Isnin, Januari 09, 2012

Isu Hasan Ali: Pemuda PAS tolak 'campur tangan' PKR>> sebelum PEMECATAN DR HASSAN..

Pemuda PAS hari ini menolak desakan PKR yang mahu pemimpinnya Datuk Dr Hasan Ali dikenakan tindakan ekoran pelbagai kenyataannya kontroversi yang dianggap merugikan pembangkang.

NONENaib ketuanya Dr Raja Ahmad Al-Hiss (berkata) berkata, kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak menggunakan saluran dalaman, seolah-olah tidak menghormati PAS dan memburukkan kesefahaman Pakatan Rakyat.
"Kami jelaskan bahawa Datuk Hasan adalah masih sebagai ahli PAS dan Azmin perlu menghormati keadaan tersebut.

"Yang keduanya, kami berharap kenyataan yang dilontarkan oleh Azmin sepatutnya disalurkan di dalam Mesyuarat Majlis Pakatan dan bukannya melalui media pro-Umno yang ada," katanya.

azmin aliMengulas keengganan Hasan menyertai perhimpunan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari, Azmin (kiri) sebelum ini turut menyelar keras bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu sebagai "buta hati dan buta mata" serta "hanya mampu mengulangi skrip Umno".

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Raja Ahmad berkata, keadaan itu berbeza ketika beberapa wakil rakyat PKR keluar parti di mana PAS tidak mengambil tindakan "sensitif" itu.

"Kami juga mengharapkan agar Majlis Pakatan memberikan peringatan keras terhadap kenyataan Azmin dalam masa yang sama jika isu Datuk Hasan juga turut dibincangkan," katanya lagi.

Tiada ulasan: