Cubaan kedua jual tanah peneroka | | Print | |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 14 Nov: Cadangan menyenarai Felda Global Ventures Holding Sdn Bhd di Bursa Malaysia pada pertengahan 2012 merupakan cubaan kedua 'menjual tanah peneroka', kata bekas pegawai Bank Negara, Dr Rosli Yaakob. Bercakap pada sidang meja bulat anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di Pejabat Agung PAS semalam, Rosli berkata cubaan pertama dibuat pada tahun 2004 di zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Ketika itu ujarnya, Tun Mahathir membawa idea untuk menyenarai Felda Holdings Berhad ke Bursa Malaysia namun gagal setelah ditentang hebat oleh peneroka. “Nampaknya cadangan ini menggantikan cadangan Tun Mahathir untuk menyenaraikan Felda Holdings Berhad pada 2004, namun dibantah peneroka Felda. Kalau dulu Felda Holdings Berhad dicadangkan tapi kali ini syarikat yang memiliki 49 peratus saham dalam Felda Holdings Berhad pula dicadangkan,” katanya. Mengulas lanjut, Rosli berkata, apa yang lebih dibimbangi adalah nasib peneroka selepas ini yang bakal kehilangan tanah akibat dari penyenaraian tersebut. "Penyenaraian ini jika berlaku bermakna mendedahkan tanah milik peneroka felda kepada bukan peneroka dan pelabur asing. "Ianya ibarat seperti menjual angsa yang mengeluarkan telur emas," katanya dihadapan kira-kira 20 orang yang turut serta dalam sidang meja bulat itu. Selain Rosli, turut serta sebagi panel adalah bekas penolong kanan pengarah Kastam Malaysia Razman Ramli manakala pengerusi sidang itu adalah Presiden Anak, Mazlan Aliman. Projek gali kubur peneroka Sementara itu, bekas naib presiden kanan Felcra Datuk Ramleli Buyong menyifatkan penyenaraian Felda Global Ventures Sdn Bhd di Bursa Malaysia sebagai “projek gali kubur peneroka.” Katanya, ianya merupakan satu projek 'berniat jahat' yang hanya akan memangsakan peneroka dengan memberi janji 'kekayaan sementara' kepada mereka. Sambil menceritakan apa yang pernah berlaku kepada peserta Felcra, beliau tidak menolak nasib sama akan menimpa peneroka felda jika penyenaraian itu benar berlaku. “Saya teringat gerakan dalam Felcra ketika itu Datuk Hamzah Zainuddin (pengerusi Felcra), saya dan kumpulan saya menentang keras cadangan itu. “Penyenaraian adalah jahat, ia projek menggali kubur peneroka. Dalam penyenaraian biasanya orang kata untuk cari modal tapi sebenarnya nak tampung biawak hidup yang ada," katanya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan