Khamis, Julai 16, 2009

5 MATI LARI DARI POLIS MERIN MALAYSIA...

KELMARIN, JAM 4.30 PETANG, SAYA DAPAT BERPELUANG SOLAT JENAZAH MAYAT BUDAK LELAKI YANG MATI BERSAMA LEBIH 5 ORANG DI PERAIRAN MALAYSIA / INDONESIA.. DIFAHAMKAN DEKAT WALLACE BAY, TAWAU.. KEJADIAN HARI RABU MALAM KHAMIS.. BERITA PUN BOLEH DIDAPATI MELALUI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN.. MEREKA INI TIDAK MEMPUNYAI DOKUMEN SAH MASUK MALAYSIA.. JADI, MENGGUNAKAN JALAN BIASA.. BERSEMBUNYI DI SEBALIK TELUK-TELUK BAKAU.. HIDUP ATAU MATI?

TIBA-TIBA AGAKNYA, ADA RONDAAN POLIS.. MAKA BERTEMBUNGLAH SESAMA SENDIRI BOT-BOT KECIL.. BOT-BOT BESAR.. MEREKA MATI LEMAS.. TIDAK MATI KERANA KEPALA PECAH DEK KAYU BOT.. BAYANGKAN NYAWA HILANG SEBEGITU RUPA..

5 JENAZAH DIHANTAR KE MASJID UMAS, TAWAU UNTUK DIMANDI, KAFAN, SOLAT DAN DIKEBUMIKAN.. HARI NI, DIFAHAMKAN ADA LAGI BAKI JENAZAH YANG DIBAWA KE UMAS UNTUK DIKEBUMIKAN...

KASIHAN.. ADA YANG TUA.., ADA YANG MUDA.. TERINGAT SAYA KISAH ORANG-ORANG BURMA YANG MASUK MALAYSIA DI PERAIRAN PERLIS.. MEREKA TURUN KETIKA AIR SURUT DAN BERJALAN MEREDAH PANTAI.. TIBA-TIBA DI SEPARUH JALAN, AIR MULA PASANG.. LEMASLAH MEREKA HIDUP-HIDUP...


APA PENGAJARAN?

Tiada ulasan: