Ahad, Februari 22, 2009

Khutbah Jumaat 20 Februari 2009- Hukum Hudud

Khutbah Jumaat 20 Februari 2009

الحمد لله ثم الحمد لله، الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده، يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك ولعظيم سلطانك،
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدَنا ونبيَنا محمداً عبدُه ورسولُه، وصَفِيُّه وخليلُه، خَيْرَ نبيٍ أَرْسَلَهُ، أَرْسَلَهُ اللهُ إلى العالمَ كلِهِ بَشيراً ونذيراً،
اللهم صلِّ وسَلِّمْ وبارِكْ على سيدِنا محمد، وعلى آل سيدنا محمد؛ صلاةً وسَلاَماً دَائِمَيْنِ مُتَلازِمَيْنِ إلى يوم الدين، وأوصيكم ـ أيها المسلمون ـ ونفْسِي المُذْنِبَة بتقوَى الله تعالى.
أما بعد، فيا عباد الله ،


Saya berpesan kepada diri saya dan juga para jemaah sekelian agar bertaqwa kepada Allah sesungguhnya hanya orang bertaqwa sahajalah yang akan berjaya di sisi Allah swt.

Bertaqwa adalah bererti takut dan gerun kepada Allah pada setiap ketika. Takut kepada kekuasaan Allah atau juga takut kepada balasan neraka Allah. Sifat taqwa atau takut ini terbukti dengan kepatuhan kepada suruhan Allah dan menjauhi segala larangannya.

Orang yang sentiasa melakukan dosa atau melanggar perintah Allah bukanlah dari golongan orang yang berjaya di sisi Allah dan Allah telah menjanjikan kepada mereka azab yang pedih di akhirat nanti.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekelian,

Ingatlahlah tatkala kita menunaikan solat, pada rakaat akhir kita membaca ’tasyahhud akhir’.. asyhadu alla ilaha illallah... > aku naik saksi(berjanji) bahawa tidak ada Tuhan yang disembah, melainkanMU ya Allah. Ertinya, kita hanya berpegang dengan konsep ketuhanan Uluhiyyah selain tauhid Rububiyah,tauhid asma wa sifat dan fitrah beragama.
Ini juga bererti hanya ’hukum Allah’ undang-undang Allah sahaja menjadi ikutan dan amalan kita. Samada kita pemerintah atau yang diperintah. Samada kita pemimpin atau kita rakyat. Undang-undang Allah sahaja yang boleh mendidik dan menghapuskan jenayah dan salah laku sosial pada hari ini.

Kita dikehendaki menjalankan hukuman Allah di muka bumi termasuk HUKUM JENAYAH ISLAM - HUDUD (HUKUMAN PEMBALASAN TERHADAP PENJENAYAH) di mana Hukuman Jenayah dalam Islam bertujuan mendidik-mengawal pencerobohan/penindasan terhadap agama, aqal, nyawa-anggota tubuh badan, harta benda dan keturunan. Atau dengan kata lain ia bertujuan untuk menjamin keselamatan manusia dan kestabilan negara.

Undang-undang yang diamalkan sekarang di negara kita (CIPTAAN MANUSIA) berbeza dengan ruh/semangat undang-undang Allah. Antara perbezaan Hukum Jenayah Islam dengan Hukum Jenayah Bukan Islam (ciptaan Manusia)ialah :-

Hukum Jenayah Islam
Hukum Jenayah Bukan Islam (ciptaan manusia)
1.Ciptaan Allah
1. Digubal hasil pendapat dan pengalaman pihak yang berkuasa
2.Pelaksanaannya akan memperolehi berkat dan rahmat
2. Pelaksanaannya tidak berkat dan tidak ada kasih sayang dari Allah
3. Kuasa pengampunan hukum qisas adalah terletak kepada keluarga mangsa
3. Kuasa pengampunan berada dalam kuasa mahkamah


Banyak gerakan-gerakan Islam yang memohon pihak berkuasa meminda undang-undang sedia ada kembali mengikut apa yang diperintahkan Allah. Cuma yang dikesali, terdapat umat Islam yang tidak mahu bekerjasama untuk menjadikan ia sebagai undang-undang jenayah negara menggantikan yang sedia ada. Bahkan ada yang menghina usaha tersebut. Sedar atau tidak, sebenarnya kita telah menghina Allah. Antara alasan yang selalu disebut ialah ’ negara Malaysia berbilang bangsa dan agama’ maka undang-undang/hukum hudud tidak boleh dilaksanakan.

Muslimin sidang Jumaat sekelian,

Negara Islam Madinah yang diketuai oleh Nabi Muhammad saw pada masa tersebut mempunyai penduduk yang berbilang bangsa [arab-aus-khazraj-nadzir-quraidzah-qainuqa’] dan agama[islam-yahudi] . Pada masa tersebut, hukum hudud telah dijalankan dan –tiada bantahan oleh umat Islam bahkan bukan Islam yang merasakan terjamin hidup dan keselamatan mereka di bawah hukum tersebut. Maka dengan demikian Islam dapat memerintah 2/3 dunia dengan undang-undang tersebut. Jadi, apa lagi alasan? Jika hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih.

Apa erti hudud? Hudud perkataan bahasa arab. Dari segi bahasa : batasan/ sempadan. Dari segi istilah sebenar : hudud ialah – kesalahan dan hukuman yang ditetapkan syarak serta wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah.

Contoh jenis kesalahan dan hukuman yang boleh dijatuhkan hukum hudud-qisas-diyat-takzir

1- Jika sabit kesalahan zina [persetubuhan haram bagi lelaki dan perempuan yang tidak ada ikatan nikah yang sah] – disebat 100x di khalayak ramai jika belum berkahwin dan direjam sampai mati di khalayak ramai-jika sudah berkahwin.
2- Jika sabit kesalahan qazaf[melempar tuduhan zina kepada orang baik tanpa bukti]- disebat 80x di khalayak ramai.
3- Jika sabit kesalahan minum arak-disebat 40x di khalayak ramai
4- Jika sabit kesalahan mencuri-dipotong tangan di pergelangan tangan
5- Jika sabit kesalahan merompak- dipenjara/dibuang daerah@ dipotong kaki secara bersilang jika mengambil harta tanpa membunuh. Dibunuh sekiranya membunuh. Dibunuh serta dipalang jika merompak dan membunuh.
6- Jika sabit kesalahan membunuh dengan segaja- dibunuh balas.
7- Jika sabit kesalahan mencederakan anggota badan-dicederakan sebagaimana dia mencederakan mangsa.
8- Jika sabit kesalahan liwat[melakukan persetubuhan di bahagian dubur-lelaki/perempuan walaupun dengan isteri] disebat 100x di khalayak ramai dan dibuang negeri selama 1 tahun jika belum berkahwin dan direjam sampai mati di khalayak ramai-jika sudah berkahwin.

Kepentingan hukum hudud :-
1) penjenayah tidak berani lagi melakukan jenayah mencuri harta orang lain, membunuh, minum arak, berzina dan sebagainya.
2) Manusia bebas bergerak mencari harta tanpa ada rasa takut hartanya dirompak dan diceroboh
3) Keamanan akan lahir setelah penjenayah insaf setelah menjalani hukuman
4) Kehidupan bekerluarga makin diberkati Allah
5) Agama terpelihara, imej Umat Islam meningkat

Apabila disebut Hukum hudud termasuk qisas, diyat dan ta’zir. Hudud bukanlah hukum rekaan parti politik tertentu seperti yang didakwa oleh sebilangan umat Islam di Malaysia, tetapi hudud adalah hukum Allah yang dijelaskan dalan nas Al-Quran dan nas Hadis. Apabila hudud tidak dilaksanakan maka jadilah kehidupan di sana sini tanpa mengikut ajaran agama.

[”wa manlam yahkum bima anzalalllah... fa ulaika humul kafirun al-maidah 44 / wa manlam yahkum bima anzalalllah... fa ulaika humul az-zolimun-al-maidah 45 / wa manlam yahkum bima anzalalllah... fa ulaika humul fazsiqun al-maidah 47 /]

Muslimin sidang jumaat yang dirahmati Allah sekelian,

Potong tangan hak siapa? Arahan siapa? adakah arahan dari pihak tertentu? Gerakan dakwah tertentu? Arahan dari siapa? Ada sebahagian Umat Islam yang mengatakan hukuman tersebut direka parti tertentu, dari Tok guru, tuan guru tertentu, bukan dari Allah. Tidakkah kita tahu bahawa hudud adalah dari Allah?Adalah berdosa dan rosak aqidah jika engkar, tidak mahu menurut perintah Allah termasuk bab ’hukum hudud’.
Contoh Hukuman Hudud dalam Al-Quran ... assariqu wassariqatu…. al-maidah : 38

ertinya ’ pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah dipotong tangan mereka berdua, balasan dari Allah atas perbuatan jahat mereka’.
Oleh itu potong tangan adalah arahan Allah, namun pernah dahulu, kita mendengar dari tokoh-tokoh agama sendiri yang mempertikaikan hukum hudud ’potong tangan’ Mereka mengatakan hukum Allah ini ketinggalan zaman. Hukum Allah ini kalau dibuat, tidak maju negara kerana ramai yang tiada tangan. Jika mencuri dengan tangan, Potong tangan. Lepas itu jika mencuri dengan kaki, Potong kaki. Lepas itu mencuri dengan mulut, maka dipotong mulut dan begitulah selanjutnya.
Inilah fikiran sempit dan jahil dalam agama. Bercakap tanpa merujuk kepada buku-buku dan alim ulamak. Akhirnya jika yang bercakap begitu seorang pemimpin, maka kita akan melihat masyarakat kita hari ini rosak! Penjenayah di sana sini. Hari-hari kita mendengar polis menembak mati penjenayah. Tidak ketinggalan ada di antara pihak polis yang cedera dan mati dalam berbalas tembakan tersebut. Sampai bila polis akan berhadapan dengan risiko begitu?
Allah menyebut dalam Al-Quran tilka hududullah... itu Hudud Allah, bukan ciptaan manusia. Kenapa ada orang Islam berani mempersenda-sendakan hudud Allah ini?yang jelas turun dari Al-Quran. Ayat muhkam bukan mutasyabih! Ayat yang jelas, yang tidak perlu ditakwil-takwil lagi.
Bila Allah sebut ’ faqthaou> maka wajib kamu potong tangan! Iaitu pemimpin-pemimpin yang kami beri kuasa kepada mereka. Orang kampung tak boleh potong, bukan perintah kepada orang kampung!
Lafaz ’faqtou’ diarahkan kepada ulil amri< pemimpin. Orang yang diberi kuasa memerintah.
Bagaimana akan terjadi apabila orang-orang terpelajar ’agama’ [lulusan Timur Tengah- Mesir, Arab Saudi, Jordan, Syiria, mengatakan hudud yang disebut adalah bukan hudud Allah tetapi hudud pihak tertentu,ciptaan manusia! Golongan terpelajar agama ini sekarang terbahagi kepada 2. 1 pihak yang menceritakan agama Allah – apa yang wajib apa yang sunat dsb.. 1 pihak lagi yang mendiamkan yang hak/kebenaran mendiamkan apa yang tak patut mereka diam. Diam itu pun dah dikira syaitan bisu. Bahkan yang lebih merosakkan apabila 1 golongan yang bijak pandai agama yang ’bersuara’ tetapi menafikan / menidakkan yang wajib serta menceritakan apa yang tidak benar tentang agama Islam kepada masyakarat.
Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,
’Golongan Ulamak Yang Menyalahguna Agama ini’ Mereka sanggup berbohong kepada manusia walhal mereka tahu ’hakikat sebenar’ agama Allah. Sepatutnya ulamak ini bila dia bercakap, orang akan makin yakin dengan agama. Tetapi ulamak / golongan agama yang menipu ini bila dia bercakap, orang makin tak yakin dengan hukum Allah dan menjauhi agama. Contoh ringkas- judi diharamkan semua agama. Tetapi berapa ramai penasihat agama kepada pemerintah yang tidak menasihati pemerintah agar menutup kedai-kedai judi yang ada di semua kawasan perbandaran. Apakah penasihat agama tersebut bimbang dilucutkan jawatan? Bimbang hilang mata pencarian? Bimbang dibunuh? Ya.. kebimbangan mereka ialah kerana mereka tidak takut kepada Allah. Mereka hanya takut kepada manusia. Inilah dia wajah ulamak pengampu/ penipu kepada agamanya sendiri serta mendiamkan perkara yang benar. Akhirnya masyarakat kita tidak tahu yang mana baik, yang mana buruk! Mana yang hak dan mana yang batil!Mana dari Allah, mana dari rekaan manusia!
* ancaman terkini di tempat kita dan di Malaysia amnya akibat tidak dilaksanakan Hukum Hudud ialah ... salah satunya pergaulan bebas.. remaja dan dewasa tidak mengenal tempat dan masa.. melakukan ’zina-persetubuhan haram’. Kita mendapat maklumat dan sedang menyiasat apakah betul lokasi-lokasi tertentu di kawasan kita ini dijadikan tempat melepaskan nafsu remaja kita bahkan yang membimbangkan melibatkan ibubapa-iaitu orang yang sepatutnya menjadi tauladan. Ibubapa yang telah mempunyai anak-anak pun sanggup bertandang dan tidur dengan pasangan lain yang sudah berumah tangga. Apa akan terjadi dengan benih anak-anak di felda akan jadi ketidak ketentuan. Siapa ibu siapa bapa mereka yang sebenar? Inilah bala bencana, akibat tidak melaksanakan hukum hudud!
> ayat?

سورة العصر

بارك الله لي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم وتقبل الله مني ومنكم تلاوته ، إنه هو السميع العليم . أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم
خطبة كدوا

الحمد لله الذي جعل يومالجمعة سيد الأيام , وجعل أوقاته معمورة بالإفضال والإنعام.
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , وأشهد أن محمدا عبده ورسوله , المبعوث رحمة للعالمين, اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه إلى يوم الدين.

أما بعد ,
فيا عباد الله ! اتقوا الله في السراء والضراء لعلكم تفلحون.....
الصلات على النبي

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA SEMPENA MENYAMBUT MAULIDUL RASUL 1430H, PADA 9 MAC 2009 NANTI KITA BERAZAM UNTUK MENGUATKAN KASIH SAYANG KITA KEPADA AGAMA ALLAH DAN APA YANG DIBAWA OLEH NABI SAW TERMASUK BERUSAHA MENIMBA ILMU MENCARI KEBENARAN AJARAN ISLAM INI. AMALAN MENYAMBUT MAULIDUL RASUL CUKUP BAIK, MENDAPAT PAHALA DI SISI ALLAH. NAMUN, TIDAK MENGIKUTI HUKUM ALLAH MENDAPAT DOSA. BIARLAH KITA JELAS DALAM MELAKUKAN SESUATU PERKARA.

APA GUNA KITA BERMEGAH DENGAN JOHAN PERTANDINGAN SEPANDUK. BERMEGAH DENGAN PAKAIAN MELAYU YANG SEGAK, TAMPAN. NAMUN, DALAM HATI TIDAK ADA SEDIKIT PUN RASA UNTUK MENOLONG AGAMA ALLAH.

TAHU ADA MAKSIAT DI TEMPAT KITA, TAHU ADA YANG MAIN JUDI, TAHU ADA PELAJAR-PELAJAR MELEPAK SAMPAI LEWAT MALAM, TAHU ADA GEJALA MINUM ARAK, TAHU ADA SUAMI/ISTERI BERLAKU CURANG DAN SEBAGAINYA... MAKA AMBILLAH JALAN MENGATASI.. INILAH DIA MENOLONG AGAMA ALLAH.. INILAH DIA SAYANGKAN NABI SAW… BUKAN HANYA MENJAGA DIRI SENDIRI TETAPI MENJAGA PIHAK LAIN JUGA… INILAH DIA AMANAH, INILAH DIA TUJUAN KITA DICIPTAKAN DARI SETITIS AIR MANI.. INGATLAH KITA DI MANA KITA DAHULU... INGATLAH KE MANA KITA AKAN PERGI... BERTAUBATLAH KITA SEBELUM TERLAMBAT...

الدعاء
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم
والأموات إنك سميع الدعاء. ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار. والحمد لله رب العالمين.

عباد الله! إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذي القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي , يعظكم لعلكم تذكرون , فاذكروا الله العظيم يذكركم واشكروا على نعمه يزدكم , واسألوه من فضله يعطكم ولذكر الله أكبر. والله يعلم ما تصنعون. أقم الصلاة.......................

Tiada ulasan: