Isnin, Mei 04, 2009

MUKTAMAR PEMUDA NEGERI... penginapan di rumah Allah

INILAH TEMPAT KAMI (GAMBAR SEKADAR HIASAN)di MUKTAMAR NEGERI.. TIDAK ADA DISEDIAKAN HOTEL SEPERTI UMNO.. MANDI.. MINUM.. ALA KADAR.. YANG PENTING MUKTAMAR WAJIB DITERUSKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN...

alhamdulillah.. 2 mei 2009 (petang).. muktamar ditamatkan mengambil kira perjalanan pulang para perwakilan yang bertebaran arah tempat tinggal di bumi Sabah ini.. bayangkan yang jauh lebih 5 jam perjalanan pun datang ke Kinabatangan.. inilah perjuangan...

tahniah kepada kepimpinan lama dan baru yang telah menerima amanah.. dalam PAS berubah kepimpinan tidak menjanjikan wang ringgit seperti UMNO... menjalankan amanah dengan ingatan segalanya balasan akan disediakan Allah.. PAS dengan masjid tidak dapat dipisahkan.. UMNO dengan masjid ibarat kucing dengan anjing?

SB tak ketinggalan di Kinabatangan tolong memasak untuk para perwakilan... katanya tugas mereka kena datang ambil maklumat.. tak ketinggalan ada yang datang solat maghrib isyak berjemaah juga.. he he .. kalau PAS memerintah, insya allah.. polis dan tentera akan menjadi pertahanan terbaik di dunia.. zahir dan batin.. dengan Iman hanya kepada Allah.. bukan kepada UMNO.. Takbeeeeeeeeerrr!!!

Tiada ulasan: