Kata Ust Ismara Ali, orang lama yang terlibat menguruskan tuntutan Fardhu Kifayah ini SEJARAH UMAS.. DALAM MASA 3-4 HARI BERTURUT-TURUT menguruskan jenazah berjumlah 9orang dengan 2 kisah yang berbeza..
15 Julai 2009-Rabu berlaku tragedi 9 orang mati lemas dalam kemalangan menyayat hati di kawasan Serudung Tawau melibatkan warga Indonesia yang berulang alik Malaysia Indo.. agaknya lari dari polis marin, berlaku pertembungan kenderaan mereka(bot/sampan).. 9 orang tersebut difahamkan 1 keluarga.. 5 mayat telah dibawa ke Felda Umas pada hari Khamis.. 3 mayat dibawa ke Felda Umas pada hari Jumaat.. 1 mayat (budak lelaki) dikatakan belum ditemui dan didakwa hancur secara semulajadi kerana kebiasaannya 2,3 hari mayat akan kembung dan mudah dirosakkan oleh binatang laut..
Kasihan, pada hari Khamis tersebut 2 lelaki bersaudara dengan tangan bergari dibawa polis ke Felda Umas bagi melihat proses pengurusan jenazah keluarga mereka. Yang jelas, mereka yang mati ini, hidup pun akan ditangkap dan dihantar pulang!
Haji MATTA, nama yang disebut terlibat membawa pergi balik warga Malaysia/Indonesia.. ntah berapa banyak RUPIAH/RM yang dikumpulnya.. NTAH berapa banyak rasuah yang ditabur kepada pihak berkuasa Indo untuk melepaskan melakukan kerja-kerja yang kurang menitik beratkan ASPEK KESELAMATAN INI.. di mana pelampung? di mana bot yang selamat?
Saya timbulkan mengapa hal-hal begini, kerajaan tidak memudahkan urusan.. bayar RM 10 ka untuk pas lawatan.. tak la takut-takut lari dari polis? Ada kawan tegur saya: bukankah ada jalan rasmi, buat dokumen, naik kapal berbayar mahal sikit.. terjamin lagi! Ini salah mereka lah ustaz.. HE HE.. betul juga..
Kisah ke 2 ialah, pada hari Rabu 15 JUlai difahamkan 1 orang lelaki jam 10-11 pagi disyaki hilang dan dibaham buaya di kawasan Sungai Udin, Jalan Merotai Kalabakan.. Salehudin B. Pala 35 tahun sudah berumah tangga, baru sahaja 1 minggu menghantar isterinya pulang ke Indonesia turun ke dalam sungai untuk melihat pukatnya yang terendam dan seakan ditarik ke dalam sungai.. apabila dia turun, terus ditarik oleh buaya di situ.. mayat dikatakan ditemui pada keesokan harinya..
Rakan-rakannya yang ditemui di perkuburan Islam, Felda Umas menceritakan memang beliau seorang yang rajin dan dianggap pakar dalam urusan tangkap ikan ini.. memang diketahui bahawa buaya memang wujud di sungai tersebut.. ada yang kata 4 ekor.. namun, AJAL MAUT MAKHLUK ALLAH... kalaupun buaya.. kalaupun gajah yang datang.. ada ketika ia jadi kawan, ada ketika ia jadi lawan..
Mayat beliau dihantar ke Felda Umas, pada hari Jumaat 17 Julai malam.. tapi urusan mandi tidak dapat dijalankan kerana AJK Pengurusan Jenazah lambat mendapat makluman kedatangan mayat. Oleh itu, mayat terpaksa dibiarkan bermalam di bilik mandi dahulu..
Kasihan mayat... jika dihantar pada hari Sabtu 18 Julai adalah lebih baik.. lagipun ia tersimpan dalam peti mayat di Hospital juga.. itulah perancangan manusia...
YANG PASTI.. BIARLAH MATI DALAM KHUSNUL KHOTIMAH..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan