Jumaat, Julai 13, 2012

Laporan polis Felda, JKKR bantah himpunan oren esok???


6:24AM Jul 13 2012  
Pengurusan Felda dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Tanah Rancangan (JKKR) Felda dari lapan tanah rancangan Felda Wilayah Jengka membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan Oren yang dijadual esok.
  
Laporan polis oleh lapan tanah rancangan berkenaan diwakili Pengurus Felda Sungai Tekam, Yunus Husin, dibuat di Balai Polis Jerantut semalam bertujuan meminta pihak berkuasa mencegah pihak terbabit daripada meneruskan perhimpunan tersebut.
  
Menurut Yunus, Perhimpunan Oren yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sebenarnya tidak mewakili masyarakat Felda, sebaliknya hanya didalangi parti pembangkang.
  
"Bukan menjadi satu keperluan kepada masyarakat peneroka dan kakitangan Felda untuk menyokong perhimpunan tersebut bagi membangkitkan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan.
  
"Apa yang peneroka dan petugas Felda peroleh hari ini tidak ada yang kurang malah pendapatan masyarakat peneroka jauh lebih baik daripada mereka yang berada di luar sana," katanya kepada pemberita di Temerloh semalam.

Tiada ulasan: