ULASAN Pulau Pinang sedang berdepan dengan pencabulan alam sekitar memandangkan kerosakan yang meluas disebabkan oleh pembangunan tidak terkawal yang mengakibatkan cerun bukit menjadi tandus dan hakisan tanah sering berlaku di kawasan bukit yang sedang dimajukan.
Pembangunan pesat di Pulau Pinang telah memberikan kesan buruk kepada alam sekitar pulau dan turut menjejaskan penduduk yang sudah pun berdepan dengan lebih banyak kemerosotan alam sekitar dan kesesakan lalu lintas.
Pembangunan terbaru ialah Resort Taman Tema Escape yang dicadangkan berdekatan Hutan Simpan Teluk Bahang, Taman Negara Pulau Pinang dan Empangan Teluk Bahang.
Tanah seluas 12.14 hektar untuk pembangunan taman tema itu adalah milik Perbadanan Air Pulau Pinang dan telah dipajak kepada Sim Leisure Consultants.
Apa yang menghairankan ialah rasional bagi membina taman tema ini, yang antara lainnya bertujuan untuk membina taman air di dalam hutan dengan kolam berombak, luncuran, sungai dan kawasan permainan.
Kenapa kita memerlukan taman tema buatan manusia ini apabila alam sekitar semulajadi di luar sana tersedia untuk pencinta alam dan mereka yang gemarkan cabaran? Kenapa kita perlu menukarkan hutan kepada “tarikan seperti karnival”?
Model atau olok-olok?
Adakah pelancong membanjiri Pulau Pinang untuk mengunjungi taman tema atau hutan hujan tropika, pantai, warisan budaya dan makanan kita yang menarik pelancong asing dan tempatan?
Taman tema ini disanjung sebagai projek contoh. Sama ada ia adalah model atau olok-olok, ia kekal dilihat dan dalam proses itu alam semula jadi kita tidak seharusnya menjadi mangsa.
Menurut laporan berita, pemaju projek mendakwa bahawa Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah mengisytiharkan projek itu sebagai mesra ekologi dan tidak memerlukan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dilakukan.
Memandangkan dekatnya taman tema yang dicadangkan itu dengan tiga kawasan alam sekitar yang sensitif dan kawasan tadahan air, projek ini seharusnya disediakan EIA, walaupun tidak diwajibkan di bawah perintah EIA.
Laporan EIA penting untuk orang awam untuk membuat keputusan berpengetahuan berhubung sama ada projek itu akan memberikan kesan terhadap sumber air dan alam sekitar.
Begitu juga adakah kita mempunyai penilaian kesan lalu lintas yang lengkap untuk mengukur bagaimana projek ini akan menjejaskan keseluruhan keadaan lalu lintas di Pulau Pinang.
Mekanisme penyertaan awam
Jawapan kepada kesesakan lalu lintas di bahagian Pulau Pinang ini ialah dengan tidak membina lebih banyak jalan atau melebarkan jalan sedia ada kerana ia akan memburukkan lagi alam sekitar yang sudah pun terjejas.
Kita memerlukan lebih banyak mekanisme yang berkesan untuk merancang, memantau dan mengawal pembangunan untuk mengekang kemerosotan alam sekitar di Pulau Pinang. Rakyat Pulau Pinang perlu dirundingi dalam perkara berkaitan pembangunan seperti taman tema ini.
Selaras dengan dasar Kecekapan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan (CAT) kerajaan negeri Pulau Pinang, mekanisme penyertaan awam paling utama. Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu mengotakan apa yang dikata dan mendengar suara rakyat.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) tidak menyokong projek Resort Taman Tema Escape di Teluk Bahang. Kerajaan negeri dan Perbadanan Air Pulau Pinang tidak seharusnya memajak warisan alam semula jadi kita untuk keuntungan ekonomi daripada pelancongan.
CAP dan SAM menggesa Kerajaan Negeri membatalkan projek ini dan mengambil langkah untuk menghadkan pembangunan di sini, untuk melindungi dan menjaga alam sekitar semula jadi.
Penulis merupakan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan