Written by Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 12 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menyambut baik inisiatif kerajaan negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan integriti bagi menjamin pentadbiran yang bersih terhadap negeri tersebut.Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, antara langkah tersebut adalah setiap Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang dikehendaki membuat deklarasi aset mereka yang akan dipaparkan melalui internet.
Katanya, DPP Malaysia menganggap deklarasi aset exco sebagai langkah baik dan penting bagi membuktikan bahawa setiap exco kerajaan negeri bekerja dengan penuh amanah, tanggungjawab, telus serta menunjukkan bahawa mereka bekerja untuk kepentingan rakyat dan bukan untuk kepentingan diri mereka sendiri.
Beliau berkata, apa yang berlaku di negara ini adalah, ramai dari kalangan pemimpin negara atau pemimpin kerajaan negeri gagal mengisytiharkan aset mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan