Selasa, Jun 16, 2009

UJIAN BUAT KITA HAL 'KERAJAAN PERPADUAN'...

EM.. nak kata isu besar, besar juga.. nak kata isu kecil, tak juga sebabnya di sana sini orang melayu sedang bersembang... melayu pas, melayu umno pun bersembang.. cina sokong pas cina sokong BN pon bersembang.. india pas india BN pun bersembang...

'Kerajaan Perpaduan' ialah kerajaan yang 'bekerjasama' dalam perkara yang disepakati untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.. nata'awanu fi ma ittafaqna.. dannnnn kita 'bertolak ansur dalam perkara yang menjadi perselisihan .. natasamuh fi ma ikhtalafna.. wah wah! ngam ka?

Kita wala' / taat kepada pimpinan.. kita hormati segalanya.. bila dah ada percanggahan antara kepimpinan.. anggaplah ianya 'rahmat' menguatkan jemaah.. kalau pas nak bekerjasama dengan BN.. BN pun setuju.. dah rahmat kepada pihak lain.. belum lagi kita kira rahmat untuk ahli jemaah.. agaknya BN akan berbondong2 ikut pas.. laluan mudah untuk memerintah negara dan sebagainya hikmah yang tersembunyi di hadapan..

Di kanan dan kiri ada pro dan kontra.. ada rakan yang setuju.. ada rakan yang tidak setuju hal berpadu ni... kezaliman silam oleh BN terhadap jemaah menyebabkan wujud rasa 'berat hati' 'tawar hati''sakut hati' bahkan agaknya ada 'terlebih2 ketika berbincang' hingga keluar dari akhlak jemaah selama ini...

Aduh! Pedihnya.. cubit paha kanan.. paha kiri pun terasa... inilah dia saudara seagama.. kita marah2 pun dalam hal ini-- kita sayang sebenarnya dengan jemaah kita... BUKAN MEMBENCI!

Tiada ulasan: