Khamis, Mei 24, 2012

PM ORANG MELAYU....

 
 
Kit Siang: PM akan tetap seorang Melayu
4:54PM Mei 24 2012  
Berdasarkan realiti politik selama ini, perdana menteri Malaysia akan tetap seorang Melayu, kata ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang.
Anggota Parlimen Ipoh Timor itu bagaimanapun berkata, perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa jawatan itu terbuka kepada semua warga Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau kawasan kediamannya.

NONEBeliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang memetik Pengerusi DAP Karpal Singh sebagai menegaskan, selagi hidup beliau akan berjuang memastikan bukan Melayu menyandang jawatan perdana menteri.

Laporan itu menyebut, Karpal secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh bukan Melayu.

Akhbar Umno itu juga melaporkan Karpal mengaku tersilap menyebut Lim sebagai bakal perdana menteri tetapi menegaskan calon bukan Melayu akan menyandang jawatan itu suatu hari nanti.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim secara sinis mengulangi kenyataannya bahawa:

"Apabila DAP muncul di muka depan Utusan, ia pasti berita buruk/ masalah politik kerana ia gaya putar belit mereka."

Tiada ulasan: