Jumaat, Julai 31, 2009

KERANA H1N1 KITA JADI TAK KETAHUAN! Tawau gawat?

Difahamkan beberapa buah sekolah dengan bilangan pelajar makin meningkat mempunyai simptom H1N1 dan ada yang disahkan positif!

SMK Kuhara, SM Teknik, SMK Jambatan Putih diarah tutup.. maklumat lain pula SMK Pasir Putih, SM St Patrick pun terlibat... 6 pelajar di SMK Umas-Umas termasuk 1 orang guru dikuarantin di rumah. 4 Pelajar SMK Merotai Besar dikuarantin. 9 pelajar SMK Pasir Putih disahkan positif... Pengetua-pengetua di Daerah Tawau diberi taklimat untuk mengadakan ceramah kesihatan dengan bantuan Jabatan Kesihatan Tawau..

SMK Umas-Umas akan mengadakan ceramah kesihatan pada hari Ahad 2 Ogos 2009.

Mereka yang dikuarantin mempunyai antibodi yang kuat, jika dalam tempoh kuarantin(1 minggu) mempunyai tanda batuk, selsema dsb mereka perlu merujuk terus ke hospital.. jika mereka bergerak berjumpa rakan-lawan secara terbuka, alamatnya MEREBAK lagi influenza ini..

Inilah dia bala Allah.. virus kecil tetapi besar kemusnahan...

Tiada ulasan: