Malam dengan bintang bergantung di perut langit. Teman-teman mula bertali arus mudik ke kota untuk menghadiri Muktamar. Taman Melewar seperti seorang bapa tersenyum girang menyambut tetamu yang datang dari seluruh negara. Puluhan ribu yang akan hadir. Inilah saatnya kami merajut ukhuwwah dan cinta pada perjuangan. Masjid dan surau Lembah Kelang ini turut berkerlipan sinar kerana turut mengambil kesempatan dengan ratusan para asatizah yang hadir. Masjid surau di sekitar Gombak dan Batu juga akan menjadi medan persinggahan, meningkatnya jemaah yang bersusun mengumam dan menasbih nama Tuhan. Solat berjemaah dan menganyam doa.
Muktamar seperti sebuah pesta pertemuan alumni “sekolah besar” dengan pelbagai jalur pemikiran, bertanya khabar melepas rindu yang panjang. Juga dengan khabar sedih kehilangan rakan yang telah dijemput ke alam abadi. Muktamar dengan titik pesona terbesar dalam setahun, merapatkan jurang pimpinan dan pengikut. Kami semua menyimpul erat tali ikrar untuk menegakkan agama Allah di tanah leluhur ini. Rongga dada kami bergelombang saat bersenandung dengan lagu AMAL, laungan takbir yang menakluki angkasa melantunkan ruh kami yang menyatu dengan seluruh pergerakan Islam yang lain diseluruh belahan dunia ini. Air mata kami tumpah saat menutup tirai muktamar dengan tangan mengenggam erat dan melaungkan doa wehdah dan doa Rabitah. Tuhan, anugerahkanlah kami kemenangan atau kami syahid dikubangan darah untuk menjulang Agama ini.Selamat bermuktamar teman. Harakatul ummah ini akan terus menerjang badai jahiliah di belantara gelap politik ciptaan penguasa.
Aturcara Muktamar Tahunan
Dewan Pemuda PAS Pusat Kali ke-52
Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah AlamMasa Aturcara
12.00 – 06.00 ptg : Pendaftaran dan Taklimat Program
07.45 – 08.00 p.m : Para Perwakilan dan Pemerhati mengambil tempat
08.00 – 08.10 p.m : Ketibaan Ketua, Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat, Ketua Pemuda PAS Negeri-negeri
08.10 – 08.20 p.m : Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat
08.20 – 08.40 p.m : Ketibaan Perasmi (YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa – Timbalan Presiden PAS)
: Pemeriksaan perbarisan Unit Amal / dan Exco DPPP
08.40 – 08.45 p.m : Ucapan Aluan Pengerusi
08.45 – 08.50 p.m : Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu PAS
08.50 – 09.00 p.m : Bacaan ayat suci Al Quran
09.00 – 09.10 p.m : Ucapan Aluan Setiausaha merangkap Ketua Pengarah Panitia Muktamar
09.10 – 10.00 p.m : Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
10.00 – 10.05 p.m. : Persembahan Multimedia
10.05 – 10.50 pm : Ucapan Perasmian Muktamar Tahunan ke 52
10.50 – 11.10 p.m : Penyampaian anugerah-anugerah
11.10 – 11.30 pm : Jamuan Ringan / Sidang Media
Muktamar Penuh (Khamis, 2 Jun 2011 / 30 Jamadil Akhir 1432 ) Masa Agenda
08.15 – 08.30 a.m. : Aluan Pengerusi Tetap
08.30 – 08.40 a.m : Membentang dan mengesahkan Peringatan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat ke 51
08.40 – 10.00 a.m. : Memilih Pengerusi Tetap, Timb. Pengerusi Tetap, Ketua, Timb. Ketua, Naib Ketua, 12 Ahli Jawatankuasa Kerja DPPP & 2 Pemeriksa Kira-kira
10.00 – 10.20 a.m : Minum pagi
10.20 – 10.30 a.m : Membentang dan membahas Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan berakhir Disember 2010
10.30 – 11.45 tgh : Sesi menjawab dan menerima Laporan Tahunan, dan Penyata Kewangan berakhir Disember 2010
11.45 – 01.30 tgh : Membahas Ucaptama Ketua Pemuda
01.30 – 02.30 p.m : Makan tengahari dan solat Zuhur
02.30 – 05.30 p.m. : Sambungan perbahasan Ucaptama Ketua Pemuda
05.30 – 05.35 p.m. : Menerima Ucaptama Ketua Pemuda
05.35 – 06.00 p.m : Rehat / Solat Asar / minum petang
06.00 – 07.15 p.m. : Perbahasan Usul-usul
07.15 – 08.00 p.m. : Solat Maghrib / Makan malam
08.00 – 09.30 p.m. : Sambungan perbahasan dan menerima Usul-usul
09.30 – 09.40 p.m. : Memilih 15 orang wakil ke Muktamar Tahunan PAS ke 57
09.40 – 10.00 p.m. : Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Kerja DPP Pusat sesi 2011-2013
10.00 – 10.20 p.m. : Ucapan Penangguhan Perwakilan
10.20 – 10.35 p.m. : Anugerah Khas “Jasamu Dikenang”
10.35 – 11.00 p.m. : Ucapan Penangguhan Ketua DPP Pusat 2011-2013
11.00 p.m. : Doa Penutup / Doa Wehdah dan bersurai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan