Khutbah Jumaat 10 April 2009
KHUTBAH JUMAAT
الحمد لله ثم الحمد لله، الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده، يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك ولعظيم سلطانك،
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدَنا ونبيَنا محمداً عبدُه ورسولُه، وصَفِيُّه وخليلُه، خَيْرَ نبيٍ أَرْسَلَهُ، أَرْسَلَهُ اللهُ إلى العالمَ كلِهِ بَشيراً ونذيراً،
اللهم صلِّ وسَلِّمْ وبارِكْ على سيدِنا محمد، وعلى آل سيدنا محمد؛ صلاةً وسَلاَماً دَائِمَيْنِ مُتَلازِمَيْنِ إلى يوم الدين، وأوصيكم ـ أيها المسلمون ـ ونفْسِي المُذْنِبَة بتقوَى الله تعالى.
أما بعد، فيا عباد الله ،
Saya berpesan kepada diri saya dan juga para jemaah sekelian agar bertaqwa kepada Allah sesungguhnya hanya orang bertaqwa sahajalah yang akan berjaya di sisi Allah swt.
Bertaqwa adalah bererti takut dan gerun kepada Allah pada setiap ketika. Takut kepada kekuasaan Allah atau juga takut kepada balasan neraka Allah. Sifat taqwa atau takut ini terbukti dengan kepatuhan kepada suruhan Allah dan menjauhi segala larangannya.
Orang yang sentiasa melakukan dosa atau melanggar perintah Allah bukanlah dari golongan orang yang berjaya di sisi Allah dan Allah telah menjanjikan kepada mereka azab yang pedih di akhirat nanti.
Muslimin sidang Jumaat sekelian,
Ada pendapat mengatakan masalah berpolitik dalam mana-mana pertubuhan politik adalah masalah dunia dan tidak ada kena mengena dengan akhirat. Perkara dunia, habis di dunia. Oleh itu, tidak timbul soal parti mana harus diikut, mana yang harus ditolak, semuanya sama. Apakan pandangan Islam tentang hal ini? Bolehkah hal politik dibicara di dalam masjid? Di dalam kuliah-kuliah atau khutbah-khutbah di masjid? Inilah yang kita bincangkan pada hari ini.
Muslimin sidang jumaat yang dirahmati Allah sekelian,
Dalam perlembagaan Malaysia, Undang-undang Malaysia, setiap rakyat yang memegang Kad Pengenalan berhak ada hak untuk berpertubuhan politik. Namun, dalam Perintah Am bagi kakitangan kerajaan seperti guru Kumpulan A, tidak boleh memegang jawatan dalam pertubuhan politik. Tetapi ada hak membuang undi. Bagaimana guru mahu membuang undi tanpa berpeluang mendekati pandangan dari setiap pertubuhan samada A atau B. Bagaimana kita mahu memilih pemimpin sedangkan kita tak tahu apa dasar, apa aktiviti, siapa pemimpin yang kita mahu pilih?
Inilah agaknya menyebabkan seorang pemimpin negara baru-baru ini (semasa Persidangan Agung Umno) mencadangkan agar guru Kumpulan A boleh bergiat aktif dan memegang jawatan dalam politik agar parti dapat menggunakan kelebihan yang ada pada mereka.
Muslimin sidang Jumaat,
Islam adalah panduan hidup. Islam adalah cara hidup. ”Islam is the way of life”. Islam yang sebenar ialah yang tidak memisahkan di antara urusan dunia dan urusan akhirat. Islam. Kedua-duanya berjalan serentak. Dunia adalah jambatan menuju ke akhirat. Politk adalah sebahagian dari Islam.
Apa yang kita lakukan di dunia ini akan dikira pada hari akhirat. Itulah yang disebut dalam Surah Al-Zalzalah 7-8 :
> ayat?
”maka sesiapa berbuat kebajikan meskipun seberat zarah, nescaya akan diberi balasan di akhirat. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan, meskipun seberat timbangan zarah, akan diberi balasan akhirat”.
Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita kerja-kerja manusia ini di dunia ini terbahagi kepada 2 jenis sahaja. Samada kerja baik atau kerja jahat. Kerja politik pun sama juga. Ada politik yang baik dan ada politik yang jahat. Kerja politik adalah kerja besar dan berat. Guna dan kesannya juga amat besar.
Ada orang yang seluruh hidupnya dihabiskan dalam politik, siang malam berpolitik. Rugilah dia jika Allah tidak mengambil kira perjuangan dan pengorbanannya jika ia melakukan politik yang baik.
Dan tidak adillah kepada Allah, jika dibiarkan orang yang melakukan politik jahat itu terus bermaharajalela dan tidak dibalas di akhirat.
Muslimin yang rahmati Allah sekelian,
Kuasa politik adalah kuasa yang menentukan hala tuju negara. Rakyat akan terbawa ke dalam penghidupan yang diwarnakan orang politik yang diberi kuasa oleh rakyat. Jika politik yang mementingkan parti dan kronisme (kaum keluarga) serta nepotiesme (rakan-rakan), maka untunglah yang mendapat habuan, manakala yang lain-lain akan menderita.
Jika politik yang jujur serta ikhlas, berjuang untuk mengajak manusia memartabat dan melaksanakan hukum Allah, melaksanakan perintah Allah sesuai dengan tanggungjawab manusia sebagai Khalifah Allah di muka bumi, maka akan untunglah insan yang akan mendapat ganjarat di akhirat.
Walaupun sudah ada penjelasan dalam surat-surat khabar, radio dan televisyen, internet tentang Islam itu suatu cara hidup, tidak terpisah dunia dan akhirat namun masih terdapat kekeliruan dalam umat Islam. Oleh itu, marilah kita renung kepada ikrar taat setia, aku janji kita dalam solat kita hari hari yang dibaca dalam Doa Iftitah ” inna solati, wa nusuki, wa mahyaya wa mamati lillahi robbil ’alamin – sesungguhnya solatku, ibadatku, cara hidupku, cara matiku, semuanya dilakukan untuk Allah- Tuhan sekelian alam”.
Muslimin yang dikasihi sekalian,
Setiap kali solat, kita semua (pemimpin atau rakyat) membuat pengakuan mutlak bahawa seluruh hidup kita semuanya kerana Allah, tiada yang lain kecuali kerana Allah. Berpolitiklah untuk Allah, bukan kerana dunia. Walaupun urusan politik di dunia tetapi kerana Allah dan melalui jalan dan cara yang Allah suka.
Jika saya dan tuan-tuan terlibat dengan politik yang menentang hukum Allah. Contohnya Allah mengatakan judi haram tetapi dihalalkan oleh kita. Halal yang saya maksudkan iaitu kita memberi kuasa dalam pilihanraya kepada pemerintah untuk meluluskan lesen kedai-kedai judi. Untuk maklumat, masih terdapat 1000 lebih lesen judi yang diluluskan oleh pihak pemerintah sebagaimana yang dibentang di parlimen. Kita yang memberi kuasa akan mendapat saham atau dosa kerana terlibat dengan politik menentang hukum Allah. Itulah 1 sahaja dari banyak contoh-contoh politik yang hendak dicapai bukan untuk memartabatkan agama Allah, maka ia berlawanan dengan sifat manusia yang dijadikan Allah sebagai Khalifah Allah. Firman Allah ayat 30, Al-Baqarah:
Ayat : >
” Dan Ingatlah ketika TuhanMu berfirman kepada para Malaikat, sesungguhnya Aku (Allah) akan menjadikan di bumi Khalifah (pemimpin)-iaitu manusia”
Saya dan tuan-tuan mempunyai panduan yang boleh menentukan sendiri politik sebenar, mana yang boleh memberi keuntungan dunia dan akhirat, ataupun sekurang-kurangnya kita akan beroleh keuntungan di akhirat jika berpolitik untuk memartabatkan Islam sebagai agama yang suci murni.
Dengan ini, khatib bersaksi di hadapan Allah, bahawa khatib telah menyampaikan apa yang benar berdasarkan ilmu dan pengalaman. Apa yang benar, ambillah dan amalkanlah. Jika ia tidak benar pada pandangan tuan-tuan, maka jalan berbincang dan menuntut ilmu adalah jalan terbaik.
سورة العصر
بارك الله لي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم وتقبل الله مني ومنكم تلاوته ، إنه هو السميع العليم . أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم
خطبة كدواKhutbah Kedua
الحمد لله الذي جعل يومالجمعة سيد الأيام , وجعل أوقاته معمورة بالإفضال والإنعام.
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , وأشهد أن محمدا عبده ورسوله , المبعوث رحمة للعالمين, اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه إلى يوم الدين.
أما بعد ,
فيا عباد الله ! اتقوا الله في السراء والضراء لعلكم تفلحون.....
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Ingatlah bahawa hal pemerintahan Negara adalah berkait dengan ajaran Islam. Terdapat umat Islam yang melihat hal ini tidak ada kaitan dengan ajaran Islam, mereka membiarkan siapa sahaja memerintah mereka, membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh pemerintah, undang-undang dan peraturan yang dikenakan kepada mereka, seolah-olah mereka tidak mahu mengambil tahu dalam perkara yang seperti ini.
Sebenarnya allah telah menceritakan di dalam al-quran Surah al-Ahzab ayat 66-67 tentang ahli-ahli neraka itu rakyat yang bersetuju dengan pemimpin yang terpesong dari ajaran Allah sebagaimana berikut:
“ pada hari yang dibalik-balikkan muka mereka di dalam neraka, lalu mereka berkata- alangkah baiknya kalau di dunia dahulu aku taat kepada Allah dan Rasul. Mereka berkata lagi- Wahai Tuhan kami- sesungguhnya kami taatkan pemimpin-pemimpin kami, merekalah yang telah menyesatkan kami dari jalanMU”
Inilah kenyataan dari Allah yang perlu menjadi perhatian kita Umat islam sebelum menghembus nafas menemui Allah. Akibat dari sebahagian umat Islam yang tidak mengambil berat terhadap urusan pemerintahan menyebabkan mereka boleh dipermain-mainkan oleh pemimpin-pemimpin mereka bahkan dipermain-mainkan oleh musuh Islam sehingga mereka dikuasai oleh politik wang dan politik kebendaan.
Ingatlah kah kita bahawa Kerajaan Malaysia pernah menyokong ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu yang dicadangkan oleh Amerika satu ketika dahulu untuk menggunakan kekerasan tentera di Asia Barat di Negara Umat Islam sedarah daging dengan kita. Ingatkah kita? Itulah disebabkan oleh tunduk kepada politik wang dan benda yang dijanjikan oleh kuasa-kuasa besar dunia.
Ini semua, tidak lain tidak bukan berpunca daripada hukum pemerintahan yang ada di dalam ajaran Islam telah dilupai oleh sebahagian Umat Islam. Apabila kita lupa akan ajaran Allah, maka allah akan melupai kita. Jika allah lupa akan kita, maka allah tidak akan memberi pertolongan kepada kita di dunia dan akhirat nanti.
الدعاء
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم
والأموات إنك سميع الدعاء. ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار. والحمد لله رب العالمين.
عباد الله! إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذي القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي , يعظكم لعلكم تذكرون , فاذكروا الله العظيم يذكركم واشكروا على نعمه يزدكم , واسألوه من فضله يعطكم ولذكر الله أكبر. والله يعلم ما تصنعون. أقم الصلاة.......................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan