Selasa, September 18, 2012

OPS 2020 DI IPTA KHASNYA DI UNIVERSITI MALAYA... MENGGERUNKAN PR?

SUMBER

Ops 2020 yang dikatakan perancangan rahsia BN dalam menguasai kampus telah terbongkar yang mana objektif ops 2020 ini adalah sebagai langkah terdesak BN dalam menguasai 20 IPTA di selurah negara. Mengapa idea ops 2020 ini dicetuskan?

Hal ini disebabkan, terdapatnya rasa kebimbangan apabila pilihan raya kampus dijalankan sedia kala ditakuti golongan mahasiswa yang dikatakan cenderung menyokong pembangkang menguasai kampus-kampus utama ini salah satunya ialah Universiti Malaya. Jika hal ini menjadi kenyataan, besar kemungkinan momentum ini kemenangan akan mempengaruhi iklim pilihan raya umum ke-13 yang datang.

Oleh yang demikian, idea ini dicetus, setidak-tidaknya  ia boleh menyekat iklim PRU 13 yang kini kembali segar dan hangat dibincangkan dalam kalangan mahasisiwa.

Hal ini disebabkan, Universiti Malaya boleh diibaratkan sebagai mini Malaysia yang mana populasi mahasiswanya boleh dikatakan seimbang dalam mengikut pecahan kaum.

Tiada ulasan: