Isnin, Mac 28, 2011

Kedah rugi: Ahmad Bashah sokong kenyataan Daim. PAS SELALU CERAMAH TABUR JANJI SAHAJA?

Kedah rugi: Ahmad Bashah sokong kenyataan Daim

28/03/2011 3:49pm

ALOR SETAR 28 Mac - Rakyat Kedah menjadi mundur dan hilang daya saing berbanding negeri lain sekiranya Pas terus berkuasa di negeri itu, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Katanya, selama tiga tahun yang lepas sejak diperintah Pas Kedah, pembangunan Kedah statik sedangkan negeri lain meningkat daripada kemajuan infrastruktur, ekonomi, pelaburan dan peluang pekerjaan.

"Rakyat sudah rugi tiga tahun kerana negeri menjadi statik. Peluang pekerjaan berkurangan sedangkan Pas terus sibuk menabur janji baru.

"Pas seharusnya menunaikan janji manifestonya pada pilihan raya umum 2008 untuk kepentingan rakyat, bukan berceramah untuk menabur janji,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama

Tiada ulasan: