DAP
menuntut sebuah suruhanjaya diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat
dakwaan penyeludupan dana asing oleh Umno, terutamanya berhubung
"sumbangan politik" RM40 juta untuk Umno Sabah.
Pemimpin
popularnya Lim Kit Siang berkata, sebagai pihak berkepentingan, Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno patut menubuhkan
RCI menyiasat kemasukan wang dari Hong Kong itu, sekali gus membersihkan
nama Malaysia dan BN sendiri.
"Apa yang diabaikan sepenuhnya, RM40 juta itu bukan bersih tetapi wang kotor," dakwa Lim.
Dakwa
Lim lagi, wang itu dibawa masuk secara tunai oleh ahli perniagaan
Michael Chia sebelum beliau ditahan atas dakwaan penyeludupan dan
pengubahan wang.
Najib dalam sidang media selepas mempengerusikan
mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam tadi semalam enggan
mendedahkan penyumbangnya atas alasan pembangkang juga tidak
mendedahkannya.
Beliau juga mengaku sumbangan itu dibuat dengan cara yang betul.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini
dilaporkan berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) menunjukkan wang yang diseludup itu sumbangan kepada
Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan