Khutbah Jumaat 20 Mac 2009
KHUTBAH JUMAAT
الحمد لله ثم الحمد لله، الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده، يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك ولعظيم سلطانك،
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدَنا ونبيَنا محمداً عبدُه ورسولُه، وصَفِيُّه وخليلُه، خَيْرَ نبيٍ أَرْسَلَهُ، أَرْسَلَهُ اللهُ إلى العالمَ كلِهِ بَشيراً ونذيراً،
اللهم صلِّ وسَلِّمْ وبارِكْ على سيدِنا محمد، وعلى آل سيدنا محمد؛ صلاةً وسَلاَماً دَائِمَيْنِ مُتَلازِمَيْنِ إلى يوم الدين، وأوصيكم ـ أيها المسلمون ـ ونفْسِي المُذْنِبَة بتقوَى الله تعالى.
أما بعد، فيا عباد الله ،
Saya berpesan kepada diri saya dan juga para jemaah sekelian agar bertaqwa kepada Allah sesungguhnya hanya orang bertaqwa sahajalah yang akan berjaya di sisi Allah swt.
Bertaqwa adalah bererti takut dan gerun kepada Allah pada setiap ketika. Takut kepada kekuasaan Allah atau juga takut kepada balasan neraka Allah. Sifat taqwa atau takut ini terbukti dengan kepatuhan kepada suruhan Allah dan menjauhi segala larangannya.
Orang yang sentiasa melakukan dosa atau melanggar perintah Allah bukanlah dari golongan orang yang berjaya di sisi Allah dan Allah telah menjanjikan kepada mereka azab yang pedih di akhirat nanti.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekelian,
Puasa Sunat, tahajjud dan membaca Al-Quran antara kunci kejayaan Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2008) 20A (19A1 1A2) SPM iaitu Nik Nur Madihah bt. Nik Kamal
A1- BM/ BI/ Bahasa Arab Tinggi/ Pend. Islam/ Sejarah/ Matematik/ Sains/ Kesusateraan Melayu/ Geografi/ Perdagangan/P.Akaun/Ekonomi Asas/fizik/Kimia/T.Islam/Pend. Al-Quran Dan As-Sunnah/Pend. Syariah Islamiyah/EST dan A2 dalam Biologi.
Sebelum itu (SPM 2006) di sekolah yang sama iaitu di sekolah agama Ma’had Muhammadi (Perempuan), Kelantan juga melahirkan pelajar cemerlang SPM Malaysia dengan 18A (17A1 dan 1A2) iaitu Siti Fatimah Bt Mukhtar.
Puasa Sunat tidaklah susah didirikan. Solat Tahajjud juga agak mudah. Al-Quran juga mudah dibaca dan dipelajari. Tiada modal besar yang perlu dilakukan untuk mengerjakan 3 ibadat yang disukai oleh Nabi saw tersebut. Terpulang kepada kita dan anak-anak kita.
Benarlah sabda Nabi saw :
bacalah Al-Quran di rumah kamu. Sesungguhnya rumah yang tidak dibacakan Al-Quran di dalamnya.. kurang kebaikan, banyak kejahatan dan sempit dada ahli-ahli rumah.. inilah keberkatan al-quran menerangi dada ahli rumah.
Nik Nur Madihah merupakan anak nelayan. Dia membuktikan kesusahan bukan menghalang kejayaan yang begitu hebat. Merupakan anak sulung dari 4 orang adik beradik. Ayahnya berpendapatan RM700 sebulan manakala ibunya seorang pencuci di Universiti Malaysia Kelantan. Hanya menumpukan kepada kelas di sekolah dan tidak mengikut kelas tambahan atau kelas tuisyen di luar.
Berkatnya kejayaan tersebut hingga pihak Kerajaan Negeri Kelantan menghadiahkan sebuah rumah bernilai lebih RM 1 ratus ribu kepada keluarga tersebut. Kerajaan Negeri juga bersedia memberi biasiswa untuk belajar ke Timur Tengah. Beliau juga ditawarkan biasiswa oleh Petronas, Mara dan Bank Negara. Sejak diumumkan pelajar cemerlang, rumah mereka kini menjadi tumpuan pelbagai pihak.
” Ayat :
allah akan mengangkat darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang yang berilmu”
Muslimin sidang Jumaat sekelian,
Firman Allah :
” peliharalah diri-diri kamu, dan ahli keluarga kami dari api neraka”
Lihatlah pula bagaimana anak-anak kita. Di mana anak-anak kita sekarang. Apakah kita telah menunaikan tanggungjawab kita terhadap ahli keluarga kita? Anak-anak adalah harta yang bernilai. Apakah jaminan bila kita meninggal dunia, mereka akan berdoa untuk kita?
Sabda Nabi saw : apabila mati seorang anak adam, terputus segala amalannya di dunia kecuali 3 perkara akan dibawa-3 perkara yang menjamin kebahagiaan di dalam kubur dan ke akhirat.. sedekah jariah di dunia atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan untuk ibubapanya yang telah mati” .
Dalam hadis di atas, dapat kita lihat beberapa perkara :
1) Hadis ini jelas berkaitan doa anak-anak sampai kepada arwah ibubapa yang telah kembali kepada Allah. Apapun majlis tahlil yang dipenuhi zikir-tasbih, tahmid, takbir, tahlil kita mengharapkan Allah menyampaikan pahala tersebut kepada arwah-arwah yang berkaitan. Jadi anak yang soleh bukan sahaja sayangkan dirinya tetapi sayang kepada ibubapa yang telah melahirkannya sehingga nampak bulan dan matahari.
2) Majlis tahlil bagi memperingati orang yang telah meninggal dunia tidak boleh ditentukan harinya.. contoh hari pertama, ketiga, ketujuh, ke40 hari, ke100 hari dan sebagainya. Menentukan tarikh adalah berdosa!
3) Harta yang terkumpul di dunia ini tak akan dapat membantu di akhirat kecuali ada harta kita disedekah kepada mana-mana pihak yang sesuai seperti disedekah ke tabung masjid (walau kita mati, masjid tetap hidup ke akhirat), menghulur sumbangan ke rumah anak yatim, tabung mangsa Palestine. Apa yang ada di dunia akan lenyap dengan ujian allah seperti banjir, dimakan anai-anai, dicuri, terbakar dan sebagainya. Lihatlah peristiwa kebakaran di Felda Umas malam kelmarin yang memusnahkan 2 buah rumah peneroka dan hampir menjilat rumah ke3. Hanya beberapa saat dan minit Allah boleh menghilangkan segala harta yang kita sayang! Ambillah pengajaran.
firman Allah dalam al-quran yang bermaksud : *
dan akan sah / conform akan menguji kamu dengan sesuatu yang akan menakutkan kamu dan menimbulkan kelaparan dan kekurangan harta benda dan nyawa-nyawa dan tanaman-tanaman/pertanian. Berilah kabar gembira kepada orang –orang yang banyak bersabar.
4) Ilmu yang bermanfaat. Dalam hadis tersebut, ilmu yang bermanfaat ialah pengetahuan yang kita tuntut di dunia bagaimana kita gunakan untuk dimanfaatkan ke arah kebaikan sesuai dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis. Jika ilmu tersebut digunakan oleh anak-anak kita, atau anak-anak murid ke arah kebaikan, pahala tersebut akan sampai kepada kita walaupun telah meninggal dunia.
Inilah yang sebab dikatakan ingat mati akan menjadikan kita manusia yang bijaksana, cerdik! Kerana orang yang ingat akan mati.. dia akan menyiapkan bekalan apa yang patut bertemu Allah.
Jika anak kita pergi ke sekolah, kita memberinya bekalan duit dan makanan. Begitulah kita menuju ke akhirat yang akan datang. Apa bekalan kita ke sana? Cukupkan kita untuk menjawab soalan Allah? Siapa Allah kita? Apa bukti kita hamba Allah? Apa agama kita? Apa bukti kita sayang agama kita? Maksiat di tepi rumah.. kejahatan di depan rumah, apa kita buat? Ini semua memerlukan ilmu yang betul supaya kita dibimbing Allah ke jalan lurus sebagaimana dalam surah Al-Fatihah : tunjukkkan lah kami jalan yang lurus!
Muslimin sidang jumaat yang dirahmati Allah sekelian,
Akhir kata, marilah kita memanfaatkan hidup kita yang sedikit ini. Biarlah mati dengan meninggalkan anak-anak soleh.. yang soleh dan mensolehkan orang lain. Yang baik dan membaiki orang lain. Bukan anak yang toleh dan mentolehkan orang lain. Yang jahat dan menjahatkan orang lain. Syurga tempat abadi. Tidak akan mati lagi selepas di syurga. Kita tidak tahu apa yang akan kita kerjakan esok? Kita tidak tahu di bumi mana kita akan mati?
dan kamu tidak tahu apa yang akan kamu lakukan esok! Dan kamu tidak tahu di bumi mana kamu akan mati
Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,
Mati itu terlalu sakit. Mungkar dan nankir datang menghimpit. Tiada terjawab amalan sendiri. Dipukul malaikat ke dasar bumi!
> ayat?
سورة العصر
بارك الله لي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم وتقبل الله مني ومنكم تلاوته ، إنه هو السميع العليم . أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم
Khutbah Ke dua خطبة كدوا
الحمد لله الذي جعل يومالجمعة سيد الأيام , وجعل أوقاته معمورة بالإفضال والإنعام.
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , وأشهد أن محمدا عبده ورسوله , المبعوث رحمة للعالمين, اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه إلى يوم الدين.
أما بعد ,
فيا عباد الله ! اتقوا الله في السراء والضراء لعلكم تفلحون.....
الصلات على النبي
MARILAH KITA BERSAMA-SAMA saya dan tuan-tuan sekelian, sempena Hari Jumaat, penghulu segala hari ini untuk kita bersama-sama mencari jalan mengadakan program-program keagamaan samada di rancangan masing-masing atau di masjid. Elakkan dari perbuatan yang sia-sia yang dibenci Allah. Elakkan majlis kenduri kahwin yang melalaikan, lelaki dan perempuan bergaul dengan bebas, lupa ibadat solat, tidak menutup aurat, Elakkan mengadakan majlis memperingati arwah yang bercampur dengan unsur-unsur syirik dan khurafat. elakkan tidak peduli anak-anak yang lewat malam pulang.. apa mereka buat bila berjumpa rakan-rakan mereka? Kita ambil berat siapa rakan anak-anak kita? Bagaimana akhlak kawan anak-anak kita? Jika kawan anak kita menjual minyak wangi, maka wanginya masuk ke pakaian anak kita. Jika kawan anak kita tukang besi, maka habuk besilah yang mengena pakaian anak kita. Bagaimana ramai ibubapa membiar anak-anak berjalan-jalan tanpa tujuan tanpa menyuruh membaca buku.. apakah ibubapa kita sudah takut menegur anak, inilah padah dan bahaya? Inilah tanda akhir zaman..
MAKA AMBILLAH JALAN MENGATASI.. INILAH DIA MENOLONG AGAMA ALLAH.. INILAH DIA SAYANGKAN NABI SAW… BUKAN HANYA MENJAGA DIRI SENDIRI TETAPI MENJAGA PIHAK LAIN JUGA… INILAH DIA AMANAH, INILAH DIA TUJUAN KITA DICIPTAKAN DARI SETITIS AIR MANI.. INGATLAH KITA DI MANA KITA DAHULU... INGATLAH KE MANA KITA AKAN PERGI... BERTAUBATLAH KITA SEBELUM TERLAMBAT...
الدعاء
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم
والأموات إنك سميع الدعاء. ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار. والحمد لله رب العالمين.
عباد الله! إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذي القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي , يعظكم لعلكم تذكرون , فاذكروا الله العظيم يذكركم واشكروا على نعمه يزدكم , واسألوه من فضله يعطكم ولذكر الله أكبر. والله يعلم ما تصنعون. أقم الصلاة.......................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan