Selasa, Julai 07, 2009

FELDA - BALA - DERITA -

Baru-baru ini, abang anak murid meninggal dunia di dalam kawasan Felda Umas, Tawau (jam 1 ptg,30 JUN 2009 kawan beritahu).. katanya kemalangan waktu malam di jalan jeti (jalan mat rempit).. jalan yang top di Felda Umas.. khabar tidak baik ialah dia mabuk..lalu lebih malang, melanggar saudaranya yang berada tidakjauh dari situ, saudaranya pun koma, patah.. terbaru diberitakan sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.. koma, tak sedar diripun dah dekat 2 minggu agaknya.. tahun lepas, saya pergi ziarah adiknya di Hospital Tawau.. kemalangan juga.. hingga ada jururawat yang menyebut.. wad 3 ni, untuk orang-orang Umas sahaja.. jalan jeti dah top, namun pihak berkuasa agak memandang rendah tahap keselamatan tersebut.. bahaya kecederaan.. bahaya masalah sosial bila berkumpul di jalan tersebut dalam bilangan ramai.. bahaya masa depan.. nasihat, khutbah Jumaat, kuliah, di sekolah juga dipesan kepada anak-anak peljar, namun! KERAS HATI! .. itulah FELDA- BALA - DERITA..

Tiada ulasan: