Isnin, Jun 22, 2009

BAIK SANGKA DENGAN 2 TUAN GURU, ELAKKAN TIPUDAYA MUSUH...

kata The Zikr dalam lirik lagunya (sekarang Raihan): ujian adalah anugerah dari allah.. apakah kita kan sabar? ataupun sebaliknya.. kesenangan yang datang, selepas kesusahan.. semuanya adalah nikmat dari tuhan.. jangan difikir derita akan berpanjangan, kelak akan membawa putus asa pada tuhan. ingatlah biasanya kabus, tak berpanjangan, setelah kabus berlalu.. pasti cerah kembali..

2 TOK GURU HEBAT.. BANYAK BERJASA KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.. DUA TOK GURU MEMERINTAH (2004 TRENGGANU DIPERINTAH BN) DAN KEKAL KE HARI INI (KELANTAN). DUA TOK GURU ADA PENGALAMAN PAHIT MANIS BERSAMA BN. DUA TOK GURU FAHAM SANGAT KARENAH BN YANG BANYAK MELAKUKAN KEZALIMAN KEPADA SEMUA PIHAK.

Kisah perjanjian Hudaibiyah satu contoh dibawa dalam isu kerajaan perpaduan.. unity government.. UG.. ramai umat Islam kurang setuju dengan persetujuan Nabi saw bersama dengan pihak Kafir quraish yang jelas sebelum itu melakukan kezaliman kepada agama Islam, Umat Islam bahkan sesiapa sahaja rakyat di mekah... namun, kenapa Nabi saw setuju juga?

Itulah dia fakta yang kekal ke hari ini.. termaktub dalam dada ilmuwan Islam mahupun bukan Islam.. di sekolah.. di menara gading.. MoU antara Nabi saw dengan bukan Islam tersebut memberikan kejayaan politik Islam dan dakwah di dunia dan berkekelan hingga ke hari ini.. inilah Sirah yang menjadi turning point untuk kita sama-sama berkongsi idea dan penglaman.. agaknya visi tuan guru jauh.. mereka berdua nampak berbatu-batu/ bermarhalah-marhalah.. kita nampak 2 marhalah sahaja?..

Jadikan SIRAH SEBAGAI PEDOMAN.. KITA BERTENANG DAN BERSABAR.. INSYA ALLAH, ALLAH BERSAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG BERSABAR.. TAKBEEEEr!

Tiada ulasan: