daerah yang termundur di Sabah dan Di Malaysia..sebabnya berpunca dari PPDnya juga..dan penyelia-penyelianya juga..
    dan guru-guru besarnya juga..yang lemah..

  • SiGaman
    Guru-Guru Besar belum di perkasakan..oleh kementerian..,jadi yang di Gred  DG 41 dihantar jauh-jauh yang belum ada izajah/yang pandai mengampu di letak di bandar-bandar..macamana sabah boleh maju dari segi pendidikan....

  • SiGaman
    Apa tidaknya..ini adalah kelemahan sistem pengurusan pendidikan di Sabah..pemimpin-pemimpin sekolah yang ada potensi dan gred 41 ke atas, di hantar jauh-jauh..dan yang kroni-kroni itu di letak dekat dengan PPD-PPD..untuk mereka sembang-sembang...dan jaga akepentingan lain...

  • SiGaman
    isu pendidikan di sabah ini memang betul ia perlu di perkasakan..untuk makluman negeri sabah juda adalah negeri uncit di malaysia dari segi pendidikan...

  • SiGaman
    Tukarlah PPD Tawau itu ..gantilah dengan PPD baru...

  • SiGaman
    Ini sebenarnya lebih menekankan kepada isu disiplin guru...
    yang PAS sibuk-sibuk ini apa hal !!!!takut tidak dapat sokongan kah !!!
    tiada kerja lain ..membangkang sahaja..orang bantulah rakyat..ini menambah kebencian rakyat.....

  • SiGaman
    Kan guru itu segala-galanya...lagipun klu di ingat sejarah pejuang kemerdekaan di negara kita ini adalah terdiri daripada guru...

  • Keluarga Gunsanad, Kes membawa maut
    PPD  kinabatangan  suatu  masa dulu  menjdi  calon  juga.....

  • Matlop
    Nak sangat menanglah tu? PPD pun nak melobi jadi calon juga ke? tak habis-abis cari hal.

  • Leembu
    Munkin bukan sahaja berlaku di Tawau tetapi di seluruh negara kita mengharapkan pasukan keselamatan PDRM bertindak adil kepada semua parti2 politik tidak hanya jadi alat tungangan org2 atasan Umno

  • bajausemporna
    bukan hanya dalam bidang perguruan sahaja yang digunakan oleh UMNO utk kepentingan mereka. Malah hampir semua jentera Kerajaan. Ingatlah sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.......langit tidak selalunya cerah.......