TAWAU:
PAS Sabah menampilkan calon profesional yang terdiri daripada pegawai
bank, jurutera, pengurus syarikat dan tokoh masyarakat setempat untuk
bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).
Pengisytiharan
calon dibuat oleh Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada
majlis jamuan rakyat di perkarangan pejabat PAS Kawasan Kalabakan.
Menurut
Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling PAS Sabah berazam
bersama-sama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bagi merealisasikan impian
dan cita-cita seperti yang digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan
Rakyat diperingkat negeri dan persekutuan.
"PAS menawarkan
kepimpinan jujur, amanah dan adil kearah menjadikan Sabah sebuah negeri
yang maju dan moden seiring dengan negeri-negeri yang maju di
semenanjung Malaysia," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Berikut merupakan calon-calon di peringkat Parlimen dan Dun Sabah:
P.185 Batu SapiHamzah Abdullah
• Timbalan Pesuruhjaya PAS
• Lulusan BA (Hons) Middlesex University, United Kingdom
• Bekas Pemimpin Kemajuan Rakyat Sekong
• Bekas Ketua Kesatuan Pelajar Sabah di United Kingdom
P.191 KalabakanUsman Madeaming
• Lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
• Ketua Pemuda PAS Kawasan Kalabakan
• Mantan Naib Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Sabah (Permis) UKM
N.3 PitasDausieh Queck
• Setiausaha NGO Salimah Teras Sabah
• Lulusan Diploma Pentadbiran dan Perniagaan Kolej PTPL
• Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Dusun Tambanuo Sabah
N.6 TempasukAwang Laiman Ikin
• Setiausaha PPerhubungan PAS Negeri Sabah
• Mantan Naib Presiden Persatuan Anak Yatim Kebangsaan (Peyatim)
• Lulusan Usuluddin Universiti Al-Azhar Mesir
• Mantan Naib Presiden Persatuan Iranun Sabah (Pagisa)
N.17 Tanjong Aru Hamid Ismail
• Peguam di Hamid & CO
• Lulusan Ijazah Undang-undang Universiti ISlam Antarabangsa (UIA)
• Diploma Pengajian ISlam, Universiti Malaya Sabah
N.48 SukauAhdah Sulaiman
• Tokoh Pembela Isu Tanah di Kinabatangan
• Lulusan Diploma Pentadbiran dan Perniagaan
• Mantan AJK Umno Bahagian Kinabatangan
N.51 Kunak
Kasman Karate
• Mantan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis) Borneo
• Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS)
• Setiausaha PAS Kawasan Silam
N.54 BugayaHasai Tudai
• Jurutera kanan di Ikramtic System Sdn Bhd
• Lulusan Bacelor Sains (Hons) Kejuruteraaan Mechanical Universiti Teknologi Mara (UiTM)
N.58 MerotaiAhmad Dullah
• Mantan Penolong Pengurus Cawangan Bank
• Lulusan Bacelor Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM)
• Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah
• Mantan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
N.59 Tanjong BatuFatmawaty Mohd Yusuf
• Pengerusi Ameerah Sabah
• Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Universiti malaysia Sabah
• Bendahari PAS Kawasan Kalabakan
N.60 SebatikDaud Jalaluddin
• Pengerusi Persatuan Bajau Tawau
• Lulusan Ijazah Pemasaran, Indiana Institute Of Technology
• Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau
rujukan :: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18255-jurutera-pegawai-bank-antara-calon-pas-sabah