Rabu, Februari 29, 2012

Bio Valley: Bapa tuntut penjelasan Tajuddin>> FELDA.. FELCRA.. LEPAS NI RISDA LAH PULAKK..

Written by Hazayani Zakaria  
Rabu, 29 Feb 2012 19:02
KUALA LUMPUR, 29 Feb: Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (Bapa) menuntut penjelasan Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berhubung projek Bio Valley di Seberang Perak yang didakwa tidak mencapai matlamat dan menyebabkan pembaziran.
Felcra Bhd menggunakan dana sejumlah RM18 juta pada 2008 bagi projek menggemukkan lembu.

Projek itu dikatakan untuk menjana pendapatan peserta  antara RM500 hingga RM1, 000 sebulan dengan menternak lembu secara besar-besaran.

Namun dengan peruntukan tersebut, Felcra hanya mampu membeli 800 ekor lembu sahaja, bermaksud peruntukan bagi seekor lembu Bio Valley ialah RM22,500.

Sedangkan menurut laporan, Felcra membuat pembelian lembu yang diimport dari luar negara hanya antara RM300 hingga RM400 seekor, melibatkan dana tidak sampai RM500,000.

Pengerusi Bapa, Razman Zakaria berkata,  tinjauan dan siasatan yang dilakukan pihaknya ke ladang Bio Valley mendapati hanya sepuluh hinggi 15 ekor lembu dikeluarkan sebulan.
"Bapa berpendapat projek ini bukan sahaja tidak mencapai matlamat penubuhannya malah dilihat sebagai tanggungan dan pembaziran.

"Perkara ini mungkin menjadi salah satu punca ang menyumbang kepada pendapatan peserta Felcra yang terlalu rendah. Oleh itu peserta wajar mendesak pengurusan Felcra membuat penjelasan yang sewajarnya," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

APA KENE DR ZUL NI...? >> WAJIB BACA!!!

SUMBER

Aku tak tahu apahal yang dah melanda PAS akhir akhir ini. Sering betul di landa kekalutan. Ia bukan datang dari luar sebagaimana yang dihadapi oleh PKR dan DAP tetapi dari dalam. Mungkin niatnya baik tetapi dimanipulasi musuh kerana mereka menguasai media. Mungkin juga ada yang jahil hingga melampau kemampuan ilmu dan kuasa yang ada.

Terbaru yang amat aku kesali ialah laporan yang dikaitkan dengan Dr Zul dalam wacana terbaru di Shah Alam. Di laporkan Dr Zul menyatakan bahawa PAS boleh membuka peluang melantik pemimpin bukan Islam menjadi pemimpinnya sehingga timbalan Presiden. Mahathir lantas mengulas dalam nada memperli sebagaimana bahasa orang tua tu...

Sehingga kini aku belum jumpa ulasan pengesahan atau bantahan Dr Zul terhadap laporannya. jadi kesimpulannya laporan itu aku anggap betul. Aku tak tahu Dr Zul sedar atau tidak apa yang diucapkannya. Nampaknya macam bijak dan amat terbuka...namun terlalu asing bagi Parti Islam!

“Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan.

“Perkara urus tadbir dalam Islam sangat terbuka dan PAS menegaskan, kami masih parti yang berteraskan agama dan sedang mengalami transformasi yang besar, PAS bukan sahaja menampilkan bangsa Melayu, tapi sesuai untuk semua bangsa,” kata Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ketika Wacana Sinar Harian yang bertajuk “Kenapa Undi Melayu Pecah?” di sini..... malaysia insider dipetik melaporkan....

Aku setuju jika yang disebut itu bukan melayu kerana Islam bukan dibina di atas asas kerangka melayu atau bangsa....namun aku amat tidak bersetuju jika yang dikatakan itu bukan Islam.... Jika benar Dr Zul sebutkan bukan Islam ingin dilantik menjadi Timbalan presiden....aku katakan TIDAK! kerana...

Pertama....Aku tak tahu atas alasan dan hujjah syarak mana yang dipakai oleh Dr Zul hingga menerima bukan Islam kerana setahu aku jawatan timbalan Presiden adalah jawatan tertinggi selepas presiden. Jika  apa berlaku kepada presiden...maka timbalannya akan memikul tanggungjawab... apakah "jika keadaan memerlukan" itu adalah darurat bagi dr Zul?....kalau darurat pun aku tak tahu kategori mana... Jawatan Timbalan Presiden termasuk kategori "auliya" yang dilarang al Quran untuk diserahkan kepada selain mukmin! Aku tak tahu jika Dr Zul guna otak untuk takwil istilah al Quran ini..

Kedua... Soal menerima Timbalan presiden dari kalangan bukan Islam adalah berkait dasar parti. Hanya majlis syuro boleh menentukan halatuju parti dan Dr Zul bukan anggota majlis Syuro kerana anggota majlis Syuro adalah ulama yang mahir al Quran... mungkin kalau usaha menggugurkan istilah ulama dari majlis syuro dulu berjaya , mungkin Dr Zul boleh jadi anggotanya.... Dalam masalah membenarkan sayap parti dan bukan Islam menjadi sekutu pun ulama mengambil masa yang lama untuk membenarkannya.... kerana maslahah yang menjadi pertikaian panjang untuk perjuangan Islam... ia hanya untuk membantu...bukan menentukan halatuju... timbalan presiden adalah jawatan yang boleh mengatur halatuju.... ia sangat bahaya dan bercanggah dengan Islam dan tak wajar berlaku dalam jamaah Islam

Keterbukaan yang dimaksudkan dr Zul mungkin berkias dengan kewujudan Dewan Himpunan Penyokong Pas.... namun ia adalah berbeza.... sangat berbeza... jika itu qiasnya...maka bolehlah dikatakan qias BATHIL...atau MUNGKAR! Dr Zul manyahut pandangan moderator yang sepemikiran dengannya iaitu Dr Mazle yang membayangkan apa yang dilakukan oleh parti di Mesir.... "Dr Maszlee bertanya sekiranya PAS sedia bertindak seperti Muslim Brotherhood and Justice Party di Mesir yang melantik seorang pemikir Kristian sebagai naib presiden" ...... mengapa tidak Ikhwan muslimin....???

Saya belum mendengar pandangan pimpinan PAS khususnya majlis Syuro yang bertanggungjawab dalam halatuju parti Islam terbesar dan tertua di Malaysia ini...ia juga dihormati di peringkat antarabangsa.... mungkin majlis Syuro menunggu masa yang sesuai kerana ulama akan bertindak dengan tenang dan tidak tergesa gesa dalam mengulas sesuatu isu... Namun Ketua pemuda telah menyatakan ketegasannya... inilah sifat pemuda yang menjaga parti!

Saya tak fikir pejuang Islam yang memahami dan merasai denyut nadi perjuangan Islam dengan cita cita menegakkan syariat di Malaysia akan bersetuju dengan saranan ini....  Lontaran Dr Zul mungkin atas dasar politik.... tetapi politik Islam adalah tegas dan berprinsip kerana matlamatnya ialah mengangungkan Islam .... kemenangan adalah anugerah Allah bila pejuangnya bersungguh melaksanakan amanah dalam redhoanya....selamanya matlamat tidak menghalalkan cara...!

The Star sudah buat kesalahan kali ketiga??? >> siapa bela? ADA TANGAN GHAIB???

Written by Harakahdaily  
Rabu, 29 Feb 2012 12:11


Akhbar MCA, The Star sehingga kini sudah dua kali menerima amaran dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menghina dan tidak sensitif dengan Islam.

(Gambar poster konsert Erykah tidak mempunyai tatoo nama Allah tetapi The Star menyiarkan gambar yang ada tatoo nama Allah)

Ini bermakna, penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terlanjang adalah kali ketiga.

"Kes pertama adalah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.

"Kes kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan lalu.

"Kes Erykah ini adalah kes yang ketiga yang dihadapi The Star," kata satu sumber kepada Harakahdaily.

Mengundi wajib, sokong tegak Islam juga wajib! SOKONG MUFTI PAHANG!

Written by Khairil Abdul Rahim  
Rabu, 29 Feb 2012 18:41
KUANTAN, 29 Feb: PAS Pahang mengalu-alukan kenyataan Mufti Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (kiri) hari ini bahawa tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum (PRU) adalah wajib demi memilih sebuah kerajaan membela kesucian agama dan keamanan.


Ketua Penerangannya, Ustaz Suhaimi Saad (kanan) berkata, lanjutan daripada itu wajib juga memilih calon dan kumpulan yang memperjuangkan dan menegakkan Islam kerana barulah menepati kehendak kefarduan mengundi itu sendiri.

“PAS alu-alukan kenyataan Mufti Pahang itu bahkan itulah yang PAS perjelaskan selama ini.

SMK UMAS-UMAS TAWAU TUAN RUMAH CATUR MSSDT TAWAU 2012 (MESYUARAT PIHAK PENGANJUR)






PK KOKUM.. EN JUMAAN SEDANG MENERANGKAN PERJALANAN PERSIAPAN DAN PERTANDINGAN...

Lim: Umno, PERKASA bersalah jika saya diancam???


Bimbang akan keselamatannya, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat laporan polis mengenai apa yang didakwanya sebagai "ancaman" oleh ahli-ahli Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

NONE"... Sekiranya sesuatu terjadi ke atas diri saya, Umno dan PERKASA mesti bertanggungjawab sepenuhnya," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.


"Terpulang kepada pihak polis untuk membuktikan sama ada mereka mampu melaksanakan tugas mereka tanpa rasa takut dengan bertindak bukan sahaja terhadap ahli Umno dan PERKASA yang menyerang kedua-dua wartawan, tetapi juga mereka yang mengugut saya."

Lim merujuk insiden Ahad lalu, apabila sekumpulan ahli-ahli Umno dan PERKASA didakwa menganggu perhimpunan anti-Lynas di di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang.

Perhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.

penang lynas himpunan hijau 260212Kumpulan berkenaan dikatakan menyerbu ke arah orang ramai yang menghadiri Himpunan Hijau sehingga mengakibatkan huru-hara berlaku, di mana Lim secara lisan diugut dan dua wartawan diserang.

"Melihat keganasan oleh ahli-ahli Umno dan PERKASA, walaupun hampir dua hari berlalu, saya masih rasa terancam," kata Lim.

[Baca berita penuh]


Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Sosialis DAP merangkap ADUN Teratai Jenice Lee mengutuk tindakan ahli Umno yang didakwa mengunakkan keganasan terhadap Lim.

Katanya, pada acara 26 Februari lalu, semasa ketua menteri itu menyampaikan ucapan, sekumpulan ahli Umno menganggu acara itu dengan membuat bising menjerit secara berterusan “Satu Malaysia” dan “Hidup Najib”.

NONE“Saya juga berasa amat kecewa terhadap pihak polis Pulau Pinang. Walaupun polis berada di tempat kejadian semasa Lim dan pemberita diserang oleh ahli Umno tetapi polis berdiam sahaja. I
“Ini jelas menunjukkan polis mengamalkan prinsip ‘double standard’, satu untuk ahli Umno dan satu untuk rakyat biasa dan pemimpin Pakatan Rakyat,” kata Lee.

Justeru, beliau mahu Ketua Polis di Pulau Pinang memohon maaf kepada semua rakyat kerana gagal melindungi Lim dan menjaga keselamatan orang ramai.

Selasa, Februari 28, 2012

PAS: Perpecahan Melayu bukan dosa

Pengarah penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad perpecahan di kalangan orang Melayu tidak dapat dinafikan apabila wujud dua parti utama dari kalangan anggota masyarakat tersebut -- PAS dan Umno.

Katanya, perpecahan itu juga tidak harus dilihat sebagai satu masalah sebaliknya sebagai keuntungan kepada rakyat.

"Itu bukan dosa tetapi wajar untuk selamatkan orang Melayu," katanya dalam satu program wacana di Shah Alam hari ini.

Katanya, keadaan itu sendiri boleh dilihat dalam sejarah apabila para ulama dalam Umno bertindak keluar daripada pergerakan itu dan membentuk PAS.

Para ulama berkenaan bertindak demikian sebagai membantah tindakan kerajaan pada masa itu berhubung isu melibatkan umat Islam termasuk "isu loteri," katanya.


Keuntungan itu juga boleh dilihat hari ini apabila PAS kini semakin berpengaruh bersama anggota Pakatan Rakyat di Parlimen untuk menjalankan fungsi semak dan imbang.

Tambahnya, isu perpaduan Melayu itu juga timbul memandangkan Umno kini berada dalam keadaan lemah, seperti ketika selepas pilihan raya 1969.

Katanya lagi, PAS lebih mudah untuk bersama dengan DAP berbanding Umno kerana asas kerjasama tersebut adalah untuk kebaikan bersama.

"Kami kena edar video lucah Datuk Seri Anwar Ibrahim kalau masih bersama Umno," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pandangan seorang lagi ahli panel, Ruslan Kassim yang berkata umat Melayu perlu bersatu dalam asas akidah Islam.

"Macam mana PAS boleh bersama dengan DAP tetapi tidak bersama Umno," soal pemimpin pertubuhan PERKASA itu lagi.

Ruslan juga dicabar untuk menyatakan pendiriannya berhubung pendirian PERKASA berhubung isu rasuah yang mendapat perhatian ramai.

Seorang lagi ahli panel, pengerusi PKR Johor Datuk Dr Chua Jui Meng berkata, PERKASA sepatutnya mengutarakan isu seperti "lembu kondo", komisyen pembelian kapal selam dan juga isu pelarian modal.

Ruslan berkata, dakwaan melibatkan National Feedlot Corporation itu sedang disiasat dan isu berhubung pendakwaan itu tertakluk kepada peguam negara.

"Kita janganlah dahului mahkamah," kata bekas majistret itu lagi.

Ruslan yang diasak oleh moderator forum selepas itu berkata, PERKASA juga berpendirian sama dalam kes Liwat II yang dihadapi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika ditanya dalam sidang media selepas itu, Ruslan berkata Anwar sering menyebut mengenai "perangkap konspirasi" dan betapa bekas timbalan perdana menteri itu tidak terperanjat dengan keputusan yang akan dibuat mahkamah.

"(Anwar kata) dah tahu, tinggal baca keputusan saja. Kita tak setujulah.

"Dulu kata konspirasi, mahkamah diperalat, tapi sekarang dah lain," katanya lagi.

Seorang lagi ahli panel program wacana anjuran akhbar Sinar Harian itu ialah bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Konsert Erykah Badu dibatalkan??? SYUKUR!!! TAHNIAH PEMBANGKANG

SUMBER

28 Feb – Konsert Erykah Badu Live In Kuala Lumpur 2012 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Februari kini telah dibatalkan seperti diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim menerusi akaun Twitter @DSURaisYatim pada jam 2 petang tadi. 

Ia dibatalkan kerana telah melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia.
Konsert yang sepatutnya diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam ini sebelum ditangguhkan sehari merupakan konsert pertamanya selepas pihak pemilik nama sebenar Erica Abi Wright ini membatalkan penyertaannya di Festival Sunburst dua tahun lalu.

Sebelum ini beberapa wakil pembangkang dan badan bukan kerajaan turut mendesak kerajaan agar membatalkan konsert anjuran Pineapple Concerts Sdn. Bhd. itu. 

Pada masa yang sama, Kementerian Dalam Negeri telah meminta akhbar bahasa Inggeris, The Star untuk memberi penjelasan mengenai tindakan mereka menyiarkan gambar penyanyi bertatu di badan yang mempunyai kalimah Allah.

STAR DAN SUPP PARTI DI SABAH UNTUK KACAU UNDI???

BERKATA KAWAN SAYA:
 
1. Saya difahamkan Star tak boleh tanding sebab parti itu hanya utk negeri sarawak saja. ada jawapan di bawah.
2. Star dan Sapp - hanya mainkan sentimen untuk dapatkan undi dan pecahkan undi pembangkang.

Jeffrey tidak dengar nasihat saya: Pairin

27th February, 2012KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan merasa kesal dengan tindakan adik- nya Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang sanggup tidak mendengar nasihat abang kerana memperjuangkan kepentingan peribadi.
Katanya, beliau (Jeffrey) lebih percaya cakap orang lain yang tukang kipas dan tukang angkat kaki daripada abang- nya sendiri.
“Tidak dapat dinafikan me- mang beliau berhak berjuang dalam politik tetapi kita nampak perjuangannya tidak ikhlas untuk rakyat,” kata semasa berucap merasmikan penutupan Majlis Penerangan Penerangan Perdana Peringkat Zon 4 Keningau, Ranau, Tenom dan Pensiangan di dewan masya- rakat di sini kelmarin.

Hadir sama di Majlis Penerangan itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Haji Hajiji Haji Noor yang juga Bendahari Perhubungan Umno Sabah, Exco Penerangan Sabah yang juga Ketua Penerangan Umno Sa- bah, Datuk Sapawi Haji Ahmad, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ketua Umno Bahagian Keningau, Datuk Haji Sairin Haji Karno selaku pengerusi penganjur, Ketua Umno Bahagian Tenom yang juga Adun Kemabong, Datuk Rubin Balang, Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Radin Malleh, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Bobbey Suan, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Alfred Angin, Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi dan Pegawai Daerah Keningau, Amat Mohd. Yusof

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Ahli Parlimen Keningau yang mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata perjuangan adiknya itu tidak konsisten kerana tidak mempunyai wadah perjuangan yang sebenar.
“Beliau telah diberi peluang dilantik Senator dan Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan tetapi dia keluar dan bertanding menentang Datuk Dr. Maximus Ongkili di kawasan Kota Marudu pada suatu ketika dahulu.

Pada waktu itu dia tidak dengar nasihat saya sebagai abangnya maka saya berkempen untuk Dr. Maximus dan dia (Dr. Jeffrey) tewas,” jelas Pairin.

Ini katanya, menunjukkan Dr. Jeffrey tidak mendengar nasihat dan menghormati saya sebagai abangnya.

“Sekarang pun dia (Dr. Jeffrey) mahu lawan saya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di Parlimen Ke- ningau. Ini membuktikan bahawa dia benar-benar tidak menghormati saya kerana semata-mata memperjuangkan kepentingan peribadi,” kata Pairin.
Yang amat menyedihkan kata Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu, ialah Dr. Jeffrey memberitahu penyo- kong-penyokongnya bahawa saya mahu bercuti enam bulan untuk memberi peluang ke- padanya.
“Ini adalah satu pembohongan yang dilakukan oleh Dr. Jeffrey terhadap abangnya sendiri.
Penyokong-penyokong Dr. Jeffrey melemparkan fitnah dalam laman sosial facebook yang kononnya saya mengatakan bahawa beliau (Jeffrey) sudah jadi mendiang. Ini adalah fitnah yang besar,” tegas Pairin.

Justeru itu, kata Pairin, rakyat perlu berhati-hati dan jangan terpengaruh dengan kata-kata Dr. Jeffrey dan penyokong-penyokong kerana sanggup bercakap apa saja dan membangkitkan isu-isu yang sebenarnya boleh di- bangkitkan oleh pemimpin- pemimpin Barisan Nasional (BN).

Tambah Pairin, Dr. Jeffrey memang pandai bercakap seperti juga Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mahir mengemukakan hujah-hujah yang mencuit hati tetapi perjuangan mereka adalah semata-mata untuk mahu menjadi pe- mimpin nombor satu.

Katanya, Anwar bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri dan begitulah juga cita-cita Jeffrey yang mahu jadi Ketua Menteri,” kata Pairin yang melahirkan kekesalannya terhadap adiknya itu.
“Selama lebih kurang 30 tahun, saya tidak menimbulkan semuanya, tetapi ini kali saya timbulkannya supaya rakyat tahu apa sebenarnya perjuangan Jeffrey,” kata Pairin.

Pada masa ini, katanya, Jeffrey melaung-laungkan pakatan Borneo yang menggunakan parti STAR sebagi topeng perjuangan.

“Jika mengikut Perlembagaan STAR, ia tidak boleh mengembangkan sayapnya di Sabah. Ini bererti parti yang ditubuhkan di Sarawak itu tidak sah dikembangkan di Sabah dan boleh dianggap haram,” jelas Pairin.

Lebih kurang 2,000 orang terdiri dari pemimpin-pemim- pin parti komponen, pemim- pin-pemimpin masyarakat dan ketua-ketua jabatan hadir pada majlis itu

USAHA PAS UNTUK MENJAGA MARTABAT ISLAM DALAM DUNIA KEBUDAYAAN DAN KESENIAN... THE STAR DAN MCA MESTI DIAMBIL TINDAKAN???

The Star dan MCA mesti diambil tindakan

1. Alhamdulillah, memorundum yang dihantar telah di terima dan konsert Erykah Badu telah dibatalkan kerana tidak menepati garis panduan PUSPAL iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai budaya di Malaysia. Terima kasih kepada pihak berwajib yang mengambil langkah tepat. Terima kasih Datuk Rais Yatim.

2. Namun sebagaimana yang telah saya tegaskan sebelum ini. Isu Erykah Badu bukan sekadar konsert dan hasil karyanya. Tetapi lebih besar daripada itu ialah bagaimana pula tindakan wajar ke atas The Star yang telah mempromosikan Erykah Badu dengan dada terdedah menampakkan tatoo kalimah Allah di dada kiri dan kanannya.

3. Saya telah menekankannya sebelum ini dan sekali lagi saya atas nama Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar akhbar Star digantung permitnya selama sebulan paling minima. Justeru ini bukan kesalahan pertama dan tidak mungkin mereka terlepas pandang kerana Star pernah ditegur beberapa kali sebelum ini dalam isu menggugat sensitiviti agama khasnya bagi ummat Islam.

4. Lebih menarik apabila pemilik akhbar ini ialah MCA yang terkenal dengan sikap anti Islamnya. Bermula dengan Presidennya Datuk Chua Soi Lek, semua orang sudah kenal dan tahu sikap permusuhannya terhadap Islam [Islamophobia]. Saya bimbang ini adalah satu perancangan rapi untuk terus konsisten menghina dan menentang Islam secara terbuka. Mereka seperti mahu menguji tahap kesabaran ummat Islam.

5. Lebih parah dan mengelirukan apabila kerajaan UMNO Dan BN memejam sebelah mata terhadap apa yang dilakukan oleh akhbar MCA ini. Apakah kerana mereka tidak berani berhadapan dengan MCA ? Harapan ada tindakan tegas justeru ia berkait dengan maruah ummat Islam. kita tidak mahu lagi akhbar Star hina Islam kemudian mohon maaf, buat lagi dan mohon maaf lagi dan buat lagi lalu mohon maaf lagi. Soalnya sampai bila ?

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia

ARTIS HINA ISLAM, THE STAR TUMPANG HINA???

SUMBER

Antara kebaikan MCA berkawan dengan UMNO (majoriti pemimpin Islam) ialah boleh mengekang pelaksanaan Hukum Hudud.. tak gitu? selain itu.. sebilangan orang kuat MCA di dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) cover line bila 2 isu berlaku.. tak rasa terhinakah Islam diinjak2 sebegitu?? UMNO, hangpa ajar apa kat MCA???
----------------->>> -------------->>> -------------------- >>>

1) Semasa bulan Ramadhan yang lalu, The Star menyiarkan resipi masakan daging babi kononnya sebagai juadah berbuka puasa.

Apabila dibuat bantahan, The Star memohon maaf.

2) TERBARU! Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee Chee Leong dalam kenyataannya sebagaimana yang disiarkan Bernama berkata, Managing Editor, Ketua Editor Berita dan Editor Kanan The Star telah dipanggil kementeriannya untuk memberikan penjelasan ekoran laporan itu.

"Tindakan selanjutkan akan dibuat berdasarkan penjelasan bertulis mereka," kata Lee Chee Leong, anggota Parlimen Kapar dan juga AJK Pusat MCA dalam kenyataannya.

Semalam The Star menyiarkan gambar besar penyanyi Amerika Eryka Badu yang mempunyai tatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.

Ia disifatkan satu penghinaan kepada umat Islam di negara ini kerana nama Allah  seolah-olah dipermain-mainkan.

Ekoran pendedahan Harakahdaily mengenainya,

The Star telah memohon maaf.

Program bicara intelek guru jadi medan fitnah Pakatan >> SIAPA YANG TIDAK INTELEK???

Written by Harakahdaily  
Ahad, 26 Feb 2012 15:01
KLANG, 26 Feb: Program bicara intelek guru sekolah berasrama penuh yang diadakan dekat sini baru-baru ini disifatkan sebagai program untuk menyelamatkan Umno.
(Kisas yang banyak melahirkan pemimpin dan ilmuan negara menjadi medan fitnah Pakatan Rakyat)

Ia penuh dengan fitnah dan pertuduhan terhadap pihak Pakatan Rakyat dan sangat dikesali oleh guru-guru yang menyertainya.

Antara tuduhannya adalah DAP mahu menjadikan negara ini republik dan mahu menukar agama Kristian menjadi agama rasmi negara.

Yang mengejutkan, penyataan seumpama ini bukannya datang dari ahli politik tetapi dari pegawai polis Bukit Aman.

Menurut seorang guru yang ditemui Harakahdaily dekat ini, rata-rata guru peserta program ini kesal dan meluat dengan tuduhan yang dibuat oleh penceramahnya.

Program yang berlangsung pada Sabtu 25 Februari itu berlangsung di Kolej Islam Sultan Alam Shah,  Klang.

Ia mensasarkan guru-guru dari sekolah berasrama penuh Zon Tengah di bawah anjuran Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan.

Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya, Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Sekolah Menengah Sains Alam Shah, SM Sains Selangor, Sekolah Seri Puteri, kolej islam sultan alam shah, SMAP Kajang, SBPI Gombak, SBPI Sabak Bernam, SBPI Rawang, SM Sains Hulu Selangor, SM Sains Kuala Selangor dan SM Sains Banting.

Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan perasmian program serta pembentangan sesi 1 bertajuk dasar-dasar baru KPM oleh Tuan Haji Khalil bin Mohamed, KPP Sektor Pengurusan Akademik, Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan.

Pada jam 11.00 pagi, Profesor Madya Dr Samsu Adabi Mamat, BTN Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan syarahan dengan tajuk “Negaraku Tercinta”.

Ceramah yang memakan masa hampir 2 jam, dengan membawa konsep ketamadunan dan jurang ketamadunan.
Beliau menjelaskan negara Malaysia ketinggalan dari negara lain dan memerlukan tempoh 50 tahun dan keatas untuk setanding dengan negara-negara maju yang lain.

Apa yang mengejutkan peserta ialah beliau meminta guru untuk memilih kepimpinan negara yang ada hari ini dan membuat perumpamaan dengan negara-negara Asia Barat yang telah menumbangkan pemimpin mereka dan menyebabkan negara huru-hara dan tiada kestabilan.

Kesan yang sama akan berlaku jika rakyat menukar kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat dan melambatkan negara setanding dengan Negara maju yang lain.

Pada jam 2.30 petang, sesi ke-3, ACP Abdul Rahman bin Khalil, dari PDRM Bukit Aman dengan tajuk Menangani Isu Disiplin, Keselamatan dan Ketenteraman Awam di Sekolah (Isu-isu Semasa).

Apa yang memeranjatkan seolah-olah bukan isu keselamatan di sekolah yang dibincangkan tapi lebih kepada isu keselamatan Umno/Barisan nasional.

Antara yang isu yang disebut ialah DAP dan Lim Guan Eng.

Antara tuduhan yang dibuat adalah agenda DAP ialah pembentukan Malaysia sebagai negara republik dan jadikan Kristian agama rasmi negara.

Isu ekstrimis agama menggunakan Al-Quran dan Hadis mengelirukan rakyat, BERSIH, Mahasiswa, Murtad, Isu Kepala Babi dan ancaman perkauman turut diperkatakan.

Isu BERSIH dipaparkan dengan kepimpinan PAS dan PKR yang terlibat langsung telah menimbulkan kekakacauan dan persis krisis di Timur Tengah.

Dalam isu murtad dinyatakan seorang pelajar dari Sekolah Agama Yahya Petra, Kelantan (maklumat dari Kelantan, nama sekolah ini tiada di Kelantan) telah murtad dan lari ke Sarawak dan beliau mengeluarkan kenyataan menghina Rasulullah SAW.

Rata-rata guru tidak berpuas hati kerana seolah-olah penceramah menyimpang dari tajuk ceramah dan objektif program.

Guru hadir atas nama bicara intelek untuk kecemerlangan sekolah tetapi program lebih menjurus kepada agenda politik menyelamatkan UMNO/BN.

Hanya sesi 1 sahaja menjurus kepada objektif program, kata guru berkenaan.

Jumaat, Februari 24, 2012

NASIHAT UNTUK MUFTI PERAK - "JANGAN AMBIL BERITA DARI TEPI JALAN.">> SEKEJAP HARUS BEGINI.. SEKEJAP HARUS BEGITU???

SUMBER


30 Rabi'ul Awal 1433 H | 23 February 2012

PAS menegur cara Sohibus Samahah Mufti Perak Dato Harussani Zakaria mengutip dan mengulas sesuatu berita. Sebagai seorang mufti, beliau tidak sepatutnya mengambil berita di tepi jalan yang tidak mempunyai sandaran yang sah atau tidak mengetahui hujung pangkal sesuatu berita, lalu terus membuat ulasan.

Sebagai seorang mufti beliau sepatutnya berpegang dengan Firman Allah:

"Wahai orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seseorang fasik membawa berita, maka hendaklah kamu menyiasat dahulu berita tersebut, agar tidak bertindak di atas kejahilan dan akhirnya akan membawa kepada kekesalan".

Banyak peristiwa dan kenyataan yang beliau ulas tidak mempunyai sandaran yang kukuh, dan hanya berdasarkan dengar cakap sahaja. Ini termasuklah dakwaan beliau bahawa lebih 200,000 umat Islam telah murtad, dakwaan bahawa Pulau Pinang tidak benarkan perarakan Maulid Nabi dan sebagainya.

Terbaru beliau cuba mengulas isu ba’iah, dalam keadaan beliau tidak memahami keadaan sebenar.

Ulasan beliau yang berbolak-balik adalah perkara biasa bagi yang mengikuti secara dekat kenyataan beliau.

Sebagai contoh, isu kehadiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke Batu Caves - pada awalnya beliau menyerang PM dengan tuduhan Syirik, rosak aqidah dan tidak mahu mendengar nasihat tiba-tiba bertukar kepada harus, dibolehkan dan tidak bercanggah.

Inilah yang menyebabkan ramai umat Islam berpendapat mufti seperti beliau, bukannya dirujuk oleh pemerintah sebelum sesuatu tindakan dibuat, sebaliknya dipergunakan untuk mencari dalil dan nas untuk menyokong sesuatu tindakan yang telah dibuat walaupun ia bercanggah dengan nilai Islam.

Demikian juga isu perjuangan bangsa dan raja-raja yang diulas bukan dari perspektif Islam. Kecintaan bangsa dan ketaatan kepada makhluk mempunyai batas sempadan yang sangat jelas. Tindakan beliau, dan disebabkan beliau adalah mufti negeri telah mengundang pelbagai kekeliruan di kalangan masyarakat umum. Keadaan ini jika berterusan akan menghilangkan thiqah masyarakat terhadap beliau dan dengan kedudukan beliau sebagai mufti, dan hal ini adalah satu tragedi yang sangat menyedihkan dan malang bagi beliau.

Demikian juga isu ba’iah dalam PAS. Ba’iah mempunyai nas dan sandaran yang kukuh dalam sejarah dan keilmuan Islam. Al Quran dan Hadis secara jelas membicarakan soal ba’iah. Samada sewaktu Perjanjian Aqabah, Hudaibiyah, dan lainnya membuktikan ba’iah ada asas kukuh.

PAS menggunakan kaedah ba’iah kepada calon yang mewakili parti agar tidak khianat kepada amanah yang diberi oleh rakyat, lebih-lebih lagi berhadapan dengan Umno yang suka mengoncang iman lawannya dengan taburan duit.

Mereka yang telah memenangi kerusi samada DUN atau Parlimen mesti sedar ia menang di atas pilihan rakyat. Kalau selepas mereka menang lalu dengan tawaran jutaan ringgit akhirnya ia khianat dan lompat parti sehingga tumbang sesuatu kerajaan yang dipilih rakyat, apakah tindakan begini kita boleh terima dan dibenarkan syarak? Peristiwa perampasan kuasa di Perak, adakah Harussani berasa ini adalah perkara yang harus?

Kerana itu PAS membuat ba’iah kepada semua calon, sekiranya mereka menang atas tiket parti mereka dilarang lompat parti, keluar parti bahkan sekiranya dipecat dari parti mereka mesti mengosongkan kerusi yang dimenangi.

Kerana asas kemenangan mereka atas lambang parti yang diwakilinya. Tidak timbul soal perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Kerana dalam ba’iah itu, jelas dinyatakan ia tidak diwajibkan taat kepada perkara bertentangan dengan syarak.

Sepatutnya Harussani membaca meneliti dan melihat secara dekat matan ba’iah yang dibuat di dalam PAS, bukan dengan mendengar cakap-cakap mereka yang diluar atau dikeluarkan PAS.

Beliau harus ingat ba’iah dalam PAS disediakan oleh Majlis syura yang terdiri dari para alim ulamak, bukan oleh DHPP atau dikutip di tepi jalan.

Soal akhirat memang ketentuan Allah, tetapi apa yang dijelaskan dalam ba’iah ialah sekiranya seseorang calon yang menang berba’iah dengan nama Allah lalu melanggari ba’iah tersebut, apakah salah kalau diingatkan mereka tentang azab Allah di akhirat?

Banyak hadis menggunakan kaedah ini, dan PAS kita menggunakan kaedah yang sama bagi memelihara perjuangan Islam yang menjadi asas perjuangan PAS.

Penyenaraian FELDA>> APA KATA PEMUDA PAS!!

SUMBER

PENYENARAIAN FELDA & CADANGAN BALAS – PEMUDA PAS
Nasrudin Hassan, Mohd Syahir Sulaiman

Pertanian Adalah Ibadah

1.     Usaha mencari rezeki dan memakmurkan tanah sebagai sumber pendapatan yang halal adalah sebahagian daripada tuntutan agama Islam dan dikira sebagai salah satu daripada cabang ibadah. Di dalam lipatan sejarah Islam, banyak riwayat yang mencatitkan penglibatan nabi-nabi terdahulu di dalam aktiviti-aktiviti pertanian dan penternakan di samping melaksanakan tugasan utama mereka iaitu menyampaikan risalah dakwah kepada manusia agar mentauhidkan diri kepada Allah s.w.t.

2.     Sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. dikenali sebagai penggembala kambing yang paling dipercayai ketika di usia remaja, Nabi turut menggalakkan aktiviti pertanian dijalankan oleh para sahabat sebagai sumber pendapatan utama. Setelah Nabi Muhammad s.a.w. tiba di Madinah, Baginda telah menganjurkan agar usaha pertanian dipertingkatkan di bumi Madinah yang pada ketika itu sememangnya sebuah lembah wadi yang subur. Malah kaum Muhajirin yang berhijrah bersama Baginda diaturkan supaya bekerjasama dengan kaum Ansar iaitu penduduk asal Madinah di dalam usaha-usaha pertanian.

"Dari Jabir r.a. berkata: Kami biasa menyewa tanah dengan mendapatkan sebagai dari hasil (mukhabarah), kemudian kami mendapat hasil tanah itu begini dan begini. Maka sabda Rasulullah s.a.w:”Barangsiapa memiliki tanah, maka tanamilah sendiri atau suruhlah saudaranya untuk menanaminya, kalau tidak, tinggalkanlah." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

3.     Dalam konteks di Malaysia, inisiatif yang diambil oleh Almarhum Tun Abdul Razak dalam memperkenalkan skim tanah rancangan FELDA yang bertujuan memberi pemilikan tanah kepada rakyat sebagai sumber aktiviti ekonomi yang mampan amatlah dihargai. Dasar yang penuh berwawasan ini adalah amat signifikan dalam menjayakan agenda peningkatan tahap sosia-ekonomi rakyat di luar bandar, khususnya kepada golongan belia dan yang kurang berkemampuan.

4.     Namun, tujuan asal penubuhan FELDA ini sedikit sebanyak mula terhakis dek peredaran zaman dan campurtangan politik yang menjejaskan hak dan masa depan peneroka dan generasi seterusnya.

Polemik Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH)

5.     Pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia (Pemuda PAS) menyambut baik perintah injunksi interim oleh Mahkamah Tinggi Kuantan dan notis pembatalan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF yang dijadualkan berlangsung pada 22 Februari 2012, serta mengucapkan sekalung tahniah kepada Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang gigih menyedarkan rakyat dan peneroka akan kesan buruk natijah cadangan penyenaraian ini.

6.     Pemuda PAS berpendapat cadangan penyenaraian FGVH ini perlu ditolak atas empat premis berikut:

              i.        Hak tanah - Penyerahan hak tanah peneroka kepada FGVH adalah bertentangan dengan tujuan asal penubuhan FELDA dan merugikan peneroka dalam jangka masa panjang;

             ii.        Peneroka membuat keputusan tanpa nasihat kewangan – Tatkala penganalisis dan pengurus dana pelaburan masih menunggu butiran cadangan penyenaraian, adalah tidak munasabah untuk perwakilan KPF untuk membuat keputusan menyokong atau membantah cadangan ini, tanpa nasihat kewangan yang menyeluruh berkenaan impak untung-rugi, seterusnya memberi mandat kepada Lembaga Pengarah untuk merunding dan memutuskan terma penyenaraian. Setiap ahli dan perwakilan KPF berhak mendapat nasihat dan butiran terperinci sebelum membuat keputusan pelaburan yang bernilai berbilion ringgit ini;

            iii.        Imbuhan ‘durian runtuh’ – Laba keuntungan jangka pendek kepada peneroka yang masih belum pasti nilainya, malah tidak setimpal dengan risiko yang diambil oleh peneroka yang menggadaikan pemilikan tanah masing-masing;
            iv.        Tiada keperluan ekonomi untuk penyenaraian – Lazimnya, sesebuah entiti perniagaan akan disenaraikan sebagai langkah menambah modal untuk menampung keperluan perniagaan yang lebih besar. Dalam keadaan Felda Holdings dan KPF yang mencatatkan keuntungan hasil daripada perniagaan perladangan, adalah tidak ekonomikal untuk mereka dipaksa menampung risiko dan kerugian yang ditanggung oleh FGVH.

7.     Pemuda PAS mengulangi komitmen untuk berganding-bahu dengan semua pihak khususnya ANAK serta rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan NGO-NGO untuk menggerakkan program penerangan dan kesedaran melalui penganjuran aktiviti santai bersama generasi belia FELDA yang telah dan akan kami laksanakan di peringkat Pemuda PAS Kawasan, antaranya siri jelajah Jom Ubah dan program ‘Orang Muda Geng Kita’.

8.     Di samping program-program turun padang, Pemuda PAS berpendapat sudah tiba masanya pihak-pihak yang prihatin ini duduk semeja untuk mencari formula terbaik bagi membantah cadangan penyenaraian FGVH dengan mengemukakan cadangan balas (counter-offer) untuk dikemukakan kepada golongan peneroka sebagai pilihan untuk menolak cadangan yang dikemukakan oleh pihak kerajaan.

9.     Pemuda PAS dengan berbesar hati tampil dengan enam gagasan berikut sebagai kerangka awal perbincangan ‘Cadangan Balas Pakatan Rakyat Terhadap Cadangan Penyenaraian FGVH’:

              i.        Penstrukturan korporat - Kekalkan status 51% sedia ada (status-quo) KPF yang menjamin hak peneroka sebagai pemilik mutlak terhadap tanah, operasi, dan keuntungan FELDA;

             ii.        Penstrukturan model perniagaan – Melupuskan perniagaan-perniagaan bukan teras (divestment of non-core business) yang mengalami kerugian atau menyumbangkan keuntungan yang kecil berbanding kos pengurusan yang tinggi. Ini sebagaimana yang telah diambil oleh Sime Darby dan Khazanah Nasional sebagai langkah mengoptimakan agihan modal (capital allocation) dan memaksimakan keuntungan (profit maximization) kepada pemegang saham. FELDA boleh mengambil model strategi perniagaan “more upstream, profitable downstream” (peningkatan hasil di huluan, peningkatan keuntungan di hiliran) dan langkah ini diunjurkan mampu meningkatkan 15% keuntungan dalam tempoh tiga tahun;

            iii.        Partisipasi peneroka dalam aktiviti ekonomi FELDA – Keutamaan diberi kepada pihak koperasi dan anak peneroka dalam aspek peluang pekerjaan dan pemberian kontrak seperti perbekalan baja, kerja tanaman semula, perbekalan pekerja, penyelenggaraan ladang peneroka, projek landskap, penyelenggaraan aset, penternakan haiwan, tanaman kontan dan seumpamanya. Selain mampu menjana pendapatan sampingan kepada peneroka, diunjurkan hampir 300 peluang pekerjaan mampu dihasilkan di setiap 300 gugusan rancangan FELDA yang membawa kepada angka 90,000 peluang pekerjaan kepada golongan belia seluruhnya;

            iv.        Sistem pewarisan – Menggantikan sistem penama pewaris yang digunapakai sekarang kepada sistem pewarisan Islam seperti wasiat, faraidh, dan waqaf. Agensi Amanah Raya boleh dilantik untuk memberi khidmat nasihat kepada pihak FELDA dan peneroka bagi memastikan 100% pemilikan tanah peneroka tidak terlepas tangan kepada pihak tidak bertanggungjawab;

             v.        Etika urus tadbir dan professionalisma – Amalan tender terbuka dan penglibatan wakil peneroka di dalam jawatankuasa tender, sistem gred perahan minyak (OER) yang telus, pembudayaan etika urus tadbir dan amanah yang tinggi di peringkat pembuat keputusan dan pengurusan, memperkenalkan skim penjawatan dan gaji yang lebih kompetitif, serta mengurangkan campurtangan politik di dalam pengurusan FELDA. Keuntungan FELDA sedia ada diunjurkan mampu meningkat 25% dalam tempoh 5 tahun jika diurus tadbir dengan penuh amanah (governance);

            vi.        Amalan operasi lestari (sustainability) – Mengemaskini manual kerja di ladang kelapa sawit mengikut piawaian antarabangsa RSPO dan amalan terbaik yang digunapakai oleh pemain industri perladangan yang lain seperti Sime Darby, IOI dan KLK.

10.  Sekali lagi kami Pemuda PAS tegaskan, jangan dikhianati tujuan asal penubuhan FELDA dan bersamalah kita membela hak peneroka FELDA.


Nasrudin Hassan adalah Ketua Pemuda PAS Malaysia. Beliau sendiri merupakan seorang anak peneroka yang membesar di rancangan FELDA Keratong, Pahang.
 
Mohd Syahir Sulaiman adalah Pengarah Institut Polisi Studi DPPM.


22 Februari 2012

KPF batal Mesyuarat Agung Perwakilan Khas 22HB 2 LALU ATAS KEHEBATAN PAS PERJUANGKAN KEBAIKAN RAKYAT!!!




SUMBER

Hazayani Zakaria, 21 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 21 Feb: Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) membatalkan mesyuarat agungnya yang dijadualkan esok kerana mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan melarang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dibincangkan.

Menyifatkan keputusan itu sebagai kejayaan kedua Anak, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Lembaga Pengarah KPF yang menghormati keputusan mahkamah.

"Berita ini sangat menggembirakan kita kerana Anak telah berjaya menghalang EGM membincangkan penyenaraian FGVH dan ini kejayaan awal bagi menghalang usaha penyenaraian FGVH," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Pada 17 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuantan telah membenarkan injunksi interim melarang KPF (defendan) berbincang atau membuat keputusan untuk melupuskan ekuitinya kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Injunksi itu dipohon lapan pemegang saham (plaintif) KPF melalui peguam Harris Abdullah.

Anak secara rasmi menyerahkan keputusan mahkamah itu kepada KPF di ibu pejabatnya, Jalan Semarak, dekat sini semalam.

Sehubungan itu, Mazlan merakamkan ucapan tahmiah kepada pasukan peguam yang bertungkus-lumus memastikan penyenaraian FGVh tidak dibincangkan dalam EGM KPF.

Sementara itu, Mazlan terus mendesak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan kerana kehadirannya disifatkan sebagai "mengganggu ketenteraman Felda".

"Saya minta Tan Sri Isa Samad berundur secara terhormat kerana baru setahun lebih beliau menjadi pengerusi, banyak perkara tidak menggembirakan peneroka berlaku.

"Kalau beliau tidak mahu berundur, Anak meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memecat beliau," tegasnya.

Dalam pada itu, KPF sebentar tadi juga telah menghantar surat kepada media memaklumkan EGM itu dibatalkan.

Setiausahanya, Abidin Abd Rahman menyatakan pembatalan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas yang dijadualkan di Dewan Perdana Felda, Anjung Felda esok itu disebabkan oleh perintah Mahkamah Tinggi Kuantan melalui perintah Injunksi Interim bertarikh 17 Februari (semalam).

Tapak Himpunan Hijau 2.0 bantah Lynas mula dipagar>> himpunan ni MACAM BERSIH 2.0 GAYANYA!!!

Menjelang Himpunan Hijau 2.0 bagi membantah pembinaan pusat memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng yang dijadualkan di Kuantan pada Ahad ini, lokasi perhimpunan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mula dipagar oleh pihak berkuasa.

NONEDalam satu kenyataan akhbarnya, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata pihak berkuasa dan majlis tempatan mula bertindak seperti yang tidak sepatutnya.

“MPK bertindak seperti yang tidak sepatutnya yang menggambarkan seolah-olah tindakan terdesak sesetengah pihak yang dipercayai di belakang kerajaan negeri.

“Dua hari lalu, notis memaklumkan MPK akan menganjurkan perlawan Futsal di padang berkenaan dan hari ini, ini pula,” katanya.

Menurut pemimpin PKR itu, beliau telah menghubungi pejabat MPK dan dimaklumkan pagar berkenaan didirikan bagi menaik-taraf padang MPK1 untuk acara SUKMA yang dijadualkan pada Julai 2012.
Namun apabila berbual dengan perkerja asing yang ditugaskan membina pagar itu, mereka memberitahunya, kerja itu diarahkan dibina secara tergesa-gesa.
bukit komon gold mine 020306 adnan pcFuziah juga diberitahu mereka dibawa dari Temerloh dan masalah penginapan mereka untuk malam ini juga belum diselesaikan oleh pihak yang mengarahkan mereka membina pagar itu.
“Nampaknya ada tangan tersembunyi dalam seluruh plot ini. Justeru, saya gesa MB (Datuk Seri Adnan Yaakub) supaya tidak bercakap dengan lidah bercabang.

“Beliau berkata kehadiran berama-ramai orang ke Kuantan untuk Himpunan Hijau 2.0 adalah baik untuk ekonomi tempatan. Malah, beliau juga berkata dirinya mungkin datang ke majlis itu pada Ahad ini,” kata Fuziah.

Menurut beliau, penangguhan dua hari lagi bagi membina pagar tidak akan menjejaskan kerja-kerja menaik-taraf padang itu dan mengulangi desakan supaya menteri besar mengotakan kata-katanya.

“Tida ada sebarang alasan bagi majlis tempatan tidak memberi kebenaran supaya perhimpunan itu diadakan.

NONE“Adalah pilihan terbaik bagi mereka membenarkan padang itu digunakan untuk perhimpunan aman demi solidariti rakyat daripada membiarkan orang ramai turun ke jalanan.

“Kita selalu anjurkan (Konsert) Sure Heboh di padang MPK. Mengapa Himpunan Hijau 2.0 tidak boleh diadakan? Ini adalah untuk perkara yang baik dan paling penting, rakyat sekitar Kuantan mahukannya,” katanya lagi.

Khamis, Februari 23, 2012

Mansuh ISA: Juham fail rayuan masa terdekat >> KATA MANSUH ISA MAC 2012??

SUMBER

Harakahdaily, 23 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 23 Feb: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) berpendirian hukuman penjara 1 hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam yang dikenakan ke atas orang empat belas daripada 11 individu yang ditahan kerana dikatakan terlibat dalam perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri di sekitar Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2009 lalu menunjukkan janji Perdana Menteri untuk memansuhkan ISA hanya retorik semata-mata.


“Jika benar semua pihak menurut dan akur dengan iltizam Perdana Menteri, sudah tentu pertuduhan itu sudah ditarik balik lebih awal lagi,” kata Ketua Unit Tindakan Undang-undang Jenayah Juham, Azizzul Shariman.

Katanya, Juham melihat hukuman itu jelas membuktikan Barisan Nasional telah membuat suatu penipuan besar kepada seluruh rakyat Malaysia tatkala Perdana Menteri pada malam hari Malaysia tahun lalu mengumumkan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta kononnya akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Beliau yang mengetuai 10 orang barisan peguam Juham yang mewakili 11 orang daripada keseluruhan yang ditangkap berhujah di mahkamah semalam bahawa mahkamah seharusnya mengambil kira keputusan kerajaan yang berhasrat memansuhkan ISA dan meminda Akta Polis sebelum menjatuhkan hukuman terhadap semua yang ditangkap.

Jelasnya, walaupun mahkamah memutuskan kesemua yang ditangkap bersalah, Juham yakin keterangan menunjukkan sebaliknya iaitu apa yang berlaku adalah satu luahan rasa rakyat terhadap kezaliman ISA yang juga dijamin di dalam perlembagaan.

“Juham bertegas bahawa janji Kerajaan Barisan Nasional untuk memansuhkan ISA hanyalah sekadar gula-gula kepada rakyat untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum yang ke-13,” tegasnya kepada Harakahdaily.

Malah, katanya tindakan Kerajaan Barisan Nasional mendakwa kesemua yang ditangkap dari awal lagi merupakan suatu langkah ke belakang tatkala majoriti daripada rakyat Malaysia mahukan ISA dimansuhkan sepenuhnya.

“Adakah ini pelan transformasi yang diumumkan Perdana Menteri?” soalnya.

Maka, ujar beliau benarlah sangkaan PAS dan kebanyakan rakyat selama ini bahawa janji Perdana Menteri untuk memansuhkan ISA sebenarnya hanyalah suatu pembohongan terancang bagi memperbodohkan rakyat Malaysia kononnya kerajaan Umno Barisan Nasional ingin memartabatkan Malaysia sebagai  sebuah Negara yang paling demokrasi di dunia.

Namun pada hakikatnya, tambah beliau Umno Barisan Nasional masih tetap mengekalkan kezaliman, keangkuhan dan tetap sujud kepada talian hayat terakhir mereka iaitu akta kuku besi ISA bagi menakut-nakutkan rakyat supaya tunduk kepada Umno Barisan Nasional.

“Walaupun kita akur dengan keputusan itu, Juham akan meneruskan perjuangan membebaskan kesemua yang ditangkap di peringkat rayuan dan yakin bahawa rayuan ini mempunyai merit yang sangat kuat di mana Juham akan memfailkan rayuan dalam masa terdekat bagi merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen tersebut ke Mahkamah Tinggi.


“Malah, kes ini juga jelas suatu pendakwaan bermotifkan politik di mana fakta kes juga amat longgar untuk mensabitkan kesemua yang ditangkap terlibat di dalam perhimpunan haram,” jelasnya lagi.

Rabu, Februari 22, 2012

Sah - satu lagi debat MCA-DAP di Negeri Sembilan >> AYUHH!!1

Ketua MCA Negri Sembilan Dr Yeow Chai Thiam bersetuju pada dasarnya untuk menerima cabaran debat awam daripada rakan sejawatannya dari DAP.

NONEBagaimanapun, Yeow (kanan) menuntut bahawa Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke supaya memegang kata-katanya sebelum ini yang berjanji bahawa butiran bagi perbahasan itu, termasuk pemilihan topik, dan syarat-syaratnya semata-mata diputuskan oleh MCA.


Menurut laporan dalam akhbar-akhbar Cina hari ini, tiga orang wakil dari DAP Negeri Sembilan telah menyerahkan surat jemputan berdebat itu ke ibu pejabat negeri MCA pagi semalam.

Surat mencabar Yeow untuk berdebat dengan Loke dikatakan bertujuan "mengukuhkan politik demokrasi dan menggalakkan budaya perdebatan awam di kalangan pemimpin-pemimpin".

Pada sebelah petangnya, Yeow, yang tewas kepada Loke di kawasan parlimen Rasah pada  pilihan raya umum 2008 tetapi kemudiannya dilantik sebagai senator, mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan kesedian MCA menerima cabaran itu.

Sabtu, Februari 18, 2012

Kelantan miskin: 'Air terpercik ke muka Najib'???

SUMBER

Salmah Mat Husain, 18 Feb 2012
KOTA BHARU, 18 Feb: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa Kelantan negeri termiskin di negara ini berbanding Sabah umpama menepuk air terkena muka sendiri.

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, juga berkata kenyataan memuji Sabah kerana ingin ‘membodek’ rakyat di negeri itu dengan fakta yang merapu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri itu ketika berucap di Lahad Datu, Sabah yang mendakwa Kelantan negeri termiskin di negara ini.

Menurut Zailah lagi, tindakan kerajaan Pusat terhadap Kelantan juga tidak ubah seperti mengingat kaki dan tangan, apabila merompak hasil kekayaan di negeri itu, namun tidak menyalurkannya semula.
“Jangan membuat sebarang dakwaan yang mengatakan Kelantan miskin selagi hasil royalty negeri ini dirompak serta tidak dikembalikan pada negeri kami.

“Kerajaan Pusat telah merompak hasil royalty Kelantan sejak sekian lama sebanyak RM300 juta setahun, kemudian menuduh Kelantan miskin,”ujarnya yang juga Anggota Parlimen Rantau Panjang.

Beliau juga turut menempelak kenyataan Perdana Menteri yang mengatakan Kelantan negeri termiskin di negara ini, sebaliknya Sabah, Sarawak dan Terengganu adalah miskin berbanding Kelantan.
Tegasnya, semua negeri berkenaan adalah diperintah oleh Umno dan BN bukan Pakatan Rakyat.
Pada masa yang sama Zailah turut mempersoalkan Kelantan masih dianaktirikan sejak hamper 22 tahun lalu dengan menyekat pelaburan, jalanraya juga tidak dimajukan.

“Begitu juga tebatan banjir di Rantau Panjang telah dijanji nak buat sejak RMK-7, kini dah RMK-10 masih tak buat-buat lagi.

“Bila banjir besar melanda, rakyat tidak boleh mencari rezeki menyebabkan ekonomi mereka lumpuh, jadi jangan buat kenyataan yang membolehkan rakyat Kelantan marah,”ujarnya.

Penyenaraian FGVH: PAS bawa usul ke Parlimen>> TAHNIAH PENEROKA!!! TAHNIAH PAS!!!

SUMBER

Nazri Abdullah, 18 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 18 Feb: PAS memberi jaminan akan menggunakan segala saluran yang ada bagi mempertahankan aset tanah warga peneroka agar tidak tergadai oleh penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Selain saluran mahkamah, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub (gambar) berkata, seluruh ahli parlimen PAS juga akan memperjuangkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula Mac ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menambah, perkara itu juga akan menjadi tajuk perbahasan utama ahli parlimen PAS pada sesi parlimen akan datang ini.

"Bagi kita, aset warga Felda ini penting untuk dibela agar ia tidak tergadai.

"Kita juga akan membawa usul dalam sesi parlimen akan datang agar perkara ini dapat dibincangkan," katanya yang juga Ketua Whip Parlimen bagi ahli parlimen PAS.

Rakyat Sabah jangan terpedaya pujian Najib>> SABAH TERKAYA DI MALAYSIA??

Rakyat Sabah jangan terpedaya pujian Najib

Mohd Firdaus, 18 Feb 2012
KOTA KINABALU, 18 Feb: Rakyat Sabah diperingatkan agar tidak termakan dengan pujian menggunung Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak berkenaan negeri Sabah yang tidak lagi merupakan negeri yang miskin.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mohd Julpikar Abd. Mijan (gambar) dalam kenyataannya turut mengakui bahawa Sabah merupakan negeri yang terkaya dengan hasil bumi yang banyak.

Namun begitu, ujarnya rakyat perlu sedar bahawa sekadar negeri kaya tidak membawa apa-apa perubahan sekiranya tidak membawa apa-apa manfaat dan hasil untuk diberikan kepada rakyat.

“Kita (PAS) akui bahawa Sabah ini negeri yang kaya. Itu betul. Najib cakap betul. Jangan tengok negeri. Tengok rakyatnya. Kalau datang sekadar dua tiga hari. Melihat dari udara menggunakan helikopter, sudah cakap negeri ini kaya,” ujarnya.

Kelantan miskin bukti Najib dan PM terdahulu gagal?? >> NEGERI KELANTAN NEGERI MELAYU ISLAM.. TETAPI DIANAKTIRI??

SUMBER

Harakahdaily, 18 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar) berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.

"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani..

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah.

Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam.

Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.

"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri.

"Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau.

DEBAT BN VS PR!!!

SUMBER
Dewan gamat apabila 'gergasi' MCA, DAP bersemuka
Dua tokoh politik masyarakat Cina bersemuka dalam debat yang disiar secara langsung dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berdepan dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Tajuk debat tersebut ialah 'Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa?'.

Ketegangan dapat dirasai dalam dewan di Hotel Berjaya, Kuala Lumpur dengan yang dipenuhi 600 hadirin.

Kira-kira 200 orang yang gagal mendapatkan pas masuk pula mengikutinya melalui skrin besar yang dipasang di luar dewan.

LAPORAN LANGSUNG


4.55PM: Dewan gamat apabila penyokong kedua belah pihak melaungkan nama pedebat masing-masing ketika mereka mengambil tempat di pentas.

5.00pm: Moderator Tan Ah Chai, ketua pegawai eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur -Selangor, memulakan sesi debat dengan menjelaskan peraturannya.

Bagi ucapan pembukaan, pedebat masing-masing dibenarkan bercakap
selama lapan minit.

5.02pm: Kedua-dua pedebat menghampiri podium moderator untuk memilih pedebat pertama berucap. Chua akan berucap dahulu.

5.05pm: Selepas 8 Mac, 2008. DAP mengamalkan politik kebencian, kata Chua.

Beliau menambah DAP telah berubah dan kini bekerjasama dengan PAS, yang mahu melaksanakan sebuah negara teokratik. Beliau berkata, DAP tidak boleh menghalang PAS.

"DAP hanya bercakap besar," kata Chua, disambut tepukan gemuruh hadirin dari pihak MCA.

Dia menyokong hujahnya dengan menyatakan bahawa Kedah mengamalkan pengasingan gender manakala PAS membantah pawagam di Bangi, Selangor.

5.07pm: DAP suka memberitahu orang Cina bahawa mengundi pembangkang akan meningkatkan taraf hidup, sambil menunjuk bagaimana seorang calon DAP boleh menjadi ketua menteri Pulau Pinang, kata Chua.

Chua berkata DAP telah memberi harapan palsu kepada orang Cina bahawa keadaan sedemikian boleh berlaku di negeri-negeri lain juga.

5:10pm:
Chua mengatakan bahawa dalam negara berbilang budaya, rakyat Malaysia tidak boleh menyokong PAS kerana agenda negara Islamnya.

"Siapakah sekutu terbesar PAS?" tanya Chua, dan penyokong MCA menjerit serentak "DAP!".

5.12pm: kini tiba giliran Guan Eng.

Beliau berterima kasih kepada pihak penganjur debat tersebut tetapi berkata apa yang orang ramai mahu lihat ialah debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

5.14pm:
"Kami dalam Pakatan Rakyat tidak mempergunakan satu sama lain. Yang penting bagi kami ialah bagaimana orang ramai menggunakan kami.

"Kami tidak menentang orang Melayu. Kami tidak menentang orang Cina. Kami menentang rasuah," kata Lim, disambut tepukan gemuruh penyokong Pakatan.
5:16: "DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu. Kami mengiktiraf ketuanan rakyat," kata Lim.

Lim menambah bahawa Pakatan bersedia untuk melakukan apa yang BN enggan laku, seperti mengisytiharkan aset mereka dan memerangi rasuah.

"Ini adalah apa yang kita panggil sistem dua parti," kata Lim, diikuti tepukan penyokongnya.

5.20pm: Debat masuk pusingan kedua, dengan moderator mengemukakan soalan: Keputusan pilihan raya lalu menunjukkan bahawa masyarakat berpecah kepada dua pemikiran. Bagaimana anda mengatasi masalah ini?

Chua pertama menjawab dengan berkata DAP tidak akan memberi perkhidmatan di kawasan pilihan raya yang tidak dimenanginya.

Malah, pejabat mereka juga akan hilang, kata Chua, dan para penyokongnya
menyahut "ya" secara serentak.

Chua menyimpulkan bahawa sistem dua parti adalah slogan politik semata-mata.

Debat anjuran Institut Kajian Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dan juga badan pemikir MCA, Insap itu!!!

Chua: Msia akan bankrap jika laksana Buku Jingga
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa Malaysia akan bankrap dalam hanya dua tahun sekiranya tawaran Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dilaksanakan.

Beliau mendakwa dasar untuk memastikan pendapatan setiap isi rumah mencapai kadar RM4,000 dalam tempoh lima tahun akan menyebabkan hutang negara melebihi 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

NONE“Sejumlah RM93.9 bilion diperlukan setiap tahun untuk memastikan
ianya dibayar kepada 3.0 juta isi rumah untuk memastikan pendapatan terjamin pada kadar RM4,000 sebulan," kata Chua.

Tambahnya, dalam tempoh satu tahun saja pembayar cukai juga perlu membayar antara RM199 bilion hingga RM254 bilion manakala defisit belanjawan negara akan meningkat 27.5 peratus kepada RM617 bilion.

"Malaysia akan bankrap dalam tahun kedua (pentadbiran) Pakatan apabila defisit belanjawan melebihi 10 peratus daripada KDNK dan hutang negara akan melebihi 100 peratus daripada KDNK," katanya lagi.

Chua berkata demikian ketika berucap di persidangan masa depan politik masyarakat Cina di Kuala Lumpur hari ini. Ia dilihat sebagai ucapan buka gelanggang menjelang debatnya dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng petang ini.

Turut berucap pagi ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memuji "mood menyerang" Chua pagi ini.

Debat anjuran Institut Kajian Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dan juga badan pemikir MCA, Insap itu, akan berlangsung petang ini

Isnin, Februari 13, 2012

Surat dari Kem Kemunting oleh Cikgu Bakar Baba, antara 11 tahanan ISA Tawau 2011








NAK TAHU LAGI TAK SEBAB YB AHMAD MASLAN CAMPAK BUKU JINGGA KE BAKUL SAMPAH?? BACA!!!

SUMBER

jelas Ahmad, Felda Plantations hanya mengurus dan pemilik sebenar tanah adalah "the big Felda" selepas kerajaan tidak lagi memberikan tanah kepada peneroka pada 1990 supaya ia dapat berdikari dan mendapat keuntungan.

"Dan itu sepatutnya bantu keluarga miskin lain. Jadi tanah itu tidak boleh nak serahkan pada anak peneroka. Dan kalau kita beri tanah pada anak peneroka, orang kampung yang ayah dia tak dapat tanah, Cina tak dapat tanah, India tak dapat tanah...

"Tiba-tiba nak lagi pada orang yang ada tanah tanah. Adil ke tu? Sebab itu saya campak buku tadi dalam tong sampah," soalnya lagi dengan sinis.

YB AHMAD MASLAN KATA HUJAH PEMBANGKANG SALAH! TU YANG DIA BUANG BUKU JINGGA KE DALAM BAKUL SAMPAH DEPAN PEMIMPIN FELDA

SUMBER
Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata tindakannya memasukkan Buku Jingga ke dalam tong sampah memang dimaksudkan kerana hujah pembangkang didakwa "amat salah".Bantu keluarga miskin

"Pertama, mereka sebut tanah itu milik Felda Plantations. Felda Plantations tak ada tanah. Itu pun dah salah, belum lagi ulasan yang saya sebut (dalam sesi penerangan)," katanya.

"Itu sebabnya saya masukkan dalam tong sampah di depan peneroka, sebab mereka tak sudah-sudah pergi bagi borang tanah. Macam mereka ini DO (pegawai daerah). Nak faraid tanah, kononnya tanah Felda Plantations."

Ahmad Maslan 'bakul sampahkan' Buku Jingga >> BERANINYA YB AHMAD MASLAN.. TUNJUK HERO UNTUK JADI CALON PRU 13?? EMM...

sumber

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda yang dipertikaikannya.

Menurutnya, beliau bertindak demikian dalam majlis perjumpaan bersama kepimpinan tanah rancangan itu di Kuala Lumpur hari ini kerana beberapa perkara yang diketengahkan pembangkang didakwa tidak berdasarkan maklumat tepat.

Tindakan simbolik itu dibuat di pentas ketika sesi penerangan lebih dua jam kepada pemimpin Felda daripada keseluruhan 317 tanah rancangannya berlangsung hari ini.

Ahad, Februari 12, 2012

Samseng serang program SMM, sasar Adam Adli?? LAGI LAGI...

SUMBER

Muhammad Faizal, 12 Feb 2012
KLANG, 12 Feb: Program Jelajah Mahasiswa di sebuah dewan orang ramai di Kampung Idaman, Pandamaran malam tadi diserang sekumpulan samseng yang membuat kecoh dan memecahkan meja dan kerusi.

Difahamkan lebih 50 orang samseng tersebut menyerbu dewan itu dengan mensasarkan pemimpin pelajar Adam Adli.

Bagaimanapun ketika kejadian kira-kira jam 8 malam tadi itu, Adam Adli berada di luar dewan dan sempat menyelamatkan diri.

Kumpulan samseng itu difahamkan bertindak merosakkan barangan dalam dewan termasuk memecahkan kerusi dan meja.

Penganjur program Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kemudiannya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Idaman.

Insiden itu bagaimanapun tidak berakhir di situ apabila kumpulan samseng tersebut bertindak mengepung sekali lagi mahasiswa-mahasiswa tersebut di hadapan balai polis tersebut.

Keadaan tegang itu memaksa pihak polis membawa mahasiswa tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang bagi tujuan mendapatkan perlindungan.


Pada masa sama, kumpulan samseng itu juga turut mengekori mahasiswa itu dan menanti mereka hadapan IPD Klang itu.

Selepas mendapat maklumat berhubung insiden itu, pasukan Unit Amal PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut bergegas ke tempat kejadian.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Saifullah Zulkifli yang ditemui di tempat kejadian berkata, setibanya di perkarangan IPD itu beliau dan beberapa rakan dihalang sekumpulan samseng tersebut.

Mereka juga diludah dan dihambur dengan kata-kata kesat.

"Malah ketika saya berjalan untuk memasuki IPD sekumpulan pengikut Umno seramai 50 orang itu telah memaki hamun serta ada antaranya meludah ke arah kami walaupun kami memaklumkan kehadiran kami tidak ada kaitan dengan mahasiswa tersebut," jelasnya.

Tambahnya lagi, kekacauan berlaku sekitar jam 8 malam apabila sekumpulan pengikut Umno telah memasuki dewan orang ramai di Kampung Idaman dengan membuat kecoh serta memecahkan kerusi.

"Sasaran mereka adalah Adam Adli tetapi ketika kejadian tersebut berlaku Adam tidak berada di dalam dewan, sebaliknya beliau masih berada di luar dewan dengan niat bila keadaan benar-benar selamat baru beliau masuk ke dalam dewan.

"Tetapi Adam bernasib baik sempat dibawa lari sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku," sambungnya.

Adam Adli sebelum ini mencetus kontroversi dengan bertindak menurunkan bendera perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di hadapan bangunan Umno ketika demonstrasi mahasiswa menuntut pemansuhan Auku di PWTC Disember tahun lalu.

Antara mahasiswa yang dibawa berlindung di IPD Klang adalah Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI), Khalid Ismath dan Koordinator Aksi Mahasiswa Independent (AKSI), Ehsan Bukharee.

Mereka kemudiannya dibawa keluar dari IPD kira-kira jam 2.30 pagi dengan dua buah kenderaan polis.

Dalam pada itu, kekacauan tersebut telah menyebabkan beberapa buah kereta milik mahasiswa telah rosak teruk.

Serangan serupa sebelum ini berlaku pada program Asal Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki dilapor cedera dalam insiden tersebut.