Persoalan Ketiga:
Luqman mendidik anaknya agar berterima kasih kepada ibubapa di atas susah payah dan jerit perih mereka membesarkan dan mendidik anak dengan segala macam pemberian dan kebaikan untuk anak tersayang. Tunaikan hak keduanya terutama kepada ibu. Kerana ibu bersusah payah menanggung penderitaan bermulanya dari proses mengandung sehinggalah melahirkan anak, menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama 2 tahun dan mendidik anak siang dan malam.
Sesungguhnya ketaatan kepada ibubapa walaupun berlainan agama adalah wajib diikuti kecuali apabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan oleh Islam. Maka ketika itu haram mentaati perintah itu!!!
Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat ini.Terima kasih/ kesyukuran kepada ibubapa datang selepas syukur kepada Allah. 'Logiklah' bahawa ucapan terima kasih/syukur ini pertama-tamanya buat Khaliq (pencipta). Selepas itu barulah diikuti pula buat makhluk yang didahului oleh ibu bapa yang tercinta.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali"
Persoalan Keempat:
Luqman mendidik anaknya dengan mencegah anaknya dari mentaati ibubapa yang mendesak atau mengajak supaya mensyirikkan Allah dan segala macam perbuatan maksiat yang dilarang Allah.
Akan tetapi sebagai anak, ibubapanya harus dilayani, ditemani dan digauli dalam suasana yang penuh kebahagiaan dan kasih sayang. Anak juga harus melakukan kebaikan kepada mereka berdua seperti menjaga hal ehwal kewangan, menghormati dan berkhidmat kepada mereka.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kalau keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan Aku, apa yang tiada engkau ketahui, janganlah dituruti; dan pergaulilah keduanya di dunia ini dengan secara patut"
Persoalan Kelima:
Luqman menasihati anaknya agar melalui jalan yang dilalui oleh mereka yang kembali bertaut kepada Allah dengan keimanan, ketaatan dan meredah jalan yang lurus (jalan yang Allah anugerahkan nikmat kepada mereka). Bukan jalan yang dilalui oleh mereka yang dimurkai Allah dan mereka yang sesat!
Mereka yang kembali kepada Allah ini terdiri dari kalangan para Rasul, Nabi, orang benar dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan keikhsanan dari kalangan orang mukmin.
Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan turutlah jalan orang yang kembali kepada KU "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan