Sabtu, Februari 28, 2009

Emm.. Allah Dah Lama Tahu Isu Malaysia

Allah tahu apa yang berlaku di Malaysia. Dia mencipta kita, dia mengurus kita dan dia tahu apa yang kita akan lakukan. Allah tahu bahawa apa yang datang darinya adalah benar. Sebab itu, diletak lafaz 'taatlah kamu' di hadapan lafaz ' Allah' dalam Al-Quran. Allah tahu bahawa apa yang datang dari RasulNya adalah benar. Sebab itu diletak lafaz ' taatlah kamu' di hadapan lafaz 'Rasul' dalam al-Quran. Allah juga tahu bahawa apa yang datang dari wakil-wakil rakyat/pemimpin rakyat/pemerintah ada yang benar dan ada yang palsu. Sebab itu, ada hikmah tidak diletak lafaz 'taatlah kamu' di hadapan lafaz 'uulil amri'(pemimpin) dalam Al-Quran. Kerana manusia hanya perlu taat kepada wakil-wakil rakyat/pemimpin rakyat/pemerintah yang menjalankan 'ketaatan' kepada Allah iaitu melaksanakan apa yang datang dari Allah dan Rasulnya. Inilah sebenar ketaatan manusia. Dalam situasi di Malaysia, gunalah ilmu dengan aqal waras yang Allah berikan, taat hanya kepada pemimpin yang taat kepada arahan Allah.

Kalau pemimpin meluluskan kedai arak, arahan Allah kah meluluskan arak?
kalau pemimpin meluluskan kedai judi, nombor ekor, loteri.. arahan Allah kah meluluskan hal tersebut?

Oleh itu, pemimpin tersebut wajib dijauhi dan tidak wajib ditaati sebagaimana arahan Allah dalam Al-Quran. Bukan arahan saya yang menulis blog.

Segala yang Allah sebutkan dalam ayat Al-Quran mudah difahami walaupun kajian terhadapnya memakan masa ribuan tahun untuk membuktikannya.

Apa lagi ALASAN yang menyebabkan umat manusia khasnya yang beragama Islam susah untuk memilih gerakan Islam yang benar-benar mahu memperjuangkan arahan Allah? Kita menolong dan menyokong gerakan Islam tersebut kerana DASARNYA untuk MENEGAKKAN AGAMA ALLAH! Inilah sebenar tujuan kita dijadikan, iaitu menegakkan agama Allah dalam diri, masyarakat dan negara Malaysia khasnya. Takbeer!

Khamis, Februari 26, 2009

FAKTA TANDA-TANDA QIAMAT DARI AKHBAR(HINGGA 2007 SAHAJA)

“ KEPADAMU QIAMAT”

HIMPUNAN

FAKTA
PANDANGAN
KOMEN/ULASAN

DARI :

AKHBAR/ BUKU/ULAMAK/PENULIS

SEMUA KITA AKAN MENUJU KE SATU MASA YANG DINAMAKAN HARI QIAMAT.
ADA PERBUATAN KITA YANG DIBERI PAHALA DAN
ADA PERBUATAN KITA YANG DIBERI DOSA
DAN DITURUNKAN BALA BENCANA KESAN PERBUATAN DOSA TADI… NAUZUBILLAH…

MARILAH BERSAMA MENINGKATKAN AMALAN KEBAIKAN UNTUK ALLAH DAN TINGGALKAN YANG DILARANG…

INFO PENTING MULAI TAHUN SEBELUM 0000M HINGGA 2007M

BIL
TARIKH
PERKARA
TEMPAT
KESAN - KORBAN/ CEDERA DLL



1957, 1967, 1971, 1973, 1979 , 1983, 2004
17.12.2006/ 13.01.07/13.01.07 BANJIR




1971
-TULISAN UST. ABG GHANI B. SHAMSUDIN (MANTAN PRESIDEN PUM) – BUKU KARAM DAN BANJIR DARI PERSPEKTIF AL-QURAN
BANJIR BESAR
SURUT SEMINGGU KEMUDIAN

DI KUALA LUMPUR
50% KAWASAN BANDAR TENGGELAM

7 DIS 1988
GEMPA BUMI > 6.8 SKALA RICHTER
SPITAK, ARMENIA
25,000 TERBUNUH

20 JUN 1990
GEMPA BUMI > TANAH RUNTUH > 7.7 SKALA RICHTER
RASHT, IRAN
40,000 HINGGA 50,000 TERBUNUH

26 DIS 1996
RIBUT TROPIKA GREG + HUJAN LUAR BIASA DI HULU SUNGAI PAMPANG > SUNGAI PAMPANG + SUNGAI LIAWAN MELIMPAH > BANJIR > MUSNAH 3 KAMPUNG –KPG PAMPANG + KPG LIMBAWAN + KPG BATU SATU/KANDANG AYAM (WARGA INDO KETURUNAN TATOR)
JAM 4 PAGI KEJADIAN
KELAJUAN RIBUT 80KM/J

KENINGAU, KK, PAPAR, SIPITANG, TUARAN SABAH.
PALING TERUK KENINGAU
200 LEBIH TERBUNUH

17 OGS 1999
GEMPA BUMI > 7.7 SKALA RICHTER


150 BATU, TIMUR ANKARA, TURKI
LEBIH 17,000 TERBUNUH, 50,000 CEDERA


2000
-TULISAN UST. ABG GHANI B. SHAMSUDIN (MANTAN PRESIDEN PUM) DALAM BUKU KARAM DAN BANJIR DARI PERSPEKTIF AL-QURAN
SEJAK TAHUN 2000 SUHU BUMI MENINGKAT DAN SUHU BUMI AKAN BERTAMBAH MENJELANG 2010 ANTARA 1.4 HINGGA 5.8 DARJAH DARJAH CELCIUS. KAJIAN OLEH ORGANISASI KAJI CUACA DUNIA(WHO).
PEMANASAN GLOBAL(KESAN RUMAH HIJAU) = CAIRAN GLASIER KUTUB YANG MENINGKATKAN AIR LAUT > KESAN SEHINGGA MENENGGELAMKAN KAWASAN TANAH RENDAH TERMASUK BEBERAPA PULAU DI LAUTAN PASIFIK + KECELARUAN CUACA LUAR BIASA SPT BANJIR DAN SALJI YANG TURUN BUAT PERTAMA KALI DI NEGARA PANAS DI BENUA AFRIKA DI DUNIA
PUNCA PENINGKATAN SUHU? BERTAMBAH GAS KARBON DIOKSIDA(CO 2) DAN GAS RUMAH HIJAU. KARBON DIOKSIDA ADALAH GAS YANG MAMPU MENYERAP HABA SERTA MEMANASKAN HABA MENYEBABKAN SEMAKIN BANYAK GAS ITU DIUDARA, SUHU SEMAKIN MENINGKAT. KESAN KEMAJUAN DAN PEMBUANGAN SISA-SISA KILANG.
DILAPORKAN BAHAWA SEBUAH PULAU GUNUNG AIR BATU SELUAS 66KM DI KHUTUB UTARA SUDAH TERPISAH DARI INDUKNYA. PERNAH TERSIAR DI TV3 PADA 30 DISEMBER 2006 (HARI RAYA HAJI). JIKA BONGKAH AIR BATU ITU TERUS CAIR, MAKA AKAN BERLAKU PENINGKATAN PARAS AIR LAUT DAN AKAN MENENGGELAMKAN BANYAK KAWASAN KEDIAMAN DAN HASIL MAHSUL PERTANIAN DI PESISIR PANTAI KHASNYA DI KAWASAN BENUA AFRIKA DAN DUNIA AMNYA.


26 JAN 2001
GEMPA BUMI > 7.7 SKALA RICHTER
GUJARAT, INDIA
LEBIH 20,000 TERBUNUH, 600,000 TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG


26 DIS 2003
GEMPA BUMI > 6.6 SKALA RICHTER


BAM, IRAN
26,200 TERBUNUH, 85% BANGUNAN MUSNAH DI KAWASAN BERKAITAN


26 DIS 2004
GEMPA BUMI > TSUNAMI DENGAN 9.0 SKALA RICHTER
01. INDONESIA
02. MALAYSIA
03. THAILAND
04. MYANMAR
05. BANGLADESH
06. INDIA
07. SRI LANGKA
08. KENYA
09. MALDIVES
10. SEYCHELLES
11. SOMALIA
12. TANZANIA

100 BATU KE BARAT DAYA ACHEH INDONESIA /MALAYSIA/THAILAND/ MYANMAR/ INDIA/ SRI LANKA/ BANGLADESH/ KENYA/ MALDIVES/ SEYCHELLES/ SOMALIA/ TANZANIA AFRIKA
(12 NEGARA TERLIBAT)
250,000 TERBUNUH
160,000 DARINYA MANGSA DI INDONESIA SHJ.


8 OKT 2005
GEMPA BUMI > 7.6 SKALA RICHTER


ASIA SELATAN,
PAKISTAN/ KASHMIR/
AFGHANISTAN
73,000 TERBUNUH.
PULUHAN RIBU CEDERA DAN JUTAAN TINGGAL SEBATANG KARA.


4 JAN 2006
TANAH RUNTUH.
DI KPG CIJERUK DI PULAU JAWA, INDONESIA

200 TERBUNUH

18 FEB 2006
TANAH RUNTUH
* PENDUDUK 2000 PESAWAH – TERNAK LEMBU + BABI
DI KPG GUINSAUGON, LEYTE, PHILIPINA
1500 ORANG HILANG/TERTIMBUS DAN HANYA 110 MAYAT DIJUMPAI (KAMPUNG LENYAP)


26 MEI 2006
GEMPA BUMI > 6.3 SKALA RICHTER.
DI JAWA TENGAH, INDONESIA
5800 TERBUNUH, 36,000 CEDERA.


19 JUN 2006
HUJAN LEBAT > BANJIR + ALIRAN LUMPUR.
DI SULAWESI SELATAN, INDONESIA.

300 TERBUNUH

17 JUL 2006
GEMPA BUMI > TSUNAMI /
7.7 SKALA RICHTER
DI PANTAI JAWA BARAT, INDONESIA

600 TERBUNUH

19 DIS 2006
PERMULAAN BANJIR/GELOMBANG PERTAMA BANJIR DI JOHOR KHASNYA
SURUT SETELAH 1 ½ BULAN
12 JAN 2007 GELOMBANG KE 2 BANJIR

DI JOHOR, MELAKA, PAHANG, SABAH, SARAWAK
JANGKAAN 100,000 LEBIH DIPINDAH

23 DIS 2006
HUJAN LEBAT> BANJIR+TANAH RUNTUH
DI BARAT LAUT, SUMATERA, INDONESIA
100 TERBUNUH/
400,000 HILANG TEMPAT TINGGAL


29 DIS 2006
OMBAK BESAR > FERI TERBELAH DUA + TENGGELAM
DI LAUT JAWA, INDONESIA



400 HILANG @LEMAS

1 JAN 2007
(MLM THN BARU)
CUACA BURUK > PESAWAT ADAM AIR, TERHEMPAS
DARI PULAU JAWA KE MONADO,
IBU NEGERI SULAWESI

90 TERBUNUH

12 JAN 2007
GELOMBANG KE 2 BANJIR DI JOHOR-
KATA PAKAR ALAM SEKITAR (B/HARIAN 30 JAN 2007): DAERAH DAN PUSAT BANDAR KOTA TINGGI TERUS TERDEDAH KEPADA BENCANA BANJIR BERIKUTAN JENIS TANAH DAN TOPOGRAFINYA YANG MUDAH PERANGKAP AIR.
PENGURUS TAPAK, TANAH LEMBAP BERKEPENTINGAN ANTARABANGSA (RAMSAR) EN. HARBAN SINGH BERKATA PAKAR ALAM SEKITAR SEPENDAPAT MENGATAKAN BANJIR BESAR PADA MASA DEPAN AKAN MENENGGELAMKAN BANDAR KOTA TINGGI. KATA BELIAU LAGI, KESELURUHAN BANDAR KOTA TINGGI TERUTAMA TERMINAL PENGANGKUTAN AWAM DAN PUSAT KOMERSIAL DIBINA DI KAWASAN HUTAN BAKAU DAN PAYA YANG DITEBUS GUNA. *HUTAN PAYA BAKAU BERFUNGSI SEPERTI SPAN YANG MENYERAP AIR DAN SEBAGAI KAWASAN SALIRAN DAN TIDAK SESUAI DIMAJUKAN UNTUK PEMBANGUNAN.
PEMBANGUNAN DI KOTA TINGGI ‘MENIDAKKAN’ FUNGSI SEBENAR KAWASAN PAYA BAKAU.
BELIAU MENCADANGKAN PUSAT BANDAR ITU HARUS DIPINDAHKAN KE KAWASDAN LEBIH TINGGI SEBAGAI LANGKAH BERJAGA-JAGA.
DIKATAKAN KOTA TINGGI, TINGGI KORUPSI?
BAGAIMANAKAH BERLAKU PEMBANGUNAN DI KAWASAN PAYA BAKAU? SEDANGKAN KERAJAAN MENJALANKAN KEMPEN MENANAM POKOK BAKAU SEHINGGA KE HARI INI?
PENDAPAT BELIAU DISOKONG PENYELIDIK KEPELBAGAIAN BIO TEMPATAN – EN. VINCENT CHOW


21 JAN 2007
GEMPA BUMI > TIADA TSUNAMI /
7.3 SKALA RICHTER/ 1000KM DARI TAWAU, SABAH


DI PULAU MALUKA, SULAWESI, INDONESIA
PENDUDUK DI PANTAI TAWAU, KUNAK/ L.DATU LARIKAN DIRI

20 JAN 2007
AWWAL MUHARRAM SABTU 1428H




30 JAN 2007
B/H- MENTERI ALAM SEKITAR INDONESIA, RACHMAT WOTOELAR MERAMALKAN PARAS AIR LAUT YANG MENINGKAT > 2000 PULAU DRPD 17,000 – 18,000 PULAU DI INDONESIA AKAN TENGGELAM MENJELANG THN 2030

30 JAN 2007
B/H – PEMANASAN GLOBAL > PERUBAHAN CUACA > PENINGKATAN SUHU 2 DARJAH HINGGA 4.5 DARJAH CELCIUS/KEMUNGKINAN SAMPAI 6 DARJAH C TIDAK BOLEH DIKETEPIKAN.
LAPORAN [PAKAR KAJIAN CUACA ANTARBANGSA, SATU BADAN PBB] AKAN DISAHKAN 500 AHLI SAINS + WAKIL KERAJAAN. ANTARA LAPORAN :-
KAITAN KUKUH ANTARA PENINGKATAN PENGELUARAN KARBON DIOKSIDA(C0 2) AKIBAT KEGIATAN MANUSIA DENGAN PERUBAHAN CUACA
PENCEMARAN KARBON DIOKSIDA (CO 2) DISEBABKAN OLEH PEMBAKARAN MINYAK/GAS/ARANG BATU.
CO 2 ADALAH GAS UTAMA PELEPASAN GAS HIJAU ‘GREEN HOUSE’ ISTILAH YANG MERUJUK KEPADA 6 GAS BAHAYA YANG DILEPASKAN KE ATMOSFERA DAN MENGHALANG CAHAYA MATAHARI DARIPADA MELANTUN SEMULA KE ANGKASA LEPAS.
MENJELANG 2100, SUHU ATMOSFERA AKAN MENINGKAT ANTARA 1.4 HINGGA 5.8 DARJAH C DAN PARAS LAUT ANTARA 0.009 HINGGA 0.88 METER BERGANTUNG KEPADA BANYAK GAS HIJAU DILEPASKAN.
ADA BUKTI BARU BAHAWA PERUBAHAN ITU SUDAH MULA BERLAKU DAN DIJANGKA MENJADI LEBIH BURUK.
ANTARA BUKTI MENGENAI KEMUSNAHAN SISTEM CUACA TERMASUK PENGECUTAN GLASIER DAN SALJI YANG MELIPUTI KAWASAN PERGUNUNGAN TINGGI, KADAR TINGGI AIS YANG MENCAIR DI KUTUB UTARA DAN PENINGKATAN KADAR ASID DI LAUT DISEBABKAN PENYERAPAN KARBON OLEH ATMOSFERA.
KAJIAN SEBELUM INI JUGA MEMBUKTIKAN BAHAWA KEPANASAN GLOBAL MENJADI PUNCA PENINGKATAN KEJADIAN RIBUT DAN TAUFAN DAN BANYAK NEGARA MENCATATKAN KEJADIAN RIBUT, SALJI DAN KEMARAU DI LUAR MUSIM.


30 JAN 2007
B/H - CUACA PANAS BERTERUSAN > RAMALAN PERMULAAN MUSIM KEMARAU/ MASALAH AIR AKIBAT FENOMENA EL-NINO.
TIMB. MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR DATUK S SOTHINATHAN BERKATA: EL-NINO MEMBAWA MASALAH JEREBU DAN AIR. DIJANGKA BERMULA MAC 2007 DAN BERTERUSAN HINGGA SEPTEMBER 2007. MASALAH JEREBU DIJANGKA AKAN LEBIH KRITIKAL PADA BULAN MEI HINGGA SEPTEMBER 2007.

GENTING HIGHLAND (LAPORAN RAMALAN CUACA TV3, 10 JAN 2007) MENCATAT 24 DARJAH C. KEBANYAKAN BANDAR DI MALAYSIA 33 DARJAH C. JIKA G.HIGHLAND (KAWASAN GUNUNG PELANCONGAN) PON SUDAH PANAS? BAGAIMANA DI KAWASAN RENDAH…



30 JAN 2007
RAMPASAN OLEH POLIS DI KL -PIL ESTACY – GUNA CAMPURAN DADAH JENIS KETAMIN/ KAFEIN SERTA RACUN TIKUS


30 JAN 2007
B/H – REKOD JK PENGURUSAN DAN BANTUAN BENCANA PUSAT MANGSA BANJIR :-
BANJIR PERTAMA – 148,000 MANGSA TERLIBAT
BANJIR KEDUA - 134,000 MANGSA TERLIBAT

8 FEB 2007
PADANG, INDONESIA: PIHAK PENTADBIRAN WILAYAH SUMATERA BARAT AKAN MEWAJIBKAN PELAJAR ISLAM SERTA PASANGAN YANG INGIN BERKAHWIN MAHIR MEMBACA AL-QURAN. PASANGAN ISLAM YANG MAHU BERKAHWIN TETAPI GAGAL MEMBACA AL-QURAN AKAN DIMINTA MENANGGUHKAN SEHINGGA MEREKA MEMBACA DENGAN LANCAR. PERATURAN ITU DILULUSKAN MAJLIS PERUNDANGAN SUMATERA BARAT.
TUJUAN PERATURAN : SETELAH MENDAPATI RAMAI PELAJAR DI SUMATERA BARAT TIDAK MAHIR MEMBACA AL-QURAN.
DI MALAYSIA, HANYA GAGAL UJIAN HIV/AIDS SAHAJA DILARANG BERKAHWIN? TETAPI BAGAIMANA CALON SUAMI/ISTERI GAGAL MEMBACA AL-QURAN?


8 FEB 2007
B/H – KERAJAAN DIMINTA MENIMBANG MEMBUKA PROGRAM TANAH RANC. FELDA YANG DIBEKUKAN SEJAK 17 TAHUN LALU (1990) KPD GENERASI KEDUA DAN KETIGA ANAK PENEROKA.
TIMB. PRESIDEN MBFM DATUK ABDULLAH B. ABU BAKAR BERKATA GENERASI KEDUA DAN KETIGA FELDA KEBANYAKAN TIDAK BERPELAJARAN TINGGI DAN MASIH BOLEH MENUMPANG DI RUMAH IBUBAPA MEREKA


10 FEB 2007
B/H – PERS. PENGAWAL PANTAI KEBANGSAAN SYDNEY , AUSTRALIA MENETAPKAN ORANG MUSLIM JADI PERONDA. (KUMP. PERONDA TERMASUK WANITA MENUTUP AURAT)
PANTAI CRONULLA, SYDNEY.

10 FEB 2007
B/H – AKHBAR REPUBLIKA (INDONESIA) MELAPORKAN PELBAGAI PENYAKIT TERMASUK GATAL-GATAL, DEMAM DENGGI BERDARAH,CIRIT-BIRIT. RAMAI DOKTOR DIKERAHKAN KE SANA

DI WILAYAH KOTA DOPOK INDONESIA


KEPADAMU_QIAMAT
TERKINI 11.02.07/5.45PTG

SMS HARI RAYA 2008

Berikut adalah ucapan yang diterima dan diedit oleh saya melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) . Saya fikir sebahagian besar guru di Malaysia juga menerimanya bahkan lebih banyak lagi sempena Hari Raya Aidilfitri 2008. Untuk kenangan dan ingatan buat saya dan anda semua

01. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin, Happy Eid Fitri, May Allah Bless You All.
02. Syawal menjelang tiba, takbir bergema menggegar jiwa, kiranya ada salah dan dosa, ampun diminta di hari mulia- salam lebaran.
03. Jika ada langkah yang menoreh hati, ada tingkah membekas luka, ada lisan yang tak terjaga, ada janji yang tak tertunai, ada hati yang berprasangka serta ucapan berbungan dusta mohon dibukakan pintu kemaafan. Salam Idul Fitri, maaf zahir Batin.
04. Di hari mulia, maaf dipinta andainya: Kami
Terkasar bahasa..
Tersilap bicara..
Termarah yang tak kena..
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja..
Terpukul kat mana-mana
Terpekik di telinga..
Terhantuk di kepala..
Terpinjam harta benda..
Termoody tak semena-mena..
Terumpat bila-bila..
Terusik yang sengaja dan macam-macam lagi yang ada... Selamat Hari Raya..
05. Teropong di hala.. Nun jauh di ufuk angkasa... nah... anak bulan nampak.., sempurnalah Ramadhan, takbir Aidul Fitri bergema..selamat merayakannya..
06. Kemaafan hamba pohon dari mu sahabat.. Moga Allah menerima segala amalan kita..
07. Salam Aidilfitri Mubarak, semoga amal sepanjang Ramadhan diterima dan dimakbulkan segala doa, Raikan kemenangan ini dengan takbir, tasbih dan tahmid. Maaf zahir batin.
08. Dalam gurau ada terkata, dalam bicara terkasar bahasa, dalam tindakan terguris rasa, dalam hidup tak lepas dosa. Maaf dipinta semoga terhapus dosa. Salam Idul Fitri.
09. S-ujud tanda kesyukuran, Y-akin dengan janjiNya, A-malan ziarah pengikut ukhuwah, W-ang raya tanda sedekah, A-khlak indah sebulan tarbiyah, L-angkah diiring tawaduk diri.. Salam Syawal.
10. Selamat menyambut Aidilfitri. SMS dikirim pengganti diri. Semoga ibadah kita di bulan mulia diterima Ilahi. Salah silap harap dimaafi. Maaf zahir batin.
11. Terdengar takbir di subuh hari, memecah sunyi keriangan diseri, SMS dihantar pengganti kad dan diri. Bukan lupakan tradisi tapi ikut teknologi. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
12. ”Sebening air wudhuk Sesuci Al-Quran, Semerdu alunan zikir, seindah solat 5 waktu, setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam, jika tangan tak sempat berjabat, jika wajah tak sempat bertatap, bukalah pintu maaf untukku.. Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin..
13. Pada Syawal yang mulia ini, ku susun sepuluh jari, memohon kemaafan jika pernah ku lupa diri, agar persaudaraan kita tetap terpatri di sanubari. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
14. Sometimes, Allah breaks our spirit to save our soul. He breaks our heart to make us whole. He sends us pain so we can be stronger. He sends us failure so we can be humble. He sends us illness so we can take care of ourselves. Sometimes, God takes everything away from us so we can learn the value of every thing He gave us.. Allah is great! Salam Idul Fitri.
15. Ada ketikanya mata silap memandang, telinga salah mendengar, lidah telanjur berkata, Fikiran khilaf menafsir dan hati silap menduga. Mohon maaf atas segalanya. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
16. Sungai disusur sehari-hari, dalam gelap menangkap ikan, kami menyusun sepuluh jari, salah dan silap harap maafkan. Selamat hari raya.
17. Ketupat pulut di atas para, hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, tanda ingatan di Idul Fitri.Selamat Hari Raya.
18. Walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar, mata tak bertatap,tapi izinkan hati memohon maaf, zahir batin. Selamat Hari Raya.
19. Nasi lemak, nasi dagang, buah betik buah jambu, Selamt Hari Raya, maaf zahir Batin.
20. Sebelum berakhirnya ramadhan, sebelum terlupa hajat nak disampaian,mungkin telah berpusu-pusu terima ucapan, andai diri ini belum ketinggalan, Maaf segalanya, Salam AidilFitri.

SMS Hari Guru 2008

Berikut adalah ucapan yang diterima dan diedit oleh saya melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) . Saya fikir sebahagian besar guru di Malaysia juga menerimanya bahkan lebih banyak lagi sempena Hari Guru 16 Mei 2008. Untuk kenangan dan ingatan buat saya, semua guru dan pelajar.

01. Selamat Hari Guru, moga segala impian kita tercapai tanggungjawab merealisasikan hasrat pelajar dan sekolah. Amin Ya rabbal ’alamin
02. Ingatkan campak, rupanya jerawat batu.
Mengajar bagai nak rak(sungguh-sungguh), budak buat tak tahu.
Rasa macam nak sepak, takut kena serbu.
Mai sini nak ghoyat(beritahu), bukan kata rindu.
Banyaklah bersabar, kita ni kan guru... ”SELAMAT HARI GURU”
03. Teacher is like PEPSI ” Ask For More”
Teacher is like NIKE “ Just Do It”
Teacher is like NOKIA “ Connecting Peole”
Teacher is like Mc Donald “ I’m Loving It”
Happy Teacher’s Day
04. Tiada harapan selain Allah. Tiada idola selain nabi. Tiada kata seindah Al-Quran. Tiada jalan selurus As-sunnah. Tiada perjuangan selain Islam. Tiada pekerjaan semulia guru. Selamat Hari Guru.
05. A teacher’s achievement is not how many ’A’ or ’B’s he produces but how many lives he changes and how many hearts he touches. Happy Teachers Day!
06. Guru bukan macam papan skate.. Belum main, gilap.. Dah main, pijak..
Guru bukan macam bola sepak.. Belum dapat, kejar.. Dah dapat, tendang..
Guru bukan macam bulu tangkis.. Belum main, pegang.. Dah main, pukul..
Guru ibarat macam bola ragbi.. belum dapat, rebut.. dah dapat lindungi..
Guru macam jari.. lukanya sembuh sendiri.. tapi hilangnya tiada ganti.. SELAMAT HARI GURU..
07. Guru... dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa
Dalam marahnya ada sayang, ada tawa ada mesranya,
Dalam diam ada bijaksana, berbahgialah menjadi seorang guru..
”Selamat Hari Guru”
08. Dulu ’dia’ pegang rotan kau kata ’dia’ garang,
Bila ’dia’ lambat masuk kelas kau kata ’dia’ malas,
Bila ’dia’ marah-marah kau kata ’dia’ melampau,
’dia’ beri penampar kau kata ’dia’ ganas.
Sekarang... ’kau’ telah jadi seperti ’dia’- Selamat Hari Guru.
09. SWEET sms for a SWEET teacher from a SWEET person for a SWEET reason at a SWEET time on a SWEET day in a SWEET month and SWEET year. Have a SWEET TEACHERS DAY!
10. “Jika hari ini seorang PM berkuasa, jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, jika hari ini seorang peguam menang bicara, jika hari ini seorang penulis terkemuka, jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa, sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca”. Sasterawan Negara: Usman Awang.
11. Bad TEACHER complains, Good TEACHER explains, better TEACHER demonstrates, Best TEACHER motivates, Great TEACHER inspires… SELAMAT HARI GURU.
12. “Alang-alang menjadi guru, sebutir pasir dijadikan intan, seketul batu dijadikan berlian, sekelas murid dijadikan insan, seikhlas janji tetap dikurniakan… keranamu Allah, kami berkorban… semoga menjadi guru cemerlang!
Selamat Hari Guru.

Sekian, terima kasih.

Ahad, Februari 22, 2009

Khutbah Jumaat- 7 November 2007< KERAS HATI & CARA MELEMBUTKANNYA

Khutbah Jumaat 7 November 2008


الحمد لله ثم الحمد لله، الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده، يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك ولعظيم سلطانك،
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدَنا ونبيَنا محمداً عبدُه ورسولُه، وصَفِيُّه وخليلُه، خَيْرَ نبيٍ أَرْسَلَهُ، أَرْسَلَهُ اللهُ إلى العالمَ كلِهِ بَشيراً ونذيراً،
اللهم صلِّ وسَلِّمْ وبارِكْ على سيدِنا محمد، وعلى آل سيدنا محمد؛ صلاةً وسَلاَماً دَائِمَيْنِ مُتَلازِمَيْنِ إلى يوم الدين، وأوصيكم ـ أيها المسلمون ـ ونفْسِي المُذْنِبَة بتقوَى الله تعالى.
أما بعد، فيا عباد الله ،


Saya berpesan kepada diri saya dan juga para jemaah sekelian agar bertaqwa kepada Allah sesungguhnya hanya orang bertaqwa sahajalah yang akan berjaya di sisi Allah swt.

Bertaqwa adalah bererti takut dan gerun kepada Allah pada setiap ketika. Takut kepada kekuasaan Allah atau juga takut kepada balasan neraka Allah. Sifat taqwa atau takut ini terbukti dengan kepatuhan kepada suruhan Allah dan menjauhi segala larangannya.

Orang yang sentiasa melakukan dosa atau melanggar perintah Allah bukanlah dari golongan orang yang berjaya di sisi Allah dan Allah telah menjanjikan kepada mereka azab yang pedih di akhirat nanti.

Muslimin sidang jumaat yang dirahmati Allah sekelian,

Islam adalah agama yang sempurna. Tiada ada agama yang setanding dengan Islam. Kita tidak menjumpai agama sebaik ini kecuali agama Islam.
> ayat? [ ]
” Ertinya : Sesiapa yang mencari agama selain Islam( yang terbaik), tidak akan menemuinya kecuali Islam sahaja agama yang terbaik!

Umat islam pada hari ini diuji dengan sifat keras hati. Sehingga Allah menyebut di dalam Al-Quran bagaimana mereka tetap keras hati walaupun diturunkan kepada mereka malaikat, pabila orang yang mati berbicara dengan mereka dan dihimpunkan segala makhluk Allah untuk menerangkan kepada orang ’keras hati’ akan melakukan perkara yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang. Allah menyebut hal ini kerana bahaya penyakit ini dalam masyarakat. Allah menciptakan kita, allah tahu keperluan kita. Allah tahu perkara yang manusia suka dan benci.

Ulamak-ulamak kita telah memberi pedoman kepada kita akan perkara yang boleh dilakukan untuk melembutkan hati:- Terdapat 3 perkara yang boleh dilakukan oleh kita untuk melembutkan hati.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati sekelian,

1) Perkara pertama ialah- Menghadiri majlis/kelas/kuliah ilmu samada di surau, masjid,pejabat, dewan kuliah, universiti, kolej dan sebagainya.

Hadis nabi saw: ”tuntutlah ilmu fardhu/kewajipan ke atas lelaki dan wanita”
[ ] dan peringatan dan penegasan oleh Allah >> Ayat
[ ]

” adakah sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu?”

Ilmu yang bagaimana : apa ciri-ciri ilmu? Di antaranya:-
1) ilmu yang tidak berlawanan dengan ajaran islam
2) ilmu yang bermanfaat di semasa dunia akhirat
3) ilmu yang akan menyumbangkan kebaikan kepada agama

Majlis ilmu akan dihadiri oleh guru dan pendengar (murid). Keadaan majlis ini akan menyebabkan kita yang datang menuntut ilmu akan melatih jiwa kita menghormati guru. Mendengar apa yang disampaikan satu persatu. Kita akan merendah diri dengan keadaan ilmu yang kosong atau ada tetapi sedikit dan berminat untuk menambah.

Kita pun sudah tahu bahawa :-
Orang berilmu akan berjaya.
Orang berilmu akan kaya.
Orang berilmu akan sihat dan cergas.
Orang berilmu akan dihormati dan disegani makhluk.
Orang berilmu akan disukai oleh allah dan makhluk.

Apakah akan terjadi jika kita tidak menghadiri langsung? Kalau jarang-jarang masih diterima lagi. Apa jadi jika pelajar tidak hadir sekolah (tempat ilmu)? Atau hadir sekolah tetapi ponteng kelas guru (kelas ilmu)? Atau hadir kelas tetapi tidak menghormati kelas (majlis ilmu)? Kesannya ialah KERAS HATI! Bila keras hati ;-

1) Tidak pandai, tidak bijaksana
2) Ilmu tidak masuk ke dalam hati / dada. Susah mengingati pelajaran. Susah belajar. Susah menjawab dalam peperiksaan.
3) Melakukan sesuatu tanpa berfikir baik buruk
4) Merasakan diri sahaja betul.
5) Bila ditegur, dinasihati, tidak mahu mendengar kata
6) Tidak menghormati ibubapa/guru/orang tua/ rakan-rakan
7) Bersikap sombong dan meninggi diri
8) Suka bergaduh dan menunjukkan kekuatan tanpa memperdulikan orang lain
9) Hidup akan sesat, jauh dari jalan kebenaran.

Apakah akan terjadi kepada anak-anak/cucu kita di Felda Umas jika ramai yang keras hati? Bahkan lagi sedih jika baba-bapa/ datuk-datuk yang keras hati?

2) Perkara kedua yang boleh dilakukan untuk melembutkan hati ialah Membaca alquran. Hadis nabi saw ada memesan kita : bacalah Al-Quran di rumah-rumah kamu. Sesungguhnya rumah-rumah yang tidak dibacakan Al-Quran di dalamnya maka ‘kecillah kebaikan rumah dan sempit dada ahli-ahli rumah’. Pabila sempit dada menunjukkan masalah banyak akan berlaku dalam rumah tangga. Sikap keras hati menyelubungi ahli keluarga. Apa kesan jika ahli keluarga keras hati?

1) suami isteri tidak sefahaman
2) ibubapa berkasar dengan anak-anak
3) ibubapa tidak sayang dan menghormati anak-anak
4) anak-anak tidak hormat dan sayang ibubapa
5) anak-anak berani melanggar arahan ibubapa seperti tidak pergi sekolah, salah guna duit. Kalau anak-anak berani melanggar arahan ibubapa inikan pula BERANI melanggar arahan GURU yang tiada ikatan darah secara dekat. Inilah lahir pelajar yang melawan guru!

Kalau dahulu sistem belajar, buat apa sahaja kepada anak saya cikgu, jangan patah, jangan buta, jangan bisu! asalkan dia pandai dan jadi orang berguna. Berbeza pada hari ini>> berapa lama cikgu mengajar? Saya orang felda, cikgu orang luar! Cikgu buat anak saya ni tak ikut undang-undang. Lama-kelamaan ramai pelajar mati di sekolah! Astaghfirullah... tak akan dirotan anak jika tiada kesalahan.. Tak akan dirotan pelajar jika tiada kesalahan. Islam tak suruh kita guna rotan untuk pukul orang, tapi kalau tinggal solat usia 10 thn Nabi saw pesan anak-anak kena dirotan.

Sidang jumaat sekalian,

Alim ulamak, tok-tok guru, ustaz-ustaz, cikgu-cikgu, ibubapa, datok nenek kita selalu memesan kita untuk membaca Al-Quran. Mukjizat maknawi. Umat ni diberikan Allah dengan Al-quran. Firman Allah : ayat 2 Al-Baqarah : >> Kitab itu (Al-Quran) tiada keraguan padanya.
[ ]

Setiap huruf yang kita sebut dalam al-Quran akan merangsangkan saraf-saraf dan menyihatkan anggota badan. Orang yang membaca Al-Quran akan tenang jiwa. Melatih kita berdisiplin dalam pembacaan. Melatih ikhlas kerana hanya kita sahaja membaca dan Allah maha mendengar. Jiwa akan diasah. Saidina Umar yang keras hati pun boleh memeluk Islam kerana mendengar bacaan Al-quran. Siapa tidak kenal Umar pada masa belum memeluk Islam. Samseng. Namun, kerana ayat Al-Quran orang yang keras hati bisa menjadi lembut jiwa.

3) Perkara ketiga ialah solat tahajjud- solat pada waktu malam atau sebahagian pagi (sebelum masuk waktu Subuh). Menunaikan ibadat pada waktu ini memang jelas kan ketara menguji keikhlasan seseorang di kala orang sedang tidur, kita bersusah payah bangun menadah tangan ke hadat Allah. Jiwa kita akan dilembutkan oleh Allah. Orang begini menghormati Allah. Antara kesan bangun tahajjud ialah kata-katanya sentiasa mahu didengar, kalau masuk majlis terasa kekurangan. Peribadinya tinggi. Wajahnya berseri. Jiwanya tenang dan mudah tersentuh dengan hal-hal melibatkan agama.

Muslimin sidang jumaat yang dirahmati Allah sekelian,

Akhir kata, marilah kita bersama-sama mengerjakan 3 perkara di atas agar jiwa kita lembut hati kita dan tidak keras hati. Mudah-mudahan penerangan di atas menyentap jiwa kita untuk mengubah sedikit demi sedikit hidup kita sendiri, isteri, anak-anak, cucu –cucu kita agar melihat kebaikan di dunia dan di akhirat.

Yang memegang tugas sebagai kakitangan felda bertanggungjawab, jkkr, ketua-ketua blok marilah kita bersama-sama menghidupkan rohani kita. Galakkan program agama di dalam kawasan masing-masing. Mantan Pengurus Besar Felda Wilayah Sahabat En. Jahya B. Janal pernah memberitahu dalam mesyuarat permuafakatan yang dihadiri oleh khatib sendiri bahawa hidupkan kembali ’budaya Felda’ bacaan Yasin malam Jumaat. Kebaikannya ialah majlis begini salah satu usaha mengangkat martabat Al-Quran di samping boleh menghimpunkan ahli-ahli blok, rancangan. Dapat berbincang hal sawit dan pelajaran anak-anak. Rakan-rakan agensi kerajaan seperti guru, polis, kesihatan boleh dijemput dan majlis tersebut dapat boleh berkongsi pandangan.

سورة العصر

بارك الله لي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم وتقبل الله مني ومنكم تلاوته ، إنه هو السميع العليم . أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم
خطبة كدوا

الحمد لله الذي جعل يومالجمعة سيد الأيام , وجعل أوقاته معمورة بالإفضال والإنعام.
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , وأشهد أن محمدا عبده ورسوله , المبعوث رحمة للعالمين, اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه إلى يوم الدين.

أما بعد ,
فيا عباد الله ! اتقوا الله في السراء والضراء لعلكم تفلحون.....
الصلات على النبي

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERHIJRAH MERUBAH KEHIDUPAN DIRI, KELUARGA DAN MASYARAKAT. JADILAH MASYARAKAT YANG PRIHATIN, TEGUR MENEGUR UNTUK KEBAIKAN. ANAK JIRAN BISA DITEGUR DAN BAPANYA TIDAK MARAH KERANA TAHU, JIRANNYA TEGUR KERANA SAYANG ANAK KITA. NAMUN, SILA PASTIKAN ADAB MENEGUR AGAR KESANNYA BAIK.

الدعاء
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات إنك سميع الدعاء. ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار. والحمد لله رب العالمين.

عباد الله! إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذي القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي , يعظكم لعلكم تذكرون , فاذكروا الله العظيم يذكركم واشكروا على نعمه يزدكم , واسألوه من فضله يعطكم ولذكر الله أكبر. والله يعلم ما تصنعون. أقم الصلاة.......................

Ilmu-ilmu Al-Quran Yang Masih Rahsia... Antaranya..

ULUM AL-QURAN

Tiada buku bercetak dalam Bahasa Melayu berkenaan Ilmu Al-Quran. Yang ada tesis@disertasi di UM/UKM, B.arab banyak antaranya 'dirasat uslub alquran oleh almarhum Dr Udaimah'. > Ust Azamudin. Buku-buku Dr Fadhil Samarraie memang semua cerita tentang rahsia-rahsia nahu, balaghah dalam al-quran. > Ust. Anwar. Dr Abdul Qodir As-Sa’di berpesan agar membaca buku ma’ani aln-nahw oleh Dr Fadhil Samarraie bekas gurunya di Iraq. Buku itu cerita tentang fungsi-fungsi semua perkataan yang berkaitan dengan nahu, Isim, Fiil, harf. Dr. Sa’di mempunyai buku kesan dalalah nahu dan lughah dalam istinbat hukum-hukum dari quran dan artikel kesan kajian nahu terhadap teks al-quran dan hadis. > Ust Anwar.

Fiil mudhori menunjukkan al-istimrariyyah, alistiqbal dan al-tajaddud.

Tetapi isim menunjukkan al-istiqror dan as-subut.

Contoh : dalam hadis ''al-iman an tukmina'. Hadis ini menggunakan an-tukmina( an dan fiil mudhori)menunjukkan iman mesti berterusan dan terus diperbaharui. Tidak guna masdar.

Contoh lain surah fathir, ayat 3. : hal min kholiqin ghoirullah yarzuqukum. Kerana menunjukkan berterusan memberi rezeki. Yarzuqukum terus menerus kurnia rezeki dan perbaharui rezeki

Khutbah Jumaat 20 Februari 2009- Hukum Hudud

Khutbah Jumaat 20 Februari 2009

الحمد لله ثم الحمد لله، الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده، يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك ولعظيم سلطانك،
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدَنا ونبيَنا محمداً عبدُه ورسولُه، وصَفِيُّه وخليلُه، خَيْرَ نبيٍ أَرْسَلَهُ، أَرْسَلَهُ اللهُ إلى العالمَ كلِهِ بَشيراً ونذيراً،
اللهم صلِّ وسَلِّمْ وبارِكْ على سيدِنا محمد، وعلى آل سيدنا محمد؛ صلاةً وسَلاَماً دَائِمَيْنِ مُتَلازِمَيْنِ إلى يوم الدين، وأوصيكم ـ أيها المسلمون ـ ونفْسِي المُذْنِبَة بتقوَى الله تعالى.
أما بعد، فيا عباد الله ،


Saya berpesan kepada diri saya dan juga para jemaah sekelian agar bertaqwa kepada Allah sesungguhnya hanya orang bertaqwa sahajalah yang akan berjaya di sisi Allah swt.

Bertaqwa adalah bererti takut dan gerun kepada Allah pada setiap ketika. Takut kepada kekuasaan Allah atau juga takut kepada balasan neraka Allah. Sifat taqwa atau takut ini terbukti dengan kepatuhan kepada suruhan Allah dan menjauhi segala larangannya.

Orang yang sentiasa melakukan dosa atau melanggar perintah Allah bukanlah dari golongan orang yang berjaya di sisi Allah dan Allah telah menjanjikan kepada mereka azab yang pedih di akhirat nanti.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekelian,

Ingatlahlah tatkala kita menunaikan solat, pada rakaat akhir kita membaca ’tasyahhud akhir’.. asyhadu alla ilaha illallah... > aku naik saksi(berjanji) bahawa tidak ada Tuhan yang disembah, melainkanMU ya Allah. Ertinya, kita hanya berpegang dengan konsep ketuhanan Uluhiyyah selain tauhid Rububiyah,tauhid asma wa sifat dan fitrah beragama.
Ini juga bererti hanya ’hukum Allah’ undang-undang Allah sahaja menjadi ikutan dan amalan kita. Samada kita pemerintah atau yang diperintah. Samada kita pemimpin atau kita rakyat. Undang-undang Allah sahaja yang boleh mendidik dan menghapuskan jenayah dan salah laku sosial pada hari ini.

Kita dikehendaki menjalankan hukuman Allah di muka bumi termasuk HUKUM JENAYAH ISLAM - HUDUD (HUKUMAN PEMBALASAN TERHADAP PENJENAYAH) di mana Hukuman Jenayah dalam Islam bertujuan mendidik-mengawal pencerobohan/penindasan terhadap agama, aqal, nyawa-anggota tubuh badan, harta benda dan keturunan. Atau dengan kata lain ia bertujuan untuk menjamin keselamatan manusia dan kestabilan negara.

Undang-undang yang diamalkan sekarang di negara kita (CIPTAAN MANUSIA) berbeza dengan ruh/semangat undang-undang Allah. Antara perbezaan Hukum Jenayah Islam dengan Hukum Jenayah Bukan Islam (ciptaan Manusia)ialah :-

Hukum Jenayah Islam
Hukum Jenayah Bukan Islam (ciptaan manusia)
1.Ciptaan Allah
1. Digubal hasil pendapat dan pengalaman pihak yang berkuasa
2.Pelaksanaannya akan memperolehi berkat dan rahmat
2. Pelaksanaannya tidak berkat dan tidak ada kasih sayang dari Allah
3. Kuasa pengampunan hukum qisas adalah terletak kepada keluarga mangsa
3. Kuasa pengampunan berada dalam kuasa mahkamah


Banyak gerakan-gerakan Islam yang memohon pihak berkuasa meminda undang-undang sedia ada kembali mengikut apa yang diperintahkan Allah. Cuma yang dikesali, terdapat umat Islam yang tidak mahu bekerjasama untuk menjadikan ia sebagai undang-undang jenayah negara menggantikan yang sedia ada. Bahkan ada yang menghina usaha tersebut. Sedar atau tidak, sebenarnya kita telah menghina Allah. Antara alasan yang selalu disebut ialah ’ negara Malaysia berbilang bangsa dan agama’ maka undang-undang/hukum hudud tidak boleh dilaksanakan.

Muslimin sidang Jumaat sekelian,

Negara Islam Madinah yang diketuai oleh Nabi Muhammad saw pada masa tersebut mempunyai penduduk yang berbilang bangsa [arab-aus-khazraj-nadzir-quraidzah-qainuqa’] dan agama[islam-yahudi] . Pada masa tersebut, hukum hudud telah dijalankan dan –tiada bantahan oleh umat Islam bahkan bukan Islam yang merasakan terjamin hidup dan keselamatan mereka di bawah hukum tersebut. Maka dengan demikian Islam dapat memerintah 2/3 dunia dengan undang-undang tersebut. Jadi, apa lagi alasan? Jika hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih.

Apa erti hudud? Hudud perkataan bahasa arab. Dari segi bahasa : batasan/ sempadan. Dari segi istilah sebenar : hudud ialah – kesalahan dan hukuman yang ditetapkan syarak serta wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah.

Contoh jenis kesalahan dan hukuman yang boleh dijatuhkan hukum hudud-qisas-diyat-takzir

1- Jika sabit kesalahan zina [persetubuhan haram bagi lelaki dan perempuan yang tidak ada ikatan nikah yang sah] – disebat 100x di khalayak ramai jika belum berkahwin dan direjam sampai mati di khalayak ramai-jika sudah berkahwin.
2- Jika sabit kesalahan qazaf[melempar tuduhan zina kepada orang baik tanpa bukti]- disebat 80x di khalayak ramai.
3- Jika sabit kesalahan minum arak-disebat 40x di khalayak ramai
4- Jika sabit kesalahan mencuri-dipotong tangan di pergelangan tangan
5- Jika sabit kesalahan merompak- dipenjara/dibuang daerah@ dipotong kaki secara bersilang jika mengambil harta tanpa membunuh. Dibunuh sekiranya membunuh. Dibunuh serta dipalang jika merompak dan membunuh.
6- Jika sabit kesalahan membunuh dengan segaja- dibunuh balas.
7- Jika sabit kesalahan mencederakan anggota badan-dicederakan sebagaimana dia mencederakan mangsa.
8- Jika sabit kesalahan liwat[melakukan persetubuhan di bahagian dubur-lelaki/perempuan walaupun dengan isteri] disebat 100x di khalayak ramai dan dibuang negeri selama 1 tahun jika belum berkahwin dan direjam sampai mati di khalayak ramai-jika sudah berkahwin.

Kepentingan hukum hudud :-
1) penjenayah tidak berani lagi melakukan jenayah mencuri harta orang lain, membunuh, minum arak, berzina dan sebagainya.
2) Manusia bebas bergerak mencari harta tanpa ada rasa takut hartanya dirompak dan diceroboh
3) Keamanan akan lahir setelah penjenayah insaf setelah menjalani hukuman
4) Kehidupan bekerluarga makin diberkati Allah
5) Agama terpelihara, imej Umat Islam meningkat

Apabila disebut Hukum hudud termasuk qisas, diyat dan ta’zir. Hudud bukanlah hukum rekaan parti politik tertentu seperti yang didakwa oleh sebilangan umat Islam di Malaysia, tetapi hudud adalah hukum Allah yang dijelaskan dalan nas Al-Quran dan nas Hadis. Apabila hudud tidak dilaksanakan maka jadilah kehidupan di sana sini tanpa mengikut ajaran agama.

[”wa manlam yahkum bima anzalalllah... fa ulaika humul kafirun al-maidah 44 / wa manlam yahkum bima anzalalllah... fa ulaika humul az-zolimun-al-maidah 45 / wa manlam yahkum bima anzalalllah... fa ulaika humul fazsiqun al-maidah 47 /]

Muslimin sidang jumaat yang dirahmati Allah sekelian,

Potong tangan hak siapa? Arahan siapa? adakah arahan dari pihak tertentu? Gerakan dakwah tertentu? Arahan dari siapa? Ada sebahagian Umat Islam yang mengatakan hukuman tersebut direka parti tertentu, dari Tok guru, tuan guru tertentu, bukan dari Allah. Tidakkah kita tahu bahawa hudud adalah dari Allah?Adalah berdosa dan rosak aqidah jika engkar, tidak mahu menurut perintah Allah termasuk bab ’hukum hudud’.
Contoh Hukuman Hudud dalam Al-Quran ... assariqu wassariqatu…. al-maidah : 38

ertinya ’ pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah dipotong tangan mereka berdua, balasan dari Allah atas perbuatan jahat mereka’.
Oleh itu potong tangan adalah arahan Allah, namun pernah dahulu, kita mendengar dari tokoh-tokoh agama sendiri yang mempertikaikan hukum hudud ’potong tangan’ Mereka mengatakan hukum Allah ini ketinggalan zaman. Hukum Allah ini kalau dibuat, tidak maju negara kerana ramai yang tiada tangan. Jika mencuri dengan tangan, Potong tangan. Lepas itu jika mencuri dengan kaki, Potong kaki. Lepas itu mencuri dengan mulut, maka dipotong mulut dan begitulah selanjutnya.
Inilah fikiran sempit dan jahil dalam agama. Bercakap tanpa merujuk kepada buku-buku dan alim ulamak. Akhirnya jika yang bercakap begitu seorang pemimpin, maka kita akan melihat masyarakat kita hari ini rosak! Penjenayah di sana sini. Hari-hari kita mendengar polis menembak mati penjenayah. Tidak ketinggalan ada di antara pihak polis yang cedera dan mati dalam berbalas tembakan tersebut. Sampai bila polis akan berhadapan dengan risiko begitu?
Allah menyebut dalam Al-Quran tilka hududullah... itu Hudud Allah, bukan ciptaan manusia. Kenapa ada orang Islam berani mempersenda-sendakan hudud Allah ini?yang jelas turun dari Al-Quran. Ayat muhkam bukan mutasyabih! Ayat yang jelas, yang tidak perlu ditakwil-takwil lagi.
Bila Allah sebut ’ faqthaou> maka wajib kamu potong tangan! Iaitu pemimpin-pemimpin yang kami beri kuasa kepada mereka. Orang kampung tak boleh potong, bukan perintah kepada orang kampung!
Lafaz ’faqtou’ diarahkan kepada ulil amri< pemimpin. Orang yang diberi kuasa memerintah.
Bagaimana akan terjadi apabila orang-orang terpelajar ’agama’ [lulusan Timur Tengah- Mesir, Arab Saudi, Jordan, Syiria, mengatakan hudud yang disebut adalah bukan hudud Allah tetapi hudud pihak tertentu,ciptaan manusia! Golongan terpelajar agama ini sekarang terbahagi kepada 2. 1 pihak yang menceritakan agama Allah – apa yang wajib apa yang sunat dsb.. 1 pihak lagi yang mendiamkan yang hak/kebenaran mendiamkan apa yang tak patut mereka diam. Diam itu pun dah dikira syaitan bisu. Bahkan yang lebih merosakkan apabila 1 golongan yang bijak pandai agama yang ’bersuara’ tetapi menafikan / menidakkan yang wajib serta menceritakan apa yang tidak benar tentang agama Islam kepada masyakarat.
Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,
’Golongan Ulamak Yang Menyalahguna Agama ini’ Mereka sanggup berbohong kepada manusia walhal mereka tahu ’hakikat sebenar’ agama Allah. Sepatutnya ulamak ini bila dia bercakap, orang akan makin yakin dengan agama. Tetapi ulamak / golongan agama yang menipu ini bila dia bercakap, orang makin tak yakin dengan hukum Allah dan menjauhi agama. Contoh ringkas- judi diharamkan semua agama. Tetapi berapa ramai penasihat agama kepada pemerintah yang tidak menasihati pemerintah agar menutup kedai-kedai judi yang ada di semua kawasan perbandaran. Apakah penasihat agama tersebut bimbang dilucutkan jawatan? Bimbang hilang mata pencarian? Bimbang dibunuh? Ya.. kebimbangan mereka ialah kerana mereka tidak takut kepada Allah. Mereka hanya takut kepada manusia. Inilah dia wajah ulamak pengampu/ penipu kepada agamanya sendiri serta mendiamkan perkara yang benar. Akhirnya masyarakat kita tidak tahu yang mana baik, yang mana buruk! Mana yang hak dan mana yang batil!Mana dari Allah, mana dari rekaan manusia!
* ancaman terkini di tempat kita dan di Malaysia amnya akibat tidak dilaksanakan Hukum Hudud ialah ... salah satunya pergaulan bebas.. remaja dan dewasa tidak mengenal tempat dan masa.. melakukan ’zina-persetubuhan haram’. Kita mendapat maklumat dan sedang menyiasat apakah betul lokasi-lokasi tertentu di kawasan kita ini dijadikan tempat melepaskan nafsu remaja kita bahkan yang membimbangkan melibatkan ibubapa-iaitu orang yang sepatutnya menjadi tauladan. Ibubapa yang telah mempunyai anak-anak pun sanggup bertandang dan tidur dengan pasangan lain yang sudah berumah tangga. Apa akan terjadi dengan benih anak-anak di felda akan jadi ketidak ketentuan. Siapa ibu siapa bapa mereka yang sebenar? Inilah bala bencana, akibat tidak melaksanakan hukum hudud!
> ayat?

سورة العصر

بارك الله لي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم وتقبل الله مني ومنكم تلاوته ، إنه هو السميع العليم . أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم
خطبة كدوا

الحمد لله الذي جعل يومالجمعة سيد الأيام , وجعل أوقاته معمورة بالإفضال والإنعام.
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , وأشهد أن محمدا عبده ورسوله , المبعوث رحمة للعالمين, اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه إلى يوم الدين.

أما بعد ,
فيا عباد الله ! اتقوا الله في السراء والضراء لعلكم تفلحون.....
الصلات على النبي

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA SEMPENA MENYAMBUT MAULIDUL RASUL 1430H, PADA 9 MAC 2009 NANTI KITA BERAZAM UNTUK MENGUATKAN KASIH SAYANG KITA KEPADA AGAMA ALLAH DAN APA YANG DIBAWA OLEH NABI SAW TERMASUK BERUSAHA MENIMBA ILMU MENCARI KEBENARAN AJARAN ISLAM INI. AMALAN MENYAMBUT MAULIDUL RASUL CUKUP BAIK, MENDAPAT PAHALA DI SISI ALLAH. NAMUN, TIDAK MENGIKUTI HUKUM ALLAH MENDAPAT DOSA. BIARLAH KITA JELAS DALAM MELAKUKAN SESUATU PERKARA.

APA GUNA KITA BERMEGAH DENGAN JOHAN PERTANDINGAN SEPANDUK. BERMEGAH DENGAN PAKAIAN MELAYU YANG SEGAK, TAMPAN. NAMUN, DALAM HATI TIDAK ADA SEDIKIT PUN RASA UNTUK MENOLONG AGAMA ALLAH.

TAHU ADA MAKSIAT DI TEMPAT KITA, TAHU ADA YANG MAIN JUDI, TAHU ADA PELAJAR-PELAJAR MELEPAK SAMPAI LEWAT MALAM, TAHU ADA GEJALA MINUM ARAK, TAHU ADA SUAMI/ISTERI BERLAKU CURANG DAN SEBAGAINYA... MAKA AMBILLAH JALAN MENGATASI.. INILAH DIA MENOLONG AGAMA ALLAH.. INILAH DIA SAYANGKAN NABI SAW… BUKAN HANYA MENJAGA DIRI SENDIRI TETAPI MENJAGA PIHAK LAIN JUGA… INILAH DIA AMANAH, INILAH DIA TUJUAN KITA DICIPTAKAN DARI SETITIS AIR MANI.. INGATLAH KITA DI MANA KITA DAHULU... INGATLAH KE MANA KITA AKAN PERGI... BERTAUBATLAH KITA SEBELUM TERLAMBAT...

الدعاء
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم
والأموات إنك سميع الدعاء. ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار. والحمد لله رب العالمين.

عباد الله! إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذي القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي , يعظكم لعلكم تذكرون , فاذكروا الله العظيم يذكركم واشكروا على نعمه يزدكم , واسألوه من فضله يعطكم ولذكر الله أكبر. والله يعلم ما تصنعون. أقم الصلاة.......................

Selasa, Februari 17, 2009

Khutbah Hari Raya Aidil Fitri 2007

KHUTBAH HARI RAYA AIDIL FITRI 1428H/ 13 OKTOBER 2007


KHUTBAH PERTAMA

RUKUN :
1. ALHAMDULILLAH
2. SELAWAT KE ATAS NABI SAW
3. PESANAN BERTAQWA
4. SEBAHAGIAN AYAT AL-QURAN
5. DOA KE ATAS MUKMININ MUKMINAT

Am-ma ba’du : Pesanan bertaqwa ke atas semua umat Islam

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Allahu Akbar Walillah Hil Hamd..

Allah Maha Besar/Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah/Allah Maha Besar/
Allah Maha Besar Dan Bagi Allah Selayaknya Kepujian
Allahlah sebesar-besar kebesaran dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya/
Dan Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang/
Tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah kecuali padaNya dengan ikhlas lurus baginya walaupun dibenci oleh orang-orang Kafir.
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa, Dia membenarkan janjiNya, dan menolong hambaNya dan memuliakan(memberikab kemenangan) tenteranya dan menghancurkan tentera Ahzab sendiriNya.
Tiada tuhan melainkan Allah dan Allah maha besar.
Allah maha besar dan bagi Allah selayaknya kepujian.

Tahniah kepada Sidang jemaah & muslimin seluruh dunia kerana berjaya mengharungi perintah Allah!
Melaksanakan puasa dengan sebenar dan inilah hari ini sebagai hadiah kepada kita.

Ø Pada saat kita menyambut hari raya ini, janganlah kita lupa kepada saudara seislam kita di Iraq, palestin, Chech,Bosnia, Afghanistan, Darfur, Pattani Thailand dan Mindanao yang terus hidup menderita.
Ø Pada saat kita memakai pakaian baru, jangan kita lupa kepada si miskin yang tidak ada tempat berteduh
Ø Pada saat kita menyambut Hari Raya ini, jangan kita lupa nasib Umat Islam di negara kita tercinta ini. Bagaimana angka murtad 250,000(mufti Perak)? Rasuah& penyelewangan melibatkan pimpinan polis, politik,koperat dsb, rogol, pembunuhan spt adik Nurin pada 16 Sep 2007, kemalangan yang berpunca dari kesilapan&kecuaian diri sendiri, agihan zakat yang tidak telus serta masalah sosial yang semakin hari semakin parah spt yang ditunjukkan dalam media spt gejala merempit, dadah, pelacuran, ragur dsb.

Marilah kita kembali kepada Al-Quran yang tiada keraguan padany. Apa yang ada dalam Al-Quran serta hadis yang membantu menerangkanNya, serta petunjuk dari alim ulamak pada hari ini untuk kebaikan di dunia & akhirtat. Jika kita kembali kpd Al-quran, maka masalah-masalah sosial ini boleh dielakkan.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah/ ayat 1 hingga 3 :-

’Alif lam Mim – itulah kitab/alquran yang tidak ada keraguan/samar-samar padanya. Petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa’

1985- kejadian ayat hilang dari mashaf
1992- kejadian objek di langit

Pabila kita tinggalkan al-quran maka berlakukan kejadian pelik itu.

Ayat al-israk : 86


” jika kami kehendaki, akan kami ambil/hilangkan dengan apa yang diwahyukan kepada kami. Kemudian kamu tidak dapat mencari ganti dari kami atas kehilangan itu”

Ø bolehkan kejadian adik Nurin dibunuh dielakka? Boleh- kembali kpd alquran..

Ayat 7 : surah muhammad. ” wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong allah, Allah pasti akan menolong kamu, dia akan menetap kedudukan kamu kemulian kamu di”

Sidang Jemaah Solat Hari Raya sekelian, di sini Khatib sukacita mengulang beberapa peringatan kepada Umat Islam dalam menyambut Hari Raya:-

Malam Raya :-
Solat berjemaah maghrib & Isyak
Bertakbir hari raya di mana jua spt di jalan, di rumah, di pasar(tidak semesti di masjid/surau) sebagai tanda syukur
menunaikan zakat fitrah – malam raya adalah merupakan masa yang afdhal/baik
membuat persiapan untuk menunaikan solat hari raya- elakkan tudur lewat & tidak tidur

Pagi Raya/Siang Hari Raya:-
Bangun pagi/ tunaikan solat subuh berjemaah/ berdoa agar hari raya menjadikan kita Takut kepada Allah
bertakbir
sunat mandi
memakai pakaian bersih, secantik2 pakaian, Mesti menutp aurat
memakai wangian bagi lelaki dan perempuan jangan keterlaluan/melampau
sunat makan minum terlebih dahulu sebelum solat
penuhi saf hadapan/saf kosong
solat sunat berjemaah
dengar khutbah dengan khusyk/tawadhuk
mohon ampun & maaf dari ibu bapa & ahli keluarga
bersedia memaafkan saudara sesama Islam
elakkan/jauhkan bersalaman sesama yang bukan mahram/yang boleh kita kahwin
Sunat mengucapkan tahniah sesama Islam kerana berjaya menunaikan perintah Allah
Amalkan budaya ziarah menziarahi
sederhana ketika makan& minum, jangan membazir
elakkan ziarah pada waktu yang kurang sesuai dan tidak membebankan tuan rumah
tunaikan solat wajib bila masuk waktu- jangan leka kerana menonton televisyen / sibuk berziarah
jauhkan amalan maksiat di hari-hai raya ini – hisap syabu/gam/dadah/merempit/berasrama/mencuri kasut/mencuri duit/ bergaduh sesama Islam/ bertengkar suami isteri & ahli keluarga/ dll


BAARAKALLAHU LI WA LAKUM BIL QURANIL KARIM,
WA NAFA’ANI WA IYYAKUM BIMA FIIHI MINAL AYAATI WAZ ZIKRIL HAKIM
WA TAQABBALA MINNI WA MINKUM TILAWATAHU,
INNAHU HUWAS SAMI’UL A’LIIM

KHUTBAH KEDUA

RUKUN :
1. ALHAMDULILLAH
2. SELAWAT KE ATAS NABI SAW
3. PESANAN BERTAQWA
4. SEBAHAGIAN AYAT AL-QURAN
5. DOA KE ATAS MUKMININ MUKMINAT

Am-ma ba’du : Pesanan bertaqwa ke atas semua umat Islam

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Allahu Akbar!

Allahu Akbar Walillah Hil Hamd..
* sila rujuk nas Al-Quran. Tidak disertakan di sini

































Ahad, Februari 15, 2009

Niat Membuka Blog

Asslamualaikum, salam sejahtera... Niatku lillah, sebagai mewarnai dunia blog.. hanya kepada Mu aku berserah...