Acu parang, abang dipenjara
KOTA BHARU 26 Dis. - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas seorang pemuda kerana didakwa mengacukan parang kepada adiknya dalam kejadian yang berlaku empat hari lalu di kampung Langgar Jalan Sultan Yahya Petra, di sini.Majistret Mohd. Fazaly Mohd. Ghazaly Ali mengarahkan tertuduh, Mohd. Noor Einadzlie Yahaya, 30, menjalani hukuman tersebut setelah dia mengaku bersalah bermula dari tarikh dia ditangkap pada 22 Disember lalu.
Dalam kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hafiz Abd. Rahman itu, ketika pengadu iaitu adik perempuan kepada tertuduh berada di rumah ibunya lebih kurang pukul 12.15 tengah malam, tertuduh telah membuat ugutan jenayah terhadapnya menggunakan sebilah parang dengan niat hendak menyebabkan ketakutan dan mendatangkan kecederaan dan kematian kepadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan