Selasa, Februari 17, 2009

Khutbah Hari Raya Aidil Fitri 2007

KHUTBAH HARI RAYA AIDIL FITRI 1428H/ 13 OKTOBER 2007


KHUTBAH PERTAMA

RUKUN :
1. ALHAMDULILLAH
2. SELAWAT KE ATAS NABI SAW
3. PESANAN BERTAQWA
4. SEBAHAGIAN AYAT AL-QURAN
5. DOA KE ATAS MUKMININ MUKMINAT

Am-ma ba’du : Pesanan bertaqwa ke atas semua umat Islam

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Allahu Akbar Walillah Hil Hamd..

Allah Maha Besar/Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah/Allah Maha Besar/
Allah Maha Besar Dan Bagi Allah Selayaknya Kepujian
Allahlah sebesar-besar kebesaran dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya/
Dan Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang/
Tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah kecuali padaNya dengan ikhlas lurus baginya walaupun dibenci oleh orang-orang Kafir.
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa, Dia membenarkan janjiNya, dan menolong hambaNya dan memuliakan(memberikab kemenangan) tenteranya dan menghancurkan tentera Ahzab sendiriNya.
Tiada tuhan melainkan Allah dan Allah maha besar.
Allah maha besar dan bagi Allah selayaknya kepujian.

Tahniah kepada Sidang jemaah & muslimin seluruh dunia kerana berjaya mengharungi perintah Allah!
Melaksanakan puasa dengan sebenar dan inilah hari ini sebagai hadiah kepada kita.

Ø Pada saat kita menyambut hari raya ini, janganlah kita lupa kepada saudara seislam kita di Iraq, palestin, Chech,Bosnia, Afghanistan, Darfur, Pattani Thailand dan Mindanao yang terus hidup menderita.
Ø Pada saat kita memakai pakaian baru, jangan kita lupa kepada si miskin yang tidak ada tempat berteduh
Ø Pada saat kita menyambut Hari Raya ini, jangan kita lupa nasib Umat Islam di negara kita tercinta ini. Bagaimana angka murtad 250,000(mufti Perak)? Rasuah& penyelewangan melibatkan pimpinan polis, politik,koperat dsb, rogol, pembunuhan spt adik Nurin pada 16 Sep 2007, kemalangan yang berpunca dari kesilapan&kecuaian diri sendiri, agihan zakat yang tidak telus serta masalah sosial yang semakin hari semakin parah spt yang ditunjukkan dalam media spt gejala merempit, dadah, pelacuran, ragur dsb.

Marilah kita kembali kepada Al-Quran yang tiada keraguan padany. Apa yang ada dalam Al-Quran serta hadis yang membantu menerangkanNya, serta petunjuk dari alim ulamak pada hari ini untuk kebaikan di dunia & akhirtat. Jika kita kembali kpd Al-quran, maka masalah-masalah sosial ini boleh dielakkan.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah/ ayat 1 hingga 3 :-

’Alif lam Mim – itulah kitab/alquran yang tidak ada keraguan/samar-samar padanya. Petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa’

1985- kejadian ayat hilang dari mashaf
1992- kejadian objek di langit

Pabila kita tinggalkan al-quran maka berlakukan kejadian pelik itu.

Ayat al-israk : 86


” jika kami kehendaki, akan kami ambil/hilangkan dengan apa yang diwahyukan kepada kami. Kemudian kamu tidak dapat mencari ganti dari kami atas kehilangan itu”

Ø bolehkan kejadian adik Nurin dibunuh dielakka? Boleh- kembali kpd alquran..

Ayat 7 : surah muhammad. ” wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong allah, Allah pasti akan menolong kamu, dia akan menetap kedudukan kamu kemulian kamu di”

Sidang Jemaah Solat Hari Raya sekelian, di sini Khatib sukacita mengulang beberapa peringatan kepada Umat Islam dalam menyambut Hari Raya:-

Malam Raya :-
Solat berjemaah maghrib & Isyak
Bertakbir hari raya di mana jua spt di jalan, di rumah, di pasar(tidak semesti di masjid/surau) sebagai tanda syukur
menunaikan zakat fitrah – malam raya adalah merupakan masa yang afdhal/baik
membuat persiapan untuk menunaikan solat hari raya- elakkan tudur lewat & tidak tidur

Pagi Raya/Siang Hari Raya:-
Bangun pagi/ tunaikan solat subuh berjemaah/ berdoa agar hari raya menjadikan kita Takut kepada Allah
bertakbir
sunat mandi
memakai pakaian bersih, secantik2 pakaian, Mesti menutp aurat
memakai wangian bagi lelaki dan perempuan jangan keterlaluan/melampau
sunat makan minum terlebih dahulu sebelum solat
penuhi saf hadapan/saf kosong
solat sunat berjemaah
dengar khutbah dengan khusyk/tawadhuk
mohon ampun & maaf dari ibu bapa & ahli keluarga
bersedia memaafkan saudara sesama Islam
elakkan/jauhkan bersalaman sesama yang bukan mahram/yang boleh kita kahwin
Sunat mengucapkan tahniah sesama Islam kerana berjaya menunaikan perintah Allah
Amalkan budaya ziarah menziarahi
sederhana ketika makan& minum, jangan membazir
elakkan ziarah pada waktu yang kurang sesuai dan tidak membebankan tuan rumah
tunaikan solat wajib bila masuk waktu- jangan leka kerana menonton televisyen / sibuk berziarah
jauhkan amalan maksiat di hari-hai raya ini – hisap syabu/gam/dadah/merempit/berasrama/mencuri kasut/mencuri duit/ bergaduh sesama Islam/ bertengkar suami isteri & ahli keluarga/ dll


BAARAKALLAHU LI WA LAKUM BIL QURANIL KARIM,
WA NAFA’ANI WA IYYAKUM BIMA FIIHI MINAL AYAATI WAZ ZIKRIL HAKIM
WA TAQABBALA MINNI WA MINKUM TILAWATAHU,
INNAHU HUWAS SAMI’UL A’LIIM

KHUTBAH KEDUA

RUKUN :
1. ALHAMDULILLAH
2. SELAWAT KE ATAS NABI SAW
3. PESANAN BERTAQWA
4. SEBAHAGIAN AYAT AL-QURAN
5. DOA KE ATAS MUKMININ MUKMINAT

Am-ma ba’du : Pesanan bertaqwa ke atas semua umat Islam

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Allahu Akbar!

Allahu Akbar Walillah Hil Hamd..
* sila rujuk nas Al-Quran. Tidak disertakan di sini

































Tiada ulasan: