Khamis, Mei 21, 2009

SELAMAT HARI GURU... ALLAH GURU SEBENAR...

bERIKUT DISERTAKAN BEBERAPA UCAPAN DARI SMS SEMPENA HARI GURU..

1) "jika hari ini Sultan membisu tak bersuara, jika hari ini BN berkuasa, Jika hari ini hakim buat kerja macam orang gila.. semua ini bukan salah guru semata, tapi sebab mereka tak dengar apa guru kata.." SELAMAT HARI GURU.

2) Mak cakap, cikgu macam MEGGI, makanan rutin time susah. Ayah cakap cikgu macam CUACA,jap ok jap tak ok. Budak cakap macam TSUNAMI yang menakutkan. Atuk cakap cikgu macam ASTRO macam-macam ada. Kawan cakap macam BANKER think money. Bos cakap macam BOLA boleh tendang ke mana-mana. Anak cakap cikgu macam CHIPSMORE jap ada, jap tak ada. Tapi saya cakap, you macam MUTIARA kerana dirimu begitu berharga.

3)Walapun tugas kita mulia, namun masih ada yang menghina, mencaci, mencerca, tapi barangkali jarang yang memuji samada kawan mahupun lawan. Apapun, tabahkanlah hati dan jadilah guru yang terus dedikasi dan berhemah tinggi. Semoga kita dimuliakan!

4) Guru, dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesra, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya insan terbina, berbahgialah menjadi GURU!

5) Guru bukan macampapan skate, belum main, gilap!Dah main, pijak! Guru bukan macam bola sepak, belum dapat kejar! Dah dapat, tendang! Guru bukan macam bulu tangkis, belum main pegang! dah main, pukul!

Guru ibarat bola ragbi, belum dapat rebut! dah dapat, lindungi!
Guru macam jari, lukanya sembuh sendiri, tapi hilangnya tiada ganti!

Tiada ulasan: