Hati Seputih Salju Yang Dicari
Kali ini saya mahu/nak bagi 2 cadangan ringkas buat sahabat. Senang dan memerlukan keikhlasan yang amat tinggi. OK!
Pertama: Bertaubat dan Kedua: Memohon Ampun dan Maaf
Pertama: Bertaubat
Maksudnya bila bertaubat ini, kita yakin bahawa lepas itu kita akan buat segala perintah Allah dengan sebaik mungkin. Sentiasa berhati-hati dalam setiap tindak tanduk.
Biasanya siapa yang bertaubat sungguh-sungguh kesan boleh dilihat selepas itu. Perangainya banyak berubah. Peribadi teratur. Bertuahlah diri yang selalu ingat Allah dan selalu sensitif akan dosa lalu dan jalan terbaik yang dipilih olehnya ialah Bertaubat!
Kedua: Memohon Ampun
Memohon ampun itu adalah bukti baik hatinya kita .Tak rasa ego atau sombong.Tapi menampakkan rasa lembutnya hati kita. Minta maaflah dari mereka yang kamu rasa kamu ada buat sesuatu kesalahan . Jika kamu kata kamu banyak buat salah pada kawan-kawan ,maka pergilah berjumpa mereka secara personal. Jumpa secara berdepan.
Cakap elok-elok(baik-baik) kepada dia. Bahwa sahabat benar-benar hendak minta maaf. Kalau dia tak mahu ampunkan kesalahan sahabat, biarlah. Kita sudah habis tanggungjawab kita. Ikhlaskan hati ketika minta ampun dan maaf itu. Insya Allah , Allah bersama sahabat.
Sikap tidak puas hati pada seseorang ini berkait rapat dengan rasa hasad dan dengki. Biasanya begitulah. Samada sahabat itu lebih taraf dari orang tersebut atau sahabat kurang taraf dari orang tersebut, maka sememangnya sikap tidak puas hati ini tetap wujud. Sehinggalah sampai kita akan mati! Oleh itu adalah dinasihatkan agar sahabat cuba fikirkan dan renungkan buat seketika masalah ini...
Sahabat yang dihormati, ada pesanan untuk kita umat Islam ini. Iaitu jangan selalu memandang mereka yang tarafnya tinggi dari kita tidak kiralah dari segi ilmu, harta atau kecantikan dan lain-lain tetapi lihatlah juga mereka yang berada di bawah kita iaitu yang kurang dari segi ilmu, harta, kecantikan dan lain-lain.
Semoga ingatan seperti ini akan menjadi salah satu tembok untuk kita bersyukur terhadap nikmat Allah yang amat luas tak terhingga. Dan pesanan dari Allah buat kita hambanya: "Jika kamu bersyukur, escaya akan AKU (Allah) tambahkan nikmat ke atas kamu"
Besyukurlah dengan apa yang ada pada kita. Kelebihan yang ada pada kita tak terdapat pada orang lain. Itulah 'permata' dalam diri kita. Tetapi kita tidak lekang dari mempunyai kekurangan dan kelemahan. Begitulah manusia lain. Mereka ada kelebihan dan ada kekurangan.
Mungkin-mungkin mereka juga ada yang irihati atau berhasad pabila melihat 'permata' yang berada pada kita. Kita tidak puasa hati dengan seseorang.Orang lain pun tidak puas hati sama kita. Samalah tu. Adillah itu.
Kita mahu orang lain jaga hati kita tetapi kita tidak pula terniat hendak jaga hati orang lain. Kita rasa orang lain salah tetapi kita tidak rasa kita ini pun salah. Macam mana ni? Maksudnya kita ni sombong? Kalau kita sombong, kita tetap nak kita juga menang. Nak orang lain kalah dalam setiap pebahasan. Kitalah yang senantiasa betul.
Betulkah cara kita ini??? Tetapi kalau kita ni jenis manusia yang suka beralah (suka mengaku kalah) bukan kerana 'bodoh'tetapi beralah kerana 'cerdik' pasti tak terjadi satu tanggapan pada manusia lain bahwa kita ni jenis tak suka mengalah.
Nak (mahu) menang sahaja. Pada saya sikap begini patut dibuang jauh-jauh dari diri manusia. Kalau kita suka kekal dalam gaya tersebut, benarlah kawan-kawan akan menjauhkan diri dari kita walaupun kita sudah hampir mendekati mereka.
Bertaubatlah sambil menangis di hadapan Allah. Siapalah kita berbanding Allah? Makhluk kerdil yang kadang-kadang itu lupa erti perhambaan. Kita makhluk dan mesti patuh kata tuan (Allah)! Kembalilah menghayati Akhlak Islami yang diajar oleh Rasulallah s.a.w.
"Orang yang cerdik ialah orang yang mengingati mati! Tiap amalan akan dilakukannya mengikut apa yang Islam ajar. Dia takut gerak gerinya menyakiti hati manusia. Kerana dia yakin adanya dosa dan pahala. Maka dia melakukan sebaik mungkin pesanan Allah dan Rasulnya"
Ok lah untuk kali ini. Cubalah ambil yang terbaik dari tulisan ini. Yang benar tu dari Allah dan yang buruk dan salah itu dari saya yang masih menagih nasihat dan kritikan yang membina.
Biarlah kita dikata penghuni terhina di dunia ini tetapi kita menjadi tetamu kehormat buat penghuni di langit sana.............Renung-renungkan lah kata-kata ini.............Ok!
Biarlah kita dikata penghuni terhina di dunia ini tetapi kita menjadi tetamu kehormat buat penghuni di langit sana.............Renung-renungkan lah kata-kata ini.............Ok!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan