Khamis, Februari 26, 2009

SMS HARI RAYA 2008

Berikut adalah ucapan yang diterima dan diedit oleh saya melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) . Saya fikir sebahagian besar guru di Malaysia juga menerimanya bahkan lebih banyak lagi sempena Hari Raya Aidilfitri 2008. Untuk kenangan dan ingatan buat saya dan anda semua

01. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin, Happy Eid Fitri, May Allah Bless You All.
02. Syawal menjelang tiba, takbir bergema menggegar jiwa, kiranya ada salah dan dosa, ampun diminta di hari mulia- salam lebaran.
03. Jika ada langkah yang menoreh hati, ada tingkah membekas luka, ada lisan yang tak terjaga, ada janji yang tak tertunai, ada hati yang berprasangka serta ucapan berbungan dusta mohon dibukakan pintu kemaafan. Salam Idul Fitri, maaf zahir Batin.
04. Di hari mulia, maaf dipinta andainya: Kami
Terkasar bahasa..
Tersilap bicara..
Termarah yang tak kena..
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja..
Terpukul kat mana-mana
Terpekik di telinga..
Terhantuk di kepala..
Terpinjam harta benda..
Termoody tak semena-mena..
Terumpat bila-bila..
Terusik yang sengaja dan macam-macam lagi yang ada... Selamat Hari Raya..
05. Teropong di hala.. Nun jauh di ufuk angkasa... nah... anak bulan nampak.., sempurnalah Ramadhan, takbir Aidul Fitri bergema..selamat merayakannya..
06. Kemaafan hamba pohon dari mu sahabat.. Moga Allah menerima segala amalan kita..
07. Salam Aidilfitri Mubarak, semoga amal sepanjang Ramadhan diterima dan dimakbulkan segala doa, Raikan kemenangan ini dengan takbir, tasbih dan tahmid. Maaf zahir batin.
08. Dalam gurau ada terkata, dalam bicara terkasar bahasa, dalam tindakan terguris rasa, dalam hidup tak lepas dosa. Maaf dipinta semoga terhapus dosa. Salam Idul Fitri.
09. S-ujud tanda kesyukuran, Y-akin dengan janjiNya, A-malan ziarah pengikut ukhuwah, W-ang raya tanda sedekah, A-khlak indah sebulan tarbiyah, L-angkah diiring tawaduk diri.. Salam Syawal.
10. Selamat menyambut Aidilfitri. SMS dikirim pengganti diri. Semoga ibadah kita di bulan mulia diterima Ilahi. Salah silap harap dimaafi. Maaf zahir batin.
11. Terdengar takbir di subuh hari, memecah sunyi keriangan diseri, SMS dihantar pengganti kad dan diri. Bukan lupakan tradisi tapi ikut teknologi. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
12. ”Sebening air wudhuk Sesuci Al-Quran, Semerdu alunan zikir, seindah solat 5 waktu, setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam, jika tangan tak sempat berjabat, jika wajah tak sempat bertatap, bukalah pintu maaf untukku.. Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin..
13. Pada Syawal yang mulia ini, ku susun sepuluh jari, memohon kemaafan jika pernah ku lupa diri, agar persaudaraan kita tetap terpatri di sanubari. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
14. Sometimes, Allah breaks our spirit to save our soul. He breaks our heart to make us whole. He sends us pain so we can be stronger. He sends us failure so we can be humble. He sends us illness so we can take care of ourselves. Sometimes, God takes everything away from us so we can learn the value of every thing He gave us.. Allah is great! Salam Idul Fitri.
15. Ada ketikanya mata silap memandang, telinga salah mendengar, lidah telanjur berkata, Fikiran khilaf menafsir dan hati silap menduga. Mohon maaf atas segalanya. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
16. Sungai disusur sehari-hari, dalam gelap menangkap ikan, kami menyusun sepuluh jari, salah dan silap harap maafkan. Selamat hari raya.
17. Ketupat pulut di atas para, hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, tanda ingatan di Idul Fitri.Selamat Hari Raya.
18. Walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar, mata tak bertatap,tapi izinkan hati memohon maaf, zahir batin. Selamat Hari Raya.
19. Nasi lemak, nasi dagang, buah betik buah jambu, Selamt Hari Raya, maaf zahir Batin.
20. Sebelum berakhirnya ramadhan, sebelum terlupa hajat nak disampaian,mungkin telah berpusu-pusu terima ucapan, andai diri ini belum ketinggalan, Maaf segalanya, Salam AidilFitri.

Tiada ulasan: