Jumaat, Julai 31, 2009

GEMPUR SABAH! DAPSY bersama Rakyat Tawau 30 Julai 2009


Alhamdulillah.. denyut nadi semangat rakyat akan terus meningkat jika banyak program Pakatan Rakyat diadakan selang 1 minggu.. memang penat petugas jemaah... kadang-kadang rolling orang yang sama.. 30 Julai 2009, bertempat di Hotel Emas, Tawau DAP Tawau telah mengnjurkan ceramah isu semasa, diadakan tayangan majlis penghormatan terakhir mendiang Teoh Buang Huat serta kutipan sumbangan kes mati misteri tersebut

Ramai juga yang hadir termasuk ahli Pas, Keadilan serta pegawai keselamatan

KERANA H1N1 KITA JADI TAK KETAHUAN! Tawau gawat?

Difahamkan beberapa buah sekolah dengan bilangan pelajar makin meningkat mempunyai simptom H1N1 dan ada yang disahkan positif!

SMK Kuhara, SM Teknik, SMK Jambatan Putih diarah tutup.. maklumat lain pula SMK Pasir Putih, SM St Patrick pun terlibat... 6 pelajar di SMK Umas-Umas termasuk 1 orang guru dikuarantin di rumah. 4 Pelajar SMK Merotai Besar dikuarantin. 9 pelajar SMK Pasir Putih disahkan positif... Pengetua-pengetua di Daerah Tawau diberi taklimat untuk mengadakan ceramah kesihatan dengan bantuan Jabatan Kesihatan Tawau..

SMK Umas-Umas akan mengadakan ceramah kesihatan pada hari Ahad 2 Ogos 2009.

Mereka yang dikuarantin mempunyai antibodi yang kuat, jika dalam tempoh kuarantin(1 minggu) mempunyai tanda batuk, selsema dsb mereka perlu merujuk terus ke hospital.. jika mereka bergerak berjumpa rakan-lawan secara terbuka, alamatnya MEREBAK lagi influenza ini..

Inilah dia bala Allah.. virus kecil tetapi besar kemusnahan...

PAKATAN RAKYAT - PAS & DAP & KEADILAN MAKIN KUKUH


PAS buat kerja ikhlas, tak perlu riuh-riuh. Tapi kadang-kadang kena cerita pada awam bahawa kita berusaha mengIslamkan jemaah kita sebagaimana tuntutan agama. Antara kehendak agama, menegakkan keadilan hatta bersama bukan Islam. Ikutilah laporan pastawau88.blogspot.com>>>

Tawau, Isnin - Satu pertemuan khas antara pemimpin Pakatan Rakyat Tawau telah diadakan hari ini bagi membincangkan isu kematian mengejut Teoh Beng Hock - setiausaha politik anggota exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.


Perbincangan yang mengambil masa hampir 2jam itu diadakan di Pejabat PAS Kawasan Tawau telah menemukan wakil PAS,DAP dan PKR.PAS diketuai oleh Sdr Mohamad Husain, Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau,Sdr Darmanshah Lamasa, Timbalan Ketua Pemuda dan Saudara Mohd Kasman AJK Dewan Pemuda PAS Tawau, DAP pula diketuai oleh YB Jimmy Wong ADUN Sri Tanjung,Chan Foong Hin,Mr James dan sdr Fung Thin Yein manakala PKR diwakili oleh En. Gan dan En Nasaruddin.



Satu sidang akhbar akan diadakan esok pagi bagi memaklumkan pendirian pihak Pakatan Rakyat Kawasan Tawau berhubung dengan kes kematian Teoh yang mendapat liputan diseluruh negara.

Semua wartawan akhbar tempatan dijemput untuk menghadiri sidang akhbar itu yang diadakan pada :

Tarikh : 21 Julai 2009
Tempat : Pejabat PAS Kawasan Tawau
Masa : 10pagi

INNA LILLAH WA INNA ILAIHI ROJI'UN... Ya Ayyatuhannafsul Mutmainnah!

Begitulah perjuangan YB Dato' Hamdan ADUN Permatang Pasir Pulau Pinang meninggal dunia dalam keadaan kita masih memerlukannya TAAPIIIII... aLLAH LAGI PERLUKANNYA!

Jenazah akan dikebumikan selepas Solat Asar hari ni di tanah perkuburan Masjid Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Baru sahaja dunia menganugerahkan Dato' padanya... Allah pula suah tentu akan menganugerahkan darjat dan kebesaran.. paling tidak sebagai PENEGAK AGAMA ALLAH di Malaysia atas nama PAS!

Khamis, Julai 30, 2009

TOLAK DITAHAN ISA, KENA TEMBAK?






Berikut sedutan kisah duka-- isteri syuhada memali 1985!

"Mak Lang tak tahu apa yang terjadi kepada mayat suami selepas itu. Mak Lang bersama anak dan beberapa isteri syuhada yang lain dibawa ke Pejabat UTK Tanjung Pari. Di sana, Mak Lang disoal siasat selama 18 hari.

"Selama di sana, Mak Lang pernah disoal siasat hingga enam jam sehari. Selesai disoal siasat, Mak Lang dihantar ke bilik kurungan. Mak Lang ditahan bersama anak perempuan, Mariza yang pada masa itu berusia 15 tahun. Selepas 18 hari di Tanjung Pari, Mak Lang dihantar ke PPH Sungai Petani dan dipenjara selama dua bulan.

"Pada tahun 2004, kami menang kes pembunuhan di Memali. Kes itu berjalan hampir 18 tahun. Pihak kerajaan membayar pampasan RM20,000 kepada 14 keluarga syuhada. Maknanya, hampir 20 tahun selepas suami kami ditembak dengan kejam, kerajaan menilai nyawa suami sebanyak RM1,000 setahun. Sungguh rendah nilai nyawa mereka di sisi kerajaan BN!" kata Siti Aishah @ Mak Lang sambil mengesat matanya. Beliau tidak mahu mengulas panjang.

>>
DAH SAMPAI MASA, MANSUHKAN ISA!
rujuk harakahdaily.net

Rabu, Julai 29, 2009

HUJAH UNTUK MAKHLUK UMNO YANG DOK UNGKIT KES LILIN DS NIZAR..

23 Julai 2009

Bukan majlis berkabung - Khalil Idham Lim

PARIT BUNTAR, 23 Julai (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS negeri yang juga Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim menafikan majlis menyalakan lilin yang turut dihadiri beliau dan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin adalah majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pensyarah Jabatan Fiqh Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dato' Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Gambar tersebut dan majlis menyalakan lilin itu diadakan semasa sesi sidang media 17 Julai lalu bertempat di Wisma DAP Ipoh.

Sidang media itu dianjurkan Sekretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat dan pemimpin parti.

Idham Lim yang juga bekas penganut Buddha menjelaskan, amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan.

"Saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China.

"Sebab itulah jika kita berkunjung di mana-mana masjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual di masjid," katanya.

Beliau yang memeluk Islam ketika berusia 23 tahun berkata, di negeri China para imam, ahli jawatankuasa masjid dan umat Islam akan berbaris masuk ke dalam masjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir raya.

"Sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang, colok itu ditinggalkan di luar. Saya ada koleksi gambar mengenai upacara ini sebagai bukti," ujarnya.

Menurutnya, beliau dan Nizar bersama Adun Pakatan Rakyat yang lain memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media tersebut dan bukannya bertafakur seperti diminta.

"Sebelum ini sudah banyak kawan-kawan bukan muslim yang menghormati upacara membaca doa dalam pelbagai majlis," jelasnya.

Idham Lim turut mempersoalkan motif isu itu diperbesarkan tetapi di dalam masa yang sama persoalan asal yang lebih besar iaitu tindakan meragut nyawa manusia yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan.

"Saya bimbang pihak berkenaan hanya berani berkokok dalam isu ini tetapi apabila melibatkan pemimpin Umno, golongan ini tidak bersuara menegur," katanya kesal.

Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin Umno yang mengaku beragama Islam wajib ditegur tetapi golongan tersebut hanya berdiam diri.

"Antaranya adalah upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara yang telah difatwakan haram (oleh Majlis Fatwa Kebangsaan), kenapa golongan tersebut tidak berani menegur," katanya.

Beliau berharap penjelasan ini dapat meredakan suasana resah yang sengaja ditimbulkan golongan tertentu khususnya Umno bagi mengelirukan rakyat.

Baru-baru ini Adun Pangkor, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam kenyataannya di sebuah akhbar menggesa Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat 'mengeluarkan fatwa' berhubung tindakan Nizar menyertai majlis nyalaan lilin bagi memperingati Beng Hock.

Harakahdaily/-

INFO PAKATAN RAKYAT MELALUI LIDAH PAS KAWASAN TAWAU!


KAWAN-KAWAN, TOLONG WAR-WARKAN LAMAN WEB PAS KAWASAN TAWAU

pastawau88.blogspot.com

SEMPENA KEDATANGAN TUAN GURU PRESIDEN KE TAWAU 2 OGOS 2009!

2 OGOS 2009 - JAM 4 PETANG DI HOTEL MB, TAWAU > DIALOG TERBUKA DENGAN M/KAT TAWAU

2 OGOS 2009 - JAM 8.30 MALAM DI PEJABAT PAS KAWASAN TAWAU > TAKLIMAT DAN AMANAT TERTUTUP

PASTI memimpin perubahan Pra Sekolah Malaysia!


Alhamdulillah, Pasti dah mula masuk ke kawasan-kawasan tegar khasnya Felda.. bahkan anak-anak penyokong kuat UMNO pun menghantar anak mereka ke Pasti.. Pasti tak mengapa, PAS tak boleh kata mereka!

he he..

Kiranya pengiktirafan terhadap Pasti secara tidak langsung telah diberikan oleh orang awam..

Kakitangan kerajaan yang tinggal dekat atau jauh dari Pasti secara sukarela menghantar anak ke PASTI.. walaupun bayaran bulan kadang-kadang RM20 tetapi mereka sanggup demi masa depan yang lebih baik..

Guru-guru JQAF mudah dan menggalakkan anak-anak Pasti masuk ke sekolah mereka kerana alasan mudah mendidik.. itulah sukatan Pasti yang menyamai standard Kementerian pelajaran..

Tak pelik jika Pasti akan menggantikan Tabika Kemas atau Tabika Perpaduan pada satu masa secara perlahan-lahan..

Bila ya? Bila tertubuh Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Rakyat!

H1N1 DI SEKOLAH DI SABAH (IKUT INFO KEM PELAJARAN)

SEMUA SEKOLAH YANG DISENARAIKAN KEM PELAJARAN (WWW.MOE.GOV.MY) DI SELURUH MALAYSIA 96 BUAH SETAKAT JAM 10 PAGI KELMARIN...

DI SABAH, 11 BUAH SEKOLAH TERLIBAT

01) SK TJG ARU, KK
02) SMK ABDUL RAHIM 2, KUDAT
03) SMK PUTATAN
04) SMK LAHAD DATU
05) SK TAMAN TAWAU
06) SK TJG ARU 2, KK
07) SM LA SALLE, KK
08) SMK BANDARAYA, KK
09) SM SAINS KOTA KINABALU, KK
10) SMK SEPAGAYA, LAHAD DATU
11) SMK SAINS, LAHAD DATU

MELIHAT INFO DI ATAS, MENUNJUKKAN BAHAWA IA MENYERANG DARI UTARA SABAH DAN TELAH BERADA DI SELATAN SABAH BEGITU JUGA DARI TIMUR KE BARAT...

DI MANA KITA MAHU BERSEMBUNYI?

H1N1- MANGSA KE EMPAT? ADUHAI KITA...

SEORANG LELAKI YANG DIRAWAT DI HOSPITAL DI MELAKA MENINGGAL MENJADIKAN KEMATIAN KE 4 H1N1...

MENGIKUT LAMAN WEB KEM PELAJARAN 28 JULAI SEHINGGA 10 PAGI, 96 BUAH SEKOLAH DISENARAIKAN TERLIBAT DI SELURUH MALAYSIA.. WWW.MOE.GOV.MY BOLEH DIKATAKAN HAMPIR SEMUA NEGERI TERLIBAT!

FUYYO!!!!!! PENANGAN BABI BAH.. SELAMA INI KITA MAKI BABI, SEKARANG DIA DAH MARAH! HE HE..

Selasa, Julai 28, 2009

AHLI PARLIMEN KALABAKAN AKAN DATANG MERASMIKAN PROGRAM PENUTUPAN KEM MOTIVASI ANJURAN PEMUDA UMNO KALABAKAN DENGAN KERJASAMA FELDA ?


8 oGOS DAN 9 oGOS 2009 MERUPAKAN HARI MOTIVASI UPSR DAN PMR BAGI SK UMAS DAN SMK UMAS.. PEMUDA UMNO KALABAKAN BEKERJASAMA DENGAN FELDA... BAJET BERSAMA AGAKNYA..

DATUK GHAFUR AKAN DATANG KE FELDA PADA PETANG 9HB OGOS 2009 UNTUK MERASMIKAN PENUTUPAN PROGRAM TERSEBUT DI DEWAN FELDA UMAS..

UMNO TAK APA BUAT PROGRAM DENGAN FELDA KERANA FELDA SEKARANG DI BAWAH UMNO.. KALAU PAKATAN RAAKYAT NAK USAHA SAMA DENGAN FELDA, MANA MAU DIA...

APA PUN, KITA HARAP DUIT PENEROKA DAN KERAJAAN DISALUR DAN DIALIRKAN KE AKAR UMBI IAITULAH PARA PELAJAR YANG KITA HARAP AKAN MENJADI PEWARIS NEGARA YANG DICINTAI INI..

Felda Umas, Tawau Dianaktirikan Berbanding Felda Sahabat, Lahad Datu?

Difahamkan Felda Umas lebih dahulu dibuka, jadi senior la berbanding Felda Sahabat namun wujud jurang perbezaan yang mungkin ramai pihak khasnya peneroka bersetuju dengan saya...

Di Felda Umas :
1) Tiada Bank
2) Tiada gelaran Bandar Felda Umas/Bandar Umas
3) Bangunan pentadbiran agak merendah diri, seperti bangunan pra sekolah
4) Keceriaan agak kurang menyerlah, ada kontrak tetapi tak pasti bagaimana
mereka menjalankan tugasan
5) Kaunselor felda tiada, pegawai agama tiada
6) Bangunan kedai agak uzur, kedai menjual ikan, sayuran kurang ceria, tidak berturap
dan berdebu, termasuk di D'Mart!
7) Tiada rumah penginapan untuk tetamu seperti Felda Plantation Resort di Sahabat,
sedangkan wujud beberapa lokasi menarik contoh di Puncak Bayu, kawasan jeti
(digunakan nelayan )dekat bekas Kilang Kernel


Di Felda Sahabat :
1) Ada bank
2) Dikenali Bandar Sahabat
3) Bangunan pentadbiran agak menonjol imejnya
4) Keceriaan agak menyerlah khasnya di kawasan pentadbiran dan seperti dijaga rapi
5) Wujud ramai kakitangan kaunselor, pegawai agama
6) Felda Sahabat (Cencerawasih) mempunyai bangunan kedai yang tersusun, konkrit 2
tingkat
7) Ada resort berhampiran pantai


KELEBIHAN FELDA UMAS:-

1) Perumahan agak tersusun berbanding Sahabat
2) Sekolah rendah dan menengah berdekatan dengan kawasan penduduk
3) Rumah ibadat disediakan hatta kepada bukan muslim (gereja)
4) 4 Tanah Rancangan dengan peneroka, 2 perladangan

INILAH SEDIKIT ULASAN KOE, YANG LEMAH DALAM PEMERHATIAN DAN PENELITIAN.. YANG SALAH, JADIKAN PENGAJARAN, YANG BENAR AMBILLAH IA KERANA IA DARI TUHAN, ALLAH YANG MAHA SEMPURNA!

H1N1, MANGSA KETIGA WARGA TEMPATAN MENINGGAL HARI INI?

KERANA BABI, KITA MATI? CELAKA PUNYA BABI!

JANGAN SILAP!

ALLAH PUNYA KUASA, AJAL MAUT MAKHLUK ALLAH.. NAFAS NYAWA PUN MAKHLUK ALLAH.. TAKKAN TERLEWAT ATAU TERAWAL WALAU SESAAT

MENGAPA TAKUT2 PULAK NAK BUAT AMALAN MACAM NAK PERGI KE KUBUR YA?

DAH TAHU ADA H1N1, BERSEDIALAH SEPERTI BIASA.. PATUH ARAHAN KEM KESIHATAN DAN PIHAK-PIHAK BERKUASA.. TAPI BUKAN KAH ALLAH PIHAK YANG PAAAAAAAAAAALING MAHA KUASA????

INNA LILLAH.. KITA DARI ALLAH... H1N1 TU WASILAH SAHAJA ALLAH MENCABAR KEEOGAAN MANUSIA... HEBAT SANGAT KAH KITA?

SOMBONG SIFAT LAYAK BAGI ALLAH.. KITA BUAT LAH MACAM HAMBA ABDI KEPADA ALLAH.. APA ALLAH SURUH BUAT.. JANGAN LAWAN TAUKEH!

LAWAN TAUKEH, DATANG SELSEMA BABI!

TERKINI CERAMAH PAKATAN RAKYAT LAGI DI TAWAU!

JANGAN LUPA, AJAK KAWAN-KAWAN!

TEMPAT : DEWAN HOTEL EMAS, TAWAU
30 JULAI 2009 (KHAMIS MALAM JUMAAT)
8 MALAM

ANJURAN DAP TAWAU

PENCERAMAH : (DARI NEGERI SEMBILAN)

1)AHLI PARLIMEN RASAH
2)ADUN LOBAK
3)KETUA DAPSY yb LOKE SIEW LOOK
4)ADUN TERATAI

SILA WAR2KAN!

DENGAR ADALAH HAK KEBEBASAN NEGARA DEMOKRASI!

Isnin, Julai 27, 2009

PAK LAH, TAK TERASA MALU KA?

Bila dah tak ada KUASA baru lah nak kata ISA perlu dimansuhkan.. jadi, benarlah ISA ini zalim dan tak relevan..

Itulah agaknya juga yang akan berlaku kalau DS Najib pun tiada kuasa!

Bila diri dah tak dipandang, kata-kata pun tiada harga, muka pun tiada dikenali maka tika itulah baru terkapai-kapai mencari kembali harga diri yang sebenarnya hilang ketika mana KEBENARAN disembunyikan ketiKA BERKUASA!

Masuk Pakatan Rakyat sahaja kata bang Mohd Sabu!

Korban Ke 2 H1N1 di Malaysia Seorang Lelaki di Subang Jaya, Semalam? BINATANG BABI NI BAGUS JUGA?

Walaupun Kem Kesihatan begitu takut untuk mengisytiharkan kematian berkaitan H1N1, namun kita perlu terima hakikatnya dengan kematian ke2, pesakit yang dimasukkan ke hospital swasta pada 16 Julai 2009 dan mati pada 26 Julai 2009 (kira-kira 10 hari sahaja)..

Bala Allah penyakit ini.. bala=ujian.. bila ujian, kena sabar dan mengambil pengajaran..

Ia menyerang secara perlahan-lahan... agaknya bila dah makin hari makin ramai mati, barulah ramai takut mati..

Bila takut mati, barulah jadi orang yang bijak.. bijak untuk mengurus bekalan berjumpa Allah!

Itulah H1N1, jangan marah babi, binatang ni bagus sebab membawa kita INSAF KEMATIAN YANG AKAN DATANG BILA-BILA MASA...

Aura Dr Mujahid B. Tuan Guru Hj Yusuf Rawa..

Ceramah 25 Julai 2007 Dr Mujahid di Tawau bersama Pengerusi Kelab Penyokong PAS pada hari Sabtu di Hotel Walaitokou memang mengujakan saya dan rakan-rakan yang hadir..

Beliau meletak jawatan sebagai pensyarah di Universiti Multimedia(sekarang) untuk bertanding dalam p/raya tahun 1999.. namun beliau tewas 2x p/raya dan akhirnya menang pada tahun 2008 di Parlimen Parit Buntar Perak..

Kualiti sebutan Makhraj hurufnya samada bercakap dalam Bahasa Arab dan Inggeris tetap terserlah.. tidak hairanlah beliau disegani kawan dan lawan khasnya ketika berdebat..

Itulah anak bekas Duta Malaysia satu tika dulu Hj Yufuf Rawa- mantan Presiden PAS sebelum Almarhum Ust Fadhil Noor. Takbeerrr!

Dr Mujahid ketika menjelaskan biodatanya pada majlis santai di PASTI Kuhara semalam (lepas Isyak - 26 Julai 2009) merupakan anak ke 11 dalam keluarganya..

Bila beliau berceramah 2 jam pun rasa macam baru sahaja bermula.. nak lagi nak lagi.. jelas keikhlasan dan penguasaan ilmu pada wajah dan gerak lakunya ketika berceramah, kuliah atau berdebat.. siapa yang bercakap, pasti tahu inilah wajah Islam..

Inilah barakah kita yang menghadiri majlis ilmu... kita akan merasakan diri kita dipelihara Allah.. ameeeeeeeennn!

YASSIRU WA LA TU'ASSIRU...

ya beetul.. yassiru = arahan permudahkan! wa = dan la = jangan tu'assiru = kamu menyusahkan!

Nabi saw bersabda seperti di atas dan ada sambungan = kita hendaklah memudahkan dan jangan menyusahkan. Ia imej Islam sebagai agama yang sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.. orang yang baru masuk Islam, dia agak berat puasa 30 hari.. kita ajarinya berpuasa 1 hari tengok.. jika mampu teruskan esok dsb.. orang sakit patah kaki, telantar di hospital.. mana mampu berdiri, boleh sembahyang sambil berbaring jika itu yang termampu.. itulah memudahkan..

Istilah memudahkan bukan mengajar menjadi malas! Buat juga arahan Allah dengan memahami prinsip bahawa kita adalah hamba Allah yang diciptakan untuk beribadat dalam apa jua keadaan..

Islam ada ka ajar boleh bersalaman dengan wanita ajnabi/boleh dikahwini? contoh S/U Amerika Syarikat datang ke Malaysi- Hillary Clinton bersalaman dengan PM Malaysia-DS Najib.. agak2 boleh kah PM menggunakan pendekatan Islam agama yang memudahkan.. boleh salam nanti S/U tadi malu pulak bila kita tidak salam.. nanti jatuh maruah Islam (dalam hati PM).. boleh ka begitu?

Tidakkkk! Tegas dengan hukum Allah.. Hukum hakam kekal ke akhirat.. cuma dalam kita menegakkan hukum seperti bersalaman.. permudahkan dalam hal tersebut CONTOHNYA.. kita terangkan kepada BUKAN ISLAM bahawa Islam melarang bersalaman.. atau memberi isyarat tangan diletak ke dada kiri, sebagai simbol komunikasi kasih sayang/hormat menghormati di antara tuan rumah dan tetamu ..

mudah-mudahan memberi kefahamAN sedikit..

Ahad, Julai 26, 2009

Gua Tabiklah Felda Umas, Tawau!

Cayalah! Di Felda ini lah saya diberi kepercayaan untuk membaca khutbah dan imam Solat Jumaat sejak di'posting' mulai 2001 hingga 2009.. ketika itu, pihak Felda mempunyai pegawai sosial yang islamik.. kebanyakan pegawai ini pro agama..

Kita diberi peluang dan ruang yang luas untuk mengarang sendiri teks khutbah yang kadang-kadang melangkau tahap kefahaman sidang Jumaat!

Kini, sekatan dan usaha untuk menutup ruang umat Islam memahami Islam yang sebenar cuba disekat oleh pihak pengurusan Felda yang pro BN/UMNO dengan meminta kami para khatib agar menggunakan teks JAKIM atau dari FELDA...

Antara alasan ada di antara khatib yang berpolitik semasa berkhutbah.. betul? inilah masalah bila pengurus tidak faham agama.. khutbah yang mahu bercerita hal keagamaan termasuk politik tidak boleh? apakah politik tiada dalam Islam?

Hal khutbah ingin disekat, hal masalah sosial di FElda tidak disekat sebegitu rupa.. MENGAPA TUAN PENGURUS BEGINI???

En. Hu Pang Chaw Pengerusi Kelab Penyokong PAS Memikat Hadirin di Tawau

Alhamdulillah... ceramah pakatan rakyat tadi (berakhir) kira-kira jam 11 malam membuatkan yang hadir tidak bergerak dari tempat duduk masing-masing.. ini kali pertama saya mendengar ceramah DR Mujahid serta gandingan mantap beliau pada masa ini iaitu En. Hu Pang Chaw.. Pengerusi Kelab Penyokong PAS Malaysia..

Info terkini isu semasa agak jelas dan mudah difahami yang hadir termasuk kes kematian misteri seorang saksi (Bukan Orang Kena Tuduh) di bangunan SPRM berjaya diulas oleh DR Mujahid...

Sebelum itu, En Hu Pang Chaw membuka mata yang hadir tatkala banyak meluahkan perasaan seakan-akan beliau seorang muslim.. tidak hairanlah beliau yang berasal dari Kedah, menetap di Kelantan lebih 20 tahun banyak belajar dari Tuan GURU MB.. Islam tak jelas dek kejahatan UMNO!

Rugilah istilah yang senang bagi siapa yang tak hadir..

Itulah berkat majlis ilmu.. kita hadir meraikan tetamu yang datang ke kampong kita, apatah lagi anak tok guru PAS.. Dr Mujahid merupakan anak Tuan Guru Hj Yusuf Rawa..

Kalau boleh, nak lagi ilmu.. Insya allah 2 Ogos 2009 nanti Tuan Guru Haji Hadi akan datang ke Tawau.. siap-siapkan diri kita, adjust2 lah masa agar kita tak terlepas peluang yang jarang-jarang boleh kita temui orang alim ini..

Sabah bisa berubah!

Jumaat, Julai 24, 2009

KATANYA H1N1

KEM KESIHATAN MENAFIKAN WARGA INDON MATI KERANA H1N1, APA DAH JADI? MENAFIKAN PULAK HARI NI...

Khamis, Julai 23, 2009

BENARLAH FIRMAN ALLAH : MASUKLAH KAMU KEDALAM ISLAM SECARA SEMPURNA/KESELURUHAN...

Lama dah allah sebut.. masuk Islam dengan sempurna!masuk Islam dengan sempurna!masuk Islam dengan sempurna!.. tapi ramai tak percaya!

Masuk Islam ialah ikutlah Islam, ajaran yang sempurna.. ikut semua, bukan separuh-separuh!

Lebih tepat lagi, ikut PAS! Pas sebuah gerakan dakwah Islam memperjuangkan tekad menegakkan agama Islam di bumi.. Al-Quran dan As-Sunnah panduan PAS!

Bila ramai orang Umno / BN nak masuk Pakatan Rakyat, ok Lah tu.. cuma tak masuk PAS secara terus lagi.. mudah-mudahan lepas ni..

Bila Dato' zaid Ibrahim mempelawa Ku LI masuk Keadilan.. kira berita baik tu..

PAS dengan semangat Islam untuk mendaulatkan Agama Allah bukan main-main.. tetapi secara serius.. diberitakan cawangan kelab penyong Pas di Shah Alam sahaja lebih dari cawangan PAS! Wah!

Subhanallah.. ikutlah PAS! Insya allah, kekurangan yang ada, akan dibaiki dengan bantuan Allah yang mahu agamanya dipertahankan!

2 lelaki 1 wanita MATI MISTERI di Malaysia?

Menggerunkan!

Teoh Beng Hock mati jatuh dari bangunan siasatan SPRM.. dan A.Kugan lelaki yang mati dalam tahanan pihak polis..

Al-Tantuya Syaribu mati dibunuh oleh pegawai polis Malaysia...

Kita akan bising dan menjadi 'panas' dengan isu-isu begini, tetapi sampai bila? Pihak berkuasa akan menDIAMkan kita dengan apa cara sekalipun...

Kasihan mereka.. sehingga ke hari ini UNDANG-UNDANG JENAYAH konvensional CIPTAAN MANUSIA tidak berupaya melawan UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM.. banyak masalah TIDAK BOLEH DISELESAIKAN bahkan TIDAK ADA BERKAT!!!!!!!!!!!

Bila tiada berkat, tiada rahmat dan nikmat di sebalik apa yang berlaku selepas undang-undang ciptaan manusia dijalankan.. Lihatlah.. pembunuhan terus berlaku!

Kematian terkini ini mudah-mudahan mebawa BN jatuh dengan sendiri pada bila-bila masa. Takbeeeeeeeeeeeeeeeerrr!

Saudaraku Mazlan Aliman Dah Standby Untuk Disaman FELDA?

Bila saya tanya beliau, beliau beritahu belum lagi disaman.. gara-gara isi kandungan bukunya Felda : dulu tolong, sekarang along yang banyak di pasaran. Lepas ini jualan akan meningkat.. walaupun pihak Felda minta ditarik balik jualan tersebut.. Peguam PAS Saudara Hanipa Maidin dijangka menjadi peguam beliau dalam isu buku kontroversi ini..

Saya cadang rakyat Malaysia baca dulu.. ntah-ntah Tan Sri Yusof Noor pun belum baca habis, kira nak marah sahaja.. kalau betul, ambillah pendekatan mendekati peneroka dan pihak yang berkaitan...

Buku Mangga, cerita tentang artis banyak di pasaran.. gambar seksi tak la pulak nak disaman?

Orang baik, akan ditolong Allah.. Semoga Saudara Mazlan Istiqomah!

Ahad, Julai 19, 2009

MANEK URAI... sejarah yang berulang..

BUKANKAH AL-QURAN DAH BERITAHU.. JIKA KITA ADA MASALAH / KONFLIK DALAM SESUATU> MAKA RUJUKLAH KEMBALILAH KEPADA AL-QURAN.. KEMBALI KEPADA ISLAM.. KEMBALI KEPADA AL-QURAN QURAN.. ISLAM YANG TINGGI.. TIADA YANG TINGGI YANG HEBAT HATTA TOK GURU SEKALIPUN BUKAN MAKSUM.. MEREKA KELUARKAN KEPUTUSAN BERDASARKAN ILMU DAN PENGALAMAN KEMUDIAN ILHAM YANG KITA BAIK SANGKA HASIL AMAL IBADAT MEREKA YANG KITA HUKUM ZAHIRNYA LEBIH BAIK BERBANDING KITA!

Kita dengar di Manek Urai antara ahli jemaah sendiri tidak ngam.. ada arus sentimen negeri ini negeri itu.. ada blok tertentu.. ada team tertentu.. macam mana jadi begitu?

Serius? Ya, serius! Tapiiiiiiiiii! Semua ini bukankah pernah berlaku sejak dulu.. antara sahabat, ada yak selisih faham.. namun mereka rujuk Al-Quran BERGERAK > NABI MUHAMMAD SAW!

JADI, KITA YANG BELUM SAH MASUK SYURGA, jangan ego sombong la bila terjadi begini.. RUJUK AL-QURAN.. BUKAN TAKSUB BUTA TULI! TAKSUB AL-QURAN TAK APA!

15 Julai 2009 hingga 18 Julai 2009< SEJARAH FELDA UMAS, TAWAU

Kata Ust Ismara Ali, orang lama yang terlibat menguruskan tuntutan Fardhu Kifayah ini SEJARAH UMAS.. DALAM MASA 3-4 HARI BERTURUT-TURUT menguruskan jenazah berjumlah 9orang dengan 2 kisah yang berbeza..

15 Julai 2009-Rabu berlaku tragedi 9 orang mati lemas dalam kemalangan menyayat hati di kawasan Serudung Tawau melibatkan warga Indonesia yang berulang alik Malaysia Indo.. agaknya lari dari polis marin, berlaku pertembungan kenderaan mereka(bot/sampan).. 9 orang tersebut difahamkan 1 keluarga.. 5 mayat telah dibawa ke Felda Umas pada hari Khamis.. 3 mayat dibawa ke Felda Umas pada hari Jumaat.. 1 mayat (budak lelaki) dikatakan belum ditemui dan didakwa hancur secara semulajadi kerana kebiasaannya 2,3 hari mayat akan kembung dan mudah dirosakkan oleh binatang laut..

Kasihan, pada hari Khamis tersebut 2 lelaki bersaudara dengan tangan bergari dibawa polis ke Felda Umas bagi melihat proses pengurusan jenazah keluarga mereka. Yang jelas, mereka yang mati ini, hidup pun akan ditangkap dan dihantar pulang!

Haji MATTA, nama yang disebut terlibat membawa pergi balik warga Malaysia/Indonesia.. ntah berapa banyak RUPIAH/RM yang dikumpulnya.. NTAH berapa banyak rasuah yang ditabur kepada pihak berkuasa Indo untuk melepaskan melakukan kerja-kerja yang kurang menitik beratkan ASPEK KESELAMATAN INI.. di mana pelampung? di mana bot yang selamat?

Saya timbulkan mengapa hal-hal begini, kerajaan tidak memudahkan urusan.. bayar RM 10 ka untuk pas lawatan.. tak la takut-takut lari dari polis? Ada kawan tegur saya: bukankah ada jalan rasmi, buat dokumen, naik kapal berbayar mahal sikit.. terjamin lagi! Ini salah mereka lah ustaz.. HE HE.. betul juga..

Kisah ke 2 ialah, pada hari Rabu 15 JUlai difahamkan 1 orang lelaki jam 10-11 pagi disyaki hilang dan dibaham buaya di kawasan Sungai Udin, Jalan Merotai Kalabakan.. Salehudin B. Pala 35 tahun sudah berumah tangga, baru sahaja 1 minggu menghantar isterinya pulang ke Indonesia turun ke dalam sungai untuk melihat pukatnya yang terendam dan seakan ditarik ke dalam sungai.. apabila dia turun, terus ditarik oleh buaya di situ.. mayat dikatakan ditemui pada keesokan harinya..

Rakan-rakannya yang ditemui di perkuburan Islam, Felda Umas menceritakan memang beliau seorang yang rajin dan dianggap pakar dalam urusan tangkap ikan ini.. memang diketahui bahawa buaya memang wujud di sungai tersebut.. ada yang kata 4 ekor.. namun, AJAL MAUT MAKHLUK ALLAH... kalaupun buaya.. kalaupun gajah yang datang.. ada ketika ia jadi kawan, ada ketika ia jadi lawan..

Mayat beliau dihantar ke Felda Umas, pada hari Jumaat 17 Julai malam.. tapi urusan mandi tidak dapat dijalankan kerana AJK Pengurusan Jenazah lambat mendapat makluman kedatangan mayat. Oleh itu, mayat terpaksa dibiarkan bermalam di bilik mandi dahulu..

Kasihan mayat... jika dihantar pada hari Sabtu 18 Julai adalah lebih baik.. lagipun ia tersimpan dalam peti mayat di Hospital juga.. itulah perancangan manusia...

YANG PASTI.. BIARLAH MATI DALAM KHUSNUL KHOTIMAH..

Akhirnya mereka kembali kepada Islam di Felda Umas, Tawau









alhamdulillah... MASJID UMAS makin melakar jalur dakwah membuka laluan KEMBALI KEPADA ISLAM kepada beberapa sahabat dari Philipina yang kebetulan datang ke Felda Umas bekerja atau menziarahi keluarga.. 16 Julai 2009, selepas solat Isyak.. maka 6 orang 1 keluarga telah melafazkan 2 kalimah syahadah di hadapan AJK Masjid Umas, Tawau.. sebelum itu difahamkan ramai yang berbuat demikian.. cuma selepas ini, perlu ada susulan aktiviti buat mereka.. bimbang MURTAD! gAMBAR (JIKA TERPAPAR)sebahagian yang telah kembali islam pada 16/7/09 tersebut.. apa yang menggembirakan ialah.. kira-kira 20 orang ahli jemaah turut hadir dalam pengislaman tersebut..

MOGA AMALAN INI AKAN DITERUSKAN!

Khamis, Julai 16, 2009

BISNES LOBSTER AIR TAWAR?

ADA KAWAN BERITAHU.. LOBSTER, JENIS UDANG YANG MAHAL HARGANYA KINI BOLEH DITERNAK DI RUMAH... SALIN AIR MACAM IKAN AIR TAWAR BIASA.. HUJUNG MINGGU SEKALI SALIN AIR.. BISNES JANGKA PANJANG INI TIDAKLAH SUSAH SANGAT.. BELI UDANG 2, 3INCHI DENGAN HARGA SEEKOR RM 3 DI SEMENANJUNG.. DI TAWAU DIBERITAHU RM 12 / EKOR BEGITU.. HARGANYA BOLEH MELAMBUNG LAGI BILA MENCECAH 100 GRAM.. PASARAN DI RESTORAN HOTEL ATAU RESTORAN BIASA.. KALAU TIDAK DIJUAL UNTUK DIMAKAN.. BOLEH DIJUAL UNTUK HIASAN.. MEMANG ORANG MALAYSIA BELUM RAMAI YANG BERGIAT AKTIF MENTERNAK MAKHLUK ALLAH YANG AJAIB INI.. ILMU DIKONGSI.. WAR--WARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BERMINAT...

PM KAH DATANG KE FELDA UMAS, BLN 7 NI?

RUMPUT DI TEPI JALAN DIPOTONG.. SIAP DIKEMASKAN SELEPAS DIPOTONG.. POKOK-POKOK YANG BESAR ADA YANG DITEBANG.. PROJEK YANG TERBENGKALAI.. CEPAT DISIAPKAN!

DENGAR CERITA ORANG BESAR NEGARA NAK DATANG MELAWAT KAWASAN KALABAKAN.. SEKALIGUS SINGGAH DI FELDA UMAS.. KATANYA NAK PERGI TENGOK PROJEK RUMAH ORANG MISKIN DI BAWAH SELIAAN UMNO DI KALABAKAN.. BAWAH DATUK GHAFUR LAH TU..

SETKAT NI BELUM DAPAT DIPASTIKAN SIAPAKAH ORANG BESAR ITU, TAPI YANG NYATA ORANG-ORANG DARI JABATAN PERDANA MENTERI TELAH DATANG BUAT PEMANTAUAN AWAL..

MUNGKIN PM, TPM ATAU MENTERI BERKAITAN FELDA?.. bukankah felda ASET UTAMA BARISAN NASIONAL?

URA-URA KEDATANGAN ORANG BESAR KE FELDA UMAS, TAWAU

RUMPUT DI TEPI JALAN DIPOTONG.. SIAP DIKEMASKAN SELEPAS DIPOTONG.. POKOK-POKOK YANG BESAR ADA YANG DITEBANG.. PROJEK YANG TERBENGKALAI.. CEPAT DISIAPKAN!

DENGAR CERITA ORANG BESAR NEGARA NAK DATANG MELAWAT KAWASAN KALABAKAN.. SEKALIGUS SINGGAH DI FELDA UMAS.. KATANYA NAK PERGI TENGOK PROJEK RUMAH ORANG MISKIN DI BAWAH SELIAAN UMNO DI KALABAKAN.. BAWAH DATUK GHAFUR LAH TU..

SETKAT NI BELUM DAPAT DIPASTIKAN SIAPAKAH ORANG BESAR ITU, TAPI YANG NYATA ORANG-ORANG DARI JABATAN PERDANA MENTERI TELAH DATANG BUAT PEMANTAUAN AWAL..

MUNGKIN PM, TPM ATAU MENTERI BERKAITAN FELDA?.. bukankah felda ASET UTAMA BARISAN NASIONAL?

5 MATI LARI DARI POLIS MERIN MALAYSIA...

KELMARIN, JAM 4.30 PETANG, SAYA DAPAT BERPELUANG SOLAT JENAZAH MAYAT BUDAK LELAKI YANG MATI BERSAMA LEBIH 5 ORANG DI PERAIRAN MALAYSIA / INDONESIA.. DIFAHAMKAN DEKAT WALLACE BAY, TAWAU.. KEJADIAN HARI RABU MALAM KHAMIS.. BERITA PUN BOLEH DIDAPATI MELALUI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN.. MEREKA INI TIDAK MEMPUNYAI DOKUMEN SAH MASUK MALAYSIA.. JADI, MENGGUNAKAN JALAN BIASA.. BERSEMBUNYI DI SEBALIK TELUK-TELUK BAKAU.. HIDUP ATAU MATI?

TIBA-TIBA AGAKNYA, ADA RONDAAN POLIS.. MAKA BERTEMBUNGLAH SESAMA SENDIRI BOT-BOT KECIL.. BOT-BOT BESAR.. MEREKA MATI LEMAS.. TIDAK MATI KERANA KEPALA PECAH DEK KAYU BOT.. BAYANGKAN NYAWA HILANG SEBEGITU RUPA..

5 JENAZAH DIHANTAR KE MASJID UMAS, TAWAU UNTUK DIMANDI, KAFAN, SOLAT DAN DIKEBUMIKAN.. HARI NI, DIFAHAMKAN ADA LAGI BAKI JENAZAH YANG DIBAWA KE UMAS UNTUK DIKEBUMIKAN...

KASIHAN.. ADA YANG TUA.., ADA YANG MUDA.. TERINGAT SAYA KISAH ORANG-ORANG BURMA YANG MASUK MALAYSIA DI PERAIRAN PERLIS.. MEREKA TURUN KETIKA AIR SURUT DAN BERJALAN MEREDAH PANTAI.. TIBA-TIBA DI SEPARUH JALAN, AIR MULA PASANG.. LEMASLAH MEREKA HIDUP-HIDUP...


APA PENGAJARAN?

TULISAN PERTAMA DARI RUMAH- BROADBAND

ALHAMDULILLAH... DAPAT JUGA BERJASA BROADBAND NI.. NI 1 ST TIME SAYA MENAIP ARTIKEL DARI RUMAH.. PAKAI PC.. LAPTOP PULAK ROSAK USB.. 3 LUBANG USB ROSAK.. KATANYA MOTHERBORAD ROSAK.. KALAU NAK BAIKI RM7 RATUS.. TEMPAH DARI SEMENANJUNG...

APA PUN, LAMA TAK DENGAR BERITA.. TERPUTUS BEKALAN INFO SEMASA.. NAK LAYARI I/NET MELALUI LAPTOP, MASALAH PULAK SISTEM WAYARLESS LAPTOP.. HAIYYA!

mudah-mudahan dari rumah pon kira ok la.. insya allah, perjuangan mesti diteruskan..

Selasa, Julai 14, 2009

PERJALANAN 67 DARI FELDA UMAS KE BANDAR TAWAU...

WALAUPUN PARLIMEN KALABAKAN BARU SAHAJA DIWUJUDKAN DALAM NEGARA MALAYSIA, KALAU TAK SILAP BARU 2X PILIHANRAYA (2004 DAN 2008) NAMUN NAMA KALABAKAN SUDAH TERKENAL KHASNYA DALAM LIPATAN SEJARAH KETENTERAAN MALAYSIA.. TENTERA MALAYSIA GUGUR SYAHID.. HINGGA KINI, DIBINA DAN MASIH KEKAL TUGU PERINGATAN PERAJURIT TERSEBUT TATKALA KITA MELEWATI PERKAMPUNGAN MASYARAKAT ORANG MELAYU KELABAKAN.. TENTERA KITA GUGUR DAN SERANGAN HENDAP TENTERA INDONESIA KETIKA KONFRANTASI ... NAMUN, SEGALANYA BISA BERUBAH IKATAN PERSAUDARAAN SEKARANG TIDAK SEPERTI DULU.. PM KITA DAN PRESIDEN INDONESIA SENTIASA MENGADAKAN PERBINCANGAN AGAR TIDAK BERLAKU HAL-HAL YANG TIDAK DIINGINI..

WALAUPUN BARU-BARU NI NEGARA DIGEMPARKAN DENGAN USAHA MENGHENTIKAN PENGHANTARAN AMAH-AMAH (PEMBANTU RUMAH) INDONESIA KE MALAYSIA, NAMUN KITA LIHAT PERKEMBANGAN BAIK APABILA 2 NEGARA AKAN BERMESYUARAT MEMBINCANGKAN ISU TERSEBUT DALAM MASA TERDEKAT..

SAYA SETUJU GAJI AMAH DITETAPKAN.. DIBERI CUTI KERJA.. DIBERI INSURANS.. TAPIIIII... AMAH YANG ISLAM WAJIB KERJA DENGAN ORANG ISLAM... YANG INI, KERAJAAN BOLEH PERTIMBANGKAN?

BALIK KEPADA FELDA UMAS...
FELDA UMAS TERLETAK KIRA-KIRA 25-30 KILOMETER KE KALABAKAN, MEROTAI DAN 67 KILOMETER KE BANDAR TAWAU..

WALAUPUN IA TERLETAK DALAM DUN TJG BATU DAN PARLIMEN KALABAKAN, NAMUN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR TIDAK SEPERTI DI SEMENANJUNG..

JIKA DISEBUT DAERAH (DUN), SUDAH TENTU PUSAT DUN TERSEBUT MEMILIKI PRASARANA YANG MELEGAKAN RAKYAT.. RAKYAT DIDAHULUKAN!

DI FELDA UMAS : TIADA PEJABAT POS, BALAI POLIS, BANK, BOMBA.. AIRNYA DI BAWAH SELIAN ANAK SYARIKAT FELDA.. NAMUN TAHAP KULAITI AIR MEMBIMBANGKAN.. POLIS BANTUAN FELDA MEMANG ADA.. TAPI KUASA MENDAKWA TIDAK ADA.. MAKA, RAMAI ANAK-ANAK DAN BAPA-BAPA PENEROKA MENGAMBIL KESEMPATAN ATAS HAL INI..

BILA DITANGKAP ANAK-BAPA PENEROKA OLEH POLIS BANTUAN, SEKEJAP LAGI DAH TENTU DILEPASKAN KEMBALI DI BALAI.. GARA-GARA DI ANTARANYA MERUPAKAN AHLI KELUARGA PENEROKA.. ADA KUASA POLITIK KADANG-KADANG DIBERITAHU BERSELINDUNG DI BALIK TABIR.. MELEPASKAN ORANG-ORANG YANG BERSALAH INI.. BAYANGKAN JIKA PENJAHAT/PENJENAYAH/PENIPU DSB PULANG KE FELDA- MAKA KEJAHATAN AKAN BERMAHARAJALELA?

ITULAH ANTARA KELEMAHAN FELDA UMAS DAN FELDA-FELDA YANG LAIN MUNGKIN... ACAP KALI DIBUAL DI KEDAI-KEDAI KOPI.. DI KAKI LIMA MASJID.. DI SANA SINI..NAMUN..

TUKAR KERAJAAN CARA SELAMAT!

Isnin, Julai 13, 2009

PM pun belum sampai Manek Urai, apa salahnya Ust Nasharudin?

biasalah time-time berkempen.. sekecik hingga sebesar isu pun diambil kira.. pejuang Islam hendaklah pandai mencari hujah aqal menjawab soalan-soalan puak2 BN ni.. antara soalan: ust nasha di mana hari penamaan calon? jawab TG HJ Hadi: PM pun di mana hari penamaan calon?..

Ust nasha di hospital.. ramai yang baru tahu.. bila keluar gambarnya dalam internet/akhbar/media.. sejuk la sikit isu... tapiiiiiiii PM kita ni.. di mana dia?

Esok dah nak p/raya? mungkin muncul pada saat akhir? kenapa bimbang dengan Manek Urai?

Ahad, Julai 12, 2009

MAJLIS RAMAH MESRA PASTI KAWASAN TAWAU

ALHAMDULILLAH.. PASTI KAWASAN TAWAU BERJAYA MENGADAKAN PROGRAM YANG JULUNG-JULUNG DIADAKAN IAITU MAJLIS RAMAH MESRA PADA JAM 9 HINGGA 11 PAGI TADI.... ADA PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN KEPADA MUDIR-MUDIR BARU PASTI SESI 2009/2011.. C/HATI KEPADA MUDIR-MUDIR LAMA 2007/2009.. WATIKAH PERLANTIKAN KEPADA PENGERUSI JEMAAH IBUBAPA DAN GURU (JIBG) PASTI DAERAH TAWAU BERJUMLAH 17 BUAH.. WATIKAH PELANTIKAN AJK PASTI BARU 2009/2011.. SESI SOAL JAWAB DAN MAJLIS MAKAN .. DIADAKAN DI MASJID KAUSAR TAWAU, ALHAMDULILLAH.. SIMPLE DAN SAMPAI MATLAMAT.. TURUT HADIR IALAH AJK PAS KAWASAN, AJK PEMUDA.. GURU-GURU PSTI DAN RAKAN2..

WALAUPUN TENAGA KERJA DI TAWAU TIDAK SERAMAI DI SEMENANJUNG, NAMUN USAHA KE ARAH ITU AKAN DITERUSKAN.. USAHA MENINGKATKAN IMEJ PASTI DAN PAS AKAN DIGIATKAN LAGI..

MUDAHAN ALLAH BERSAMA KITA..

TPM MINTA BUKTI UMNO/BN TIDAK BELA ISLAM, INI DIA SATU CONTOH!

>>>>>>> HARAKAH : Tragedi Natrah antara bukti Umno tidak serius bela Islam
Mat Zain Mat Isa Sun | Jul 12, 09 | 7:17:14 am MYT <<<<<<

Kebanyakan media cetak, Jumaat (10 Julai) melaporkan kematian Maria 'Bertha' Hertogh yang pernah bergelar Natrah binti Maarof. Beliau dilaporkan meninggal pada Khamis di rumahnya di Huijberhen, selatan Belanda, akibat leukemia.
Iklan

Wanita Belanda berusia 72 tahun itu diketahui umum sebagai orang yang pernah menggemparkan negara kita apabila menjadi objek utama konflik agama pada 1950. Namun tidak ramai yang sedia mengakui bahawa kanak-kanak yang dibesarkan sebagai orang Islam itu sebenarnya menjadi mangsa sentimen agama dan perkauman penjajah.

Bahkan tidak ramai yang sedar bahawa nasib seburuk itu menimpa Natrah adalah disebabkan sikap tidak serius penguasa politik Melayu-Islam di negara kita ketika itu, khususnya para pemimpin Umno, dalam membela dan mempertahankan akidah kanak-kanak itu.

Natrah atau nama sebenarnya Huberdina Maria Hertogh ialah anak pasangan Belanda Adelaine dan Adrianus Petrus Hertogh. Orang-orang Belanda memanggilnya Bertha.

Bapanya itu adalah sarjan tentera di dalam Tentera Diraja Hindia Timur Belanda di Indonesia. Adelaine pula memang menetap di Jawa, bersama kedua ibu bapa.

Maria adalah anak ketiga pasangan itu. Dia dilahirkan pada 24 Mac 1937 di Tjimahi.

Apabila tentera Jepun menduduki Indonesia pada 15 Februari 1942, sebilangan tentera Belanda menjadi tawanan perang. Antara tawanan itu Adrianus yag ketika itu berusia 37 tahun.

Adelaine yang ketika itu sedang mengandungkan anak keenam mereka akhirnya menyerahkan Maria untuk dijadikan anak angkat kepada Che Aminah Mohamad. Wanita berasal dari Kemaman, Terengganu itu ketika itu menetap di Jawa bersama suaminya, Maarof Haji Abdul, yang memiliki perniagaan emas di Bandung. Kebetulan pula Aminah adalah kenalan agak rapat dengan ibu Adelaine, Louise Winterberg, seorang pelakon opera Melayu di situ.

Sejak itu Maria dibesarkan sebagai seorang kanak-kanak Islam dan diberi nama Matrah binti Maarof. Sejurus sebelum Belanda kembali merampas semula tanah jajahan daripada Jepun, beliau meninggalkan Bandung dan pulang ke kampung halamannya di Kemaman.

Di situlah Natrah menarik perhatian Pegawai Pentadbir Inggeris(Timur), Sir Arthur Locke. Kedengkian dan perasaan terhinanya melihat seorang anak Belanda dibesarkan sebagai orang Melayu beragama Islam mengubah seluruh kehidupan Natrah selepas itu.

Pentadbir Inggeris itulah yang telah menggunakan tipu muslihat memujuk Aminah supaya membawa Natrah menemui Konsul Belanda di Tanah Jajahan Singapura. Kononnya beliau ikhlas mahu membantu Aminah mendapatkan surat keterangan yang sah tentang pengambilan Natrah sebagai anak angkat.

Setelah termakan pujukan itu, Aminah membawa Natrah ke Singapura. Maka berlakulah apa yang berlaku. Pihak Konsulat Belanda membantu kedua ibu bapa kandung kanak-kanak berusia 13 tahun itu membuat tuntutan mahkamah hak penjagaan ke atas Maria.

Perbicaraan dilakukan di bawah undang-undang Inggeris. Natrah diasingkan daripada Aminah. Sementara menunggu perbicaraan, beliau ditempatkan di bawah pengawasan gereja. Gambar-gambar Natrah dipaksa kembali kepada agama ibu bapanya yang disiarkan akhbar membangkitkan kemarahan umat Islam.

Rujukan-rujukan terhadap ajaran agama Islam secara negatif dan jahat oleh para peguam pembela ibubapanya di mahkamah juga amat mengguris hati umat Islam yang mengikuti perbicaraan tersebut dan perkembangan kes itu.

Umat Islam bangkit membantah. Akidah Natrah cuba diselamatkan. Maruah Islam mesti dipertahankan.

Jawatankuasa Tindakan Natrah ditubuhkan. Nadi penggeraknya ialah Karim Ghani, Presiden Liga Islam dan Persatuan Dakwah Islam Se-Malaya berpusat di Singapura. Beliau juga editor akhbar India Muslim, Malaya Nanban dan dua akhbar lain.

Karim Ghani dibantu sahabat karibnya, Dr Burhanuddin al-Helmy. Selaku Editor akhbar Melayu Raya, Dr Burhanuddin menghasilkan siri tulisan yang membangkitkan kesedaran dan keprihatinan umat Islam terhadap konflik dan perebutan hak penjagaan ke atas Natrah. Tidak sedikit peranan beliau dalam membangkitkan kemarahan umat Islam terhadap mainan kuasa dan penghinaan terhadap Islam oleh penjajah.

Ringkasnya, berlakulah apa yang berlaku. Natrah dikembalikan kepada ibu bapanya. Mereka segera kembali ke Belanda. Rusuhan tercetus dan 18 nyawa terkorban. Beratus lagi ditahan dan dibicarakan.

Apa yang diakui cacatan sejarah, dan amat dikesalkan, peranan Umno selaku parti anak emas penjajah ketika itu hampir tiada di sepanjang pergolakan itu. Jika ada pun sokongan diberikan, ianya sangat minima. Antaranya dari pergerakan kaum ibu Umno bahagian Johor Bahru dan Negeri Sembilan.

Sardon Jubir, seorang aktivis muda Umno ketika itu terlibat secara langsung di atas profesionnya sebagai peguam. Beliau menyertai pasukan pengamal undang-undang memberi khidmat guaman kepada Aminah yang cuba menyelematkan Natrah.

Catatan sejarah mengesahkan Sardon selaku penyokong kuat Umno ada mencuba menyeret Umno ikut serta memainkan peranan sepatutnya dalam pergolakan itu, namun gagal. Umno tidak bersedia campur tangan dan tidak mahu memanfaatkan hubungan baiknya dengan penjajah untuk mencari penyelesaian lebih baik.

Malah ada penulis sejarah menafsirkan bahawa Presiden Umno, Datuk Onn Jaafar sengaja menyisih diri dan mengelak daripada terlibat dengan konflik tersebut. Sedangkan di atas kedudukan beliau sebagai pemimpin utama parti paling rapat dan disayangi penjajah British, Datuk Onn diharap dapat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi penjajah itu.

Banyak pihak beranggapan sikap, pendirian dan tindakan penjajah ketika itu dijangka tidak sekeras apa yang berlaku sekiranya Umno tidak �mendiamkan diri� dalam menangani kes tersebut.

Peranan Umno hanya muncul selepas tragedi berakhir. Umno hanya cuba memulihkan imej dan reputasi sebagai parti berkuasa di negara selepas Natrah sah dikembalikan kepada ibubapanya. Datuk Onn sendiri dicatatkan menyertai sepuluh pemimpin Islam menemui Gabenor Singapura untuk mendesak agar Natrah dikembalikan kepada Aminah.

Hanya selepas tragedi selesai juga, Kapten Hussein Onn selaku Setiausaha Agung Umno muncul mengarahkan ahli-ahli parti itu menyumbang kepada �Tabung Rayuan Natrah�.

Tidak dinafikan Umno memainkan peranan penting dalam merayu dan membela sekumpulan umat Islam yang ditahan ekoran kejadian itu. Mereka yang pada awalnya dijatuhi hukuman mati dan penjara, akhirnya dibebaskan.

Tunku Abdul Rahman yang mengambilalih jawatan Presiden Umno daripada Datuk Onn dalam satu catatannya mendakwa pembebasan mereka itu adalah hasil usaha pihak partinya.

"Semasa saya mengambil alih kepiminan Umno, saya telah bertindak dan menyuruh David Marshall membela nasib mereka yang terlibat. Kami berusaha bersungguh-sungguh dan berhempas pulas supaya hukuman mati dikurangkan kepada penjara seumur hidup.... Setelah 13 tahun dalam penjara, mereka dibebaskan," coret Tunku pada 1988.

Ya, tanpa hipokrasi kita boleh mengakui peranan dimainkan Umno itu. Namun apa yang dikesalkan ia hanya dibuat setelah selesai tragedi tersebut. Sepertimana disebutkan tadi, harapan agak tinggi diletakkan kepada pemimpin Umno sedari awal konflik tercetus.

Dengan pengaruh yang dimiliki parti itu, dijangkakan kesudahan kes tersebut tentu tidak seteruk apa yang berlaku sekiranya Umno mengambil peranan serius dalam membela Natrah. Malangnya hal itu tidak berlaku.

Pembelaan selepas itu hanya terhadap mereka yang menjadi mangsa konflik. Umno berjaya menyelematkan beberapa nyawa dari hukuman mati. Itu kita boleh ucap tahniah dan terimakasih.

Namun perlu diingat, dalam tragedi Natrah, perkara utama yang menjadi pendorong konflik berdarah itu ialah soal akidah anak kecil itu. Umat Islam sanggup berkorban nyawa bukan kerana menyelamat diri mereka dari ditangkap dan dihukum, tetapi kerana mempertahankan kesucian akidah seorang budak yang dipaksa murtad.

Itulah fakta dan hakikat yang cuba dikelirukan Umno, hanya semata-mata bagi mengelakkan ia dipandang tidak memperjuangkan Islam. Sebab itu apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rabu (8 Julai) lalu mencabar PAS supaya membuktikan bahawa Umno tidak memperjuangkan Islam, ia bagaikan membuka ruang bagi PAS mendedahkan fakta dan catatan sejarah yang sememangnya tidak menguntungkan Umno.

Dalam kenyataannya itu di tengah-tengah kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil Manek Urai, Kelantan, Muhyiddin mendakwa parti ditubuhkan pada 11 Mei 1946 itu terlebih dahulu memperjuangkan syiar Islam daripada PAS.

Memang lah secara logiknya, jika benar Umno ada meletakkan apa-apa agenda Islam dalam perjuangannya, maka Umno boleh mendakwa ia lebih dahulu memperjuangkannya berbanding PAS.

Sebab utamanya ialah kerana Umno ditubuhkan pada 1946, lima tahun lebih dahulu daripada PAS yang ditubuhkan pada 1951. Tapi itu hanya hujah loyar buruk.

Apa yang dipersoalkan ialah sejauh manakah keseriusan Umno dalam memperjuangkan Islam dan mempertahankan akidah umatnya? Senarai bukti-bukti yang boleh dikemukakan bagi memperkukuhkan pertikaian itu amat panjang.

Umno yang ada sekarang mungkin boleh mendabik dada sudah banyak "memperjuangkan syiar Islam", sepertimana didakwa Muhyiddin. Namun, tidak ada mana-mana pemimpinnya yang akan dapat memadamkan catatan sejarah berkaitan tragedi berdarah di Singapura hampir 60 tahun lalu itu. Tragedi Natrah adalah antara bukti paling awal bahawa Umno tidak serius dalam memperjuangkan Islam. - mks. _

TERKINI! CERAMAH PAKATAN RAKYAT DI TAWAU! 25 JULAI 2009 (SABTU) 8 MLM

DARI MATBULAN.BLOGSPOT.COM > TAWAU : Satu ceramah umum bersama dengan ust Mujahid Yusuf Rawa AJK PAS PUSAT dan sdr Hu Pang Chow Penasihat Kelab Penyokong PAS Malaysia akan diadakan pada 25 Julai 2009. Ceramah umum itu yang dianjurkan oleh PAS kawasan Tawau akan diadakan di sebuah hotel bermula pukul 8 malam. Untuk keterangan lanjut sila hubungi nombor yang tertera di bawah ini :


089-760215, 089760221, 0198333639 ,0128610033, 0198732884, 0145582853,

"ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN"

Wang Royalti Petronas Sejak 2004 Pergi Mana?

Kelantan minta 1 Bilion sahaja bagi royalti minyak dan gas yang dikaut oleh Kerajaan Pusat melalui perairan Kelantan.. itu pun! Payah nak bayar,..

Sejak 2004, RM 245 bilion tidak tahu ke mana dibelanjakan.. ianya boleh membina hospital, universiti sebanyak 250 buah setiap satu (dengan andaian 1 buah RM 1 bilion)... bayangkan kesihatan dan pendidikan rakyat Malaysia.. dah tentu bahagia
kita di Malaysia.. bila universiti banyak.. pusat-pusat kesihatan banyak.. senang hati kita.. ini tidak, tidak tahu di mana duit sebanyak itu dibelanjakan kerajaan 2 PM .. itu belum kita cerita duit yng banyak untuk kerja-kerja amal islami... puak2 ni memang la..

Inilah yang disebut YB Salehudin, bahawa beliau akan me'manaskan' isu-isu ini di Manek Urai sebagai bahan kempen yang akan membenam kempen BN!

ISU DAP NAK KELUAR PAKATAN DI KEDAH DAH SELESAI, BN NAK APA LAGI?

aLHAMDULILLAH... DAP KEDAH AKHIRNYA TAK JADI KELUAR PAKATAN RAKYAT.. Allah uji sekejap sahaja.. kalau ada yang cepat melatah, habis la bergoyang rumah tangga.. suami isteri kena jaga lah hukum talak dan hukum fasakh.. he he.. kiranya, dalam berumahtangga.. pas, dap, keadilan jika ada apa-apa masalah.. eloklah dibawa berbincang.. ini apa pasai pulak pi dok cerita kat orang lain.. berterus terang.. atau berterang terus.. :)

Nampaknya BN tak dapat manipulasi/eksploitasi isu rumahtangga orang Pakatan Rakyat lagi.. Isu PPSMI dah tentu meredakan kempen Manek Urai? ya kah.. orang kampong boleh berhujah mengapa tunggu 2012? dah tentu ada kasihan terhadap pihak kanan dan kiri.. pembekal.. ntah-ntah pembekal kroni dan nepotisme dan me me yang lain lagi... Key Performance Index (KPI) yang diwar-warkan oleh PM untuk mengambil hati rakyat kembali... apa lagi yang boleh kerajaan tawan hati?

TUKAR KERAJAAN SAHAJA.. itu sahaja isu utama..

PPSMI akhirnya dihapuskan... tapi 2012? FELDA macam mana...

TPM dah umum.. hapus/mansuh alhamdulillah.. ramai yang setuju.. ramai yang senang.. tetapi ramai juga yang tak dapat terima ianya dihapuskan serta merta/ kuatkuasa serta merta.. sama juga dengan ISA.. bukan ditangguh2 lagi ke satu masa lain.. banyak yang kena zalim nanti.. budak2 sekolah sekarang, tahun depan masih menerima nasib yang sama gara-gara pimpinan yang tidak berfikir panjang... 2012 lambat lagi bos! macam-macam boleh terjadi.. kerajaan boleh kerugian jutaan RM jika masih wujud salh guna.. salah urus dsb.. budak-budak jauh di hujung bandar seperti di FELDA umas, tawau.. bahasa melayu pun payah nak 'score', inikan pula dalam bahasa Inggeris... ntah lah.. pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan?

Rabu, Julai 08, 2009

PPSMI... keputusan yang dinantikan HARI INI 8 JULAI 2009!

PPSMI DIHENTIKAN SERTA MERTA! TAKBEEEEEEEEEEEEEEEEEERRR! AMEEENNN!!!

AGAKNYA ITULAH KOT KEMUNGKINAN AKAN BERLAKU APABILA TIMB PM MENGUMUMKAN HAL YANG MEMBIMBANGKAN DAN MENYUSAHKAN BANYAK PIHAK SELAMA INI PADA HARI INI.. DOAKAN!

UMAT ISLAM CHINA DIANAK TIRIKAN?

> SUMBER UTUSAN MALAYSIA 7/7/09 < TERKINI KITA MELIHAT UMAT ISLAM DI BANDAR URUMQI, IBU NEGERI WILAYAH XINJIANG, CHINA MENGHADAPI KARENAH BIROKRASI KERAJAAN KOMUNIS CHINA..

PUAK PEMISAH ISLAM UIGHUR (HAMPIR 3000 ORANG )DITUDUH MELAKUKAN KEGANASAN.. MENGGUNAKAN SENJATA.. MELAKUKAN RUSUHAN.. DILAPORKAN 140 TERBUNUH DAN 800 CEDERA..

BILA DIWAR-WARKAN HAL BEGITU.. TERINGAT KITA DENGAN UMAT ISLAM DI PHILIPINA, SELATAN THAILAND, BOSNIA, CHECHEN..

ISLAM TIDAK BOLEH DIBELA DI TEMPAT BUKAN ISLAM MAJORITI.. NAMUN, BUKAN ISLAM TERBELA DI TEMPAT ISLAM MAJORITI..

AGAMA ISLAM TIDAK MENGAJAR UMATNYA GANAS SESUKA HATI,NAMUN JIKA AGAMA DIHINA, MAKA HENDAKLAH MEMPERTAHANKAN AGAMA.. ADA BAIKNYA, KITA MENCARI PUNCA BERLAKU HAL KRITIKAL DI XINJIANG SEGERA...

Selasa, Julai 07, 2009

TAWAU < MPT benarkan Kedai Judi/Arak?

Kedai-kedai jual arak di sana sini.. kita masuk kedai, ada yang arak diletak di bahagian hadapan kedai.. kononnya letak di bahagian belakang, mudah dicuri.. kedai runcit biasa bebas menjual arak.. belum dikira kedai karaoke.. papan tanda iklan arak wujud di simpang utama Jalan Apas. Laluan utama sesiapa sahaja termasuk pemimpin yang datang dari epot Balung ke bandar Tawau.. kedai judi? banyak... belum dikira perjudian di kedai billiard/snooker.. tikam nombor, spot toto bercambah.. untuk info, hanya ada 1 ADUN Pembangkang di Sabah iaitu Adun Sri Tanjung -DAP- YB JImmy.. YB2 lain kebanyakan beragama Islam.. sepatutnya diarah buang papan tanda arak.. kedai judi ditutup.. kedai arak tinggal 1 sahaja ka seperti dibuat di Kelantan.. mana dia istilah MALAYSIA NEGARA ISLAM? I MALAYSIA mesti ikut Islam.. arak/ judi tiada tempat dalam Islam.. so..

FELDA - BALA - DERITA -

Baru-baru ini, abang anak murid meninggal dunia di dalam kawasan Felda Umas, Tawau (jam 1 ptg,30 JUN 2009 kawan beritahu).. katanya kemalangan waktu malam di jalan jeti (jalan mat rempit).. jalan yang top di Felda Umas.. khabar tidak baik ialah dia mabuk..lalu lebih malang, melanggar saudaranya yang berada tidakjauh dari situ, saudaranya pun koma, patah.. terbaru diberitakan sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.. koma, tak sedar diripun dah dekat 2 minggu agaknya.. tahun lepas, saya pergi ziarah adiknya di Hospital Tawau.. kemalangan juga.. hingga ada jururawat yang menyebut.. wad 3 ni, untuk orang-orang Umas sahaja.. jalan jeti dah top, namun pihak berkuasa agak memandang rendah tahap keselamatan tersebut.. bahaya kecederaan.. bahaya masalah sosial bila berkumpul di jalan tersebut dalam bilangan ramai.. bahaya masa depan.. nasihat, khutbah Jumaat, kuliah, di sekolah juga dipesan kepada anak-anak peljar, namun! KERAS HATI! .. itulah FELDA- BALA - DERITA..

Isnin, Julai 06, 2009

MAJLIS ILMU DI BUMI KINABATANGAN> BENGKEL ORGANISASI

ALHAMDULILLAH.. KAMI BERJAYA MENYELESAIKAN AGENDA BESAR DPPNS PADA 4 JULAI 2009 (SABTU) DI PASTI KINABATANGAN. 20- 30 ORANG RAKAN-RAKAN EXCO DAN RAKAN-RAKAN DI KAWASAN SELURUH SABAH DATANG MENUNTUT ILMU 'ORGANISASI'. SERENTAK DENGAN PERUBAHAN PUCUK PIMPINAN DPP PUSAT, MAKA DPP PUSAT MEMBUAT PERUBAHAN NAMA-NAMA JABATAN SERTA LUJNAH. OLEH ITU, BENGKEL INI SEDIKIT SEBANYAK MENJELASKAN BEBERAPA PERUBAHAN DI SAMPING MERAPATKAN UKHUWAH ANTARA RAKAN-RAKAN KERJA DAKWAH ISLAM DI BUMI SABAH KHASNYA..

WALAUPUN FAKTOR GEOGRAFI MEMBERI IMPAK DARI SEGI KEHADIRAN SERTA KELEWATAN HADIR, NAMUN ITU SEMUA TIDAK MEMBATASKAN SEMANGAT PEJUANG-PEJUANG MUDA DI SABAH UNTUK TERUS MENEGAKKAN ISLAM DI BUMI HARAPAN BN INI...

KEPADA SAUDARA LAHIRUL LATIGU, KETUA PEMUDA PAS SABAH, TERUSKAN PERJUANGAN,, SEMOGA ALLAH BERIKAN KEKUATAN UNTUK MEMIMPIN KAMI...

Rabu, Julai 01, 2009

FESTIVAL NASYID PERINGKAT DAERAH TAWAU ANJURAN PEMUDA PAS KAW TAWAU

TAK LAMA LAGI, INSYA ALLAH KALAU DIIZINKAN ALLAH, AKAN BERLANGSUNG FESTIVAL KALI PERTAMA TERBUKA DI DAERAH TAWAU.. FESTIVAL NASYID.. PERLU KOS DAN KOMITMEN YANG TINGGI BAGI MELANCARKAN PROGRAM TERSEBUT.. CADANGAN AWAL BULAN OGOS, SEBELUM PUASA..

ALHAMDULILLAH..

Allah telah menguji saya, sakit mulai Jumaat 19 Jun 2009 hingga hari ini.. sakit urat saraf / kencing manis / kolestrol / keletihan... ntah yang mana satu.. muda-muda 34 tahun pun kena dah.. 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul'.. barangkali inilah balasan atas dosaku selama ini kepada Allah.. salah guna nikmat.. kufur nikmat...ntah berapa banyak, sedikit air mataku keluar.. mengenang lemahnya diriku berbanding Allah... bila sakit, perasaan nak mati pun kadang-kadang datang berbisik-bisik di telinga.. Ya allah.. biarla aku mati dalam keadaan beriman... kebas kaki ku.. kata seorang DR.: mungkin kuat memandu, sistem kereta, kurang senaman.. perlu rehat.. agaknya rehat yang bagaiman buat kita di dataran jihad ni.. selemah-lemah kita, tenaga diperlukan.. riak wajah sakit harus disembunyikan... tunjukkan semangat 'jemaah islam'.. betul! Rehat di syurga...