28 Feb – Konsert Erykah Badu Live In Kuala Lumpur 2012 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Februari kini telah dibatalkan seperti diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim menerusi akaun Twitter @DSURaisYatim pada jam 2 petang tadi.
Konsert yang sepatutnya diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam ini sebelum ditangguhkan sehari merupakan konsert pertamanya selepas pihak pemilik nama sebenar Erica Abi Wright ini membatalkan penyertaannya di Festival Sunburst dua tahun lalu.
Sebelum ini beberapa wakil pembangkang dan badan bukan kerajaan turut mendesak kerajaan agar membatalkan konsert anjuran Pineapple Concerts Sdn. Bhd. itu.
Pada masa yang sama, Kementerian Dalam Negeri telah meminta akhbar bahasa Inggeris, The Star untuk memberi penjelasan mengenai tindakan mereka menyiarkan gambar penyanyi bertatu di badan yang mempunyai kalimah Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan