Ahad, Februari 22, 2009

Khutbah Jumaat- 7 November 2007< KERAS HATI & CARA MELEMBUTKANNYA

Khutbah Jumaat 7 November 2008


الحمد لله ثم الحمد لله، الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده، يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك ولعظيم سلطانك،
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدَنا ونبيَنا محمداً عبدُه ورسولُه، وصَفِيُّه وخليلُه، خَيْرَ نبيٍ أَرْسَلَهُ، أَرْسَلَهُ اللهُ إلى العالمَ كلِهِ بَشيراً ونذيراً،
اللهم صلِّ وسَلِّمْ وبارِكْ على سيدِنا محمد، وعلى آل سيدنا محمد؛ صلاةً وسَلاَماً دَائِمَيْنِ مُتَلازِمَيْنِ إلى يوم الدين، وأوصيكم ـ أيها المسلمون ـ ونفْسِي المُذْنِبَة بتقوَى الله تعالى.
أما بعد، فيا عباد الله ،


Saya berpesan kepada diri saya dan juga para jemaah sekelian agar bertaqwa kepada Allah sesungguhnya hanya orang bertaqwa sahajalah yang akan berjaya di sisi Allah swt.

Bertaqwa adalah bererti takut dan gerun kepada Allah pada setiap ketika. Takut kepada kekuasaan Allah atau juga takut kepada balasan neraka Allah. Sifat taqwa atau takut ini terbukti dengan kepatuhan kepada suruhan Allah dan menjauhi segala larangannya.

Orang yang sentiasa melakukan dosa atau melanggar perintah Allah bukanlah dari golongan orang yang berjaya di sisi Allah dan Allah telah menjanjikan kepada mereka azab yang pedih di akhirat nanti.

Muslimin sidang jumaat yang dirahmati Allah sekelian,

Islam adalah agama yang sempurna. Tiada ada agama yang setanding dengan Islam. Kita tidak menjumpai agama sebaik ini kecuali agama Islam.
> ayat? [ ]
” Ertinya : Sesiapa yang mencari agama selain Islam( yang terbaik), tidak akan menemuinya kecuali Islam sahaja agama yang terbaik!

Umat islam pada hari ini diuji dengan sifat keras hati. Sehingga Allah menyebut di dalam Al-Quran bagaimana mereka tetap keras hati walaupun diturunkan kepada mereka malaikat, pabila orang yang mati berbicara dengan mereka dan dihimpunkan segala makhluk Allah untuk menerangkan kepada orang ’keras hati’ akan melakukan perkara yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang. Allah menyebut hal ini kerana bahaya penyakit ini dalam masyarakat. Allah menciptakan kita, allah tahu keperluan kita. Allah tahu perkara yang manusia suka dan benci.

Ulamak-ulamak kita telah memberi pedoman kepada kita akan perkara yang boleh dilakukan untuk melembutkan hati:- Terdapat 3 perkara yang boleh dilakukan oleh kita untuk melembutkan hati.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati sekelian,

1) Perkara pertama ialah- Menghadiri majlis/kelas/kuliah ilmu samada di surau, masjid,pejabat, dewan kuliah, universiti, kolej dan sebagainya.

Hadis nabi saw: ”tuntutlah ilmu fardhu/kewajipan ke atas lelaki dan wanita”
[ ] dan peringatan dan penegasan oleh Allah >> Ayat
[ ]

” adakah sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu?”

Ilmu yang bagaimana : apa ciri-ciri ilmu? Di antaranya:-
1) ilmu yang tidak berlawanan dengan ajaran islam
2) ilmu yang bermanfaat di semasa dunia akhirat
3) ilmu yang akan menyumbangkan kebaikan kepada agama

Majlis ilmu akan dihadiri oleh guru dan pendengar (murid). Keadaan majlis ini akan menyebabkan kita yang datang menuntut ilmu akan melatih jiwa kita menghormati guru. Mendengar apa yang disampaikan satu persatu. Kita akan merendah diri dengan keadaan ilmu yang kosong atau ada tetapi sedikit dan berminat untuk menambah.

Kita pun sudah tahu bahawa :-
Orang berilmu akan berjaya.
Orang berilmu akan kaya.
Orang berilmu akan sihat dan cergas.
Orang berilmu akan dihormati dan disegani makhluk.
Orang berilmu akan disukai oleh allah dan makhluk.

Apakah akan terjadi jika kita tidak menghadiri langsung? Kalau jarang-jarang masih diterima lagi. Apa jadi jika pelajar tidak hadir sekolah (tempat ilmu)? Atau hadir sekolah tetapi ponteng kelas guru (kelas ilmu)? Atau hadir kelas tetapi tidak menghormati kelas (majlis ilmu)? Kesannya ialah KERAS HATI! Bila keras hati ;-

1) Tidak pandai, tidak bijaksana
2) Ilmu tidak masuk ke dalam hati / dada. Susah mengingati pelajaran. Susah belajar. Susah menjawab dalam peperiksaan.
3) Melakukan sesuatu tanpa berfikir baik buruk
4) Merasakan diri sahaja betul.
5) Bila ditegur, dinasihati, tidak mahu mendengar kata
6) Tidak menghormati ibubapa/guru/orang tua/ rakan-rakan
7) Bersikap sombong dan meninggi diri
8) Suka bergaduh dan menunjukkan kekuatan tanpa memperdulikan orang lain
9) Hidup akan sesat, jauh dari jalan kebenaran.

Apakah akan terjadi kepada anak-anak/cucu kita di Felda Umas jika ramai yang keras hati? Bahkan lagi sedih jika baba-bapa/ datuk-datuk yang keras hati?

2) Perkara kedua yang boleh dilakukan untuk melembutkan hati ialah Membaca alquran. Hadis nabi saw ada memesan kita : bacalah Al-Quran di rumah-rumah kamu. Sesungguhnya rumah-rumah yang tidak dibacakan Al-Quran di dalamnya maka ‘kecillah kebaikan rumah dan sempit dada ahli-ahli rumah’. Pabila sempit dada menunjukkan masalah banyak akan berlaku dalam rumah tangga. Sikap keras hati menyelubungi ahli keluarga. Apa kesan jika ahli keluarga keras hati?

1) suami isteri tidak sefahaman
2) ibubapa berkasar dengan anak-anak
3) ibubapa tidak sayang dan menghormati anak-anak
4) anak-anak tidak hormat dan sayang ibubapa
5) anak-anak berani melanggar arahan ibubapa seperti tidak pergi sekolah, salah guna duit. Kalau anak-anak berani melanggar arahan ibubapa inikan pula BERANI melanggar arahan GURU yang tiada ikatan darah secara dekat. Inilah lahir pelajar yang melawan guru!

Kalau dahulu sistem belajar, buat apa sahaja kepada anak saya cikgu, jangan patah, jangan buta, jangan bisu! asalkan dia pandai dan jadi orang berguna. Berbeza pada hari ini>> berapa lama cikgu mengajar? Saya orang felda, cikgu orang luar! Cikgu buat anak saya ni tak ikut undang-undang. Lama-kelamaan ramai pelajar mati di sekolah! Astaghfirullah... tak akan dirotan anak jika tiada kesalahan.. Tak akan dirotan pelajar jika tiada kesalahan. Islam tak suruh kita guna rotan untuk pukul orang, tapi kalau tinggal solat usia 10 thn Nabi saw pesan anak-anak kena dirotan.

Sidang jumaat sekalian,

Alim ulamak, tok-tok guru, ustaz-ustaz, cikgu-cikgu, ibubapa, datok nenek kita selalu memesan kita untuk membaca Al-Quran. Mukjizat maknawi. Umat ni diberikan Allah dengan Al-quran. Firman Allah : ayat 2 Al-Baqarah : >> Kitab itu (Al-Quran) tiada keraguan padanya.
[ ]

Setiap huruf yang kita sebut dalam al-Quran akan merangsangkan saraf-saraf dan menyihatkan anggota badan. Orang yang membaca Al-Quran akan tenang jiwa. Melatih kita berdisiplin dalam pembacaan. Melatih ikhlas kerana hanya kita sahaja membaca dan Allah maha mendengar. Jiwa akan diasah. Saidina Umar yang keras hati pun boleh memeluk Islam kerana mendengar bacaan Al-quran. Siapa tidak kenal Umar pada masa belum memeluk Islam. Samseng. Namun, kerana ayat Al-Quran orang yang keras hati bisa menjadi lembut jiwa.

3) Perkara ketiga ialah solat tahajjud- solat pada waktu malam atau sebahagian pagi (sebelum masuk waktu Subuh). Menunaikan ibadat pada waktu ini memang jelas kan ketara menguji keikhlasan seseorang di kala orang sedang tidur, kita bersusah payah bangun menadah tangan ke hadat Allah. Jiwa kita akan dilembutkan oleh Allah. Orang begini menghormati Allah. Antara kesan bangun tahajjud ialah kata-katanya sentiasa mahu didengar, kalau masuk majlis terasa kekurangan. Peribadinya tinggi. Wajahnya berseri. Jiwanya tenang dan mudah tersentuh dengan hal-hal melibatkan agama.

Muslimin sidang jumaat yang dirahmati Allah sekelian,

Akhir kata, marilah kita bersama-sama mengerjakan 3 perkara di atas agar jiwa kita lembut hati kita dan tidak keras hati. Mudah-mudahan penerangan di atas menyentap jiwa kita untuk mengubah sedikit demi sedikit hidup kita sendiri, isteri, anak-anak, cucu –cucu kita agar melihat kebaikan di dunia dan di akhirat.

Yang memegang tugas sebagai kakitangan felda bertanggungjawab, jkkr, ketua-ketua blok marilah kita bersama-sama menghidupkan rohani kita. Galakkan program agama di dalam kawasan masing-masing. Mantan Pengurus Besar Felda Wilayah Sahabat En. Jahya B. Janal pernah memberitahu dalam mesyuarat permuafakatan yang dihadiri oleh khatib sendiri bahawa hidupkan kembali ’budaya Felda’ bacaan Yasin malam Jumaat. Kebaikannya ialah majlis begini salah satu usaha mengangkat martabat Al-Quran di samping boleh menghimpunkan ahli-ahli blok, rancangan. Dapat berbincang hal sawit dan pelajaran anak-anak. Rakan-rakan agensi kerajaan seperti guru, polis, kesihatan boleh dijemput dan majlis tersebut dapat boleh berkongsi pandangan.

سورة العصر

بارك الله لي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم وتقبل الله مني ومنكم تلاوته ، إنه هو السميع العليم . أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم
خطبة كدوا

الحمد لله الذي جعل يومالجمعة سيد الأيام , وجعل أوقاته معمورة بالإفضال والإنعام.
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , وأشهد أن محمدا عبده ورسوله , المبعوث رحمة للعالمين, اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه إلى يوم الدين.

أما بعد ,
فيا عباد الله ! اتقوا الله في السراء والضراء لعلكم تفلحون.....
الصلات على النبي

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERHIJRAH MERUBAH KEHIDUPAN DIRI, KELUARGA DAN MASYARAKAT. JADILAH MASYARAKAT YANG PRIHATIN, TEGUR MENEGUR UNTUK KEBAIKAN. ANAK JIRAN BISA DITEGUR DAN BAPANYA TIDAK MARAH KERANA TAHU, JIRANNYA TEGUR KERANA SAYANG ANAK KITA. NAMUN, SILA PASTIKAN ADAB MENEGUR AGAR KESANNYA BAIK.

الدعاء
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات إنك سميع الدعاء. ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار. والحمد لله رب العالمين.

عباد الله! إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذي القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي , يعظكم لعلكم تذكرون , فاذكروا الله العظيم يذكركم واشكروا على نعمه يزدكم , واسألوه من فضله يعطكم ولذكر الله أكبر. والله يعلم ما تصنعون. أقم الصلاة.......................

Tiada ulasan: