Khutbah Jumaat 29 Mei 2009
KHUTBAH JUMAAT
الحمد لله ثم الحمد لله، الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده، يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك ولعظيم سلطانك،
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدَنا ونبيَنا محمداً عبدُه ورسولُه، وصَفِيُّه وخليلُه، خَيْرَ نبيٍ أَرْسَلَهُ، أَرْسَلَهُ اللهُ إلى العالمَ كلِهِ بَشيراً ونذيراً،
اللهم صلِّ وسَلِّمْ وبارِكْ على سيدِنا محمد، وعلى آل سيدنا محمد؛ صلاةً وسَلاَماً دَائِمَيْنِ مُتَلازِمَيْنِ إلى يوم الدين، وأوصيكم ـ أيها المسلمون ـ ونفْسِي المُذْنِبَة بتقوَى الله تعالى.
أما بعد، فيا عباد الله ،
Saya berpesan kepada diri saya dan juga para jemaah sekelian agar bertaqwa kepada Allah sesungguhnya hanya orang bertaqwa sahajalah yang akan berjaya di sisi Allah swt.
Bertaqwa adalah bererti takut dan gerun kepada Allah pada setiap ketika. Takut kepada kekuasaan Allah atau juga takut kepada balasan neraka Allah. Sifat taqwa atau takut ini terbukti dengan kepatuhan kepada suruhan Allah dan menjauhi segala larangannya.
Orang yang sentiasa melakukan dosa atau melanggar perintah Allah bukanlah dari golongan orang yang berjaya di sisi Allah dan Allah telah menjanjikan kepada mereka azab yang pedih di akhirat nanti.
Muslimin sidang Jumaat sekelian,
Firman Allah :
30. Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu putera Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al masih itu putera Allah". Demikianlah itu Ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah mereka , bagaimana mereka sampai berpaling?
31. Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah[639] dan (juga mereka mempertuhankan) Al masih putera Maryam, padahal mereka Hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
Muslimin sidang jumaat yang dirahmati Allah sekelian,
Pada hari ini, saya ingin mengajak diri saya dan sidang jemaah sekelian, mengikuti tafsiran ayat 30 dan 31 surah At-Taubah, yang dibaca di atas sebagaimana dijelaskan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nikmat dalam Buku Tafsir Surah at-taubah, terbitan As-Syabab Media cetakan 1999 dikaitkan dengan topik ” APABILA ORANG ALIM DIANGGAP TUHAN”
Muslimin sidang Jumaat,
Ayat 30 menjelaskan bahawa orang-orang Yahudi dan nasrani jelas orang Kafir yang menyekutukan Allah. Orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair itu putera/anak lelaki Allah. Manakala orang Nasrani mengatakan al Maseh / Nabi Isa a.s juga putera/anak lelaki Allah. Inilah dakwaan mereka yang keluar dari mulut dan bukan hati mereka.
Muslimin yang rahmati Allah sekelian,
Sepatutnya ucapan terbit dari hati setelah merenung dan memikirkan secara mendalam terhadap perkara yang diucapkan. Orang yahudi dan nasrani tidak menggunakan aqal fikiran yang waras sebelum berkata sesuatu kepada Allah sedangkan Allah Esa tetapi mereka mengatakan Allah mempunyai putera. Inilah percakapan yang keluar dari mulut mereka tanpa difikir terlebih dahulu.
Muslimin yang dikasihi sekalian,
Inilah sebab mengapa disebut oleh Allah dalam ayat 30 tersebut, mereka Yahudi dan Nasrani seperti orang Kafir terdahulu,
kafir disebabkan ucapan mereka yang bertentangan dengan aqidah tauhid mengEsakan allah. Meniru ucapan orang Kafir bererti mereka sebenarnya kafir yang nyata.
Bila ahli kitab( Yahudi dan Nasrani) mengatakan Uzair anak Allah, Al-Maseh/Nabi Isa anak Allah, apakah betul? Adakah Allah memerlukan seorang putera, seperti bapa memerlukan anak? Dengan kata-kata tersebut, ahli kitab seolah-olah menuduh Allah memerlukan pembantu. Maha suci Allah, Allah tidak perlukan pembantu. Oleh itu, allah bertegas tidak bertolak ansur terhadap ahli kitab seperti di penghujung ayat 30 surat at-taubah tersebut: (dilaknat Allah mereka, bagaimana mereka sampai berpaling?)
Muslimin Sidang Jumaat,
Ayat 31, pula menjelaskan tambahan kejahatan orang-orang Yahudi dan Nasrani (selain mengatakan Nabi Uzair dan Al-Maseh anak Allah) di mana mereka menjadikan orang-orang alim mereka sebagai tuhan selain Allah.
Mereka menjadikan Ahbar –ulamak yahudi dan rahib-rahib – ulamak nasrani sebagai Tuhan, sedangkan dari awal dihantar para Nabi, semuanya menyuruh manusia menyembah Allah sebagai tuhan mutlak.
Adalah jelas bahawa teori tuhan Nasrani (kristian pada hari ini) bahawa tuhan itu tiga (Allah, Nabi Isa, Ibu Nabi Isa-Maryam) dan kaum Yahudi yang mengatakan Nabi uzair putera tuhan adalah jelas rekaan golongan paderi dan rahib atau alim ulamak mereka. Sepatutnya orang yahudi dan nasrani menolak ajaran alim ulamak yang menyesatkan mereka. Malang lagi apabila tok guru/ustaz/alim ulamak orang yang menjadi pemimpin mereka yang telah mengubah ajaran Islam/Esa kan Allah dianggap TUHAN pula.
Hadis riwayat Imam Ahmad, At-Tirmizi, Ibnu Jarir menceritakan : bagaimana Nabi saw menegur Adi Bin Hatim dalam keadaan memakai salib di dadanya. Nabi pun membaca ayat 31 at-taubah tadi. Kata Adi, ”kami tidak jadikan mereka sebagai Tuhan, tetapi sebagai tok guru/alim ulamak/pemimpin sahaja” Nabi saw menambah : bukankah orang-orang alim/rahib-rahib yang kamu jadikan pemimpin agama kamu MENGHARAMKAN APA YANG DIHALALKAN Allah? MENGHALALKAN APA YANG DIHARAMKAN ALLAH? Sedang kamu mematuhi kata-katanya, BERERTI telah MEMPERTUHANKAN MEREKA tanpa kamu membantah apa-apa.
Muslimin sidang Jumaat,
Teguran nabi saw kepada Adi Bin Hatim sepatutnya menjadi iktibar/ pengajaran/ kepada kita umat Islam pada hari ini dan akan datang bahawa –
1) mentaat/patuh kepada rahib/paderi/pemimpin yang menghalalkan apa yang diharamkan Allah
2) mengharamkan apa yang dihalalkan Allah
3) maka yang demikian dihukum SYIRIK, MENSEKUTUKAN ALLAH.. syirik adalah dosa besar, MEMBATALKAN IMAN...
Adalah tidak masuk aqal sebenarnya, orang yahudi dan nasrani anggap Tuhan mempunyai anak. Sedangkan di tangan mereka ada kitab Taurat (yang diturunkan kepada Nabi Musa, rasul Umat Yahudi) dan kitab Injil (yang diturunkan kepada Nabi Isa). Kedua kitab tersebut mengandungi ajaran yang sama, iaitu menyuruh kepada beriman Allah Yang Esa. Nyatalah paderi/rahib/pemimpin agama mereka telah merubah isi kandungan sebenar Taurat dan Injil. Malangnya orang Yahudi dan nasrani tidak menolak paderi/rahib/pemimpin agama tersebut, sebaliknya mereka menjadikan paderi/rahib/pemimpin agama sebagai Tuhan selain Allah.
سورة العصر
بارك الله لي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم وتقبل الله مني ومنكم تلاوته ، إنه هو السميع العليم . أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم
خطبة كدوا
الحمد لله الذي جعل يومالجمعة سيد الأيام , وجعل أوقاته معمورة بالإفضال والإنعام.
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , وأشهد أن محمدا عبده ورسوله , المبعوث رحمة للعالمين, اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه إلى يوم الدين.
أما بعد ,
فيا عباد الله ! اتقوا الله في السراء والضراء لعلكم تفلحون.....
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Kesimpulan khutbah kita pada hari ini :
Yang ada hak/kuasa/autoriti yang hendak kata INI HARAM, INI HALAL bukan manusia.. HARAM DAN HALAL Hak Allah.. Jika manusia melakukan perkara berlawanan dengan arahan Allah samada untuk kepentingan diri atau untuk mengekalkan kekuasaannya, maka inilah SYIRIK.
Contoh jelas, judi dan arak dinaskan secara MUKTAMAD haram di sisi Allah. Sekiranya pemimpin kita tidak mengharamkan perkara tersebut, nyatalah mereka bertindak dengan sesuatu yang bertentangan Allah. Kedudukan mereka seolah-seolah mencabar kekuasaan Allah, menjadikan mereka telah syirik yang nyata.
Malangnya kejahilan masih membelenggu ramai umat islam sehingga beranggapan hanya menyembah tok kong saja yang syirik. Sedangkan mematuhi pemimpin yang terang-terang mencabar hukum Allah tidak sedikitpun dianggap syirik oleh sebahagian umat Islam.
Mengapa hari Jumaat ini, kita bersungguh-sungguh membicarakan topik ini? Inilah sahaja peluang 1 minggu 1 kali untuk kita bermuhasabah/ cek diri. Saya dan tuan-tuan sudah tentu tidak mahu diazab dan dimarah oleh Allah. Oleh itu, marilah kita jaga agar perkara-perkara maksiat tidak berlaku dalam keluarga dan masyarakat kita di Felda ini.
Ingin saya memperingatkan saya dan semua kita di Felda jangalah melakukan perkara-perkara maksiat dalam hal-hal agama seperti majlis kahwin seperti minum arak, berjudi, menyediakan tarian-tarian yang melalaikan, penari yang tidak menutup aurat, seksi, lirik serta penyampaian lagu-lagu yang dinyanyikan adalah berunsur lucah serta melalaikan dari ingat kepada Allah. Tuan rumah sepatutnta bertegas dalam hal ini. Kita mesti jaga halal dan haram serta masalah BERKAT. Berkat, rahmat, kasih sayang Allah kepada pengantin lelaki, perempuan serta anak yang akan lahir dari 2 pengantin itu.
Banyak perkara yang boleh dilakukan dalam ibadat majlis perkahwinan seperti membaca yasin, tahlil, menjemput para pembaca quran, kumpulan nasyid atau penyanyi lelaki yang berperwatakan/akhlak mulia ketika menyanyi. Seboleh-bolehnya jangan libatkan kaum wanita dalam nyanyian.
Jika kita benarkan juga, serta suka maksiat ada dalam hal-hal agama ini, maka tunggulah kita semua bala atau azab dari Allah kepada keluarga kita serta masyarakat di Felda ini. Sedar atau tidak bala tersebut sudah mulai datang sedikit demi sedikit di tempat kita.. umat Islam yang terlibat dengan dadah.. syabu.. gam.. banyak minuman keras.. judi.. spot toto.. tidak mahu ke masjid.. tidak mahu solat.. tidak puasa.. kacau rumah tangga orang.. ketagih seks luar nikah.. dan sebagainya.. itulah bala/ujian kepada kita.. YANG KITA MESTI BERTANGGUNGJAWAB menjawab di depan Allah.. bukan salah pihak pengurusan sahaja.. kita.. JKKR.. ketua2 blok.. JK Masjid.. ustaz2.. ibu2.. bapa2.. semuanya akan ditanya...
الدعاء
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم
والأموات إنك سميع الدعاء. ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار. والحمد لله رب العالمين.
عباد الله! إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذي القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي , يعظكم لعلكم تذكرون , فاذكروا الله العظيم يذكركم واشكروا على نعمه يزدكم , واسألوه من فضله يعطكم ولذكر الله أكبر. والله يعلم ما تصنعون. أقم الصلاة.......................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan