Berikut adalah ucapan yang diterima dan diedit oleh saya melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) . Saya fikir sebahagian besar guru di Malaysia juga menerimanya bahkan lebih banyak lagi sempena Hari Guru 16 Mei 2008. Untuk kenangan dan ingatan buat saya, semua guru dan pelajar.
01. Selamat Hari Guru, moga segala impian kita tercapai tanggungjawab merealisasikan hasrat pelajar dan sekolah. Amin Ya rabbal ’alamin
02. Ingatkan campak, rupanya jerawat batu.
Mengajar bagai nak rak(sungguh-sungguh), budak buat tak tahu.
Rasa macam nak sepak, takut kena serbu.
Mai sini nak ghoyat(beritahu), bukan kata rindu.
Banyaklah bersabar, kita ni kan guru... ”SELAMAT HARI GURU”
03. Teacher is like PEPSI ” Ask For More”
Teacher is like NIKE “ Just Do It”
Teacher is like NOKIA “ Connecting Peole”
Teacher is like Mc Donald “ I’m Loving It”
Happy Teacher’s Day
04. Tiada harapan selain Allah. Tiada idola selain nabi. Tiada kata seindah Al-Quran. Tiada jalan selurus As-sunnah. Tiada perjuangan selain Islam. Tiada pekerjaan semulia guru. Selamat Hari Guru.
05. A teacher’s achievement is not how many ’A’ or ’B’s he produces but how many lives he changes and how many hearts he touches. Happy Teachers Day!
06. Guru bukan macam papan skate.. Belum main, gilap.. Dah main, pijak..
Guru bukan macam bola sepak.. Belum dapat, kejar.. Dah dapat, tendang..
Guru bukan macam bulu tangkis.. Belum main, pegang.. Dah main, pukul..
Guru ibarat macam bola ragbi.. belum dapat, rebut.. dah dapat lindungi..
Guru macam jari.. lukanya sembuh sendiri.. tapi hilangnya tiada ganti.. SELAMAT HARI GURU..
07. Guru... dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa
Dalam marahnya ada sayang, ada tawa ada mesranya,
Dalam diam ada bijaksana, berbahgialah menjadi seorang guru..
”Selamat Hari Guru”
08. Dulu ’dia’ pegang rotan kau kata ’dia’ garang,
Bila ’dia’ lambat masuk kelas kau kata ’dia’ malas,
Bila ’dia’ marah-marah kau kata ’dia’ melampau,
’dia’ beri penampar kau kata ’dia’ ganas.
Sekarang... ’kau’ telah jadi seperti ’dia’- Selamat Hari Guru.
09. SWEET sms for a SWEET teacher from a SWEET person for a SWEET reason at a SWEET time on a SWEET day in a SWEET month and SWEET year. Have a SWEET TEACHERS DAY!
10. “Jika hari ini seorang PM berkuasa, jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, jika hari ini seorang peguam menang bicara, jika hari ini seorang penulis terkemuka, jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa, sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca”. Sasterawan Negara: Usman Awang.
11. Bad TEACHER complains, Good TEACHER explains, better TEACHER demonstrates, Best TEACHER motivates, Great TEACHER inspires… SELAMAT HARI GURU.
12. “Alang-alang menjadi guru, sebutir pasir dijadikan intan, seketul batu dijadikan berlian, sekelas murid dijadikan insan, seikhlas janji tetap dikurniakan… keranamu Allah, kami berkorban… semoga menjadi guru cemerlang!
Selamat Hari Guru.
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan