Persoalan Pertama:
Perkara pertama yang diajar oleh Luqman kepada anaknya ialah jangan Syirik kepada Allah. Disebutkan di dalam wasiat ini, bahawa syirik kepada Allah adalah kezaliman yang amat besar. Mengapa?
Kerana ia mengandungi syirik terhadap Rububiyatullah (Allah Yang Maha Berkuasa memelihara alam semesta ) dan syirik terhadap Uluhiyatullah (Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah). Atau dengan ertikata lain, mempersekutukan Allah dengan sesuatu lain yang juga mampu memelihara alam semesta dan mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain yang juga layak untuk disembah. Inilah Syirik!!!
Meskipun syirik terhadap Uluhiyatullah lebih ringan dari syirik terhadap Rububiyatullah, akan tetapi Allah tidak akan mengampuni dosa orang yang mati dalam hal demikian!Syirik sebesar-besar kezaliman. Zalim pula bererti meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya. Lagi sekali kita ingin mengajukan soalan.
Mengapa syirik dikatakan zalim? Telah disepakati, bahawa Allah lah yang menciptakan makhluk semesta alam. Allah jua yang menurunkan nikmat. Adakah layak kita samakan kekuasaan Allah ini dengan sesuatu kuasa yang lain? Jika ada di kalangan manusia yang menyamakan kekuasaan Allah dengan kuasa yang lain, maka ia telah melakukan kezaliman!!!
Allah sahaja yang layak disembah dan diagungkan kerna apa yang dilakukan-Nya itu tak mampu dilakukan oleh kuasa lain. Tetapi jika kuasa lain yang diagungkan, maka inilah kezaliman. Iaitulah meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya.
Inilah yang diperkatakan melalui ayat 13 surah Luqman yang bermaksud:
"Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah itu adalah kezaliman yang amat besar."
Persoalan Kedua:
Luqman mengajar anaknya supaya bersyukur kepada Allah di atas anugerah nikmat-Nya yang tak terhitung luas dan banyak. Dan kesyukuran mengandungi erti: Balasan perbuatan yang indah dan baik dengan perbuatan yang juga baik dan indah. Termasuk di dalam erti kata syukur ini ialah beribadah kepadaNya dengan melakukan ibadat-ibadat seperti yang disyariatkan, mendekatkan diri kepadaNya, menuntut keredhaan-Nya dan memuji-Nya serta menghadapkan diri dengan berdoa kepadaNya yang Maha Esa.
Memuji lebih umum dari bersyukur kerana hak mutlak kepujian itu diberikan ke atas yang dipuji pabila bersifat dengan sifat atau sifat-sifat yang baik. Hatta yang dipuji itu tidak melakukan sesuatu kebaikan terhadap pemuji.
Dan peringatan 'kesyukuran' kepada Allah ini dikaitkan dengan pembalasan pada Hari Qiamat. Jika sekiranya kesyukuran itu kepada Allah , maka akan mendapat balasan pahala dan jika sebaliknya akan mendapat balasan siksaan di atas kekufuran dan keingkaran.
Inilah yang diperkatakan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibubapanya. Bersyukurlah kepadaku dan kepadaku tempat kembali.".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan