BERKATA KAWAN SAYA:
1. Saya difahamkan Star tak boleh tanding sebab parti itu hanya utk negeri sarawak saja. ada jawapan di bawah.
2. Star dan Sapp - hanya mainkan sentimen untuk dapatkan undi dan pecahkan undi pembangkang.Jeffrey tidak dengar nasihat saya: Pairin | |
27th February, 2012KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan merasa kesal dengan tindakan adik- nya Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang sanggup tidak mendengar nasihat abang kerana memperjuangkan kepentingan peribadi. Katanya, beliau (Jeffrey) lebih percaya cakap orang lain yang tukang kipas dan tukang angkat kaki daripada abang- nya sendiri. “Tidak dapat dinafikan me- mang beliau berhak berjuang dalam politik tetapi kita nampak perjuangannya tidak ikhlas untuk rakyat,” kata semasa berucap merasmikan penutupan Majlis Penerangan Penerangan Perdana Peringkat Zon 4 Keningau, Ranau, Tenom dan Pensiangan di dewan masya- rakat di sini kelmarin. Hadir sama di Majlis Penerangan itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Haji Hajiji Haji Noor yang juga Bendahari Perhubungan Umno Sabah, Exco Penerangan Sabah yang juga Ketua Penerangan Umno Sa- bah, Datuk Sapawi Haji Ahmad, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ketua Umno Bahagian Keningau, Datuk Haji Sairin Haji Karno selaku pengerusi penganjur, Ketua Umno Bahagian Tenom yang juga Adun Kemabong, Datuk Rubin Balang, Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Radin Malleh, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Bobbey Suan, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Alfred Angin, Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi dan Pegawai Daerah Keningau, Amat Mohd. Yusof Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Ahli Parlimen Keningau yang mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata perjuangan adiknya itu tidak konsisten kerana tidak mempunyai wadah perjuangan yang sebenar. “Beliau telah diberi peluang dilantik Senator dan Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan tetapi dia keluar dan bertanding menentang Datuk Dr. Maximus Ongkili di kawasan Kota Marudu pada suatu ketika dahulu. Pada waktu itu dia tidak dengar nasihat saya sebagai abangnya maka saya berkempen untuk Dr. Maximus dan dia (Dr. Jeffrey) tewas,” jelas Pairin. Ini katanya, menunjukkan Dr. Jeffrey tidak mendengar nasihat dan menghormati saya sebagai abangnya. “Sekarang pun dia (Dr. Jeffrey) mahu lawan saya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di Parlimen Ke- ningau. Ini membuktikan bahawa dia benar-benar tidak menghormati saya kerana semata-mata memperjuangkan kepentingan peribadi,” kata Pairin. Yang amat menyedihkan kata Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu, ialah Dr. Jeffrey memberitahu penyo- kong-penyokongnya bahawa saya mahu bercuti enam bulan untuk memberi peluang ke- padanya. “Ini adalah satu pembohongan yang dilakukan oleh Dr. Jeffrey terhadap abangnya sendiri. Penyokong-penyokong Dr. Jeffrey melemparkan fitnah dalam laman sosial facebook yang kononnya saya mengatakan bahawa beliau (Jeffrey) sudah jadi mendiang. Ini adalah fitnah yang besar,” tegas Pairin. Justeru itu, kata Pairin, rakyat perlu berhati-hati dan jangan terpengaruh dengan kata-kata Dr. Jeffrey dan penyokong-penyokong kerana sanggup bercakap apa saja dan membangkitkan isu-isu yang sebenarnya boleh di- bangkitkan oleh pemimpin- pemimpin Barisan Nasional (BN). Tambah Pairin, Dr. Jeffrey memang pandai bercakap seperti juga Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mahir mengemukakan hujah-hujah yang mencuit hati tetapi perjuangan mereka adalah semata-mata untuk mahu menjadi pe- mimpin nombor satu. Katanya, Anwar bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri dan begitulah juga cita-cita Jeffrey yang mahu jadi Ketua Menteri,” kata Pairin yang melahirkan kekesalannya terhadap adiknya itu. “Selama lebih kurang 30 tahun, saya tidak menimbulkan semuanya, tetapi ini kali saya timbulkannya supaya rakyat tahu apa sebenarnya perjuangan Jeffrey,” kata Pairin. Pada masa ini, katanya, Jeffrey melaung-laungkan pakatan Borneo yang menggunakan parti STAR sebagi topeng perjuangan. “Jika mengikut Perlembagaan STAR, ia tidak boleh mengembangkan sayapnya di Sabah. Ini bererti parti yang ditubuhkan di Sarawak itu tidak sah dikembangkan di Sabah dan boleh dianggap haram,” jelas Pairin. Lebih kurang 2,000 orang terdiri dari pemimpin-pemim- pin parti komponen, pemim- pin-pemimpin masyarakat dan ketua-ketua jabatan hadir pada majlis itu |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan