Khamis, April 30, 2009

MUKTAMAR PEMUDA NEGERI SABAH DI KINABATANGAN, SANDAKAN


esok.. muktamar pemuda di sandakan.. dirasmikan Dato Husam Musa, Naib Presiden PAS.. ceramah umu hari Sabtu Malam Ahad 2 hb 5 2009.


Kali ini, parlimen Dato Bung Mokhtar BN digegarkan oleh panji-panji hijau putih merah ... allahu akbar. Menang PR di Sabah Sarawak, insya Allah.. akan memerintah Malaysia kita.. dengan kuasa undi, kita akan menegakkan Islam..

Selasa, April 28, 2009

UJIAN GETIR DI TAWAU, SABAH.. sedang PAS kecil berbanding BN..


ASSALAMUALAIKUM.. ada pihak yang bimbang jika saya berkhutbah.. menghentam kerajaan.. kebetulan surau sekolah dalam proses pembinaan pula.. bimbang surau sekolah dijadikan tempat memaki hamun kerajaan.. INILAH BN! kebaikan kita jarang bahkan tak pernah diSEBUT-SEBUT! sedang bila satu perkara yang menyentuh kesalahan kerajaan bahkan DOSA kerajaan terhadap Allah, maka ahli gerakan Islam ini didakwa/dituduh memecah belah perpaduan/ menghentam kerajaan.. banyak tempat saya berkuliah.. di sekolah saya berkuliah juga dalam kelas.. apakah ilmu saya salah? seingat saya, apa yang saya sebut betul.. dalam khutbah baru-baru ini, saya menyebut POLITIK ADA KAITAN DENGAN ISLAM.. itupun tak boleh?

Sabtu, April 25, 2009

"MELANGKAH GAGAH" - MESYUARAT AGUNG DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAWAU dah selesai...

alhamdulillah.... selesai sudah kewajipan kami di Tawau..
ada lah perubahan sikit-sikit pucuk kepimpinan.. kalau tak tersenarai tak bererti boleh melarikan diri... almaklumlah.. jemaah PAS ini gerakan menegakkan Islam.. kalau kita lari dari jemaah, maknanya lari dari Islam... ish ish.. ini juga last pemerintahan En. Mohd Nasir Che Ali (GAMBAR DI BAWAH- KETAYAP)sebagai ketua dewan pemuda.. tahniah atas usaha selama 2 penggal.. kini En. Mohd. Nazri Mokhtar pula memimpin dewan.. moga dewan pemuda tawau terus memacu perjuangan... takbeer!




PENGALAMAN SEMBANG DENGAN MANGSA ISA...


alhamdulillah... baru-baru ni dapat berjumpa dengan Ust. Nazri (gambar - berketayap)
salah seorang mangsa Isa yang ditahan sejak 2006 lalu.. lama betol.. betullah ya.. bila mujahid Islam dipenjara, sebenarnya rehat baginya.. jika dipindahkan, sebenarnya ia ibarat melancong..

Dalam tahanan, Ust nazri dapat hafal 30 juzuk Al-Quran.. betullah.. tiada apa yang dibuat.. bila suasana tenang.. allah sahaja yang bersama kita.. jika kita ingat begitu.. mudah lah menghafaz.. saya berjumpa dengan beliau di sebuah masjid.. memang sejak pulang, lepas magrib digunakan untuk mengulang ayat2 quran.. dulu sepi.. sekarang suasana sebenar, bisa menjadikan ayat-ayat tersebut mudah lenyap biarpun sebelumnya hafiz 30 juzuk..
60 hari soal siasat [di suatu tempat yang tidak diketahui-nak tahu macam mana, mata ditutup]sebelum di bawa ke Kemunting, Perak memang masa yang mencemaskan dengan 1001 macam skill dan taktik kotor keji oleh pihak keselamatan samada pegawai tersebut mengaku Allah tuhannya atau tidak.. bayangkan berada dalam bilik yang diterangi 1 lampu bewarna merah... jika nak ke tandas perlu diketuk pintu, memanggil pegawal tahanan.. kadang-kadang sengaja tidak dibenarkan ke tandas.. lantas tindakan yang mungkin di luar jangka.. buang air dalam bilik tahanan la jawabnya... hari-hari terawal dalam soal siasat 60 hari dikejutkan dengan kedatangan anak-anak dan isteri.. hati mana yang dapat menahan sedih, pilu, sebak teringatkan orang tercinta.. itulah kemahiran untuk memujuk agar 'pengganas' 'pengguling kerajaan' sedar dan insaf atas perbuatan yang 'ntah betul ntah tidak' mereka lakukan.. walhal sehingga kini.. TIADA bukti!
1 tahun berpantang dari terlibat aktiviti agama.. khutbah pun tak boleh.. ikut pergi dengar ceramah agama.. apatah lagi politik! tak boleh.. jam 9 malam hingga 6 pagi MESTI di rumah.. inilah yang Bang Mad Sabu bagitau, bebas tapi tak bebas.. masih dikena TAHANAN.. siapa yang membaca artikel ini.. war-warkan kepada rakan-rakan..
mendengar luahan hati sahabat saya ini.. geram dan marah saya kepada tangan-tangan yang memberi UNDI BN! itulah saham mereka.. kamu solat hingga hitam dahi.. tapi tangan pangkah BN... hissssssssshhhh!
Sabarlah! Doa mereka yang ditahan ISA (tak salah - tanpa bicara)sejak dikenalkan hingga kini.. telah pun didengari Allah.. rabbul Izzati.. jatuhkanlah Kerajaan Yang Zalim! Allahu Akbar!

JOM HEBOH - SURE HEBOH! JOM BUAT DOSA- SURE BUAT DOSA!


harakah >> Sabtu 25 April 2009 29 Rabiul Akhir 1430 Hijrah'Jom Heboh': Zambry ingkar arahan Mufti Johari Jaafar Fri Apr 24, 09 3:38:19 pm MYT IPOH, 24 April (Hrkh) -


Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan kelulusan yang telah diberikan untuk penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini.


Iklan Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dalam kenyataan akhbarnya semalam. Menurutnya merujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert �Sure Heboh�(sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda. Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut.
"Pemuda PAS Ipoh Timur memohon agar pihak Kerajaan Negeri memperjelaskan kelulusan yang telah diberikan tanpa mendapat nasihat daripada Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak," katanya.


Beliau turut meminta supaya pejabat Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak memberikan garis panduan yang jelas kepada Kerajaan Negeri tentang konsert yang boleh diadakan di masa akan datang. - mns_
<<--- KOMEN SAYA : AGAMA tak boleh hidup dalam BN / UMNO. Lembu boleh kah hidup satu kandang dengan harimau? Islam boleh hidup kah dalam suasana di sekelilingnya penuh dengan maksiat dan dosa.. sebab itu Islam perlu ditegakkan melalui gerakan Islam PAS.. Insya Allah.. terjamin.. ingatlah sesiapa yang pangkah BN masa p/raya.. ada saham suka ISA ada saham suka SURE HEBOH JOM HEBOH dan bla. bla..

Solat Jumaat Wajib Jika Musafir Lepas Naik Fajar




Assalamualaikum.. rupa-rupanya.. solat Jumaat wajib didirikan jika bermusafir lepas naik fajar subuh. Tidak ada masalah jika solat Jumaat tersebut dijamak atau dijamak qosar pula dengan solat Asar.

Jika kita keluar sebelum subuh, maka solat Jumaat tidak wajib bagi musafir.

Ringkas, dan harap ambil faham la terutamanya hamba yang lupa ini.

Wallahu 'alam.

Ahad, April 12, 2009

Islam Is The Way Of Life...


kaffah.. menyeluruh.. islam masuk ke semua tempat dan masa... tidak ada hidup kita yang boleh dipisahkan dari perhatian Allah... jika ada manusia yang baik di masjid, tetapi di luar masjid dia sokong dibuka kedai arak.. kedai judi.. apa lah untung solat di masjid tadi? ingat Islam ada pada solat sahaja kah? Solat yang benar, ialah dirikan solat.. baik sebelum atau lepas solat jadi muslim yang betul-betul beriman.. inilah cebisan peringatan.. jika tak tahu, rujuk tok guru.. ilmu yang wajib ada ialah ilmu yang membawa kepada hidup bahgia di akhirat.. yang akan bawa kita ke syurga Allah..

Inilah dia Isteri Perdana Menteri Ke 6? Em... Fikir-fikirkanlah..

Emm.. baik buruk kita kena terima atas apa yang berlaku... siapa yang memilih pemimpin begini jadi Perdana Menteri? dapatlah saham sikit-sikit, atau banyak? pakaian pun tak ikut Islam isteri PM ini... boleh berpeluk dengan Salman Khan pulak atas pentas.. bukankah jelas haram perbuatan tersebut dengan bukan mahram (orang yang boleh dikahwini)?pergi salam dengan Pak Lah pula lagi.. adus! Guane Malaysia ni.. Bagaimana kita hendak bercakap dengan rakyat itu ini... yang simple-simple pun.. tak lepas?


Sabtu, April 11, 2009

Selamat Pulang Pejuang Allah... Rakanku Mangsa ISA



Ayah mana tidak sayang anak.. inilah mangsa tahanan ISA (2006) yang baru dibebaskan-Ust. Mohd. Nazri B. Dollah.. lulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab, Al al-Bayt, Jordan..(bukan orang lemah yang ditahan.. tinggi ilmunya)

Di Tawau sebelum ini, antara bakti terbesar yang disumbangkan beliau ialah menjadi tenaga pengajar di Masjid Besar Al-Kaustar, Tawau. Menjawab hukum hakam di Radio Tawau pada petang Jumaat. Kemasyarakatan beliau tidak dapat dinafikan selain tugasnya sebagai guru agama di SMK Kinabutan.

Sebak juga dan seakan menitis air mata bila lihat gambar di sebelah. Apakah perasaan anaknya yang 4 tahun ditinggalkan? apakah perasaan isteri beliau?.. uh! sedih Ya Allah...

Ya, memang itulah yang akan dihadapi pejuang Allah walaupun undang-undang dunia mengatakan beliau terlibat dengan DI (Darul Islam) gerakan pengganas.. setakat yang saya tahu.. jika kita membela umat Islam menentang gerakan Kristian yang ingin menghancurkan Islam, wajib kita ke hadapan.. inilah sebenarnya perjuangan yang saya dengar .. Pengganas ialah yang membunuh tanpa hak! Mungkin itulah sebab beliau ditahan tanpa bicara.. jika dibenar dibawa ke mahkamah Allah sekarang.. siapa yang mengganas sebenarnya???????????

Nah.. anak-anak ustaz.. kini bapamu kembali.. kembalikan sinar kebahagian keluarga mereka Ya Allah.. kembalikan kekuatan dirinya untuk terus menyumbang ilmu dan bakti di bumi Tawau.. Allah Akbar1

Khutbah Jumaat-10 April 2009 ( Politik Ada Kaitan Dengan Akhirat)

Khutbah Jumaat 10 April 2009


الحمد لله ثم الحمد لله، الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده، يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك ولعظيم سلطانك،
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدَنا ونبيَنا محمداً عبدُه ورسولُه، وصَفِيُّه وخليلُه، خَيْرَ نبيٍ أَرْسَلَهُ، أَرْسَلَهُ اللهُ إلى العالمَ كلِهِ بَشيراً ونذيراً،
اللهم صلِّ وسَلِّمْ وبارِكْ على سيدِنا محمد، وعلى آل سيدنا محمد؛ صلاةً وسَلاَماً دَائِمَيْنِ مُتَلازِمَيْنِ إلى يوم الدين، وأوصيكم ـ أيها المسلمون ـ ونفْسِي المُذْنِبَة بتقوَى الله تعالى.
أما بعد، فيا عباد الل
ه ،


Saya berpesan kepada diri saya dan juga para jemaah sekelian agar bertaqwa kepada Allah sesungguhnya hanya orang bertaqwa sahajalah yang akan berjaya di sisi Allah swt.

Bertaqwa adalah bererti takut dan gerun kepada Allah pada setiap ketika. Takut kepada kekuasaan Allah atau juga takut kepada balasan neraka Allah. Sifat taqwa atau takut ini terbukti dengan kepatuhan kepada suruhan Allah dan menjauhi segala larangannya.

Orang yang sentiasa melakukan dosa atau melanggar perintah Allah bukanlah dari golongan orang yang berjaya di sisi Allah dan Allah telah menjanjikan kepada mereka azab yang pedih di akhirat nanti.

Muslimin sidang Jumaat sekelian,

Ada pendapat mengatakan masalah berpolitik dalam mana-mana pertubuhan politik adalah masalah dunia dan tidak ada kena mengena dengan akhirat. Perkara dunia, habis di dunia. Oleh itu, tidak timbul soal parti mana harus diikut, mana yang harus ditolak, semuanya sama. Apakan pandangan Islam tentang hal ini? Bolehkah hal politik dibicara di dalam masjid? Di dalam kuliah-kuliah atau khutbah-khutbah di masjid? Inilah yang kita bincangkan pada hari ini.

Muslimin sidang jumaat yang dirahmati Allah sekelian,

Dalam perlembagaan Malaysia, Undang-undang Malaysia, setiap rakyat yang memegang Kad Pengenalan berhak ada hak untuk berpertubuhan politik. Namun, dalam Perintah Am bagi kakitangan kerajaan seperti guru Kumpulan A, tidak boleh memegang jawatan dalam pertubuhan politik. Tetapi ada hak membuang undi. Bagaimana guru mahu membuang undi tanpa berpeluang mendekati pandangan dari setiap pertubuhan samada A atau B. Bagaimana kita mahu memilih pemimpin sedangkan kita tak tahu apa dasar, apa aktiviti,
siapa pemimpin yang kita mahu pilih?

Inilah agaknya menyebabkan seorang pemimpin negara baru-baru ini (semasa Persidangan Agung Umno) mencadangkan agar guru Kumpulan A boleh bergiat aktif dan memegang jawatan dalam politik agar parti dapat menggunakan kelebihan yang ada pada mereka.

Muslimin sidang Jumaat,

Islam adalah panduan hidup. Islam adalah cara hidup. ”Islam is the way of life”. Islam yang sebenar ialah yang tidak memisahkan di antara urusan dunia dan urusan akhirat. Islam. Kedua-duanya berjalan serentak. Dunia adalah jambatan menuju ke akhirat. Politk adalah sebahagian dari Islam. Apa yang kita lakukan di dunia ini akan dikira pada hari akhirat. Itulah yang disebut dalam Surah Al-Zalzalah 7-8 : > ayat?

”maka sesiapa berbuat kebajikan meskipun seberat zarah, nescaya akan diberi balasan di akhirat. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan, meskipun seberat timbangan zarah, akan diberi balasan akhirat”.

Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita kerja-kerja manusia ini di dunia ini terbahagi kepada 2 jenis sahaja. Samada kerja baik atau kerja jahat. Kerja politik pun sama juga. Ada politik yang baik dan ada politik yang jahat. Kerja politik adalah kerja besar dan berat.
Guna dan kesannya juga amat besar.

Ada orang yang seluruh hidupnya dihabiskan dalam politik, siang malam berpolitik. Rugilah dia jika Allah tidak mengambil kira perjuangan dan pengorbanannya jika ia melakukan politik yang baik. Dan tidak adillah kepada Allah, jika dibiarkan orang yang melakukan politik jahat itu terus bermaharajalela dan tidak dibalas di akhirat.

Muslimin yang rahmati Allah sekelian,

Kuasa politik adalah kuasa yang menentukan hala tuju negara. Rakyat akan terbawa ke dalam penghidupan yang diwarnakan orang politik yang diberi kuasa oleh rakyat. Jika politik yang mementingkan parti dan kronisme (kaum keluarga) serta nepotiesme (rakan-rakan), maka untunglah yang mendapat habuan, manakala yang lain-lain akan menderita.

Jika politik yang jujur serta ikhlas, berjuang untuk mengajak manusia memartabat dan melaksanakan hukum Allah, melaksanakan perintah Allah sesuai dengan tanggungjawab manusia sebagai Khalifah Allah di muka bumi, maka akan untunglah insan yang akan mendapat ganjarat di akhirat.

Walaupun sudah ada penjelasan dalam surat-surat khabar, radio dan televisyen, internet tentang Islam itu suatu cara hidup, tidak terpisah dunia dan akhirat namun masih terdapat kekeliruan dalam umat Islam. Oleh itu, marilah kita renung kepada ikrar taat setia, aku janji kita dalam solat kita hari hari yang dibaca dalam Doa Iftitah ” inna solati, wa nusuki, wa mahyaya wa mamati lillahi robbil ’alamin – sesungguhnya solatku, ibadatku, cara hidupku, cara matiku, semuanya dilakukan untuk Allah- Tuhan sekelian alam”.

Muslimin yang dikasihi sekalian,

Setiap kali solat, kita semua (pemimpin atau rakyat) membuat pengakuan mutlak bahawa seluruh hidup kita semuanya kerana Allah, tiada yang lain kecuali kerana Allah. Berpolitiklah untuk Allah, bukan kerana dunia. Walaupun urusan politik di dunia tetapi kerana Allah dan melalui jalan dan cara yang Allah suka.

Jika saya dan tuan-tuan terlibat dengan politik yang menentang hukum Allah. Contohnya Allah mengatakan judi haram tetapi dihalalkan oleh kita. Halal yang saya maksudkan iaitu kita memberi kuasa dalam pilihanraya kepada pemerintah untuk meluluskan lesen kedai-kedai judi. Untuk maklumat, masih terdapat 1000 lebih lesen judi yang diluluskan oleh pihak pemerintah sebagaimana yang dibentang di parlimen. Kita yang memberi kuasa akan mendapat saham atau dosa kerana terlibat dengan politik menentang hukum Allah. Itulah 1 sahaja dari banyak contoh-contoh politik yang hendak dicapai bukan untuk memartabatkan agama Allah, maka ia berlawanan dengan sifat manusia yang dijadikan Allah sebagai Khalifah Allah. Firman Allah ayat 30, Al-Baqarah: Ayat : >

” Dan Ingatlah ketika TuhanMu berfirman kepada para Malaikat, sesungguhnya Aku (Allah) akan menjadikan di bumi Khalifah (pemimpin)-iaitu manusia”

Saya dan tuan-tuan mempunyai panduan yang boleh menentukan sendiri politik sebenar, mana yang boleh memberi keuntungan dunia dan akhirat, ataupun sekurang-kurangnya kita akan beroleh keuntungan di akhirat jika berpolitik untuk memartabatkan Islam sebagai agama yang suci murni.

سورة العصر

بارك الله لي ولكم في القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم وتقبل الله مني ومنكم تلاوته ، إنه هو السميع العليم . أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه إنه هو الغفور الرحيم


خطبة كدوا

الحمد لله الذي جعل يومالجمعة سيد الأيام , وجعل أوقاته معمورة بالإفضال والإنعام.
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , وأشهد أن محمدا عبده ورسوله , المبعوث رحمة للعالمين, اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه إلى يوم الدين.
أما بعد ,
فيا عباد الله ! اتقوا الله في السراء والضراء لعلكم تفلحون.....

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Ingatlah bahawa hal pemerintahan Negara adalah berkait dengan ajaran Islam. Terdapat umat Islam yang melihat hal ini tidak ada kaitan dengan ajaran Islam, mereka membiarkan siapa sahaja memerintah mereka, membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh pemerintah, undang-undang dan peraturan yang dikenakan kepada mereka, seolah-olah mereka tidak mahu mengambil tahu dalam perkara yang seperti ini.

Sebenarnya allah telah menceritakan di dalam al-quran Surah al-Ahzab ayat 66-67 tentang ahli-ahli neraka itu rakyat yang bersetuju dengan pemimpin yang terpesong dari ajaran Allah sebagaimana berikut:ayat>

“ pada hari yang dibalik-balikkan muka mereka di dalam neraka, lalu mereka berkata- alangkah baiknya kalau di dunia dahulu aku taat kepada Allah dan Rasul. Mereka berkata lagi- Wahai Tuhan kami- sesungguhnya kami taatkan pemimpin-pemimpin kami, merekalah yang telah menyesatkan kami dari jalanMU”

Inilah kenyataan dari Allah yang perlu menjadi perhatian kita Umat islam sebelum menghembus nafas menemui Allah. Akibat dari sebahagian umat Islam yang tidak mengambil berat terhadap urusan pemerintahan menyebabkan mereka boleh dipermain-mainkan oleh pemimpin-pemimpin mereka bahkan dipermain-mainkan oleh musuh Islam sehingga mereka dikuasai oleh politik wang dan politik kebendaan.

Ingatlah kah kita bahawa Kerajaan Malaysia pernah menyokong ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu yang dicadangkan oleh Amerika satu ketika dahulu untuk menggunakan kekerasan tentera di Asia Barat di Negara Umat Islam sedarah daging dengan kita. Ingatkah kita? Itulah disebabkan oleh tunduk kepada politik wang dan benda yang dijanjikan oleh kuasa-kuasa besar dunia.

Ini semua, tidak lain tidak bukan berpunca daripada hukum pemerintahan yang ada di dalam ajaran Islam telah dilupai oleh sebahagian Umat Islam. Apabila kita lupa akan ajaran Allah, maka allah akan melupai kita. Jika allah lupa akan kita, maka allah tidak akan memberi pertolongan kepada kita di dunia dan akhirat nanti.

الدعاء
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم
والأموات إنك سميع الدعاء. ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار. والحمد لله رب العالمين.

عباد الله! إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذي القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي , يعظكم لعلكم تذكرون , فاذكروا الله العظيم يذكركم واشكروا على نعمه يزدكم , واسألوه من فضله يعطكم ولذكر الله أكبر. والله يعلم ما تصنعون. أقم الصلاة.......................

Selasa, April 07, 2009

Hati Seputih Salju


Hati Seputih Salju Yang Dicari


Kali ini saya mahu/nak bagi 2 cadangan ringkas buat sahabat. Senang dan memerlukan keikhlasan yang amat tinggi. OK!
Pertama: Bertaubat dan Kedua: Memohon Ampun dan Maaf


Pertama: Bertaubat


Bertaubat itu ada 3 syarat. Boleh rujuk mana-mana buku yang menceritakannya. Pertamanya meninggalkan kejahatan lalu, keduanya berazam kita takkan ulangi kejahatan lalu dan ketiga menyesal atas dosa lalu. Cuma perkara keempat ialah memohon kemaafan adalah syarat keempat bagi dosa sesama manusia. Perkara 3 tadi adalah taubat kepada Allah dan dosa itu antara kita dengan Allah.

Maksudnya bila bertaubat ini, kita yakin bahawa lepas itu kita akan buat segala perintah Allah dengan sebaik mungkin. Sentiasa berhati-hati dalam setiap tindak tanduk.
Biasanya siapa yang bertaubat sungguh-sungguh kesan boleh dilihat selepas itu. Perangainya banyak berubah. Peribadi teratur. Bertuahlah diri yang selalu ingat Allah dan selalu sensitif akan dosa lalu dan jalan terbaik yang dipilih olehnya ialah Bertaubat!

Kedua: Memohon Ampun
Memohon ampun itu adalah bukti baik hatinya kita .Tak rasa ego atau sombong.Tapi menampakkan rasa lembutnya hati kita. Minta maaflah dari mereka yang kamu rasa kamu ada buat sesuatu kesalahan . Jika kamu kata kamu banyak buat salah pada kawan-kawan ,maka pergilah berjumpa mereka secara personal. Jumpa secara berdepan.


Cakap elok-elok(baik-baik) kepada dia. Bahwa sahabat benar-benar hendak minta maaf. Kalau dia tak mahu ampunkan kesalahan sahabat, biarlah. Kita sudah habis tanggungjawab kita. Ikhlaskan hati ketika minta ampun dan maaf itu. Insya Allah , Allah bersama sahabat.
Sikap tidak puas hati pada seseorang ini berkait rapat dengan rasa hasad dan dengki. Biasanya begitulah. Samada sahabat itu lebih taraf dari orang tersebut atau sahabat kurang taraf dari orang tersebut, maka sememangnya sikap tidak puas hati ini tetap wujud. Sehinggalah sampai kita akan mati! Oleh itu adalah dinasihatkan agar sahabat cuba fikirkan dan renungkan buat seketika masalah ini...


Sahabat yang dihormati, ada pesanan untuk kita umat Islam ini. Iaitu jangan selalu memandang mereka yang tarafnya tinggi dari kita tidak kiralah dari segi ilmu, harta atau kecantikan dan lain-lain tetapi lihatlah juga mereka yang berada di bawah kita iaitu yang kurang dari segi ilmu, harta, kecantikan dan lain-lain.


Semoga ingatan seperti ini akan menjadi salah satu tembok untuk kita bersyukur terhadap nikmat Allah yang amat luas tak terhingga. Dan pesanan dari Allah buat kita hambanya: "Jika kamu bersyukur, escaya akan AKU (Allah) tambahkan nikmat ke atas kamu"
Besyukurlah dengan apa yang ada pada kita. Kelebihan yang ada pada kita tak terdapat pada orang lain. Itulah 'permata' dalam diri kita. Tetapi kita tidak lekang dari mempunyai kekurangan dan kelemahan. Begitulah manusia lain. Mereka ada kelebihan dan ada kekurangan.
Mungkin-mungkin mereka juga ada yang irihati atau berhasad pabila melihat 'permata' yang berada pada kita. Kita tidak puasa hati dengan seseorang.Orang lain pun tidak puas hati sama kita. Samalah tu. Adillah itu.


Kita mahu orang lain jaga hati kita tetapi kita tidak pula terniat hendak jaga hati orang lain. Kita rasa orang lain salah tetapi kita tidak rasa kita ini pun salah. Macam mana ni? Maksudnya kita ni sombong? Kalau kita sombong, kita tetap nak kita juga menang. Nak orang lain kalah dalam setiap pebahasan. Kitalah yang senantiasa betul.


Betulkah cara kita ini??? Tetapi kalau kita ni jenis manusia yang suka beralah (suka mengaku kalah) bukan kerana 'bodoh'tetapi beralah kerana 'cerdik' pasti tak terjadi satu tanggapan pada manusia lain bahwa kita ni jenis tak suka mengalah.


Nak (mahu) menang sahaja. Pada saya sikap begini patut dibuang jauh-jauh dari diri manusia. Kalau kita suka kekal dalam gaya tersebut, benarlah kawan-kawan akan menjauhkan diri dari kita walaupun kita sudah hampir mendekati mereka.


Bertaubatlah sambil menangis di hadapan Allah. Siapalah kita berbanding Allah? Makhluk kerdil yang kadang-kadang itu lupa erti perhambaan. Kita makhluk dan mesti patuh kata tuan (Allah)! Kembalilah menghayati Akhlak Islami yang diajar oleh Rasulallah s.a.w.


"Orang yang cerdik ialah orang yang mengingati mati! Tiap amalan akan dilakukannya mengikut apa yang Islam ajar. Dia takut gerak gerinya menyakiti hati manusia. Kerana dia yakin adanya dosa dan pahala. Maka dia melakukan sebaik mungkin pesanan Allah dan Rasulnya"

Ok lah untuk kali ini. Cubalah ambil yang terbaik dari tulisan ini. Yang benar tu dari Allah dan yang buruk dan salah itu dari saya yang masih menagih nasihat dan kritikan yang membina.
Biarlah kita dikata penghuni terhina di dunia ini tetapi kita menjadi tetamu kehormat buat penghuni di langit sana.............Renung-renungkan lah kata-kata ini.............Ok!

MATI ITU TERLALU SAKIT... TAPI BERAPA RAMAI YANG AMBIL BERAT?



MATI ITU PASTI ...

Kerap kali kita mendengar dan melihat. Betapa ramai daripada anak-anak kecil tersayang pulang menemui Ilahi sebelum disusuli ibubapa dan datuk nenek tercinta. Betapa banyak bunga-bunga pohonan gugur layu menyembah bumi sebelum sempat dipetik. Betapa banyak pula keratan kayu-kayu kecil yang hangus terbakar sebelum terbakarnya kayu-kayu api yang besar.

Betapa banyak pula bunga ros idaman dipetik disunting meskipun belum jaga dari persada kelopaknya. Betapa ramai dari kalangan remaja pulang menemui Ilahi sedangkan mereka asyik mencintai nikmat dunia dan sibuk mencari kepuasan yang wujud. Dan betapa ramai daripada kalangan kita begitu nyenyak tidur di perbaringan dan apabila dijagakan nescaya mereka tidak mampu bergerak lagi kerana roh sudah berpisah daripada temannya badan. Begitulah hidup. Masihkah kita menanti bunga kematian???

Firman Allah s.w.t. dalam ayat 8 Surah Al Jumuah yang bermaksud:"Katakan kematian yang kamu larikan diri daripadanya, sesungguhnya ia akan menemui kamu" Bagi mereka yang telah menyiapkan bekalan, nescaya perjalanan tanpa keraguan dan kebimbangan tetepi bagi mereka yang tidak terfikir dan asyik leka dengan hal dunia. Nescaya perjalanannya kelak akan menjemput 1001 musibah.

Firman Allah s.w.t. dalam ayat 35 Surah Al Anbiya' yang bermaksud:" Setiap jiwa akan merasai kematian" Shekh Abdul Majid Az Azzandani telah berkata dalam bukunya 'At Tauhid':" Aku hairan bagi siapa yang tidak yakin dengan mati sedangkan dia melihat kematian"

Semua makhluk akan mati, akan tetapi ramai manusia yang menghalang dirinya sendri daripada memikirkan tentang mati dan persediaan menghadapinya serta perkara yang akan ditempuhi bermula di alam barzakh. Apabila ditanya kepada beliau lagi (Abdul Majid Az Azzandani). Bagaimana hukum seseorang yang ingin bertaubat pada masa akan datang??? Jawab beliau: "Adakah kita mengadakan perjanjian dengan mati bahawa kita akan mati kecuali selepas bertaubat???"

Bolehkah seseorang di atas muka bumi ini percaya dia akan hidup esok? Dalam satu sesi ceramah, Dr. Haron Din (salah seorang Ulamak di Malaysia) mengatakan:" Siapa yang mengatakan malam ini dia takkan mati, maka ia kufur!! Benarkah ia kufur? Cuba renungi firman Allah dalam ayat 34 Surah Luqman yang bermaksud:" Dan setiap jiwa tidak mengetahui di tanah(di tempat) mana ia akan mati"

Kepada yang berakal: Segeralah beramal salih sebelum tibanya mati!!!



Isnin, April 06, 2009

PAS GUNA ISLAM KELIRUKAN PENGUNDI MELAYU? ISH ISH!

>>> Pas Mula Putar Belit, Guna Islam Untuk Kelirukan Pengundi Melayu
Posted on Thursday, April 02 @ 22:31:13 MYT
Oleh Haris Razali <<<>

Tuan-tuan amati tulisan dari pemudaumno.org.my ini... saya try ulas sikit-sikit

Bukit Gantang -- Pas nampaknya semakin tersepit untuk mengikis label boneka DAP sehingga terpaksa menaikkan pelbagai kain rentang memujuk pengundi khususnya di kalangan orang Melayu mengundi calon mereka, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Ini terbukti apabila jentera Pas mula memasang kain rentang mewajibkan umat Islam memilih Pas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini. Jelas Pas menggunakan kempen serampang dua mata. Di depan pengundi bukan Islam, Pas menonjolkan diri mereka sebagai parti yang liberal tetapi di kawasan pengundi Melayu, mereka menggunakan sentiment Islam untuk mengugut pengundi Melayu.

Mengulas perkara tersebut, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Mohd Afandi Yusof berkata jemaah Islam yang terbesar di negara ini ialah UMNO dan tidak timbul persoalan bahawa umat Islam wajib menyokong serta memilih Pas kerana terbukti UMNO dan BN berada pada landasan yang sebenar. Justeru beliau berpendapat pengundi Melayu seharusnya memilih calon UMNO/BN dan menolak calon Pas kerana UMNO adalah jemaah Islam terbesar di negara ini.

Menurut beliau hakikat berkenaan bukanlah satu retorik kosong sebaliknya berdasarkan pandangan yang disebut oleh seorang ulama besar, Imam As-Syatibi di dalam kitabnya Al-Ikhtisam. "Beliau (Imam As-Syatibi ) menyebut bahawa yang dimaksudkan dengan jemaah ialah kumpulan umat Islam terbesar yang bersatu dengan pemerintah..
"Justeru adalah jelas dan nyata bahawa UMNO adalah kumpulan umat Islam yang terbesar yang bersatu dengan pemerintah, malah mereka juga adalah golongan pemerintah", katanya.
Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas tindakan pihak-pihak tertentu yang menaikkan kain rentang kononnya umat Islam wajib memilih Pas pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini. Tegas beliau lagi BN sebenarnya sebuah parti telah banyak berjasa kepada negara ini berbanding Pas.

Katanya kelahiran tooh-tokoh pemimpin Pas hari ini adalah hasil pembangunan kerajaan yang ditunjangi oleh BN yang mana telah membentuk satu sistem pendidikan yang baik sehingga pemimpin berkenaan mencapai kejayaan dalam beberapa bidang termasuk professional. "Begitu juga dalam soal kebajikan, pertahanan, keamanan untuk semua serta banyak lagi yang boleh kita huraikan. Adakah ini dikatakan tidak berjasa.
<<<>

"Saya nak tanya pemimpin Pas pula…apakah jasa mereka…Jangalah menidakkan jasa BN dan menggunakan agama semata-mata untuk meraih undi sempena pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang", ujarnya. <<<>

Emm.,. cukup dulu sikit saya ulas.. nanti kita cuba semak-semak lagi artikel pemudaumno.org.my.. jika baik, ambil.. jika tak baik.. jadikan sempadan ya ..

Ish! Ish! Awat orang PAS tendang orang UMNO? (DARI web pemudaumno.org.my)


Kena siasat ni.. dekat-dekat pilihanraya macam-macam yang terjadi.. setakat penjejak tahu, ahli pas kena berperangai seperti Islam ajar! Musuh jangan dicari.. tapi jika musuh mencari, jangan lari!

Musuh yang mahu menghalang kerja-kerja menegakkan agama Allah, maka ia perlu ditentang.. umno bukan kah lulus kedai judi? tahu hukum, buat juga.. pas nak tegak agama Allah.. ish ish...

kawan-kawan yang dekat bukit gantang, try pi siasat tengok.. kot2 betoi.. kot2 salah...

Jumaat, April 03, 2009

TERKINI! MCA MAHU TIMB PERDANA MENTERI PADA ZAMAN NAJIB? AYO! AYO!

MCA tuntut jawatan TPM Cina Apr 3, 09 3:03pm
(DARI MALAYSIAKINI.COM)

Timbalan setiausaha agung MCA menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencermin "perkongsian kuasa sebenar".

"Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepada ideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini.

"Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

"Oleh itu, rakyat Malaysia kini kecewa dan tidak puas hati dengan situasi sebenar kita sekarang kerana ia hanyalah satu cakap kosong," kata Datuk Loke Yuen Yow.

Menurutnya lagi, jawatan kedua timbalan perdana menteri untuk presiden MCA bukan sahaja membantu merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan bahawa kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.

Loke menambah, jika diberi jawatan seperti dituntut, presiden MCA boleh, dalam kapasitinya sebagai anggota kabinet, membantu menggariskan dasar yang lebih adi dan berfaedah kepada semua pihak, terutama masyarakat Cina dalam ekonomi dan pendidikan.
Beliau juga menegaskan bahawa MCA telah mewakili perjuangan masyarakat Cina, untuk mencapai kemerdekaan negara, bersama Umno dan MIC pada 1957.

"Oleh itu, dalam proses pembinaan negara, sumbangan yang dihulurkan oleh MCA dan masyarakat Cina adalah amat banyak dan sangat besar," tambahnya.

Pada masa yang sama, Loke mengulangi lagi desakan awal MCA bahawa presidennya mesti dilantik sebagai timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN. "(Pelantikan) ini akan memanifestasikan senario sebenar perkongsian kuasa bawah pentadbiran Datuk Seri Najib," tambahnya.

"Sebagai seorang pemimpin yang bijak dan berpandangan jauh, Datuk Seri Najib perlu melihat peri pentingnya dan keperluan mewujudkan jawatan-jawatan timbalan perdana menteri Cina dan timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN - yang kedua-duanya dipegang oleh presiden MCA."