Selasa, Julai 10, 2012

32 penduduk Green Cow ditahan depan pej MB Pahang??

sumber

Anis Nazri,10 Jul 2012
(Antara penduduk yang terlibat dan ditahan polis di depan Pejabat MB Pahang hari ini)

KUANTAN: 32 penduduk Green Cow Cameron Highland ditahan ketika berhimpun di hadapan pejabat Menteri Besar Pahang hari ini bagi membantah pembangunan tanah di kawasan mereka.
AJK PAS Pusat, Zulkifly Mohamad Omar ketika mengesahkan perkara ini berkata, hanya dua sahaja dari peserta perhimpuan itu yang dilepas sehingga kini iaitu seorang Orang Asli dan seorang lelaki tua.

Sementara itu, anggota PKR cabang Kuantan, Mohan Kumar berkata pihak polis mula menahan peserta 'Occupy MB Pahang' pada jam empat petang tadi.

Mereka yang ditahan polis adalah 13 lekai, 12 perempuan dan enam kanak-kanak.

Beliau yang berada di hadapan IPD Kuantan ketika dihubungi Harakahdaily berkata kesemua mereka yang ditahan termasuk seorang warga emas berusia 90 tahun dan kanak-kanak berusia lima tahun.

Tiada ulasan: