Ahad, Januari 23, 2011

UTUSAN : PRESIDEN PAS RAMAL PELUANG 40%S AHAJA?

Peluang Pas hanya 40%

LABIS 22 Jan. - Jika sebelum ini Pas meletakkan keyakinan untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini sebanyak 50 peratus, kini tinggal 40 peratus sahaja.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, penilaian itu diberikan bagi membolehkan jentera Pas berusaha lebih gigih untuk merampas kerusi DUN Tenang.

"Kita bagi 40 peratus sahaja, tak boleh tinggi sangat. Ini supaya orang kita (jentera Pas dan pakatan rakyat) kerja lebih," katanya ketika ditemui pada hari penamaan calon DUN Tenang di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata, jika Pas menang di Tenang, ia merupakan satu penanda positif untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Tiada ulasan: