Sabtu, Ogos 18, 2012

12 lagi tahanan ISA dibebaskan hari ini> DEKAT PRU 13 DAH?

2:27PM Ogos 17 2012  
dikemaskini 3pm Dua belas lagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dibebaskan dari kem tahanan Kamunting hari ini.
Ia diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Sungai Buloh.
Katanya, kesemua 12 dibebaskan lebih awal daripada apa yang ditetapkan dalam perintah penahanan mereka kerana telah pulih.
Tujuh daripada mereka adalah Malaysia, Indonesia 3 dan 2 Pakistan.
Ini adalah kumpulan kedua tahanan yang dibebaskan bulan ini. Kumpulan pertama - tiga orang tahanan - dibebaskan pada 3 Ogos.

Pada masa ini, terdapat 30 tahanan yang masih ditahan di kem tersebut.

Antara mereka yang dibebaskan hari ini adalah Fadzullah Abdul Razak - salah seorang tahanan yang menyertai mogok lapar membantah penahanan mereka tanpa bicara.
Ibunya, Hadijah CP Veeravu, memberitahu Malaysiakini bahawa pihak berkuasa penjara telah memaklumkan bahawa anaknya harus pulang ke rumahnya di Sungai Buloh sebelum waktu berbuka puasa.

"Kami diberitahu dia akan sampai ke rumah pada jam 6 pm, jika semuanya berjalan lancar," katanya.
Dalam reaksi segera, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), James Nayagam berkata, semua tahanan sepatutnya dibebaskan sebaik sahaja ISA dimansuhkan.

"Semua sepatutnya dibebaskan hari ini. Apabila ISA dimansuhkan, kami menyangka semua orang akan terus dibebaskan," kata Nayagam.

Tiada ulasan: